Sabtu, 7 Oktober 2017

،Keraguan keempat




Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

،Keraguan keempat

Al-Albani berkata mengenai hadits ini: Ia adalah munkar, tetapi hadits itu adalah sahih maknanya.. di bawah kata, "Maka sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi."

Diriwayatkan oleh Ibn Majah (J 2, hal 517-518 (dengan jalan ‘Alqamah dari Ibn Mas’ud secara marfu’ riwayat Tsaubaan yang kedua.

Dan sanadnya hasan seperti sebelumnya, di mana Yazid bin Abu Ziyad, Ada perbezaan di dalamnya, dan tidak ada yang sesuai untuk menjadi saksi kepadanya, juga tidak menyebut kata "Khalifah Allah", dan "Khurasan".

Tambahan ini: "Khalifah Allah", tidak mempunyai jalan yang tsabit (kukuh), dan ada yang baik yang menjadi saksi kepadanya, ini adalah tercela (mungkar) ... Ia dinafikan kerana tidak dibenarkan syara’ untuk mengatakan, Si Fulan Khalifah Allah, kerana ia telah memalsukan apa yang tidak layak bagi Allah dari kekurangan dan kelemahan.). [147]

Jawapan:

Pertama, Pada katanya bahawa (Khalifah Allah Al-Mahdi) adalah kata-kata tercela (mungkar), is tidak lebih dari ijtihad dan pendapat, dan lebih banyak pendapat adalah batil, khayalan yang tidak memperbaiki hasil pendengarannya dan lebih dari mendengarkannya.

Al-Albani telah membuat kiasan (perbandingan) perbuatan Allah Taala berdasarkan perbuatan makhluk, di mana sangkaannya, sebagai khalifah pada makhluk adalah dari khalifah (yang menggantikan) selepas kematian atau ketiadaan seseorang ... dan sebagainya, sedangkan Allah tidak ghaib, tidak mati dan tidak lemah, oleh itu tidak boleh dikatakan bahawa Dia mempungyai pengganti (khalifah)!

Kiasan atau perbandingan ini sangat jauh dari kebenaran dan sengat jelas sekali kebatilannya, Kerana tidak semua yang tsabit pada makhluk yang memerlukan yang mempunyai kelemahan diri dan tidak dapat bertahan berbanding dengat sifat Allah atas kesempurnaanNya, contohnys (tangan), pada makhluk ia adalah sebahagian daripada dirinya dan ia sangat memerlukannya


-------------------------------
[147] Al-Silsilah Al-Dha’eifah: J 1 hal 196, nombor 85.

[88]

Dan menguatkannya, bermakna bahawa ia sebati (bergantung) dengannya yang tidak boleh dipanjangkan, tetapi itu tidak bermakna ia boleh dibandingkan dengan Tangan Allah Taala. Al-Quran dan sunnah telah menyebut perkara ini, tetapi sudah tentu ia tidak dibandingkan dengan tangan makhluk dari segi keperluannya, bahagian yang terpsang pada tubuh ... dan seterusnya, sedangkan Allah jauh dari semua itu, Kata tangan mempunyai banyak makna dalam bahasa Arab, seperti kekuatan, keupayaan, nikmat dan kelebihan ... dan lain-lain

Terdapat banyak perumpamaan padanya, tetapi pemikiran golongan Wahhabi telah terbiasa dengan kejumudan dan ketaksuban membuta tuli.

Apabila kita mengatakan: (Khalifah Allah) itu tidak bermakna bahawa Allah memerlukan kepada khalifah (pengganti), atau bahawa Allah akan ghaib (hilang) atau mati, Maha Suci Dia (SWT), jauh dari bersifat demikian. Al-Albani tidak melihat manusia kecuali bayi yang menyusu dan tidak dapat membezakan di antara Kurma dan bara api! Setiap insan mempunyai pegangan fikiran dan agama yang betul yang memahami bahawa Allah tidak mati, tidak ghaib, tidak berhajat kepada sesuatu ... dan sebagainya.

Tidak boleh dibandingkan  (dikiaskan) makna khalifah bagi manusia dengan makna bagi khalifah Allah SWT, ia bermakna bahawa Allah te;ah melantik penggantiNya (khalifahNya) untuk melaksanakan (secara langsung) peraturan (hukum) pada penciptaanNya dan mentadbir mereka, dengan ilmu Allah TWT, kerana Maha Suci Allah dari terus (secara langsung) berkata-kata dan mentadbir semua ciptaanNya... Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanyai. [21:23]

Dan maknanya adalah khalifah yang mulia dan bukannya khalifah yang mempunyai kekurangan dan yang memerlukan, tetapi walaupun khalifah bagi makhluk bukanlah maknanya mereka hanya yang mempunyai kelemahan, Tetapi menjadi khalifah yang mulia dan dihormati. Contohnya, jika ada seorang yang terhormat, berharta dan berkedudukan tinggi, apabila melantik seorang pengganti (khalifah) di kedainya untuk mengurus perniagaan dan tidak membuat kira-kira dan memungut hasil, Tidak bermakna bahawa ia tidak dapat menguruskan perniagaan tersebut .. Tetapi mungkin alasan mengapa kedudukan ini tidak sesuai untuk kemuliaan dan kedudukannya, khalifah seperti itu dianggap khalifah yang mulia dan terhormat dan bukanlah khalifah yang lemah.. Tidak semua orang yang menahan diri dari melakukan sesuatu yang dia tidak mampu.

Maka khalifah Allah di bumi ini ditetapkan oleh Allah sebagai imam (pemimpin) ciptaanNya dan mesti menguasai hukumNya ke atas manusia, maka jadilah perintahnya adalah perintah Allah dan teghannya adalah larangan Allah, dan ketaatan padanya adalah ketaatan kepada Allah dan bersalah kepadanya adalah bermaksiat kepada Allah.

Kedua, Pada kata-katanya: (Tambahan khalifah Allah ini tidak mempunyai jalan yang kukuh (tsabit)),

[89]

Saya katakan: Telah dikemukakan jalan-jalan yang kukuh (tsabit) dan dan telan diterangkan rosaknya pendapat Al-Albani, dan semuanya telah dinaqal oleh Ibn Majah dengan sanad yang sahih, dan begitu juga Al-Hakim Al-Naisaburi mengikut syarat kedua-dua Syeikh (Bukhari-Muslim) dan dipersetuju oleh Al-Zhahabi.

Maka ternyata Al-Albani adalah orang yang tidak mempunyai jalan yang kukuh (tsabit), dan begitu juga pada ungkapan (Khalifah Allah Al-Mahdi).

Ketiga: Setelah menerangkan benarnya ada khalifah kepada Allah dengan makna dilantik para hujajNya (hujah-hujahNya) dan khalifahNya untuk membangunkan tarbiyah (pendidikan) ummah. Selaras dengan kehendak Ilahiyah, kami bawakan untuk menghakimi kata-kata Al-Albani: (Tambahan ini: "Khalifah Allah", tidak mempunyai jalan yang tsabit (kukuh), dan tidak ada yang sesuai untuk menjadi saksi kepadanya.)

Maka tidak tersembunyi lagi bahawa kelihatan keraguan Al-Albani terhadap lafaz (Khalifah Allah), dan bukan kerana sifat Al-Mahdi (as), Ia adalah masalah (keraguan) yang dibawa masuk dari Ibn Taimiyah seperti yang akan dinyatakan nanti.

Al-Albani mengatakan bahawa lafaz (Khalifah Allah), tidak ada yang sesuai untuk dijadikan kesaksian kepadanya, ia perkataan yang salah yang tidak perlu dipedulikan; kerana

1. Hadits ini sahih sanadnya seperti yang dikemukakan sebelum ini, dan di sisi Al-Albani hadits Ahad yang sahih yang bergantung kepadanya aqidah dan ada kitab yang mengesahkan perkara ini [148], dan Al-Albani menyebutnya dalam Al-Silsilah Al-Shahihah bahawa Ibn Taimiyah telah mengingkari istilah (Khalifah Allah), dan berkata mengenainya: (... bahawa tambahan ini telah diingkari oleh  Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah ...), walaupun disahkan dari Rasulullah (S) tidak dipedulikannya dan ia mengingkarinya [149], Maka kami menolak kata-kata Al-Albani dan kami mengatakan kepadanya dan kepada Ibn Taimiyah: Kami tidak peduli dengan keingkaran kamu berdua selepas hadits itu disahihkan. Bagi kami hadits itu sahih walaupun kamu mengingkarinya.

2. Terdapat banyak saksi-saksi yang mengesahkan kesahihan perkataan atau makna (Khalifah Allah), di antaranya:

 Saksi Pertama:

 Musnad Ahmed J 5 hal 402 -403

-------------------------
[148] Judul kitab itu adalah: Al-Hadits Hujjah Binafsih Fi Al-3aqidah Wa Al-Ahkam (Hadits yang berhujah sendiri dalam aqidah dan Hukum-hukum).
[149] Al-Silsilah Al-Dha’eifah J 4 hal 399-400, no. 1791.

[90]



Diceritakan kepada kami Abdullah, diceritakan kepada oleh bapaku Tsana (dari) Muhammad Bin Ja’far Tsana (dari) Abu Al-Tiyah, katanya, aku mendengar Shakhra bercakap dari Sabai’ berkata:

(... فإذا هو حذيفة فسمعته يقول: كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يستلونه عن الخير واستله عن الشر فقلت: يا رسول الله هل بعد هذا الخير شر كما كان قبله شر قال: نعم، قلت: فما العصمة منه قال: السيف أحسب أبو التياح يقول السيف أحسب قال قلت ثم ماذا قال ثم تكون هدنة على دخن قال قلت ثم ماذا قال ثم تكون دعاة الضلالة قال فإن رأيت يومئذ خليفة الله في الأرض فالزمه وان نهك جسمك وأخذ مالك فإن لم تره فاهرب في الأرض ولو أن تموت وأنت عاض بجذل شجرة. قال قلت ثم ماذا قال ثم يخرج الدجاؿل... (

(... Apabila dia Huzhaifah mendengar mereka mengatakan: Adalah sahabat Rasulullah (S) bertanya kepada baginda tentang 'kebaikan' sedang aku (Huzhaifah) bertanya tentang 'kejelekan', Aku (Hudzifah) bertanya "wahai Rasulullah apakah setelah kebaikan ini, akan muncul kejelekan seperti kejelekan sebelumnya? Baginda menjawab: ya, ada. Kemudian aku (Huzhaifah) bertanya: apakah  yang memeliharanya? Baginda menjawab: Perhitungan pedang. Berkata Abu Al-Tiyah, Perhitungan pedang?  Katanya lagi, aku berkata kemudian apa lagi? Baginda menjawab, Kemudian jadilah gencatan senjata pada kabut. Katanya lagi, aku berkata kemudian apa lagi? Baginda menjawab, Kemudian terjadi orang-orang menyeru kepada kesesatan. Baginda bersabda, Maka jika hari itu kamu melihat Khalifah Allah di bumi, maka sertailah kepadanya Meskipun menyiksa ragamu dan merampas hartamu, jika kamu tidak melihatnya larilah di bumi,; sekalipun jika engkau mati dalam keadaan engkau menggigit pokok dengan gerahammu. Katanya lagi, aku berkata, kemudian apa lagi? Baginda bersabda, Kemudian Dajjal keluar... [150]

Perhatikanlah sabda baginda (S): (Maka jika hari itu kamu melihat Khalifah Allah di bumi, maka sertailah kepadanya), Hadits ini sanadnya sahih atau hasan, dan jugs ikut diriwayatkan oleh Abu Daud Al-Sijistani di dalam Sunannya dengan sanad yang lain dari Nashr bin ‘Ashim dari Sabi’ (J 2, hal 300 h 4244), dengan lafaz:
(إن كان لله خليفة في الأرض. (
(jika bagi Allah mengadakan Khalifah di bumi.)[151] dan begitu juga dalam Musnad Ahmad bin Hanbal (J 5 hal 403) dari Nashr bin ‘Ashim dari Khalid Al-Yasyksri, dengan lafaz:
(فإن كان لله يومئذ في الأرض خليفة).
(Maka jika ada bagi Allah pada hari itu di bumi, mengadakan Khalifah.) dan diriwayatkan oleh Al-Hakim Al-Naisaburi  (J 4 hal 432) dari Nashr bin ‘Ashim dari Sabi’ bin Khalid, dengan lafaz:
(فإن كان لله عز وجل يومئذ خليفة)
(Maka jika bagi Allah AWJ pada hari itu di bumi, mengadakan Khalifah,) dan disaksikan kesahihannya. dan diriwayatkan oleh Abu Daud Al-Thayalisi dalam Musnadnya hal 59, dari Zaid bin Sakhr dari Sabi’ bin Khalid atau Khalid bin Sabi’, dengan lafaz:
(فإن رأيت يومئذ لله عز وجل في الأرض خليفة فالزمه)
(Maka jika kamu lihat pada hari itu bagi Allah AWJ di bumi, mengadakan Khalifah, maka sertailah kepadanya) Dan diriwayatkan oleh Abdul Razaq Al-Shan'aani dalam Mushnafnya (J 11 hal 341 h 20711) dari Nashr bin ‘Ashim Al-Laitsi dari Khalid bin Khalid Al-Yasyksri, dengan lafaz:
(فإن كان الله في الأرض يومئذ خليفة)
(Maka jika di bumi pada hari itu, Allah mengadakan Khalifah).


---------------------------
[150] Hasan di sisi Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ Al-Shaghir:. hal 575 nombor 2995. apabila berkata: (Hasan). Dan sahih di sisi Hamzah Ahmad Al-Zein dalam mentahqiq Musnad Ahmad J 12 hal 621-622 nombor 23 318. Apabila berkata:. (sanadnya sahih ...). Dan hasan di sisi oleh Syu’aib Al-Arnauth dalam mentahqiq Musnad Ahmad J 38 no. 23429, ketika ia berkata: (Hadits hasan ...). diriwayatkan Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Dha’eifah: J 4, hal 399, 400, no. 1791.
[151] Sahih di sisi Al-Hakim Al-Naisaburi  di mana beliau berkata: (Hadits ini shahih sanadnya hanya saja tidak meriwayatkannya). Dopersetujui oleh Al-Zhahabi dalam Takhlish Al-Mustadrak di mana beliau menyatakan: (Sahih). Hasan di sisi Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud: J3, hal 6 no.4244. ketika ia berkata: (Hasan). Dan juga hasan di sisi Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Shahihah: c Kami J 4, hal 400 No. 1791. di mana beliau berkata: (sanadnya hasan).

[91]

[85-87][88-91][92-95]

Tiada ulasan: