Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
8. ـJawapan terhadap Hamzah Ahmad Al-Zain:
Hamzah Ahmad Al-Zain berkata dalam mentahqiq
Musnad Ahmad: (sanadnya lemah, dan Ali bin Zaid dianggap hasan haditsnya di dalam
Al-Mutabi’aat tetapi di sini ia bersendirian. Sebagaimana kata Ibn ‘Adi
(5/1783) dan Al-Zhahabi di dalam Al-Mizan 144.) [190]
Saya (penulis) katakan:
Hamzah Al-Zain tidak mendedahkan kata-kata
‘Adi dan Al-Zhahabi, Adakah mereka yang mendhaifkan Ali bin Zaid, atau ia
bersendirian dalam hadits ini? Ia telah dibiarkan samar - dan sebabnya -
sebagai satu kemungkinan besar - pada pengetahuannya ada riwayat hadits dengan
sanad sahih dalam-Musnad Ahmad, dan kerana ada yang telah ditentukan untuk
mencabar hadits ini dan dikelaskan sebagai dhaif, dan kemudian mengabaikannya dan
mentadliskannya.
Tetapi kita boleh memperlakukan perkataan
Hamzah Al-Zain pada kedua-dua kemungkinan. Pada perkiraan dhaifnya Ali bin
Zaid, tanpa mempedulikan datangnya pembuktian sebaliknya, tetapi apa yang
membimbangkan kita bahawa haditsnya yang diperakui dan hasan dalam ikutan dan pembuktian,
dan ini diakui oleh Hamzah Al-Zain sendiri, tidak ada ciri-ciri dhaif pada
matan hadits dari Ibn ‘Adi atau Al-Zhahabi, tetapi apa yang didapati dalam Al-Kamil
oleh Ibn ‘Adi dalam menjelaskan Ali bin Zaid adalah: (dan bagi Ali bin Zaid
selain dari apa yang saya katakan dari hadits iaitu hadits-hadits yang sah dan tidak
dilihat seorang pun dari orang-orang Basrah dan mereka yang lain menafikan riwayat
mengenainya dan ia adalah berlebihan dalam Tasyaiyu’ di kalangan penduduk Basrah
dan dengan kelemahannya dia menulis haditsnya) [191].
Dan telah dikemukakan mengenai kata-kata Al-Zhahabi
dalam Mizan Al-I’tidal (dilihat munkar) dan dia tidak maksudkan
pada matan, tetapi pada sanad, dan sekurang-kurangnya tidak boleh bertentangan
dengan kekuatan dalil bahawa yang dimaksudkan adalah pada matan dan dalil kami adalah
mensahihkan matan riwayat dalam Talkhis Al-Mustadrak, seperti yang dinyatakan
di atas.
Adapun bersendiriannya Ali bin Zaid pada hadits
ini, telah dijelaskan bahawa Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil tidak menyentuhnya, dan Al-Zhahabi
telah menerangkan yang sebaliknya, dan Al-Zhahabi sepakat dengan Al-Hakim dalam
mensahihkan hadits tersebut dalam Al-Mustadrak, Jadi pendapat bersendirian itu adalah
pendapat Hamzah Al-Zain, dan ia adalah pendapat yang benar-benar salah, untuk meriwayatkan
hadits ini dengan sanad-sanad yang sahih dalam Mustadrak Al-Hakim, dan dengan
sanad yang sahih dalam Sunan Ibn Majah, dan dengan sanad hasan dari Abdullah
bin Mas’ud, maka di manakah bersendirian yang dikatakan itu!
9. Jawapan kepada Al-Mubarakafuri:
Berkata Abu Al-'Ala Muhammad bin 'Abdul Rahman
Al-Mubarakafuri (W 1353)
----------------------------
[190] Musnad Ahmad – ditahqiq oleh Hamzah
Ahmad Al-Zain:. J 16 hal 292 nombor 22 287.
[191] Al-Kamil - oleh Ibn ‘Adi: J 5 hal 195 -
201 No. 383.
[119]
(Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dari Tsauban secara
marfu’ "Apabila kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan
pergilah kepadanya kerana sesungguhnya ada Khalifah Allah Al-Mahdi "
.... Dalam sanad hadits Tsauban menyebut Syarik bin Abdullah Al-Qadhi mengubah hafaznya
sejak menjadi Qadhi di Kufah, terdapat juga Ali bin Zaid Dan nampaknya dia
adalah Ibn Jad’an, pembicara di dalamnya) [192]
Saya (penulis) katakan:
Di sini Al-Mubarakafuri juga memendekkan
sanad Ahmad bin Hanbal kerana terlupa atau terlepas pandang dari sanad-sanad Al-Hakim
dan Ibn Majah yang sahih. Syarik tsiqah tetapi kurang daya hafalannya, dan
telah dilihat di sini tidak bersendirian pada hadits ini, Ali bin Zaid mengemukakan
kata-katanya berulang kali mengenai hasan haditsnya itu untuk diikuti, ia telah
menguatkannya.
-------------------------------
[192] Tuhfah Al-Ahwadi - Al-Mabarakafuri: J 6 hal
451.
[120a]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan