Jumaat, 27 Oktober 2017

Kesimpulan hadits Khalifah Allah Al-Mahdi



Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

عن أبي الطفيل أن عليا قال له: (يا عامر! إذا سمعت الرايات السود مقبلة من خراسان فكنت في صندوق مقفل عليك فاكسر ذلك القفل وذلك الصندوق حتى تقتل تحتها! فإن لم تستطع فتدحرج حتى تقتل تحتها)

Dari Abi Al-Thufail, bahawa Ali telah berkata kepadanya: (Wahai ‘Amir, jika kamu mendengar tentang panji-panji hitam dari Khurasan dan kamu berada di dalam kotak yang terkunci, maka kamu hendaklah memecahkan kunci dan kotak tersebut sehingga kamu terbunuh di bawahnya dan jika kamu tidak mampu, maka bergulinglah agar kamu mati di bawahnya.) [195]

Point Kelima:

Tanpa mengira samada Imam Mahdi (as) ada bersama panji-panji hitam atau tidak, hadits ini dan hadits-hadits yang lain-lain jelas mewajibkan supaya  menolong panji-panji hitam yang keluar sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as) di Mekah, dan dengan itu menjelaskan bahawa umat ini bertanggung jawab menolong panji-panji hitam yang berkaitan dengan Al-Mahdi (as). Ada banyak riwayat yang telah mengesahkan atas petunjuk panji-panji hitam dan kewajipan untuk menyokongnya, di antaranya:

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Sysibah Al-Kufi dalam Mushnafnya dan Ibn Majah di dalam sunannya - dan lafaz terakhir - dari Abdullah bin Mas'ud katanya:

بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ أقبل فتية من بني هاشم. فلما رآهم النبي صلى الله عليه وسلم، أغر ورقت عيناه وتغير لونه. قال، فقلت: ما نزل نرى في وجهك شيئا نكرهه. فقال:
 (إنا أهل بيت اختارا الله لنا الآخرة على الدنيا. وإن أهل بيت سيلقون بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا. حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود. فيستلون الخير، فلا يعطونه. فيقاتلون فينصرون. فيعطون ما سألوا. فلا يقبلونه. حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملؤها قسطا، كما ملؤوها جورا. فمن أدرك ذلك منكم، فليأتهم ولو حبوا على الثلج)

Ketika kami berada di sisi Rasulullah (S), tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila Nabi (S) terpandang pada mereka, maka kedua air mata baginda berlinang dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya: “mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai? Baginda menjawab,
(Bahawa kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. dan Ahlibait ku akan ditimpa bala dan mala petaka, hinggalah datang suatu kaum dari timur yang membawa sama panji-panji hitam, Ahlibait meminta hak namun mereka tidak diberikannya, lalu mereka memerangi kemudian mendapat pertolongan, lalu mereka diberikan apa yang mereka pinta namun mereka tidak menerimanya hinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari Ahlibait ku, dia memenuhinya (dunia) dengan keadilan sepertimana (sebelumnya) ia dipenuhi dengan kebencian, barangsiapa yang sempat hidup hingga tiba hari tersebut hendaklah datang kepadanya meskipun terpaksa merangkak diatas salji'' [196]

Dan dikeluarkankan oleh Ibn Majah dalam Sunan-nya dari Rasulullah (S):

(تجئ الرايات السود من قبل المشرق كان قلوبهم زبر الحديد، فمن سمع بهم فليأتهم فليبايعهم ولو حبوا على الثلج)

("Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis untuk Al-Mahdi iaitu kekuasaannya”) [197]

------------------------
[195] Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 11 hal 278 nombor 31 514.
[196] Sunan Ibn Majah: J 2 hal 1366 bab 34 h 14082, Al-Mushannif oleh Ibn Abi Syaibah: J 8 hal 197.
[197] Sunan Ibn Majah J 2 hal 1368.


[123]


Al-Suyuthi berkata: dikeluakan oleh Abu Nu’aim dari Tsauban, katanya, Rasulullah (S) bersabda:

(تجئ الرايات السود من قبل المشرق كان قلوبهم زبر الحديد، فمن سمع بهم فليأتهم فليبايعهم ولو حبوا على الثلج)

(Akan datang panji-panji hitam dari arah timur, hati mereka seperti kepingan besi, maka sesiapa yang mendengarnya datanglah kepada mereka lalu membai’ahnya walaupun dengan merangkak di atas salji) [198]

Baginda juga berkata: dikeluarkan - Nu’aim bin Hammad – dari Al-Hasan,

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ذكر بلاء يلقاه أهل بيته حتى يبعث الله راية من المشرق سوداء من نصرها نصره الله ومن خذلها خذله الله حتى يأتوا رجلا اسمه كاسمي فيوليه أمرهم فيؤيده الله وينصره)

bahawa Rasulullah (S): (Menyebut Ahl Bait bagnda akan ditimpa bala bencana sehinggalah Allah mengutus panji-panji hitam dari timur, sesiapa yang membantunya akan dibantu Allah dan sesiapa yang membiarkannya akan dibiarkan Allah sehinggalah datang seorang lelaki yang namanya seperti namaku, maka diperintahkan kepada mereka berwali kepadanya lalu Allah menguatkannya dan menolongnya.) [199]

Dikeluarkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya dengan sanad dari Abu Hurairah, dari Rasulullah (S), baginda bersabda: (Akan muncul dari arah Khurasan panji-panji hitam, di mana tidak ada satupun yang dapat mengusirnya hingga ia tertancap di Iliya (Aelia)) [200]

Dan dikeluarkan oleh Nu’aim bin Hammad dan Al-Syeikh Al-Thusi dari Abu Jafar (as): (Akan turun panji-panji hitam yang keluar dari Khurasan Al-Kufah, apabila zuhur Al-Mahdi di Mekah sksn diutus kepadanya untuk dibai’ah.] [201]

Dan dikeluarkan oleh Nu’aim bin Hammad dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda:

(يخرج من المشرق رايات سود لبني العباس ثم يمكثون ما شاء الله ثم تخرج رايات سود صغار تقاتل رجلا من ولد أبي سفيان وأصحابه من قبل المشرق يؤدون الطاعة للمهدي)

(“Akan keluar dari Timur panji-panji hitam bagi Bani Al-Abbas, lalu mereka ditetaplan apa yang dikehendaki Allah. Kemudian keluar panji-panji hitam kecil yang memerangi seorang lelaki dari anak keturunan Abi Sufyan dan para pengikutnya dari arah Timur mereka itu beralih mentaati Al-Mahdi.”) [202]
             
Selain dari hadits-hadits dan khabar-khabar itu ditinggalkan secara ringkas, ianya juga saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain, terutama ianya hadits-hadits yang sahih dan hasan, seperti Hadits Risalah (Khalifah Allah Al-Mahdi), Dan semuanya adalah hasil dari panji-panji hitam diperintahkan mentaati, membantu dan membai’ahnya, dan ia adalah panji-panji Petunjuk yang zahir pada zaman yang telah dipenuhi dengan kezaliman dan kebencian.
                
----------------------------
[198] Al-Hawi Lil-Fatawa - oleh Jalaluddin Al-Suyuthi: J 2 hal 64. Dar Al-Kitab Al-‘Ilmiyah, Beirut - Lubnan, 1403 H -1983 M
[199] Al-Hawi Lil-Fatawa - oleh Jalaluddin Al-Suyuthi: J 2 hal 68-69 ...
[200] Musnad Ahmad J 2 hal 365, Al-Mu’jam Al-Ausath – oleh Al-Thabrani: J 4 hal 31, Musnad Al-Syamiyin - oleh Al-Thabrani: J 3 hal 227 nombor 2138, Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad: hal 122, Sunan Al-Tirmizhi J 3 hal 362 nombor 2371, dan berkata mengenainya, "Hadits ini gharib hasan," Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 14 hal 261 nombor 38 652.
[201] Al-Ghaibah - oleh Al-Syeikh Al-Thusi: hal 452 nombor 457, Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad: hal 190, Al-Hawi Lil-Fatawa: J 2 hal 69
[202] Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad: hal 190, Al-Hawi Lil-Fatawa: J 2 hal 69


[124]



Point Keenam:

Berhubungan dengan khabar-khabar yang mengesahkan pertolongan panji-panji hitam dari timur apabila mereka keluar kepadanya, tidak bermakna bahawa sokongan panji-panji ini tidak wajib sebelum itu, Akan ada pada panji-panji ini pasukan bersenjata sebelum keluar memerangi Al-Sufyani, kewujudan tokoh-tokoh pemikir tertentu dan juga kepimpinan, kerana pertemuan ideologi ketenteraan ini di tahap bimbingan dan keteguhan (istiqamah), tidak boleh secara rawak atau secara kebetulan, dan juga tidak boleh melengkapkan secara lumrah bagi ideologi ketenteraan dan bala tentera dalam masa yang singkat. Terutamanya jika kita tidak menyedari bahawa ideologi pengangkutan ketenteraan ini akan mengharungi lautan bergelora dari fitnah dan kesesatan, ia adalah panji-panji petunjuk, panji-panji kebenaran, satu-satunya panji pada zaman keluarnya Al-Qaim (as), dan oleh itu adalah wajib menyokong secara pemikiran dan bala tentera, dan tidak ada selepas kebenaran itu kesesatan yang nyata.

Pemilik panji-panji ini adalah sekumpulan mereka yang disahkan mendapat petunjuk, yang mempunyai kejujuran dan yang memberi pertolongan pada zaman bangkitnya Al-Qaim (as),, sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadits-hadits yang sahih:

Dikeluarkan oleh Al-Bukhari di dalam sahihnya J 8 hal 149: Dengan sanadnya dari Al-Mughirah bin Syu’bah, dari Nabi (S), baginda bersabda:

(لا يزال طائفة من أمتي ظاهرين حتى يأتيهم أمر الله وهم ظاهرون)

“Pasti akan selalu ada sekelompok orang dari umatku yang senantiasa meraih kemenangan, sampai datang ketetapan dari Allah menghampiri mereka. Dan mereka pun tetap di atas kemenangannya.
             
Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya J 6 hal 53: Dengan sanadnya dari Al-Mughirah, katanya aku mendengar Rasulullah (S) bersabda:

(لن يزال قوم من أمتي ظاهرين على الناس حتى يأتيهم أمر الله وهم ظاهرون).

(Pasti akan selalu ada suatu kaum dari umatku yang senantiasa meraih kemenangan atas manusia, sampai datang ketetapan dari Allah menghampiri mereka. Dan mereka pun tetap di atas kemenangannya.).

Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya J 6 hal 53. Dengan sanadnya dari Jabir bin Samrah dari Nabi, (S), baginda bersabda:

(لن يبرح هذا الدين قائما يقاتل عليه عصابة من المسلمين حتى تقوم الساعة).

(Akan senantiasa tegak agama ini, di mana ada segolongan dari kaum muslimin yang berperang untuk membelanya hingga bangkit Al-Sa’ah (hari kiamat)).

Juga dikeluarkankan dalam Shahih-nya J 6 hal 52-53: Dengan sanadnya dari Abu Asmaa’ dari Tsauban, katanya, Rasulullah (S), bersabda:

(لا يزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم كذلك.)

(“Akan senantiasa ada sekelompok orang dari umatku yang menang di atas kebenaran, tidaklah membahayakan mereka orang lain yang menyia-nyiakan mereka hingga datang ketetapan Allah sementara mereka senantiasa berada dalam keadaan demikian.”

Dan ungkapan mengenai mereka dengan (sekelompok) dan (segolongan), adalah merujuk kepada sedikit bilangan mereka dari masyarakat umum umamah, dan pertarungan dan penampilan mereka tidak semestinya menjadi penampilan tempur dan tentera, Tetapi boleh menjadi perjuangan dan bentuk intelektual tentang hujah ideologi dan bukti terhadap bidaah dan kesesatan dan penyelewengan. Tidak syak lagi mereka adalah golongan yang selamat (Al-Firqah Al-Najiyah) seperti yang disebut di dalam hadits-hadits sahih,


[125]


yang menjadi nash ke atas umat Nabi Muhammad (S) yang akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan (firqah) semunya sesat binasa melainkan satu golongan (firqah) yang selamat dengan mendapat petunjuk (hidayah).

Hadits Al-Firqah Al-Najiyah (golongan yang selamat ) mengesahkan sebilangan kecil golongan yang mendapat petunjuk di antara golongan yang sesat daripada semua umat Islam yang lain dan juga mengesahkan bahawa kata-kata Rasulullah (S) (Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali semula dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing itu) [203]

Bagaimanakah akan menjadi asing jika orang-orang yang  memegang kebenaran berjumlan jutaan atau ratusan juta?

Ia mengesahkan bahawa golongan ini adalah mereka yang membuat persediaan untuk Imam Mahdi (as), itulah apa yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim J 1 hal 95:. Dengan sanad dari Jabir bin Abdullah, katanya: Aku mendengar Nabi (S) bersabda:

(لا يزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين إلى يوم القيامة. قال: فينزل عيسى بن مريم صلى الله عليه وسلم فيقول أميرهم تعال صل لنا فيقول لا ان بعضكم على بعض امراء تكرمة الله هذه الأمة[.

(“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang berjuang atas kebenaran, mendapat kemenangan hingga datangnya hari kiamat.” Baginda bersabda lagi, “Kemudian akan turun Isa bin Maryam (as), lalu pemimpin mereka berkata (kepada Isa (as)), “Kemarilah, silakan mengimamkan kami sholat.” Lalu Isa (as) menjawab, “Tidak, sesungguhnya sebahagian kalian adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah kepada umat ini.”

Selepas Nabi (S) menyebut Al-Thaifah Al-Mahdiyah (golongan yang bersama Al-Mahdi,) ditambah dengan menyebut turunnya Nabi Isa ibni Maryam (as) dan bersholat di belakang Imam Mahdi (as), ia merupakan petunjuk bahawa golongan yang sentiasa mendapat pertolongan Allah (Al-Thaifah Al-Manshurah), mereka adalah ansar Imam Mahdi (as), dan perkara ini tidak perlukan dalil, kerana kata ganti (pemimpin mereka) merujuk pada (golongan) yang dimenangkan itu, yang berjuang atas kebenaran hingga hari kiamat, dan ia menerangkan dengan pasti bahawa golongan ini pada akhir zaman adalah Imam Mahdi (as) dan pemegang panji-panji hitam tidak diragukan lagi, Jika bukanlah mereka ini sebagai ansar Al-Mahdi (as), maka siapakah selain mereka yang layak mendapat maqam (kedudukan) setinggi ini?! Mereka adalah pemegang panji-panji hitam dan yang seumpama mereka, yang disifatkan mendapat petunjuk dan kebenaran. Dan merekalah yang akan memerangi Al-Sufyani sehingga mereka sampai ke Bait Al-Maqdis, seperti yang dijelaskan dalam hadits berikutL.

Musnad Ahmad J 5 hal 269:


----------------------------
[203] Musnad Ahmad: J 4 hal 173, Sahih Muslim: J 1 hal 90, Sunan Ibn Majah J 4 hal 1319 bab 15 h 3986, Al-Mu’jam Al-Ausath – oleh Al-Thabrani: J 7 hal 205-206.


[126]


Dari Abi Iaamah, katanya, Rasulullah (S) bersabda:

(لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين لعدوهم قاهرين لا يضرهم من خالفهم إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك. قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس(.

(Akan ada segolongan kecil dari kalangan ummatku akan mempertahankan Agama, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya ketentuan Allah, mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Di manakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekeliling Baitul Maqdis.”)

Panji-panji hitam akan datang dari timur hingga sampai ke Baitul Maqdis:

Dikeluarkankan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya dengan sanadnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah (S) bersabda:

(يخرج من خراسان رايات سود لا يردها شيء حتى تنصب بايلياء(

(Akan muncul dari arah Khurasan panji-panji hitam, dimana tidak ada satupun yang dapat mengusirnya hingga ia tertancap di Iliya (Aelia)) [204]


-----------------------------
[203] Musnad Ahmad J 2 hal 365, Al-Mu’jam Al-Ausath – oleh Al-Thabrani: J 4 hal 31, Musnad Al-Syamiyin - oleh Al-Thabrani: J 3 hal 227 nombor 2138, Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad: hal 122, Sunan Al-Tirmizhi J 3 hal 362 nombor 2371, dan berkata mengenainya, "Hadits ini gharib hasan," Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 14 hal 261 nombor 38 652.


, [127a]


[120b-122] [123-127a] [127b-134]



Tiada ulasan: