Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
7. Jawapan terhadap Syu’aib Al-Arnauth:
Syu’aib Al-Arnauth berkata selepas mendhaifkan
Musnad Ahmad ibn Hanbal: (diriwayatkan oleh Ibn Majah) (4084), dan Baihaqi
6/515 dari jalan Abdul Razaq, dan Al-Hakim 4/463 - 464 dari jalan Al-Husein bin
Hafsh, Kedua-duanya dari Sufian Al-Tsauri, dari Khalid Al-Khazha’ Abi Qilabah, dari
Abi Asmaa’ Al-Rahbi dari Tsauban, secara marfu’: (Ada tiga pihak akan
berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu......... kerana sesungguhnya
di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi) dan rijal-rijalnya tsiqah, rijal-rijal
yang sahih, tetapi berselisih dengan Al-Tsauri sanadnya terhadap Abdul Wahab bin
‘Athaa’, Al-Hakim meriwayatkan 4/502, dan Al- Baihaqi dalam "Al-Dalail"
6/516 pada jalan Yahya bin Abi Talib dari Abd Wahab bin ‘Athaa’, dari Khalid Al-Khazha’
Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi dari Tsauban adalah mauquf) [174]
Saya (penulis) katakan:
Selepas Syu’aib Al-Arnauth
tidak dapat mencari jalan keluar untuk mencabar riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim,
Dia terpaksa bersusah payah seperti orang yang berlindung dari tanah yang panas
kepada api yang menyala! (Seperti cacing kepanasan - pentj) Dia
membuat cubaan untuk merendahkan sanad hadits ini, di mana dia menyerkap
kesalahan Abdul Wahab bin ‘Athaa’ oleh Sufian Al-Tsauri, seperti yang diriwayatkan
oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dari Abd Wahab bin ‘Athaa’ adalah mauquf dari Tsauban,
manakala juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Al-Hakim dari Abdul Razaq secara
marfu’.
a. Saya rasa Al-Arnauth
cukup mengetahui bahawa khilaf Abdul Wahab bin ‘Athaa’ dan dia tidak perdulikan apa
jua rintangan yang ada dari Sufian Al-Tsauri, tetapi perkara ini di sini seperti
kata pepatah yang terkenal: (ia adalah kambing walaupun ia terbang)!
Abdul Wahab telah
mendhaifkan Ahmad ibn Hanbal, dan ditikam lebih daripada seorang ulama Al-Jarh
wa Al-Ta’dil. [175] Utsman ibn Abi Syaibah berkata: Abdul
Wahab bin ‘Athaa’ bukan seorang pendusta, tetapi tiada siapa yang
mempercayainya. [176] Ini adalah riwayat yang sekurang-kurangnya menjadi
riwayatnya yang dinilai kuat yang diterima dari orang yang lebih dipercayai
(tsiqah) dan lebih akurat (teliti; tepat (dhabith)) darinya?,
-------------------------------
[174] Tahqiq Musnad
Ahmad ibn Hanbal - oleh Syu’aib Al-Arnauth: J 37 hal 80 No. 22387.
[175] Lihat Mizan
Al-I’tidal - oleh Al-Zhahabi: J 2, hal 681-682 nombor 5322. Dan
Tahzhib Sl-Tahzhib oleh Ibn Hajar J 6, hal 398-400 no. 838
[176] Tahzhib
Sl-Tahzhib oleh Ibn Hajar J 6, hal 398-400 nombor 838
[113]
Maknanya bahawa riwayatnya
tidak bergantung pada perselisihan yang lebih tsiqah (dipercayai) dan lebih
akurat (tepat (dhabith)), tidak juga menjadi sebaliknya, supaya menolak riwayat
yang lebih tsiqah (dipercayai) dan lebih akurat (tepat (dhabith)), dengan
sedikit perselisihan pada tsiqah dan dhabith (akurat) itu
Sufian Al-Tsauri di
sisi umum adalah Amirul Mukminin di bidang Hadits, dan disepakati hafalannya
dan kepandaian sebagai Imam Hadits,
dan dia salah seorang daripada rijal Al-Shihah Al-Sittah (enam Kitab sahih),
bagaimana boleh menolak haditsnya atau meninggalkannya semata-mata kerana
kesalahan Abdul Wahab yang dicela (Al-Majruh)!
Berikut adalah
kata-kata para ulama Al-Jarh wa Al-Ta’dil kepada Sufian Al-Tsauri:
(... berkata Syu’bah
dan Ibn ‘Uyainah dan Abu ‘Ashim bin Mu’in dan selainnya dari ulama: Sufian adalah
Amirul Mukminin dalam hadits. Ibn Al-Mubarak berkata: seratus ribu Syeikh yang
menulis tentang keutamaan Sufian.
Yahya Al-Qathaan
berkata: Tidak ada seorang pun yang lebih aku sukai dari Syu’bah dan tidak ada
seorang pun yang menjalankan keadilan padaku dan jika tidak bersetuju dengan Sufian aku mengambil kata-kata Sufian.
Al-Dauri berkata:
Aku melihat Yahya bin Mu’in tidak seorangpun mendahului Sufian pada zamannya
dalam Fiqh, Hadits dan zuhud dan segala-galanya ....
Kata Abu Daud: disampaikan
kepadaku Ibn Mu’in, katanya: tidak seorangpun yang berselisih dengan Sufian
dalam sesuatu, melainkan ia adalah kata-kata pendapat Sufian.... Abu Qathan berkata,
Kata Syu’bah kepadaku: bahawa Sufian mengetuai manusia pada warak dan ilmu....
Al-Khatib berkata:
Beliau adalah imam dari imam-imam kaum muslimin dan tokoh-tokoh agama seluruhnya
kepimpinannya kerana kaya dengan pembersihan dengan kepandaian, penghafalan, makrifah (pengetahuan), ketepatan (dhabith) warak dan zuhud
....
Ibn Hibban berkata: Dia
adalah seorang pemuka faqih, warak dan pandai
Kata Abu Hatim, Abu
Zar’ah dan Ibn Mu’in: Dia lebih hafaz dari Syu’bah....
[114]
Saleh bin Muhammad
berkata: tiada seorangpun yang mendahului Sufian di dunia, dia seorang yang lebih
banyak menghafal hadits daripada Malik ... )[177]
Jadi, yang lebih
disukai dan mempunyai sandaran adalah sanad Sufian Al-Tsauri walaupun bertselisih
dengan imam-imam besar hadits seperti Syu’bah dan yang sepertinya, dia adalah tempat
berteduh yang mewakili dalam bidang pemeliharaan (hafaz) dan sangat pandai. bagaimana ada yang menyifatkannya (tidak
boleh dipercayai)?!
Dengan apa yang dijelaskan
di atas menunjukkan bahawa Al-Arnauth telah menterbalikkan yang berada di atas jadi
ke bawah, Membariskan sanad Sufian Al-Tsauri dengan kesalahan Abdul Wahab bin ‘Athaa’
dan membolehkan sanad Abdul Wahab dianggap munkar atau tidak wajar kerana
kesalahan bagi orang yang menganggap tsiqah dan dhabith (terpercaya dan tepat)
iaitu Sufian Al-Tsauri, tetapi menurut kata-kata ulama Al-Jarh wa Al-Ta’dil itu
berselisih (berbeza) antara Sufian dengan Syu’bah bin Al-Hajjaj dan
rakan-rakannya, yang lebih disukai adalah kata-kata Sufian, Allah mengisytihar
perang ke atas sifat taksub (fanatik) dan hasad dengki apa yang dilakukan pada
sahabatnya?!
Dr. Abdul-‘Alim Al-Bastawi benar dalam
mengulas sanad Abdul Wahab mengenai riwayat ini, bahawa hadits Abdul Wahab hasan
dengan syarat tidak berselisih dengan yang lain atau yang lebih tsiqah darinya,
tetapi jika berselisih tidak akan membantu haditsnya sehingga walaupun bertaraf
hasan. hadits ini telah diriwayatkan dengan sanad Abdul Wahab bin ‘Athaa’ dalam
kitabnya (Mausu’ah Fi Ahadits Al-Dha’ifah Wa Al-Maudhu’ah), manakala hadits
yang sama ini telah diriwayatkan dengan sanad Sufian Al-Tsauri dalam kitabnya (Al-Mahdi
Al-Muntadzar) (as) Fi Al-hadits wa Al-Atsar Al-Shahihah), dan teks ini adalah kata-kata
Dr. Al-Bastawi: (... ia kelihatan pada urusan haditsnya hasan kecuali bila
dianggap khilaf. seperti perkara yang berlaku di sini yang diriwayatkan oleh
orang lain secara marfu’ sebagaimana yang dikemukakan pada (7) (riwayatnya
adalah secara mauquf.) [178]
b. Dengan
berakhirnya bahagian (a) di atas perlu ditentukan hadits itu marfu’, ia
bersandar kepada sanad daripada Sufian Al-Tsauri dan yang memeliharanya, ketepatannya
(dhabith), menyempurnakannya dan menyokong sanad Ahmad bin Hanbal di dalam
Musnadnya, Diriwayatkannya juga secara marfu’, begitu juga sanad hadits
Abdullah bin Mas’ud, ia juga telah dibawa secara marfu’ tidak memperdulikan
sanad Abdul Wahab ibn ‘Athaa’, dan kedua-duanya dinilai terputus (rafa’ahu)
atau terlupa, oleh Abdul Wahab bin ‘Athaa’atau oleh penyalinbya. Maka petunjuk
dan dalil-dalilnya sesuai dengan marfu’ dan berlawanan dengan mauquf.
---------------------------
[177] Tahzhib
Sl-Tahzhib oleh Ibn Hajar J 4, hal 199-202 nombor 199
[178] Mausu’ah Fi
Ahadits Al-Dha’ifah Wa Al-Maudhu’ah: hal 164
[115]
c. Jika kita ingin
menyanggah Syu’aib Al-Arnauth dan kita akan katakan bahawa hadits ini mauquf dan
tidak secara marfu’, maka adakah semua hadits mauquf tidak boleh dijadikan
hujjah di sisi kamu atau adakah sebahagian hadits mauquf bagi kamu dihukum marfu’
dan boleh dijadikan hujjah?
Apakan ada Ulama yang
meninggalkan jawapan:
Ibn Hajar berkata dalam
mengulas salah satu hadits (yang sepertinya, tidak boleh dikatakan melalui pendapat,
hukumnya akan menjadi marfu’) [179], dan dia juga berkata di
tempat lain: (Melainkan ia yang seperti ini tidak boleh dikatakan melalui pendapat,
maka hukumnya adalah hukum marfu’). [180]
- Al-‘Aini juga
berkata: (ia adalah mauquf, tetapi dia tidak diketahui dengan pendapat, maka
hukumnya adalah hukum marfu’) [181], Dan dia juga berkata hukumnya
adalah marfu’, kerana ia tidak dikatakan melalui pendapat) [182],
Al-Albani berkata: (Aku
katakan: Sanadnya ini adalah sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh (Bukhari-Muslim), dan walaupun, ia adalah mauquf, Maka pada hukum ia adalah marfu. Kerana
tidak yang sama sepertinya dengan pendapat) [183] Beliau
juga berkata: Sanadnya ini adalah sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh,
tetapi ianya mauquf pada Salman Al-Farisi, melainkan ia adalah dalam hukum marfu’,
kerana ia adalah perkara yang tidak dilihat, tidak boleh dikatakan dengan pendapat,
dan ia juga bukan dari Isra'eiliyat (sumber Israel)) [184].
Beliau juga berkata (Ketahuilah bahawa hadits ini dan ke empat-empat sebelumnya
semuanya adalah mauquf pada Ali (ra), tetapi hukumnya adalah marfu’ kerana ia
tidak dilihat yang tidak boleh ketahui dengan pendapat...)[185]
------------------------
[179] Fath Al-Bari: J
10 hal 55.
[180] Muqaggimah Fath
Al-Bari: hal 361.
[181] 3uqud Al-Qari:
J 5 hal 224.
[182] 3uqud Al-Qari:
J 6 hal 240.
[183] Dzilal al-jannah
fi tarikh al-sunnah. hal 353.
[184] Dzilal al-jannah
fi tarikh al-sunnah. Hal 370
[185] Dzilal al-jannah
fi tarikh al-sunnah. hal 463.
[116]
Kata Ali Mulla Al-Qari:
(hadits dalam musnad ini jatuh kepada marfu’ dan dirawayatlan secara mauquf dari
Ibn 'Umar dengan sanad lain, melainkan ia adalah dalam hukum marfu’ dan contohnya:
ia tidak boleh dikatakan dengan pendapat ...) [186]
Al-‘Ajluni berkata:
"Dia adalah mauquf tetapi berada dalam hukum marfu’,) [187]
Banyak bilangannya kenyataan
ini dari ulama yang membuat ulasan mereka pada sebahagian hadits mauquf dan
mereka menghukumnya sebagai marfu’ disebabkan kecacatan kandungannya yang bukan
dari persoalan untuk diberikan pendapat dan diijtihadkan, ia mestilah persoalan
dari Rasulullah (S), walaupun tidak menyempurnakan penjelasan sanad tersebut.
Hadits (Khalifah
Allah Al-Mahdi); tidak ada ruang untuk diberikan pendapat dan diijtihadkan oleh
sahabat Tsaubaan, kerana ia adalah khabar-khabar ghaib yang akan berlaku di
akhir zaman, dan hukum Syar’ei mewajibkan supaya menolong Al-Mahdi dan panji-panji
hitam, memberikan kedudukan Khilafah Al-Ilahiyah kepada Al-Mahdi (as), dan
perkara-perkara ini bukanlah merupakan bidang untuk diberikan pendapat
(pandangan) dan diijtihadkan, kerana ia adalah jelas, walaupun sekiranya kita
menerima bahawa hadits itu mauquf, Maka ia mauquf yang dihukum sebsgai marfu’,
kerana itu bukan sesuatu yang boleh diperkatakan dengan pemberian pendapat atau
(pandangan).
d. Yang tetap teguh lagi
masyhur adalah untuk menerima peningkatan kepercayaan
(tsiqah), dan ini bukan hanya dikhaskan pada matan tetapi juga dilengkapi
dengan sanad, terutamanya jika orang yang menambah itu terkenal dengan hafaz dan
hasil kerjanya bermutu seperti Sufian Al-Tsauri yang diterima cacat celanya
(Al-Majruh) atau sekurang-kurangnya hafaz dan hasil kerjanya bermutu seperti
Abdul Wahab ibn ‘Athaa’, dan oleh itu, menjadikan ia begitu pasti kepada sanad Sufian
Al-Tsauri dan menerima tambahannya, dan yang disandarkan kepada hadits itu
.
e. Ia menghapuskan
kekeliruan yang diriwayatkan hadits ini dari Abdul Wahab bin ‘Athaa’ secara
marfu’ tidak secara mauquf dalam Kitab Al-Bada’ Wa Al-Tarikh seperti berikut:
Kitab Al-Bada’ Wa
Al-Tarikh, oleh Ahmad bin Sahl Al-Balkhi. [188]
-------------------------------
[186] Syarah Musnad
Aby Hanifah:. hal 269.
[187] Kasyf
Al-Khafaa’: J 2, hal 208.
[188] Dikatakan
bahawa dia termasuk ahli sejarah, Madzhar
Bin Thahir AL-Maqdisi.
k
[117]
Diceritakan kepada kami Ya’kub, bin Yusuf Al-Sajazi,
diceritakan kepada kami Abu Musa Al-Baghawi, diceritakan kepada kami Hasan bin
Ibrahim Al-Bayadhi di Mekah, diceritakan kepada kami Hammad Al-Tsaqafi,
diceritakan kepada kami Abdul Wahab ibn ‘Athaa’ Al-Khafaf, diceritakan kepada
kami Khalid Al-Khazha’, dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi dari Tsauban,
dari Rasul Allah (S) bahawa baginda bersabda:
(إذا رأيتم الرايات السود من قبل خراسان
فاستقبلوها مشيا على أقدامكم لأن فيها خليفة
الله المهدي)
(Sekiranya kamu
melihat panji-panji hitam dari arah Khurasan, maka datanglah kepadanya kerana dia
adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [189]
Dengan semua
petunjuk sebelumnya kami menyimpulkan bahawa sandarannya telah gugur secara
tidak sengaja atau tersalah, dan tidak dapat dielakkan hadits itu dianggap
marfu’.
Hasil daripada apa
yang dikemukakan di atas: jika kita mahu menolak salah satu antara dua sanad
itu. Maka yang pertama ditolak adalah sanad Abdul Wahab bin ‘Athaa’ kerana ia ada
cacat celanya (Al-Majruh) dan dhaif, manakala sanad Sufian tidak ada jalan
untuk ditolak atas kekhilafan Abdul Wahab, walaupuh sepuluh orang seperti Abdul
Wahab, tetapi haknya untuk hadits marfu’ terputus, dan sanad Abdul Wahab telah gugur
lafaz yang menjadi sandarannya, ia dihukum marfu’ sekurang-kurangnya, Maka hasil
kesepakatan kedua-dua sanad bahawa ianya marfu’ dari Nabi (S), tidak ada
keperluan menolak salah satu daripada keduanya, dan dhaifnya Abdul Wahab bin ‘Athaa’
- di sini - terpaksa mengikuti Sufian Al-Tsauri, bahkan tidak ditolak hadits itu
walaupun sekiranya dengan sanad marfu’, hukumnya adalah marfu’ kerana
kandungannya bukan dari kata-kata pendapat dan ijtihad.
Adalah jelas yang
tidak diterima adalah pakaian kebendaan dan ianya adalah kata-kata Syu’aib Al-Arnauth,
dan sangat jauh daripada matlamat ilmiah, dan Allah yang memiliki hal ehwal
(urusan) ciptaannya.
------------------------
[189] Al-Bada’ Wa
Al-Tarikh, oleh Ahmad bin Sahl Al-Balkhi (507 H): J 2 hal 184
[118]
[109b-112]
✡ [113-118] ✡ [119-120a]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan