Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
7. Al-Fakhr Al-Razi berkata dalam
tafsirnya, J 26 hal 199: "... kemudian dia katakan dalam mentafsir,
dijadikanNya Khalifah kepada dua wajah (bentuk): - sambungannya
Pertama: Allah telah menjadikan khalīfah-khalīfah dari orang-orang sebelum kamu
dari kalangan para nabi dalam
menyeru (berdakwah) 'kepada Allah, dan dalam mentadbir manusia, kerana seorang (lelaki)
khalīfah yang menggantikannya, itu adalah wajar pada kebenaran apabila ia (khalīfah
itu) telah tiada, dan itu adalah tidak wajar bagi Allah..
Kedua: Allah telah menjadikan bagi kamu penguasa kepada manusia dan menguatkuasakan
hukum ke atas mereka, Maka ini adalah takwil (tafsiran) kepada panggilan Khalifah,
dan dikatakan sebagai Khalifah-khalifah Allah di bumiNya. Kesimpulannys adalah
seorang Khalifah yang melaksanakan hukum ke atas rakyatnya dan pada hakikatnya kekhilafahan
tidak dapat ditafsirkan sebagai haq Allah secara tepat. Apabila tidak dapat
dijelaskan hakikat sebenar, membuatkan perkataan itu digunakan pada 0 adalah
melaksanakan hukum:.
Beliau juga berkata
dalam tafsirnya J 22 hal 47:.
وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ.
(Dan
Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan
mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan
mereka berkuasa di bumiNya)
Iaitu yang akan menjadi
Khalifah-khalifah Allah di bumiNya],
Keempat: pada kata (... tetapi hadits itu sahih pada maknanya, di bawah kata,
فإن فيها
خليفة الله المهدي
(maka sesungguhnya
dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi), yang diriwayatkan oleh Ibn Majah (J 2, hal
517-518) melalui jalan ‘Alqamah dari Ibn Mas’ud secara marfu’, melalui riwayat
Tsauban yang kedua, dan isnadnya hasan seperti sebelum ini, Di mana ada berbeza
pendapat pada Yazid bin Abi Ziyad; maka diperbaiki untuk menjadi saksi padanya,
di dalamnya juga tidak menyebut Khalifah Allah dan Khurasan, dan tambahan Khalifah
Allah ini tidak mempunyai jalan yang tsabit (sah), dan apa yang diperbaiki
untuk menjadi saksi padanya, Ini mereka adalah tercela (mungkar) seperti
kata-kata yang dugunakan oleh Al-Zhahabi sebelum ini...)
Jawapan:
1. Ternyata sanad riwayat
ini sahih dan tidak ada keraguan padanya, dan telah disaksikan oleh ulama hadits,
serta pengertian riwayat ini sahih pada semua bahagian-bahagiannya, dan terdahulu
telah diterangkan waham (sangkaan) Al-Albani mengatakan bahawa (Khalifah Allah
Al-Mahdi) munkar (tercela)
2. Al-Albani tidak
menyampaikan kepada kita teks riwayat yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan
jalan ‘Alqamah dari Ibn Mas’ud di mana tidak terdapat ungkapan (Khalifah Allah
Al-Mahdi), untuk diketahui sama ada riwayat
yang sama atau riwayat kedua?
Selagi sanadnya tidak
berbeza, maka boleh untuk mengatakan bahawa ia riwayat yang sama tanpa ungkapan
ini?
Adalah jelas bahawa
sikap taksub telah membutakan pandangan Al-Albani, dan jadilah dia ibarat orang
yang mencari kayu api di malam yang gelap gulita. yang tidak tahu di mana dia meletakkan
kapaknya!
Maka dia tidak
menyebut teks riwayat yang dipertimbangkannya secara kiasan atas jelek dan tadlisnya
itu, maka tidak didapati di dalam Sunan Ibn Majah dalam Bab Keluarnya Al-Mahdi pada
riwayat berikut dan jelaslah tujuan dan niat Al-Albani:
Sunan Ibn Majah -
Muhammad bin Yazid Al-Qazwini J 2 hal 1366 H 4082:
[96]
(Dicakapkan kepada kami Utsman ibn Abi Syaibah,
Tsana (dari) Mu’awiyah bin Hisham, Tsana (dari) Ali bin Saleh, dari Yazidb in
Abi Ziyad, dari Ibrahim, dari ‘Alqamah, dari Abdullah kata Maksudnya
: Dikeluarkan oleh Ibn Majah didalam Kitab al-Sunan, daripada Abdullah Bin
Mas’ud melalui Yazid Bin Abi Zaid daripada Ibrahim daripada ‘Alqamah daripada
Abdullah katanya :
بينما
نحن عند رسول الله صلى الله عليه
وسلم إذ
أقبل فتية من بني هاشم. فلما رآهم النبي صلى الله عليه وسلم، أغر ورقت
عيناه وتغير لونه. قال، فقلت: ما نزال نرى في وجهك شيئا نكرهه. فقال " إنا أهل
بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا. وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا.
حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود. فيسألون الخير، فلا يعطونه. فيقاتلون
فينصرون. فيعطون ما سألوا. فلا يقبلونه. حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملؤها
قسطا، كما ملؤوها جورا. فمن أدرك ذلك منكم، فليأتهم ولو حبوا على الثلج(.
Tatkala kami berada
di sisi Rasulullah (S) tiba-tiba datang sekumpulan pemuda dari Bani Hashim.
Setelah Rasulullah (S) memandang mereka, berlinanglah airmata dari mata baginda
dan berubahlah warna wajahnya. Maka dia (Abdullah) berkata, aku berkata :
nampaknya ada sesuatu perkara yang tuan tidak ingini berlaku? Baginda menjawab
: Kami dari Ahl Al-Bait telah dipilih oleh Allah akan akhirat bagi kami, tidak
dipilihNya dunia ini untuk kami. Semua Ahl Al-Baitku akan menemui bala dan
menjadi buruan selepasku, hinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur
membawa panji-panji hitam. Mereka ini meminta diberikan kebaikan , tetapi
mereka tidak dikurniakan kebaikan lalu mereka pun berperang dan kemudiannya
mendapat kemenangan, lalu mereka pun dikurniakan apa sahaja yang mereka minta
dahulu itu. Tetapi, pada ketika itu mereka tidak lagi mahu menerimanya sehingga
mereka menolak perkara itu kepada seorang lelaki dari kalangan Ahl Al-Baitku.
Maka dia itulah yang memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana orang-orang
terdahulu darinya memenuhi dunia dengan kebencian. Maka barangsiapa daripada
kamu ini sempat melalui masa itu maka hendaklah dia pergi menemui mereka itu
walaupun dengan merangkak diatas salji sekalipun.)
:
Seperti yang anda
boleh lihat bahawa riwayat ini bukanlah riwayat yang kita bincangkan tentang sanad
dan matannya, Maka hadits-hadits terlalu banyak yang membicarakan tentang panji-panji
hitam dan penduduk Timur. Adakah perlu untuk menyatukan perkataan atau maknanya?!
Apakah kekeliruan yang teruk ini, seperti mana kebenarannya? Mengapa mendesakan
untuk mendhaifkan riwayat ini yang telah disaksikan oleh sejumlah ulama ahli?
Bukankah ini
memalukan untuk mentadliskan seseorang yang mendakwa berilmu pada kaedah ini?!
Adalah sangat jelas bahawa kedua-dua riwayat itu berbeza, pada sanad dan matannya
yang bersesuaian!.
3. Ia mengatakan:
(... ia adalah munkar (tercela) seperti yang diumumkan Al-Zhahabi sebelumnya
...)
Saya katakan: perkataan
Al-Zhahabi tidak ada kena mengena dalam ungkapan (Khalifah Allah Al-Mahdi) ini,
dan tidak memburukkannya, tetapi Al-Zhahabi tidak berbicara mengenai riwayat
Ibn Majah pada asalnya, tetapi berbicara mengenai riwayat yang disampaikan oleh
Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dengan sanad yang lain bagi sanad Ibn Majah ..
Al-Zhahabi tidak menyatakan mengenai kedudukan munkar hadits itu apakah ia
munkar pada sanad atau matannya?
Dan yang menyokong bahawa
ia munkar pada sanad tidak pada matan ia adalah mengikut riwayat Ibn Majah dengan
sanad dan lafaz Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan
pertimbangan kesahihannya mengikut syarat kedua-dua syeikh dan dipersetujui oleh Al-Hakim, walaupun pada matannya atau sebahagiannya dianggap munkar di sisinya diruju
kepadanya
[97]
Ungkapan (Khalifah
Allah Al-Mahdi) ada di dalam riwayat Al-Hakim yang disahihkan oleh Al-Zhahabi.
Lihat ulasan Al-Zhahabi pada Al-Mustadrak J 4 no 8432.
Ya, riwayat Ahmad
bin Hanbal – adalah secara ringkas - dalam musnadnya pada sanad (Ali bin Zaid),
ia dhaif seperti yang dibawakan kenyataannya yang begitu hampir dengan jalan Al-Zhahabi,
dengan yang menjadi pendamping memberiksn keterangan ke atas munkar adalah
disebabjan sanad bukan matan.
Kebanyakan yang menguatkannya
adalah Al-Zhahabi dalam hubungan menjelaskan (Ali bin Zaid bin Abdullah) dan
menyebutkan kata-kata ulama dalam mendhaifkannya dan ia bercampur aduk dan
kurang daya hafalannya ... dan lain-lain, dan ini adalah apa yang ia terpakai
kepada salah satu daripada takrif yang masyhur (hadits munkar) dalam Kitab
Mushthalaha Al-Hadits, di mana ditakrifkan bahawa : (Ia adalah hadits yang isnadnya
meriwayatkan secara kasar dan bercampur aduk, atau bahyak kelalaiannya atau
menimbulkan kekacauannya.) [156]
Inilah adalah teks
kata-kata Al-Zhahabi secara ringkas:
(Mizan Al-I’tidal - Oleh Al-Zhahabi: J 3 hal 127 - 128 nombor 5844):
(Ali bin Zaid bin
Jad'aan [m, mengenai], dia adalah Ali bin Zaid bin Abdullah bin
Zuhair bin Abi Malikak bin Jad'aan, Abu Al-Hasan Al-Qurasyi Al-Taimi Al-Bashri,
seorang ulama Tabi’ein ....... Musa bin Ismail berkata:. Aku berkata kepada
Hammad bin Salamah, Wuhaib mendakwa bahawa Ali bin Zaid tidak hafaz ......
berkata Syu’bah: pennceritaan Ali bin Zaid kepada kami - adalah terangkat - berkata
Murrah:... pennceritaan Ali kepada kami sebelum bercampur baur, Abu 'Awanah mendhaifkannya.
Hammad bin Zaid berkata: khabar Ali bin Zaid kepada kami adalah berbolak balik.
Al-Fallas: Yahya Al-Qaththan menjauhkan periwayatan hadits dari ‘Ali Bin Zaid.”,
Dan diriwayatkan dari Yazid ibn Zari’ katanya: 'Ali bin Zaid seorang Raafidi .Ahmed
berkata: Seorang yang lemah (dalam periwayatan hadits)” diriwayatkan ‘Utsman
bin Sa’id dari Yahya berkata: (periwayatannya) tidak kuat.. Dan Abbas
meriwayatkan dari Yahya: Tidak ada apa-apa. Beliau berkata di tempat lain: dia
suka riwayat dari Ibn Aqil dan dari ‘Ashim bin ‘Ubaidillah. Ahmad Al-‘Ajili
berkata:. Dia seorang Tasyaiyu’, (periwayatannya) tidak kuat. Bukhari dan Abu
Hatim berkata: tidak boleh berhujjah dengannya.
---------------------
[156] Lihat Tafsir
Mushthalaha Al-Hadits - Dr. Mahmud Al-Thahan hal 94-95.
[98]
Abu Hatim berkata:
Dia menulis haditsnya, dan suka hadits dari Yazid bin Abi Ziyad. Al-Fasawi
berkata: bercampur baur dengan yang lama. Ibn Khuzaimah berkata: tidak
boleh berhujjah dengannya kerana buruk daya hafalannya .....
Ahmad di dalam
Musnadnya, Dicakapkan kepada kami Waki’, dari Syarik, dari Ali bin Zaid, dari
Abu Qilabah, dari Tsauban, Rasulullah, (S) bersabda: Jika kamu melihat panji-panji
hitam dari arah Khurasan, maka datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak di
atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Al-Mahdi. Aku berkata: Aku
melihat ia munkar, telah diriwayatkan oleh Al-Tsauri, dan Abdul Aziz
bin Al-Mukhtar, Khalid Al-Khazha’, dari Abu Qilabah, katanya: dari Asmaa’, dari
Tsauban.....)
Kata-kata Al-Zhahabi: Rujukan (pendapatnya
munkar) - ianya tidak pasti - dia melihat kepada sanad riwayat tidak pada matannya,
dan sanad riwayat Ahmad bin Hanbal khususnya bukan sanad riwayat Ibn Majah atau
Al-Hakim, pada dalil mendhaifkan yang dibawakan oleh Al-Zhahabi dari ulama sebagai kurang daya hafalan, seorang yang lemah, bercampur
baur dan sebagainya kepada (Ali bin Zaid).
Dengan dalil yang
diikuti oleh Al-Zhahabi pada riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak
adalah riwayat yang sama yang disampaikan oleh Ibn Majah, di dalamnya terdapar
teks ungkapan (Khalifah Allah Al-Mahdi) dan persetujui oleh Al-Hakim dalam
mensahihkannya mengikut syarat kedua-dua syeikh dan tidak meragui matannya – seperti
yang dikenukakan -, bagaimana dia membawanya ke sini dan meragui ke atas riwayat
oleh Ahmad ibn Hanbal dan mendhaifkannya dengan meanggap munkar matannya?!
Dr. Abdul-Alim
Abdul-Azim Al-Bastawi - telah menyatakan dalam perbincangannya mengenai (Ali
bin Zaid) dalam Isnad Ahmad ibn Hanbal - Bahawa kata munkar yang dimaksudkan
oleh Al-Zhahabi adalah munkar pada sanad, bukan pada matan:
Al-Zhahabi menyebut dalam Al-Mizan,
dan berkata: Aku melihat ia munkar. Telah diriwayatkan Al-Tsauri dan Abdul-Aziz
bin Mukhtar dari Khalid Al-Khazha’, dari Abi Qilabah, katanya: dari Asmaa’,
dari Tsauban. Berakhir. Nampaknya dari kata-kata beliau bahawa dia mahu menganggap
munkar pada isnad ini bukan bukan pada matan yang sama di mana dia berkata:
"katanya: dari Asmaa’, dari Tsauban." Ia adalah kerana Aba Asmaa’ gugur
dari Isnad Ahmad. Wa Allahu A’lam. [157]
--------------------------
[157] Al-Mahdi Al-Muntadzar
(as) di bawah keterangan Hadits-hadits Al-Atsar yang sahih hal 190.
[99]
[92-95] ✡ [96-99] ✡
[100-106b]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan