Ahad, 15 Oktober 2017

Menjawab Keraguan - Akhir



Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]


Dalam apa jua keadaan, jika ada masalah hukum atas me-mungkar-kan sesuatu hadits mengenai masalah yang diijtihad sering berpunca daripada mazhab-mazhab dan pendapat-pendapat .. ia boleh menjadi hadits munkar pada sesuatu golongan dan boleh diterima kepada golongan yang lain dan begitulah sebaliknya,.

Ini adalah disebabkan bermain-main dan meremehkan agama Allah SWT dan hadits-hadits Rasulullah (S) serta hadits-hadits keluarga baginda yang disucikan, Membantahnya itu lebih merupakan membantah pada sumbernya. Ini adalah ucapan awal. Iaitu yang pertama, mesti dibebaskan dari pertikaian mengingkarinya, disahihkan atau dinafikan. Kemudian barulah dihukum (ditentukan) hadits itu mungkar atau ma’ruf.

Maka telah dikemukakan perbincangan mengenai bentuk-bentuk pengingkaran Al-Albani mengenai hadits ini dan pernyataan tentang khayalan dan kejahilannya ... sila rujuk jika saudara menyukainya.

Sekurang-kurangnya sebelum ini telah dibuktikan bahawa Al-Albani cuba untuk mentakwil kata-kata Al-Zhahabi untuk disesuaikan dengan keinginannya tanpa dalil yang jelas, dan mahu menarik perhatian pembaca bahawa kata-kata Al-Zhahabi (melihatbya munkar) yang akan diguna untuk menafikan ungkapan
(فيها خليفة الله المهدي)
(padanya ada Khalifah Allah Al-Mahdi) manakala Al-Zhahabi tidak pun menyebut mahupun mengisyaratkan untuk menafikan ungkapan ini secara khusus, dan kata-kata yang dibawanya mungkin bermaksud munkarnya hadits adalah disebabkan munkarnya riwayat pada sanad Ahmad bin Hanbal (Ali bin Zaid) bukan kerana matannya secara khusus, dan sekurang-kurangnya ini adalah satu kemungkinan, telah disebut sebagai sokongan, manakala kata-kata Al-Albani dan takwilnya tidak berdasarkan dalil dan sokongan.. Maka fikirkanlah.

4. Untuk menerangkan betapa rusaknya pendapat Al-Albani dalam mengatakan bahawa ungkapan
(فإن فيها خليفة الله المهدي)
(kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) tidak mempunyai jalah yang kukuh, dengan mudah untuk dikatakan di sini, saya katakan:

1. Terdahulu diterangkan bahawa Ibn Majah telah menyampaikan hadits dengan sanad sahih yang telah disaksikan kesahihannya seperti berikut:

a. Ibn Katsir dari Ibn Majah pada akhirnya dalam Al-Nihayah Fi Al-Fitan Wa Al-Malahim J 1 hal 31:. Beliau berkata mengenainya: (Ibn Majah bersendirian, sanadnya ini sahih yang kuat.)

b. Al-Qurtubi dalam kitabnya (Al-Tazhkirah) dari Ibn Majah, berkata: (sanadnya ini sahih).


[100]


c. telah disebut oleh Ahmad bin Abi Bakr bin Ismail Al-Bawasyiri, dalam kitabnya Zawaid Ibn Majah ke atas lima kitab (Al-Kutub Al-Khamsah), dia berkata mengenainya: (sanadnya ini sahih, rijalnya tsiqaat diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak pada jalan Al-Husein bin Hafsh dari Sufian, dan berkata: Hadits ini shahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh (Bukhari-Muslim) [158]

2. Dan juga sanadnya disebutkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dan telah disaksikan kesahihannya seperti berikut:

a. Al-Hakim sendiri berkata: shahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh.

b. Al-Zhahabi, telah sepakat dengan Al-Hakim, dia berkata: mengikut syarat Bukhari dan Muslim.

3. Diriwayatkan oleh Abu ‘Amr Al-Dani dalam Al-Sunan Al-Waradah dalam Al-Fitan wa Ghawailaha wa Al-Sa’ah wa Asyrathaha J 5 hal 1032 h 548, riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim dan dengan sanad berbeza pada Abdul Razaq:

(Diceritakan kepada kami Hamzah bin Ali, diceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad, diceritakan kepada kami ‘Utsman bin Ismail Al-Sukkari, diceritakan kepada kami Ahmad Bin Manshur Al-Ramadi, diceritakan kepada kami Abdul Razaq, diceritakan kepada kami Sufian Al-Tsauri, dari Khalid Al-Khazha’, dari Abu Qilabah, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda.

يقتتل عند كنزكم نفر ثلاثة كلهم ابن خليفة، ثم لا يصير الملك الى أحد منهم، ثم تقبل الرايات السود من قبل خراسان، فائتوها ولو حبوا على الركب، فإن فيها خليفة الله المهدي.)

 (Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. kemudian tidak seorang pun dari mereka berhasil menguasainya. Kemudian akan datang panji-panji hitam dari arah Khurasan,. “Maka datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas lutut kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi)

Diriwayatkan oleh Al-Ruyani, Abu Bakr Muhammad bin Harun Al-Ruyani di dalam Musnadnya,

Na (dari) Ibn Ishak [159], Na (dari) Yahya bin Mu’in, Na (dari) Abdul Razaq, Ana (dari) Sufian, dari Khalid Al-Khazha’, dari Abu Qilabah, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(يقتتل عند كنزكم هذا ثلاثة، كلهم ابن خليفة، ثم لا يصن إلى واحد منهم، ثم تجئ (رايات) سود من قبل المشرق

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. kemudian tidak seorang pun yang berhasil dari mereka. Kemudian akan datang (panji-panji) hitam dari arah Timur


---------------------
[158] Zawaid Ibn Majah ke atas lima kitab (Al-Kutub Al-Khamsah oleh Ahmad bin Abi Bakr bin Ismail Al-Bawasyiri, (840 H) disahih dan diulas (ta’liq) oleh Al-Syeikh Muhammad Mukhtar Husein, Cet 1, tahun 1414 H – 1993 M, Dar Al-Kitab Al-'Ilmiyah, Beirut - Lubnan:. hal 527-528 no. 1370
[159] Dia adalah Muhammad bin Al-Shaghani, Sebagaimana yang dinyatakan oleh pentahqiq dalam Mu’jam Syuyukh Al-Ruyani pada  bota kaki kitab.


[101]

(فيقتلونكم) قتلا لم يقتله قوم قط مثله، ثم ذكر شيئا قال إذا سمعتم به فائتوه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله المهدي.)

(maka mereka memerangi kamu) dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu kaum. Kemudian baginda (S) mengucapkan sesuatu. “Apabila kamu mendengarnya, datanglah dan berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana
 sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.) [160].

5. Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi (W 485H), pada riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim dengan tiga jalan pada Abdul Razaq:
Al-Dalail Al-Nubuwah oleh Al-Baihaqi J 1 hal 515-516:

(Dikhabarkan kepada kami Ali bin Ahmad bin ‘Abdan dikhabarkan kepada kami Abu Al-Qasim Al-Thabani diceritakan kepada kami Ibrahim bin Suwaid Al-Syabami diceritakan kepada kami Abdul Razaq.

(H) dan dikhabarkan kepada kami Abu Abdullah Al-Hafiz dikhabarkan kepada kami Abu Abdullah bin Muhammad bin Mukhallid bin Aban Al-Jauhari di Baghdad, diceritakan kepada kami Abdullah bin Ahmad bin Ibrahim Al-Duruqi diceritakan kepada kami Ya’kub bin Humaid bin Kasib diceritakan kepada kami Abdul Razaq dikhabarkan kepada kami Al-Tsauri, dari Khalid Al-Khazha’, dari Abi Qilabah, dari Tsauban: Rasulullah (S) bersabda:

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun yang berhasil dari mereka. Kemudian akan datang panji-panji hitam dari arah Khurasan, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu kaum. Kemudian baginda (S) mengucapkan sesuatu. “Maka apabila berlaku seperti itu datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah)

Dalam riwayat Ibn ‘Abdan: Kemudian akan datang panji-panji hitam, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu kaum, kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi. Jika kamu mendengarnya datanglah dan berbai’ah kepadanya kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.

Dan dikhabarkan kepada kami Abu Abdullah Al-Hafiz dikhabarkan kepada kami Abu Hamid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-Khasarajradi diceritakan kepada kami Musa bin Abdul Mu’min diceritakan kepada kami Abu Ja’far Muhammad bin Mas’ud dikhabarkan kepada Abdul Razaq, lalu menyebut isnadnya dan maknanya dan berkata, Maka apabila kamu melihatnya, datanglah dan berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.
Abdul Razaq bersendirian dari Al-Tsauri,. Berakhir.


-----------------------
[160] . Musnad Al-Ruyani oleh Al-Hafiz Abi Bakr Muhammad bin Harun Al-Ruyani, (W 307 H) diteliti dan dita’liq Aiman Ali Abu Yamani, Muassasah Qurthubah, cet 1, 1416H-1995M:.. J I, hal 417-418 No. 637.

[102]


Sehingga kini kita dapat tujuh jalan melalui (Abdul Razaq) dalam riwayat ini, dengan sedikit perbezaan pada lafaz dan semuanya terhimpun pada (Khalifah Allah) Tiga jalan dari Al-Baihaqi, dan dua jalan dari Ibn Majah, dan jalan dari Abi ‘Amr Al-Dani, dan jalan dari Al-Ruyani.

Dan akan dibawakan lagi riwayat yang menyebutkan makna di penghujung riwayat sebelum ini, dengan lafaz (Khalifah Allah Al-Mahdi):

6. Al-Hakim meriwayatkan dalam Mustadraknya hadits yang lain dengan lafaz pendek hampir sama dengan riwayat Ibnu Majah

Al-Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi  J 4 hal 502:

(Dikhabarkan kepada kami Hussein bin Yaqub bin Yusuf Al-Adil, Tsana (dari) Yahya bin Abi Talib Tsana (dari) Abdul Wahab bin ‘Athaa’ Tsana (dari) Khalid Al-Khazha’, dari Abi Qilabah, Tsana (dari)  Abi Asmaa’ dari Tsauban (ra), Baginda bersabda, Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan, datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi..
                               
Hadits ini shahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh (Bukhari-Muslim) hanya saja tidak meriwayatkannya.

Dia juga meriwayatkannya secara panjang:

Dikhabarkan kepada kami Abu Abdullah Al-Saffar Tsana (dari) Muhammad bin Ibrahim bin Arumah Tsana (dari) Husein bin Hafsh Tsana (dari) Sufian Tsana (dari) Khalid Al-Khazha’, dari Abi Qilabah, Tsana (dari)  Abi Asmaa’ dari Tsauban (ra) katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun yang dari mereka yang berhasil. Kemudian akan muncul panji-panji hitam dari arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu kaum. Kemudian baginda (S) menyebutkan sesuatu. “Maka sesiapa yang melihatnya, berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi)
Hadits ini shahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh [161].

7 Dan Ahmad bin Hanbal juga meriwayatkan haditsnya dengan sanadnya dari Abi Qilabah melalui riwayat Al-Hakim secara ringkas.


--------------------------
[161]. Al-Mustadrak ‘ala Al-Shahihain oleh Al-Hakim Al-Naisaburi  (W 405 H), Asyraf Yusuf Abdul Rahman Al-Mur’asyili, J 4 hal 463-464.


[103]

Musnad Ahmad – Al-Imam Ahmad bin Hanbal J 5 hal 277:

(Diceritakan kepada kami Abdullah diceritakan kepadaku dari bapaku Tsana (dari) Waki’ dari Syarik dari Ali bin Zaid dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda: Apabila kamu melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi.)


Dan sanad Ahmad bin Hanbal, walaupun lemah pada (Ali bin Zaid), tetapi ia boleh dianggap tsiqah, maka jadilah hadits tersebut Hasan Li Ghairih, dan sekurang-kurangnya menjadi penguat.

Al-Baihaqi juga meriwayatkan hadits ini dalam Al-Dalail Al-Nubuwah secara ringkas, J 1 hal 515-516.
                                       
Dia meriwayatkan dalam dua jalan dari Abi Qilabah, salah satu darinya mauquf. Di mana dia berkata: (Dan diriwayatkan dari sisi lain dari Abi Qilabah dan ia tidak kuat:

Dikhabarkan kepada kami Ali bin Ahmad bin ‘Abdan dikhabarkan kepada kami Ahmad bin ‘Ubaid Al-Saffar diceritakan kepada kami Muhammad bin Ghalib diceritakan kepada kami Katsir bin Yahya diceritakan kepada kami Syarik dari Ali bin Zaid dari Abi Qilabah dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda::

"Apabila kamu melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi."..

Diriwayatkan oleh Abdul Wahab bin Athaa’ Abi Khalid Al-Khazha’, dari Abu Qilabah, dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Baginda bersabda: Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi.

Diberitakan kepadaku Abu Abdullah Al=Hafidz dikhabarkan kepada kami dengan disertai izin (untuk meriwayatkan kembali) dikhabarkan kepada kami Husein bin Ya’qub bin Yusuf Al-Adil diceritakan kepada kami Yahya bin Abi Talib diceritakan kepada kami Abdul Wahab ibn ‘Athaa’ lalu menyebutnya) berakhir.

8. Dan diriwayatkan dari 'Abdullah ibn Mas'ud, dengan lafaz pendek dalam lafaz Musnad Ahmad:

[104]

Berkata Dr. Abdul Alim Al-Bastawi [162] .Diriwayatkan oleh Abu Al-Fath Al-Azdi katanya: diceritakan kepada kami Al-Abbas bin Ibrahim, diceritakan kepada kami Muhammad bin Tsaub, diceritakan kepada kami Hanan bin Sadir, dari ‘Amru bin Qais dari Al-Husein, dari ‘Ubaidah, dari Abdullah katanya, Rasulullah (S) bersabda:

(Apabila datang panji-panji hitam dari Khurasan, datanglah kepadanya kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi.) [163].

Jumlah jalan pada umumnya sepuluh, tujuh daripadanya adalah dari Abdul Razaq. Telah diriwayatkan darinya, setiap satunya dari
a. Muhammad bin Yahya
b. Ahmed Ben Yusuf.
Seperti dalam riwayat Ibn Majah, dua jalan pada Abdul Razaq.
c. Ahmad bin Manshur Al-Ramadi, seperti dalam riwayat Abi ‘Amr Al-Dani.
d. Ibrahim ibn Suwaid Al-Syibami, seperti pada sanad pertama Al-Baihaqi.
e. Ya’kub bin Humaid bin Kasib, seperti seperti pada sanad kedua Al-Baihaqi.
f. Abu Ja`far Muhammad ibn Mas'ud, seperti pada sanad ketiga Al-Baihaqi.

g. Yahya bin Mu’in, seperti pada sanad Al-Ruwani.

(Abdul Razaq) tidak bersendirian dalam riwayat (kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi) ini dari (Sufian Al-Tsauri), juga diriwayatkan oleh Sufian Al-Tsauri (Husein bin Hafsh) seperti pada sanad Al-Hakim kepada riwayat penuh.


Dan juga tidak bersendirian (Sufian Al-Tsauri) dalam meriwayatkan dari (Khalid Al-Khazha’) juga telah diriwayatkan dari Al-Khazha’ (Abdul Wahab ibn ‘Athaa’) seperti pada sanad Al-Hakim kepada riwayat pendek (ringkas). Dan seperti dalam riwayat permulaan dan sejarah, ia dianggap marfu'.


--------------------------
[162] Al-Mahdi Al-Muntadzar (as) di bawah keterangan Hadits-hadits Al-Atsar yang sahih- Abdul-‘Alim Al-Bastawi:.  hal 158-162, Al-Bastawi melaporkan bahawa semua sanad rijal tsiqah, dan berakhir sebagai hasil teksnya yang berbunyi: " Dan demikianlah, sanad-sanadnya ini amat berguna untu menjadi saksi khususnya dan matannya yang telah diriwayatkan dengan jalan yang lain dari Tsauban (ra) dengan sanad hasan. dengan itu, jadilah hadits ini Hasan Li Ghairih, Wa Allahu A’lam."
[163]  Kata-kata Al-Musaddad dalam mempertahankan; hadits Musnad Ahmad – oleh Ibn Hajar, hal 69..

[105]

Dan juga tidak bersendirian (Khalid Al-Khazha’) dalam meriwayatkan dari (Abi Qilabah), tetapi juga diriwayatkan dari Abi Qilabah (Ali bin Zaid), seperti dalam riwayat oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, dan juga dalam riwayat Al-Baihaqi dalam Al-Dalail Al-Nubuwah.

Akhir sekali, tidak bersendirian (Tsauban) dalam meriwayatkan dari Rasulullah (S) tapi diikuti oleh (Abdullah bin Mas’ud), sebagaimana dikemukakan nukilan Dr. Abdul ‘Alim Al-Bastawi.

Selepas semua yang dikemukakan di atas akan menghilangkan kata-kata Al-Albani terbang ditiup angin (diabaikan) dalam ungkapan (Khalifah Allah Al-Mahdi), dia tidak menolaknya dengan jalan yang tsabit (sah), jalan yang sahih dan baik dan memberi pertolongan, banyak bilangannya pada (Abdul Razaq) dan tidak bersendirian pada (Sufian Al-Tsauri) dan begitu juga pada (Khalid Al-Khazha’) juga tidak bersendirian jalan (pada Abi Qilabah) telah diriwayatkan juga (Ali bin Zaid) walaupun dia dianggap lemah, tetapi disusuli Khalid Al-Khazha’ menjadikan jalan hadits ini Hasan Li Ghairih, dan tidak kurang juga menjadi penyokong kepada riwayat Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam atas nikmat hidayah dan akal.


[106a]


[96-99] [100-106a] [106b-109a]




Tiada ulasan: