Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Kesimpulan:
Selepas menjelaskan kesahan hadits [Khalifah
Allah Al-Mahdi], membersihkan keraguan-keraguan mengenainya, menyangkal
kata-kata yang mencemarkannya, serta menerangkan sebahagian kandungannya, Adalah
baik untuk membuat kesimpulan ringkas melalui petunjuk hadits ini dalam bentuk
point-point:
Point Pertama:
Terbukti ia dari hadits sahih sebagai saksi bahawa
Al-Mahdi (as) bukan sahaja seorang lelaki soleh yang diperintahkan Allah untuk
menegakkan keadilan dan kesaksamaan, Seperti yang dikehendakiNya mengikut
bentuk tertentu, bahkan dia adalah Khalifah Allah di bumiNya,
Dan sebagai Hujah Allah ke atas hamba-hambaNya,
dan kerana itu adalah lanjutan daripada Khilafah Ilahiyah yang ditetapkan (dinashkan)
oleh Allah dan Rasul-Nya (S), yang dikhaskan kepada ‘Itrah (keturunan) baginda yang
disucikan yang diperintahkan Rasulullah (S) sopaya berpegang dengannya bersama
Al-Quran, dan dijadikan hidayah bergantung
kepada keduanya tidak kepada yang lain.
.
[120b]
Point Kedua:
Oleh kerana Al-Mahdi (as) adalah Khalifah
Allah, bermakna dia adalah wakil dari Allah untuk memerintah di kalangan
penciptaan (makhluk) dan menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama, Maka
perlantikan dan pilihan adalah khusus di sisi Allah SWT bukannya urusan manusia
untuk (lantikan dan pilihan) itu. Bahkan tidak dibenarkan kepada mereka
selamanya, terutama sekali ia akan keluar pada zaman yang penuh dengan fitnah, kekacauan
dan kekeliruan. Agama dan yang berpegang dengan agama pada zaman itu asing, sedikit
bikangannya dan adalah dari golongan uang tertindas, seperti yang dinyatakan
dalam hadits sahih dari kedua-dua firqah.:
Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya, Ibn
Majah dalam Sunanbya dan Al-Thabrani di dalam Ausath dan lain-lain, dan lafaz Muslim
dengan sanad dari Abi Hurairah, dari Rasulullah (S), baginda bersabda:
(بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا
فطوبى للغرباء)
(“Islam bermula dalam
keadaan asing dan akan kembali semula dalam keadaan asing, maka beruntunglah
orang-orang yang asing”) [193]
Jika umat tidak layak untuk memilih imam dan ia
adalah dalam keadaannya yang tabi’ei, maka bagaimanakah sekiranya ia dalam keadaan
yang menyrdihkan ini, seperti yang diterangkan oleh riwayat-riwayat tersebut?
Point ketiga:
Hadits ini juga menunjukkan wajibnya untuk
taat kepada Imam Mahdi (as) oleh semua manusia, dengan dalil dari sabda baginda
(S):
فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه
خليفة الله المهدي
(Apabila kamu melihatnya
maka berbai’ahlah kepadanys walaupun dengan merangkak di atas salji kerana
sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi).
Baginda (S) bersabda: (Apabila kamu
melihatnya maka berbai’ahlah kepadanys), tidak hanya bermakna
penglihatan mata sahaja, dengan makna bahawa mentaati Imam Mahdi (S) tidak
wajib bagi mereka yang tidak melihat Imam Mahdi (S) dengan matanya sahaja,
tetapi (kamu melihatnya) di sini bermakna apabila kamu mengetahuinya,
dan mengetahuinya kadang-kadang melalui penglihatan dan kadang-kadang dengan pendengaran.
Iaitu dengan apa jua perantaraan yang dengannya dapat diketahui kemunculan Al-Mahdi
(as) dan pada ketika itu wajib membai’ahnya dan menyokongnya, Ini merujuk
kepada pengesahan Nabi Muhammad (S) dengan sabda baginda (walaupun dengan
merangkak di atas salji), iaitu, walaupun perlu merangkak di atas salji
untuk menghilangkan jarak supaya memberi pertolongan kepada Imam Mahdi (as).
-------------------------------
[193] Musnad Ahmad: J 4 hal 73, Sahih Muslim: J
1 hal 90, Sunan Ibn Majah: J 2 hal 1319 bab 15, h 3986, Al-Mu’jam Al-Ausath - oleh Al-Thabrani:.. J 7 hal 205-206,
[121]
Dan sabda baginda (S): (walaupun dengan
merangkak di atas salji), tidak bermakna secara khusus memberi
pertolongan dengan mereka yang tinggal di negara tempat salji turun, seperti
yang mungkin mereka sangkakan! Tetapi ungkapan ini dibawa untuk menguatkan supaya
memberi pertolongan walaupun ia perlu merangkak di atas salji, Seperti jika
dikatakan: (bacalah Al-Quran walaupun kamu berada di belakang binatang), ia
tidak bermakna bahawa membaca al-Qur'an hanya dianjurkan di atas belakang
binatang, tetapi bermakna supaya membaca Al-Quran atas apa jua keadaan.
Point Keempat:
Hadits itu juga menunjukkan bahawa Al-Mahdi (as)
hadir bersama panji-panji hitam Khurasan, seperti dalam riwayat Ahmad dan Al-Hakim
secara ringkas:
(Apabila kamu
melihatnya panji-panji hitam datang dari arah Khurasan maka datanglah kepadanys
kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.) (Apabila kamu
melihatnya panji-panji hitam datang dari arah Khurasan maka datanglah kepadanys
walaupun dengan merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah
Allah Al-Mahdi.)
Dan tidak menjadi rahsia lagi bahawa
kedatangan panji-panji hitam dari timur akan berlaku sebelum berdirinya Imam Al-Mahdi
(as) di Makkah, dan sama juga kita katakan bahawa Al-Mahdi ini adalah Muhammad
bin Al-Hasan Al-Askari (as) atau dia adalah Al-Mahdi Yang Pertama dari
keturunannya (Ahmad) [194], ia menunjukkan bahawa ada imam yang
mesti ditolong sebelum berdirinya Imam Al-Mahdi (as) di Makkah, dan tidak
seperti yang diajukan oleh sebahagian pendapat: bahawa tidak ada tanggungjawab
untuk memberi pertolongan kepada Al-Mahdi (as) sebelum berdirinya di Makkah
Al-Mukarramah.
Jadi, umat manusia bertanggungjawab untuk
memberi pertolongan kepada Al-Mahdi dan panji-panji hitam sebelum berdirinya di
Makkah Al-Musyarrafah, dan kewajipan ini kemudiannya ditekankan dengan cara
yang menarik (walaupun dengan merangkak), sehingga sampai tujuannya
adalah menekankan supaya memberi pertolongan kepada panji-panji hitam, seperti
dalam riwayat berikut dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as):
----------------------
[194] Untuk maklumat lanjut tentang tajuk ini,
sila lihat kitab: (Darrasah Fi Syakhsyiah Al-Yamani Al-Mau3ud - Catatan Peribadi
Al-Yamani yang dijanjikan),
[122]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan