Khamis, 19 Oktober 2017

Jawapan Ke Atas Yang Mencela Hadits Ini:- sambungan

Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
            


Jawapan Ke Atas Yang Mencela Hadits Ini (sambungan):


3. Jawapan kepada Ibn Al-Qaiyim Al-Jauziyah:

Ibn Al-Qaiyim Al-Jauziyah menyebut riwayat pada sanad Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, dan kemudian berkata: (Ali bin Zaid: telah meriwayatkan sebagai ikutan Muslim, tetapi ia dhaif, dan ia munkar bersendirian, dan tidak boleh dijadikan hujah bersendirian dengannya.

Diriwayatkan oleh Ibn Majah dari hadits Al-Tsauri, dari Khalid, dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ dari Tsauban, dari Nabi (S) [170]

-----------------------
[170] Al-Manar Al-Munif Fi Al-Shahih wa Al-Mudh’eif - oleh Ibn Al-Qaiyim hal 95-96.

[109 b]

Saya (penulis) katakan:

a. Sungguh pelik, bagaimana Ibn Al-Qaiyim menemui kata-kata seperti itu tanpa mempertimbangkannya! Dia berkata mengenai Ali bin Zaid tidak boleh dijadikan hujah bersendirian dengannya., dan kemudian menyebut dikuti oleh Khalid Al-Khazha’ pada Ali bin Zaid dalam Sunan Ibn Majah, dan walaupun ia masih terus mendhaifkan hadits itu dan tidak mengurangkan kesahihan untuk mengikuti Al-Khazha’!

Sememangnya, Ali bin Zaid seorang yang dhaif, tetapi dia tidak dituduh berdusta, dan haditsnya hasan untuk diikuti dan sebagai saksi, dan haditsnya di sini diikuti dan dijadikan saksi, Maka jelaslah Ali bin Zaid hanya ditohmah, Jadi hadits tersebut menjadi hujah mengikut perkiraan kamu.

Tetapi ianya: (Adalah kebiasaan yang telah aku ketahui dari Akhzam)! - Inti makna Sya’ir ini adalah: kebiasaan seseorang itu diketahui dari kebiasaan sang ayah – pent.

b. Ibn Al-Qaiyim tidak secara terbuka mencela sanad Ibn Majah, dan hanya mencela sanad Ahmad ibn Hanbal, dan ini telah menjadi kebiasaan pada pendedahan untuk menolak hadits ini, di mana mereka dengan segera akan meletakkan sanad hadits dengan sanad Ibn Hanbal untuk mewujudkan perkataan di dalamnya, dan meninggalkan pendedahan dari menyebut sanad Ibn Majah yang sahih, ia umpama membuang habuk di mata, dan sambil senyum sinis, dan ini adalah pengkhianatan ilmiah dan tersasar jauh dari kemurnian bidang ilmiah.

Jadi, Ibn Al-Qaiyim mencabar sanad riwayat dalam Musnad Ahmad bin Hanbal, untuk mendhaifkan Ali bin Zaid, dan tidak mencabar sanad riwayat pada Ibn Majah, bahkan hanya menyebut dengan perasaan malu, kerana dia tahu bahawa tidak ada ruang untuk mencabar salah satu daripada rijal-rijalnya, Dengan demikian telah diketahui bahawa Ibn Qaiyim tidak membantu melemahkan sanad Ibn Hanbal, kerana boleh diterima pada sanad Ibn Majah serta Al-Hakim dan, juga pada sanad riwayat Ibn Mas’ud.

4. Jawapan kepada kata-kata Al-Zhahabi atau kenyataannya:

Al-Zhahabi berkata dalam Mizan Al-I’tidal pada menjelaskan Ali bin Zaid:

(Ahmad dalam Musnadnya, diceritakan kepada kami Waki’, dari Syarik, dari Ali bin Zaid, dari Abi Qilabah, dari Tsauban, Rasulullah (S) bersabda: Apabila kamu melihat (panji-panji) hitam datang dari arah Khurasan pergilah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Al-Mahdi.

                                       
[110]


Aku katakan: Aku melihat ianya munkar, telah diriwayatkan oleh Al-Tsauri, dan Abdul Aziz bin Mukhtar, dari Khalid Al-Khazha’, dari Abi Qilabah, beliau berkata: dari Abi Asmaa’ dari Tsauban) [171]

Saya (penulis) kataksn:

Akan dikemukakan kandungan jawapan kepada Al-Albani kenyataan bahawa kata-kata Al-Zhahabi di sini: (Aku melihat ianya munkar), tidak bermakna munkar pada matan tetapi munkar pada sanad, oleh wujudnya Ali bin Zaid bin Jad'an, dan mungkin juga digugurkan (Abi Asmaa’ Al-Rahbi) dari sanadnya, di antara Abi Qilabah dan Tsauban, Dan aku telah kataksn bahawa Al-Zhahabi dalam Talkhish Al-Mustadrak telah menganggap sahih riwayat ini, dan tidak menganggap munkar matannya atau sanadnya, kerana sanadnya sahih, bagaimana dibawakan ke sini munkar matannya. Padahal yang akan berubah pada riwayat Musnad Ahmad adalah sanadnya sahaja, yang menunjukkan bahawa ia maksudkan dengan munkar.

Jadi, kata-kata Al-Zhahabi dalam Mizan Al-I’tidal juga dari sanad Ahmad bin Hanbal, dan tidak melontarkan kritikan pada sanad Ibn Majah, tetapi hanya dengan mengisyaratkan kepadanya dan tidak memburunya.

5. Jawapan kepada Ibn Khaldun:

Ibn Khaldun (W. 808) berkata dalam (Kitab) Tarikhnya - selepas menyebut riwayat Ibn Majah: (dan rijal-rijalnya adalah rijal kedua-dua kitab Sahih kecuali pada Aba Qilabah Al-Jarimi dan Al-Zhahabi dan lain-lain menyatakan bahawa dia Mudallis dan terdapat Sufian Al-Tsauri, dia terkenal dengan bertadlis, setiap seorang daripada mereka berdua pada ‘An’annya tidak menyatakan mendengar dan tidak menerimanya (secara langsung) dan terdapat Abdul Razaq bin Hammam dan dia terkenal sebagai seorang Syiah dan Sunnah pada akhir hayatnya yang bercampur aduk. Telah berkata bin ‘Adi bercakap pada hadits-hadits dalam Al-Fadhail, tiada seorang pun yang bersetuju dengannya dan ia dianggap Tasyaiyu’ (Syiah). Berakhir) [172]

 Saya (penulis) kataksn:

a. Ibn Khaldun dibingungkan oleh Aba Qilabah, dan jika dia dikira seorang Mudallis, tetapi tidak semua Mudallis ditolak riwayatnya. kedua-dua kitab Sahih dipenuhi dengan hadits-hadits Mudallis, termasuk Abu Qilabah, sedangkan para Mudallis mempunyai lima lapisan (peringkat)
-
----------------------------
[171] Mizan Al-I’tidal - oleh Al-Zhahabi: J 3 hal 127-128 No. 5844.
[172] Tarikh Ibn Khaldun J 1, hal 320.

[111]

Mengikut susunan Ibn Hajar Al-‘Asqalani - Mudallis peringkat pertama dan kedua tidak tercela dan boleh berhujjah khabar riwayatnya, dan bakinya (peringkat 3,4 dan 5) dicela. Abu Qilabah pada peringkat pertama dan Sufian Al-Tsauri pada peringkat kedua. Maka diterima riwayat mereka jika ada dalam rantaian ‘An’anah.

Ibn Khaldun telah menyaksikan Al-Zhahabi mengatakan tentang tadlis Abi Qilabah, Maka telsh hilsng apa yang disahihkan pada hadits ini oleh Al-Zhahabi sendiri dalam Talkhish Al-Mustadrak pada ‘An’anah Abi Qilabah, Adakah terlalu sedikit disiplin diri?!

b. Adapun Abdul Razaq Al-Shan'aani, telah dikemukakan jawapan terhadap keraguan mengenainya menjadi bercampur aduk dan Tasyaiyu’, sila lihat kembali.

6. Jawapan kepada Ibn Hajar Al-Haitami:

Ahmad bin Hajar Al-Haitami Al-Makki (W. 974) berkata: (diriwayatkan oleh Ahmad dari Tsauban secara marfu’: Apabila kamu melihat panji-panji hitam telah keluar dari Khurasan pergilah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.
Sanadnya dhaif dan aianggap munkar tetapi diriwayatkan oleh Muslim tidak mengikut hujah ini di mana jika digunakan sebelumnya kedua-duanya adalah sahih bagi mereka yang mendakwa bahawa Al-Mahdi adalah Khalifah ketiga, Bani Abbas) [173]

Saya (penulis) kataksn:

Jika Al-Haitami, seperti yang lain bergegas untuk membatalkan sanad riwayat Ahmad bin Hanbal, ia mengandungi perawi yang dhaif; dan dia adalah Ali bin Zaid bin Jad'an, dan dia berpaling dari riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim, kerana kedua-dua sanadnya shahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim - seperti yang dinyatakan sebelum ini - dan dengan keduanya dipaksa didhaifkan sanad riwayat Ahmad bin Hanbal, dan walaupun kita berikan kepada Al-Haitami dan yang sepertinya riwayat Ahmad ibn Hanbal – sesuatu yang ringan dan lemah – tetap akan bergantung kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Al-Hakim dengan sanad-sanad yang sahih, dan dengan itu kita dapat berehat dan merasa selesa.

Saya percaya para pembaca yang berhemat mengetahui tahap kegusaran mereka dari hadits ini dan mereka cuba untuk menolak pada semua jalan, walaupun ia dengan jalan penipuan atau yang akan melalaikannya, walaupun ulama menganggap dan menyaksikan ianya sahih!

-----------------------
[173] Al-Shawa3iq Al-Mahraqah Fi Al-Radd 3ala 'Ahl Al-Bid3a Wa Al-Zindiq – oleh Ahmad bin Hajar Al-Haitami p 164..


[112]


[106b-109a] [109b-112][113-118]


Tiada ulasan: