Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Keraguan kedua:
Mereka juga berkata (Bahawa pada sanad (Abdul
Razaq bin Hammam) yang terkenal Al-Tasyaiyu’(Syiah) dan Al-Sunnah pada akhir
umurnya, ia bercampur-aduk. Ibn ‘Adi berkata: berbicara kepada hadits-hadits
dalam kelebihan (Al-Fadhail) yang tidak ada
yang sepakat dengannya dan ia dikaitkan dengan Al-Tasyaiyu’(Syiah)).
Jawapan:
Bercakap dari sudut pandangan:
1. Al-Tasyaiyu’(Syiah) di mana dia tidak boleh
menjadi sebab yang melibatkan Jarh (mencacat kebolehpercayaan); kerana Jarh ini
mengikut ketaksuban Al-Zhahabi dan dia terkeluar dari batas untuk bersikap adil
dalam Al-Jarh wa Ta’dîl (mencacat dan menilai kebolehpercayaan) itu,
dan ini adalah sifat yang biasa bagi ulamak
masyarakat umum dalam Al-Jarh (mencacatkan kebolehpercayaan) seseorang.
.. Walaupun Al-Jarh wa Ta’dîl-nya orang itu itu adalah tsiqah
(yang dipercaya) dan jujur dalam menaqalkannya, tanpa mengambil kira pandangan mazhabnya,
walaupun mazhab perawi itu adalah bid’ah tetapi dia seorang yang jujur .. ktia
mahukan kejujurannya dan biarlah dia dengan masalah bid’ahnya .. ini yang
benar yang diakui oleh akal dan naqal dan rasa yang sempurna (selamat).
[80b]
Perkara Al-Jarh wa Ta’dîl
(mencacat dan menilai kebolehpercayaan) boleh mendatangkan masalah dan mengguris
banyak pihak, sama ada di kalangan Syiah atau pun masyarakat ramai (Al-Sunnah) ..
Masyarakat ramai sampai ke suatu tahap (keadaan) mereka menginggalkan riwayat
atau mendhaifkannya kerama fanatik kepada mazhab dan membuat pandangan dan
andaian (ijtihad-ijtihad), sedangkan tidak wujud untuk mencapai kesepakatan atas
tsiqahnya kecuali dengan nisbah terlalu sedikit kepada sejumlah riwayat, dan sampai
kepada keadaan mereka untuk meninggalkan riwayat walaupun dari Muhammad bin
Ismail Al-Bukhari pemilik Al-Shahih (Sahih Bukhari), mereka telah meninggalkan semua
yang dari Muhammad bin Yahya Al-Zhahili, Abu Al-Khatim Al-Razi dan Abu Zar’ah, mereka
adalah di kalangan imam-imam besar (Al-Sunnah) di dalam Hadits dan juga dalam Al-Jarh
wa Ta’dîl hanya kerana mereka mengatakan:
(ان لفظي بالقرآن مخلوق)
(bahawa perkataanku Al-Quran itu makhluk), Bahkan
sampai kepada hal mengkafirkannya seperti yang dinukilkan oleh Al-Zhahabi, kepada
mengatakan bahawa dia seorang ahli bid’ah!
Al-Zhahabi berkata di dalam kitab Al-Dhu’afaa’
wa Al-Matrukin, hal 342-343, No. 3605:
(...Adapun Muhammad bin Ismail Imam Penulis
Al-Shahih (Al-Bukhari), tsiqah di sisinya, selepas itu maka tidak selamat dari kalimah itu untuk
menghormati masalah yang telah dilafazkan ditinggalkannya: untuk menghormati
Abu Za’rah dan Abu Hatim, dan berhijrah Al-Zhahili).
Berikut adalah kata-kata Muhammad bin Yahya Al-Zhahili
dari Bukhari seperti yang disampaikan oleh Al-Zhahabi dalam Siyar A’lam Al-Nubala’ J 1, hal 391 dan halaman selepasnya pada nombor 171..:
(Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah
...... dia seorang Majusi - iaitu datuknya Al-Mughirah ...... Muhammad
bin Yahya berkata, hendaklah membelakangkan majlisnya - atau Majlis
Bukhari - jangan membelakangkan kepada kami, kerana mereka telah
menulis kepada kami dari Baghdad yang berbicara mengenai kata-kata itu, dan kami
mencegahnya, sebelum ia sampai, jangan mendekatinya, jangan mendekati kita ....
Sehingga sampai kepada kata kata Al-Zhahabi: ... berkata Abu Hamid bin Al-Syarqi:
Aku mendengar Muhammad bin Yahya Al-Zhahili berkata: Al-Quran Kalam Allah bukan
makhluk dari segala sudut, dan di mana engkau berpaling, Adalah perlu
mengetepikan perkataan ini dari kata-kata lain dalam Al-Quran, Barangsiapa yang
menyangka bahawa Al-Quran makhluk, maka ia telah kafir dan terkeluar dari iman,
dan pada isteri-isterinya, hendaklah bertaubat, maka jika tidak bertaubat, akan
dipancung lehernya, dan hartanya menjadi milik umat Islam dan tidak dikebumikan
di perkuburan mereka, dan dan barangsiapa tidak menentukan sikap, tidak
mengatakan makhluk atau bukan makhluk, mereka menyrupai orang kafir, dan barangsiapa
yang menyangka bahawa bahawa lafaz Al-Qur'an adalah makhluk, jadilah ia
seorang pembid’ah, jangan duduk bersamanya atau bercakap dengannya. Dan sesiapa
yang pergi selepas ini kepada Muhammad bin Ismail Al-Bukhari maka mereka akan
menuduhnya, kerana yang menghadiri majlisnya hanyalah orang-orang yang sealiran
pemikiran (semazhab) dengannya ....
[81]
Sehingga sampai kepada Al-Zhahabi mengatakan: ... Muhammad ibn Abi Hatim berkata: Seorang lelaki datang menemui
Aba Abdillah Al-Bukhari, ia berkata: Wahai Aba Abdillah! Bahawa Si Fulan telah
mengkafurkan engkau!
Lalu Al-Bukhari berkata: Rasulullah (S) bersabda:
Apabila seorang lelaki telah berkata kepada saudaranya: Wahai kafir, maka
tuduhan itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka ... hingga akhir)
Tamat.
Ibn Abi Hatim Al-Razi di dalam kitabnya Al-Jarh
wa Ta’dîl dalam menjelaskan Muhammad bin Ismail Al-Bukhari J 7
hal191 nombor 1086:
(Abu Abdullah Muhammad
Bin Ismail Al-Bukhari..... bapaku dan Abu Zar’ah mendengar darinya dan kemudian
meninggalkan haditsnya apabila Muhammad bin Yahya Al-Naisaburi menulis kepada mereka dengan menunjukkan bahawa dia (Al-Bukhari)
mengatakan Al-Quran adalah makhluk).
Apakah Al-Jarh wa Ta’dîl yang
mengikut kepada hawa nafsu dan ijtihad-ijtihad ini .. dan apakah sandiwara ini untuk
mempermainkan agama dan Kalam yang suci!.
Perbincangan mengenai perkara ini sangat
panjang dan ia tidak sesuai di sini.
2. Kemudian (Abdul Razaq bin Hammam) seorang rijal
(perawi) bagi kedua-dua kitab Shahih - Bukhari dan Muslim – telah begitu banyak
meriwayatkan darinya, Jika riwayat-riwayat ini mereka dhaifkan disebabkan oleh
Abdul Razaq maka selepas itu tidak boleh menamakan kitab-kitab ini sebagai
kitab-kitab Sahih.
3. Menuduh sesuatu hadits itu lemah kerana Al-Tasyaiyu’
(Syiah), telah digunakan oleh Al-Zhahabi dalam kitab (Tazhkirah
Al-Hufadz) J 1, hal 364, nombor 357, di mana dia berkata:
(Abdul Razaq Bin
Hammam Bin Nafi’ adalah ahli Hafiz yang besar, Abu Bakr Al-Humairi adalah Maula
(guru) mereka daii Shan'a (Al-Shan'aani) pemilik Kitab Al-Tashanif ........... Aku
(Al-Zhahabi) katakan: perawi lainnya terpercaya dan haditsnya diriwayatkan di
dalam Al-Shihah, dan mereka mencelanya sebagai Al-Tasyaiyu’ (Syiah), dan tidak
berdendam dengannya, malah dia mengasihi Ali (ra) dan membenci pembunuhnya, Salamah
bin Syabib berkata: Aku mendengar Abdul Razaq berkata: Demi Allah, tidak
melapangkan dadaku sama sekali bahawa Ali yang terbaik atas Abu Bakr dan Umar,
dan ia adalah rahmat Allah dari pembawa ilmuNya
[82]
Dan ini diperlukan untuk kamu ... walaupun
kami percaya bahawa Al-Tasyaiyu’ (Syiah), mengangkat pemiliknya, tidak perlu
dibincangkan lagi.
Ia cukup untuk menutup mulut orang-orang yang
bercakap karut mengenai apa yang ditulis oleh Al-Zhahabi, Al-Hakim
Al-Naisaburi dan yang lain tentang hak Abdul Razaq:
Mizan Al-I’tidal - Al-Zhahabi J 2 hal 612:
(... kata Abu Saleh, Muhammad
bin Ismail Al-Dharuri: Kami telah sampai dan berada di Sana'a di sisi Abdul Razaq,
bahawa Ahmad, Ibn Mu’ain dan yang lainnya meninggalkan hadits Abdul Razaq atau
membencinya, jadi kami masuk dengan rasa sangat duka cita, dan kami
berkata: Kita telah berbelanja dan membuat perjalanan dan ia meletihkan,
dan kemudian keluar bersama jemaah haji ke Mekah, aku bertemu dengan Yahya, lalu
aku bertanya kepadanya, beliau berkata: Wahai Aba Saleh, jika Abdul Razaq
murtad (berpaling) dari Islam kita tidak akan meninggalkan haditsnya ...).
Lihat juga Ma’rifat ‘Ulum Al-Hadits oleh Al-Hakim
Al-Naisaburi hal 139-140.
Dan keputusan dalam perkara ini terpulang kepada saudara membuat pilihan.
4 - Mengenai ucapan mereka,bahawa Abdul
Razaq: "Mengikuti Al-Sunnah di akhir umurnya, maka ini bercampur aduk."
Tanpa mengira pendapat sahih atau tidak ucapan
ini, Maka Abdul Razaq mendengar hadits ini bertahun-tahun sebelum
kematiannya, dan secara khusus (50) tahun sekurang-kurangnya, dengan dalil
bahawa ianya telah diriwayatkan dari Sufian Al-Tsauri, yang meninggal dunia
pada 161 H., dan Abdul Razaq meninggal dunia pada tahun 211 H, Dan hidup (85)
tahun, seperti yang dinyatakan oleh Al-Zhahabi dalam Tazhkirah
Al-Hufadz J 1 phal 364.
Umur Abdul Razaq ketika kematian Sufian AL-Tsauri
adalah (35) tahun, walaupun kita mengatakan bahawa Abdul Razaq telah mendengar hadits
ini dari Sufian Al-Tsauri pada tahun kematiannya (161) H, supaya didengarnya
pada usia 35 tahun, dan beliau kemudiannya hidup (50) tahun lagi dan ini sangat
jauh untuk dia meriwayatkan pada akhir hidupnya.
Sekiranya saya mengatakan bahawa kita boleh membawanya
pada Sufyan pada zaman awal hidupnya, tetapi diriwayatkan oleh Muhammad bin
Yahya Al-Zhahli dan Ahmad bin Yusuf Al-Silmi pada akhir hayatnya.
[83]
Saya katakan: Kekeliruan ini juga berlaku pada
kedua-dua kitab Shahih - Bukhari dan Muslim - dan kitab Al-Shihah yang lain, iaitu
yang mesti membuktikan bahawa semua riwayat yang diriwayatkan oleh (Abdul Razaq)
tidak berlaku pada akhir hayatnya, jika tidak, ia adalah lemah atau tidak boleh
berhujjah dengannya .. dan tidak ada yang berkata demikian. Begitulah jawapan kami
pada jawapan kamu di sini.
Dan kemudian tidak mungkin bahawa Abdul Razaq
telah mendengar hadits ini dari Sufian dan baki lebih daripada 35 tahun ia menyempurnakan
dan tidak berlaku kepadanya sehingga akhir hidupnya!
Orang-orang yang memindahkan hadits dari Abdul
Razaq ini disifatkan sebagai imam yang dipercayai (tsiqah) dan amanah .. Bagaimana
boleh mereka bertolak ansur dalam menaqalkan dan meriwayatkan sesuatu dengan
lemah akalnya atau bercampur aduk?!!
Ibn Hajar berkata, Bahawa Abdul Razaq telah bercampur-baur
selepas tahun dua ratus H, Seiapa yang menaqalkan darinya sebelum itu tidak ada
masalah, ini adalah kandungan teks kata-katanya:
Muqaddimah Fath Al-Bari - Ibn Hajar hal 418:
(Abdul Razaq Bin
Hammam Bin Nafi; Al-Humairi Al-Shan'ani seorang yang hafaz, tsiqah dan pemilik
Al-Tashanif. Ia tsiqah di sisi semua
imam kecuali AL-Abbas bin Abdul Azim Al-Anbari seorang. Perkataannya berlebihan
di mana dia tidak bersetuju satu pun dengan beliau ..... berkata Al-Zhahili: Ia membangunkannya
hadits dan telah menghafalnya ... (Aku katakan) kedua-dua
syeikh telah membantah beberapa hadits yang didengar darinya sebelum
dicampurkan dan diperiksanya, itu yang didengar sebelum tahun dua ratus, kemudian
setelah itu telah berubah...).
Di sini Al-Zhahili, yang meriwayatkan riwayat (Sesungguhnya
dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) darinya menerangkan Abdul Razaq bahawa
beliau (Ia membangunkan hadits dan telah menghafalnya). Iaitu
Muhammad bin Yahya Al-Zhahili berminat untuk mengambil apa yang dihafal dan dibangunkan
apabila meriwayatkannya, dan telah menyifatkannya pada Abdul Razaq, bahkan
beliau menyifatkan dengan sifat membangunkannya, bagaimana dia meriwayatkan darinya, sedangkan dia melihat riwayat yang lemah
akalnya atau bercampur aduk? Ini menunjukkan bahawa Al-Zhahili meriwayatkan riwayat
ini dari Abdul Razaq sebelum tahun (200) H, ini jika kita katakan, Abdul Razaq
telah tak keruan selepas tahun dua ratus.
[84]
Kemudian apabila kita menyemak penjelasan Al-Zhahili
dalam Kitab (Siyar A’lam Al-Nubala’) oleh Al-Zhahabi: J 12 hal 273 - 285. No. 104, kita dapati bahawa Al-Zhahili dalam
menuntut ilmu sejak dari mudanya, dia pergi ke Basrah dan kemudian ke Yaman lalu
mendengar (belajar) di Yaman dari Abdul Razaq dan banyak lagi mengenai beliau,
Kemudian dia kembali ke Mekah, kemudian ke Mesir dan Syam.
Dan sini kita tahu bahawa ia Al-Zhahili telah mendengar
(belajar) dari Abdul Razaq di Yaman sebelum tahun (200) H, kerana apabila tahun
dua ratus usianya hampir tiga puluh tahun. Kita juga tahu bahawa dia seorang
lelaki yang menuntut ilmu hadits sejak usia mudanya, dan mungkin sebelum dia berumur
sepuluh tahun.
dan sebahagian dari apa yang mengukuhkan bahawa
ulamak telah menyatakan riwayat yang telah diriwayatkan dari Abdul Razaq
selepas perubahannya - bilanganysn adalah sedikit - dan tidak menyebutkan sebahagian
dari mereka adalah Muhammad bin Yahya Al-Zhahili dan Ahmad bin Yusuf, yang meriwayatkan
riwayat yang dibahaskan ini dari Abdul Razaq dalam sanad Ibn Majah, dan berikut
ini adalah teks perkataan ‘Ila Al-Din Ali Redha dalam kitabnya, Nijayah Al-Ightabath
dengan yang melontar dari riwayat yang bercampur baur, hal 218:
(Tidak disebut oleh
Ibn Al-Sholeh satu pun dari ilmunya yang didengar dari Abdul Razaq selepas
perubahan kecuali Ishaq bin Ibrahim Al-Dabariy, dan yang lain tidak menyuarakannya,
dan ini diikuti oleh Al-Hafidz Al-Iraqi dengan katanya, tiada satupun kitab
yang menyebut seseorang yang mendengar dari Abdul Razaq selepas perubahannya kecuali
Ishaq bin Ibrahim Al-Dabariy sahaja, dan yang mendengar daripadanya selepas bapa
saudara Ahmad bin Muhammad bin Syabbubah. Ahmad ibn Hanbal berkata: Dan juga
mendengar daripada beliau. selepas perubahannya Muhammad bin Hammad Al-Tehrani
dan jelas bahawa orang-orang yang mendengarnya sebahagian mereka adalah Al-Thabrani
dalam perjalanannya ke San’aa daripada pemilik Abdul Razaq, semua daripada
mereka telah mendengarnya selepas perubahan, mereka semua seramai empat orang: Salah
seorang daripada mereka Al-Dabariy yang disebut dalam Al-Mushnaf. Dia telah
mendengar dari Abdul Razaq dalam tahun dua ratus sepuluh dan Al-Dabariy wafat dalam
tahun dua ratus lapan puluh empat . ..)
Dalam apa jua keadaan, keraguan yang mereka pegang
pada mereka akan memusnahkan rumah mereka dan memanjangkan usaha mereka, disebabkan
mereka sendiri - sebagaimana yang sebelumnya - untuk membuktikan bahawa semua
apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan lain-lain - dari Abdul Razaq
- sebelum kekeliruannya (perubahannya)
[85]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan