Ahad, 8 Oktober 2017

Sambungan Menjawab Keraguan 4




Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

Maka hadits yang diriwayatkan lebih banyak dengan jalan dari Sabi’ dari Huzhaifah, disaksikan hasan dan sahih di sisi para ulamak, sebagaimana kata Al-Albani; Sesungguhnya hadits tersebut disahkan dari Nabi tanpa mempedulikan celaan orang-orang yang mengingkarinya.

Kesaksian yang kuat ini telah mensahihkan lafaz (Khalifah Allah) pada Hadits Al-Risalah ini.

Yang anehnya bahawa Al-Albani telah mengingkari lafaz (خليفة الله - Khalifah Allah), dan tidak mengingkari lafaz:
((إن كان لله خليفة في الأرض
(jika bagi Allah mengadakan Khalifah di bumi)[152], saya tidak tahu apa perbezaan di antara kedua-dua lafaz pada maknanya, ia adalah perlantikan Khalifah di bumi di sisi Allah SWT?!

Saksi Kedua:

Dalam Muntakhab Musnad ‘Abd bin Humaid - Abd bin Humaid bin Nashr [153] Wafat 249 H hal 295-296:.

Ana (dari) Abdul Razaq, Ana (dari) Muammar, dari Abi Harun Al-‘Abdi, dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(احتج آدم وموسى عليهما السلام فقال موسى: أنت خليفة الله بيده أسكنك جنته وأسجد لك ملائكته فأخرجت ذريتك من الجنة وأشقيتهم فقال آدم (عليه السلام(  أنت موسى الذي اصطقاك الله بكلامه ورسالته تلومني في شئ وجدته قد قدر علي قبل أن أخلق قال فحج آدم موسى فحج آدم موسى(.

“Adam dan Musa saling berdebat, lalu Musa berkata: ‘Wahai Adam, engkau adalah Khalifah Allah, dengan tanganNya  ditempatkan engkau di SyurgaNya dan sujud kepada engkau para malaikatNya, lalu diusir keturunan engkau dari Syurga’ dan membuat mereka sengsara. Adam (as) pun menjawab: Wahai Musa, Engkaulah yang dipilih Allah dengan risalahNya, dan berkata-kata denganNya. Apakah Engkau salahkan aku datukmu atas suatu urusan yang telah Allah tetapkan atasku sebelum aku diciptakan?” Baginda bersabda: “Maka Adam mengalahkan Musa dalam perdebatan itu. Adam mengalahkan Musa dalam perdebatan itu)”

Perhatikanlah kata-kata Nabi Allah Musa (as) kepada Nabi Allah Adam (as) (engkau adalah Khalifah Allah), bukankah ia betul-betul sama dengan apa yang terkandung dalam Hadits Al-Risalah itu!


---------------------------
[152] Lihat Al-Silsilah Al-Shahihah: J 4 hal 400 nombor 1791.
[153] Tazhkirah Al-Hufadz - oleh Al-Zgagabi: J 2 hal 534-9551 nombor.
(‘Abd bin Humaid bin Nashr seorang Imam Al-Hafidz, Abu Muhammad Al-Kassi penyusun Al-Musnad Al-Kabir wa Al-Tafsir dan lain-lain, namanya Abdul Hamid, Maka  ...... Al-Bukhari telah mengulas dalam Al-Dalail Al-Nubuwah mengenai Shahihnya dan menamakan Abdul Hamid, dan dia adalah dari imam-imam yang tsiqah, diletakkan dalam Al-Muntakhab dari Musnadnya untuk kita dan untuk golongan muda atau untuk kita bangkit. Dia meninggal dunia pada tahun dua ratus empat puluh sembilan - 249 H (rahima Allahu Ta’ala ...).

[92]

Saksi Ketiga:

Sahih Muslim J 2 bab larangan makan bawang putih atau bawang ... hal 81.

Kata-kata 'Umar ibn Al-Khattab: (... dan beberapa orang telah menyuruh ku supaya menjadi khalifah dari Allah dan tidak menyia-nyia agamaNya mahupun khalifahNya, dan tidak akan diutus NabiNya (S).

‘Umar di sini mengaitkan Kekhalifahan kepada Allah Ta’ala, dan memastikan bahawa hakikat penegak kebenaran adalah Khalifah Allah Jalla Jalalah, adakah ‘Umar seorang musyrik pada pendapat Al-Albani dan Ibn Taimiyah?!


 Saksi Keempat:


Sahih Al-Bukhari (J 2 hal 121):

Dari Abu Sa'id Al-Khudri, dari Nab, (S), baginda bersabda:

(ما بعث الله من نبي ولا استخلف من خليفة إلا كانت له بطانتان بطانة تأمره بانعروف وتحضه عليه وبطانة تأمره بالشر وتحضه عليه فالمعصوم من عصم الله تعالى

("Allah tidak akan mengutus seorang nabi dan tidak akan memilih seorang khalifah melainkan di sekitarnya dua jenis kepercayaan manusia, kepercayaan orang yang senantiasa menganjurkan dan mendorongnya untuk berbuat baik, dan kepercayaan orang yang menyuruh dan mendorongnya untuk berbuat buruk. Maka orang yang selamat adalah orang-orang yang diselamatkan oleh Allah SWT.

Maka Khalifah yang dipilih oleh Allah, apa yang akan kita panggil? Bukankah Khalifah Allah? Kerana dia dipilih oleh Allah SWT, seperti kita memanggil mereka yang diutus Allah (Rasulullah - Rasul Allah) kerana dia diutus oleh Allah SWT,


Saksi Kelima:


Diriwayatkan Abu Nu`aim dalam (Al-Arba’ein Haditsan Fi Al-Mahdi) Hadits ke 16, dari Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah (S) bersabda:

  (يخرج المهدي وعلى رأسه عمامة، فيها مناد ينادي: هذا المهدي خليفة الله فأتبعوه)

(Akan keluar Al-Mahdi, di atas kepalanya serban, padanya ada penyeru yang menyeru, "Inilah Al-Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia!) [154]


------------------------
[154] Al-Hawi Li Al-Fatawa – oleh Al-Suyuthi: J 2 hal 61, 3uqud Al-Durur fi Akhbar Al-Muntadzar, ditahqiq oleh Al-Syeikh Muhib Bin Saleh Al-Bawarini: bab 6 no 212 hal 205, Nur Al-Abshar - oleh Al-Syablanji, Al-Mathba’ah Al-Mahmudiyah, Mesir, tahun 1313 Hijrah, Cet 1 hal 158. Katanya diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Al-Thabrani dan lain-lain.


[93]



 Saksi Keenam:


Dari Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(إذا أقبلت الرايات السود من خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله المهديُ)

(Apabila datang panji-panji hitam dari Khurasan maka pergilah kepadanya kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah.) [155]

Hadits ini menjadi saksi kepada Hadits Al-Risalah ini, ia adalah nash atas perihal Imam Mahdi (as) sebagai (Khalifah Allah) ػ.

Kenam-enam saksi (dalil) ini menyokong kesahihan makna (Khalifah Allah) ػ, dan semuanya menjelaskan khayalan (keraguan) yang dilihat oleh Al-Albani kerana sesungguhnya dia tidak bersaksi dengannya.

Selepas itu, tidak ada salahnya menyebutkan sebahagian ulama yang membenarkan penggunaan (Khalifah Allah) ػ kepada Khalifah Allah di bumi:

1. Al-Manaawi berkata dalam Faidh Al-Qadir J 1 hal 466:
(dan semua yang dipilih Allah untuk memakmur bumi dan mentadir manusia. menyempurmakan diri mereka dan melaksanakan perintahNya kepada mereka, maka dia Khalifah, tetapi tidak diperlukan oleh Yang Maha Kuasa orang yang tidak sesuai, bahkan gagal untuk bertindak sebagai orang yang menggantikanNya dari menerima limpah kurniaNya  dan melaksanakan perintahNya (Sekiranya kamu katakan) apakah hikmahnya ditambah pada Allah dan apakah yang dikatakan Khalifah itu? Saya katakan ia adalah satu petunjuk bahawa insan kamil (manusia sempurna) telah ditajalli dari perkara (الرذائل) ‘yang dipandang keji dan ditajalli dengan kemuliaan dan kedudukan ijtihad dan fatwa yang tidak boleh dikeluarkan kecuali pada maqam kenabian, Terdapat yang menolak kebaikan seolah-olah mereka menahan diri daripada mengatakan Khalifah Allah bukan untuk yang lain dari Adam dan Daud (as)) .

2. Al-Sam'ani berkata dalam tafsirnya J 1 hal 64: (dan ada yang mengatakan: bahawa dinamakan Khalifah kerana dia Khalifah Allah di bumi, untuk menegakkan hukumNya, dan melaksanakan keputusanNya yang adil, dan ini adalah sahih.)

3. Al-Baghawi berkata dalam tafsirnya J 1 hal 60:. (Apa yang dimaksudkan di sini adalah Adam dipanggil khalifah. Kerana menggantikan jin yang datang kemudian daripada mereka (jin) itu. dan ada yang mengatakan: bahawa menggantikan kepada yang lain, Dan benarlah. bahawa dia Khalifah Allah di bumi ini untuk menegakkan hukumNya, dan melaksanakan keputusanNya yang adil).


---------------------------
[155] kata-kata AL-Musnad dalam mempertahankan Musnad Ahmad – oleh Ibn Hajar hal 69,


[94]


4. Al-Qurthubi berkata dalam tafsirnya J 1 hal 312: (... Sesungguhnya telah dibawa keluar keduanya dari Syurga ke bumi, kerana mereka berdua telah diciptakan di sana, dan Adam menjadi Khalifah di muka bumi. Iblis- laknahu Allah -  tidak bertujuan untuk mengeluarkan mereka darinya, tetapi bertujuan menjatuhkan martabatnya dan menjauhkannya sejauh mengkin, tetapi dia tidak mencapainya dan tidak menyedari apa tujuannya, bahkan semakin bertambah panas pandanganbya, rimas dirinya dan kecewa memikirkannya. Allah AWJ berfirman:

﴿ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَىٰ﴾

Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. [Taha 20:122]

Maka dia (as) menjadi Khalifah Allah di bumiNya selepas dia teraniaya di tempat tinggalnya, maka betapa jauh (bezanya) di antara khalifah dan kerendahan! (S)....) ...

Beliau juga berkata pada J 1 hal 263: (... makna pada khalifah di sini - pada kata-kata Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas dan banyak ahli-ahli takwil (tafsir) – adalah Adam (as), dia adalah Khalifah Allah dalam melaksanakan hukum-hukum dan perintahNya .. ).....

5. Al-Baidhawi berkata dalam tafsirnya J 1 hal 68:. (... dan Khalifah yang dipilih selain darinya menerima taubatnya dan gangguan tersebut diperbesar-besarkan, yang dimaksudkannys adalah Adam (as) kerana dia adalah Khalifah Allah di bumiNya, dan juga setiap nabi dipilih menjadi khalifah Allah untuk memakmurkan bumi, mentadbir manusia, dan menyempurnakan diri mereka serta melaksanakan perintahNya kepada mereka. Dia SWT tidak berhajat kepada orang yang tidak sesuai, bahkan gagal untuk bertindak sebagai orang yang menggantikanNya dari yang boleh menerima limpah kurniaNya dan menyampaikan perintahNya tanpa perantaraan ....)

6. Al-Alusi berkata dalam tafsirnya J 1 hal 220:. (... dan makna menjadi Khalifah adalah Khalifah Allah Taala di bumiNya, Begitulah bagi tiap-tiap Nabi yang dipilih menjadi khalifah Allah untuk memakmurkan bumi, mentadbir manusia, dan menyempurnakan diri mereka serta melaksanakan perintahNya kepada mereka. Dia SWT tidak berhajat kepada orang yang tidak sesuai, bahkan gagal untuk bertindak sebagai orang yang menggantikanNya Kerana ia berada dalam kekeruhan dan kegelapan jasmaninya, Zat yang Maha Tinggi dan KesucianNya mensyaratkan kesesuaian dalam menerima limpah kurniaNya kepada apa yang berlaku dengan lumrah Ilahiyah dengan mengharuskan perantaraan di sisi yang wajar dan tertakluk ke satu sisi limpah kurnia dan dengan limpah yang lain...)

7. Al-Fakhr Al-Razi berkata dalam tafsirnya, J 26 hal 199: "... kemudian dia katakan dalam mentafsir, dijadikanNya Khalifah kepada dua wajah (bentuk):


[95]

[88-91][92-95][96-99]


Tiada ulasan: