Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Point ketujuh:
Selepas kita mengetahui mengenai petunjuk
panji-panji hitam yang merupakan firqah
(golongan) kebenaran yang mendapat pertolongan Allah, dan ia adalah panji-panji
hitam yang kelak akan datang dari timur dan yang akan melibatkan sebahagian
besar pertempurannya di negara-negara Arab, Inilah yang dinashkan oleh Nabi
Muhammad (S): (Kemudian akan muncul panji-panji hitam dari arah Timur,
maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu
kaum), Maka Nabi (S) bersabda: (maka mereka memerangi kamu),
baginda memperkatakan tentang umat Islam pada masa tersebut, tetapi ini tidak
bermakna panji-panji hitam hanya datang dari timur atau dari yang bukan Arab
sahaja, dan ini juga tidak bermakna panji-panji hitam akan memerangi semua orang-orang
Arab, bahkan apa yang saya lihat dari hadits ini dan hadits-hadits lain, yang menjadi
tujuan asas bagi panji-panji hitam adalah menolong Imam Mahdi (as) dan memerangi
Al-Sufyani dan tenteranya yang akan keluar diar Syam (Syria) dan yang akan membendung
malapetaka di bumi, sehingga merosakkan banyak negara-negara Arab dalam bentuk yang
sangat menakutkan, dan sudah tentu pada kenyataannya bahawa gerakan ini tumbuh
dan berkembang di negara-negara Arab yang akan disusuli dalam bidang agama dan
politik yang meliputi di bawahnya banyak penciptaan oleh orang-orang Arab, dan
ini akan menjadikan permusuhan lebih dahsyat terhadap panji-panji hitam penyokong
Al-Mahdi dari orang-orang Arab yang menyeleweng dari perjalanan kuasa-kuasa
dunia yang memusuhi Islam Al-Muhammadi (seruan Muhammad) yang asal.
[127b]
Telah dinashkan dalam hadits-hadits bahawa
terdapat ansar dari Iraq, Syam dan Mesir... ini di samping memelihara hak negeri-negeri
Farsi yang menyokong Imam Mahdi (as) dan peranan mereka dalam penyediaan dimana
mereka mempunyai bahagian yang besar dalam penyediaan negara keadilan ilahi
(Daulah AL-‘Adil Al-Ilahi).
Point Kelapan:
Apakah dia khazanah (Al-Kanz) itu, dan tiga
anak-anak Khalifah yang tersembunyi, dalam sabda baginda (S): (Ada tiga
pihak akan berperang pada khazanah kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah Kemudian
tidak seorang pun dari yang berjaya), ini tidak dapat diambil kira dengan
pasti, seperti yang terdapat di dalam teks mengenai perkara ini.
Ya .. ada disebutkan di dalam sebahagian
hadits khazanah Ka’bah, dan juga ada disebutkan khazanah Furat. Khazanah Ka’bah
dikatakan sebagai salah satu hadiah yang disampaikan kepada Ka’bah, dan
dikatakan khazanah itu ditanam dalam perigi di tengah-tengah Ka’bah, ia mungkin
menjadi tujuan khazanah Ka’bah, salah satu darinya atau kedua-duanya, atau tujuan-tujuan
lain, Hadits itu tidak menjelaskan apa sebenarnya khazanah Ka’bah. Bagi khazanah
Furat ada hadits-hadits yang menyatakan bahawa Sungai Furat akan mengering
hingga kelihatan khazanah atau gunung emas, dan ia akan menjadi pertempuran yang
dahsyat.
Kami akan bawakan hadits-hadits khazanah Furat
beserta dengan ulasannya, dan kemudian akan menyebutkan pula khazanah Ka’bah:
Dikeluarkankan oleh Bukhari di dalam sahihnya J
8 hal 100 -101: dari Abi Hurairah, katanya: Rasul Allah (S) bersabda:
(يوشك الفرات أن يحسر عن كنز من ذهب
فمن حضره فلا يأخذ منه شيئا)
(“Hampir tiba
masanya, Sungai Furat akan surut menyingkapkan khazanah emas. Siapa yang
menghadirinya, janganlah mengambilnya sedikitpun.”).
Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya J 8 hal 175:
dari Abu Hurairah berkata: Rasul Allah (S) bersabda:
(يوشك الفرات أن يحسر عن جبل من ذهب فمن حضره فلا يتخذ منه شيئا).
(“Hampir tiba
masanya, Sungai Furat akan surut menyingkapkan khazanah gunung emas. Siapa yang
menghadirinya, janganlah mengambilnya sedikitpun.”
Dan dikeluarkankan juga dalam Shahihnya J 8
hal 74: Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah (S) bersabda:
(لا تقوم الساعة حتى يحسر الفرات عن جبل من ذهب يقتتل الناس عليه
فيقتل من كل مائة تسعة وتسعون ويقول كل رجل منهم لعلي أكون أنجو].
“Kiamat tidak akan
terjadi sehingga sungai Furat surut menyingkapkan gunung emas, kerananya
orang-orang akan berperang, sehingga dari setiap seratus orang akan terbunuh
sembilan puluh sembilan orang. Setiap orang dari mereka mengatakan,
“Mudah-mudahan, akulah orang yang selamat itu.
[128]
Dan dikeluarkankan juga dalam Shahihnya J 8
hal 175: Dari Abdullah bin Al-Harits bin Naufal, katanya, aku berdiri di
samping Ubai bin Ka’ab, dia berkata: Manusia tidak akan berbeza belenggu di leher
mereka dalam mencari dunia aku berkata, sungguh benar! Dia juga berkata, sungguh
benar!, Ubai berkata, Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda:
(يوشك الفرات ان يحسر عن جبل من
ذهب فإذا سمع به الناس ساروا إليه فيقول من عنده لئن تركنا الناس يأخذون منه
ليذهبن به كله قال فيقتتلون عليه فيقتل من كل مائة تسعة وتسعون(.
(“Hampir tiba
masanya, sungai Furat surut menyingkapkan gunung emas. Jika orang-orang
mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana. Maka orang-orang yang ada di sana
mengatakan, “Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan
mengambil seluruhnya,” Baginda bersabda, “Maka, mereka bertempur di atasnya,
sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan orang.”
Dan dikeluarkankan oleh Nu’aim bin Hammad
dalam Al-Fitan hal 207: Dari Abi Hurairah ra berkata, Rasulullah (S) bersabda:
(الفتنة الرابعة ثمانية عشر عاما في تنجلي حين تنجلي وقد انحسر
الفرات عن جبل من ذهب تكب عليه الأمة
فيقتل عليه من كل تسعة سبعة(.
("Fitnah keempat,
akan berlaku selama lapan belas tahun, kemudiannya ia akan menyusut. Bilamana
ia menyusut, Sungai Furat akan mengering sehingga menampakkan gunung emas.
Tujuh daripada sembilan orang (yang berebut untuk mendapatkannya) akan
terbunuh").
Ibn Hajar berkata dalam Fath Al-Bari J 13 hal p
71 Dalam mengulas hadits khazanah Furat:. (...telah dikeluarkankan oleh Ibn
Majah darri Tsauban secara marfu’, katanya: " Ada tiga pihak akan
berperang pada khazanah kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah," Hadits
ini disebutkan dalam perkara Al-Mahdi, jadi jika yang dimaksudkan adalah pada khazanah
itu, ada khazanah dalam hadits, pada bab yang menunjukkan bahawa hanya apabila berlakunya
kezuhuran Al-Mahdi dan itu sebelum turunnya Iss dan sebelum keluarnya api
secara pasti. Wa Allahu A’lam.).
Maka dengan adanya bunuh membunuh di khazanah
Furat mungkin itu yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah (S):
(Ada tiga pihak akan berperang pada
khazanah kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah), tetapi kita telah dimaksudkan
pengertian dari riwayat tersebut adalah mengenai khazanah Ka’bah.
Di manakah tempat di Sungsi Furat akan adanya khazanah
itu, tidakkah ada hadits yang menerangkannya, Sememangnya ada khabar dari Ka’ab
Al-Akhbar dalam memperkatanya. Ia adalah seperti berikut:
Dikeluarkankan oleh Nu’aim bin Hammad dalam
Al-Fitan hal 207:. dari Ka’ab, baginda bersabda:
(تكون ناحية الفرات في ناحية الشام أو بعدها بقليل مجتمع عظيم
فيقتتلون على الأموال فيقتل من كل تسعة سبعة وذاك بعد الهدة والواهية في شهر رمضان
وبعد افتراق ثلاث رايات يطلب كل واحد منهم الملك لنفسه فيهم رجل اسمه عبد الله
("Akan ada di
sekitar Sungai Furat, berdekatan Al-Syam (Syria atau Damsyik) atau jauh sedikit
darinya, satu kumpulan besar (tentara). Mereka akan saling berbunuhan atas
kekayaan, dan tujuh dari setiap sembilan orang akan terbunah. Dan itu akan
berlaku selepas Al-Hadda (letupan) dan Al-Wahiya (malapetaka) pada bulan
Ramadan, dan setelah perpecahan itu menghasilkan tiga panji-panji (ketumbukan
tentera), masing-masing (ketua tentera) akan mencari kerajaan (atau memiliki
kekayaan atau harta) untuk dirinya sendiri, di antaranya ada seorang lelaki bernama
'Abdullah.'
[129]
Nampaknya pertempuran khazanah Furat ini adalah
pertempuran Qirqisiya yang merupakan salah satu dari peristiwa masa
kezuhuran. Ia begitu terkenal pada tempat, masa dan banyak peperangan, pada zaman
pertempuran khazanah Sungai Furat itu berkemungkinan besarnya adalah pada masa kezuhuran,
dan dari segi tempat Qirqisiya terletak di sungai Furat, seperti
dikatakan oleh Al-Hamawi dalam Al-Mu’jam Al-Biladan J 4 hal 328:
(... sebuah negeri di Sungai Al-Khabur
berhampiran Rahbah Malik bin Thauq sejauh enam farsakh (1 farsakh = 8 atau 5 km) [ dan di muara Sungai Khabur di Furat, ianya berada dalam sebuah
segitiga antara Al-Khabur dan Al-Furat, dan dikatakan: Ia dipanggil Qirqisiya
Ibn Thamurats AL-Malik...)
Tetapi ia lebih cenderung untuk dikatakan
bahawa pertempuran khazanah Furat adalah sama dengan pertempuran Qirqisiya,
yang juga merupakan peperangan khazanah tiga penjuru yang kesemuanya anak-anak
Khalifah, apabila kita mendengar hadits yang berikut
Dikeluarkankan oleh Syeikh Nu’man dalam Al-Ghaibah
hal 287: Dari Abi Abdallah (as), katanya: (Bahawa Hidangan Allah - bukan dalam
riwayat ini: Perjamuan – di Qirqisiya kelihatan muncul di langit lalu
menyeru: Wahai burung di udara, wahai singa di bumi, marilah kemari untuk
dikenyangkan dengan daging orang-orang yang angkuh
Dikeluarkankan juga dalam Al-Ghaibah hal 315:.
Dari Abdullah bin Abi Ya’fur, katanya, berkata kepadaku Abi Jaafar Al-Baqir (as):
(Bahawa bagi anak Al-Abbas dan Al-Marwani pada pertempuran di Qirqisiya yang
membuatkan beruban (rambut) pemuda yang gagah, dan Allah mengangkat dari mereka
pertolongan, dan mewahyukan kepada burung-burung di udara dan singa bumi: marilah
kemari untuk dikenyangkan dengan daging orang-orang yang angkuh, dan kemudian
keluar Al-Sufyani ).
Dikeluarkankan oleh Al-Syeikh Al-Kulaini dalam
Al-Kafi J 8 hal 295, dengan sanada sahih: dari Abi Jafar (as) katanya: (Wahai
Muyassir berapa jauh antara kamu dan Qirqisiya)? Aku berkata: Ia
berhampiran dengan pantai Sungai Furat, beliau berkata: (Kerana ia akan menjadi
satu pertempuran yang tidak perlaku sepertinya sejak Allah TWT menciptakan
langit dan bumi tidak akan berlaku sepertinya selagi ada langit dan bumi, Perjamuan
bagi burung yang kenyang dengannya singa di bumi dan burung-burung di langit.
binasa di dalamnya mengikut ukuran dan dipanggil oleh penyeru.)
[130]
Hendak diperhatikan bahawa pertempuran itu adalah
pertempuran Qirqisiya yang berlaku di pinggiran Sungai Furat dan
begitulah juga dengan pertempuran khazanah Furat. dan juga pertempuran Qirqisiya
sama dengan pertempuran khazanah Furat, kerana banyaknya peperangan yang
mengerikan.
Terdapat bentuk yang sama antara pertempuran Qirqisiya
dan pertempuran khazanah iaitu peperangan tiga penjuru yang kesemuanya anak-anak
Khalifah. Pertempuran Qirqisiya juga peperangan antara tiga golongan,
seperti dalam riwayat berikut:
Dikeluarkankan oleh Al-Syeikh Al-Nu’man dalam
Al-Ghaibah hal 288-289: Dari Jabir bin Yazid Al-Ja’fi katanya, berkata Abu
Jaafar Muhammad bin Ali Al-Baqir (as):
(...Kemudian
berselisih mengenainya antara tiga panji-panji: Panji Al-Ashhab, panji Al-Abqa’,
dan panji Al-Sufyani, akan bertemu Al-Sufyani dengan Al-Abqa’ lalu mereka
saling membunuh, Al-Sufyani lalu membunuhnya dan para pengikutnya, kemudian dia
membunuh Al-Ashhab, Dan kemudian tidak ada kepentingan lain kecuali menuju ke
Iraq, Tenteranya melalui Qirqisiya, lalu mereka bertempur hingga
membunuh satu ratus ribu orang.....).
Dan dikeluarkankan oleh Nu’aim bin Hammad
dalam Al-Fitan hal 137-138, beliau berkata: Diceritakan kepada kami Al-Hakam
dari Jarah, dari Arthah berkata:
(Apabila ditenggelamkan
dalam daerah dari daerah di Damsyiq dan sekelompok orang dari barat masjidnya
jatuh (tenggelam), maka pada masa itu kita akan berjumpa semua orang Turki dan
orang-orang Rom berperang dan tiga panji-panji berkibar di Syam dan kemudian mereka
memerangi Al-Sufyani sehingga mereka sampai ke Qirqisiya.)
Dan dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak
J4 hal 501: Dari Ali bin Abi Talib (as), beliau berkata:
(Al-Sufyani akan muncul
di Syam dan kemudian terjadi di antara mereka pertempuran di Qirqisiya sehingga
kenyang burung-burung di udara dan singa di daratan yang membinasakan mereka.
dan kemudian merobek dengan merosakkan belakang mereka, sekelompok orang menerima
mereka sehingga masuk ke tanah Khurasan dan bertemu kuda Al-Sufyani dalam mencari
penduduk Khurasan dan akan membunuh Syiah Keluarga Muhammad (S) di Kufah, kemudian
penduduk Khurasan keluar mencari Al-Mahdi.)
Dan dikeluarkankan oleh Nu’aim bin Hammad
dalam Al-Fitan hal 171: Diceritakan kepada kami Al-Walid, katanya, Dikhabarkan
kepada kami:Abu Abdullah dari Muslim bin Al-Akhil dari 'Abdul Karim Abi Umaiyah,
dari Muhammad bin Al-Hanafiyah. Dia berkata:
(Apabila mereka berselisih
satu sama lain, mereka tiga panji-panji berangkat ke Syam: Panji panji
Al-Abqa’, Al-Ashhab dan panji Al-Sufyani,)
[131]
Dan dikeluarkankan juga dalam Al-Fitan hal
172: Diceritakan kepada kami Al-Walid dan Rasydin, dari Ibn Lahi’ah, dari Abi
Qabil, dari Abi Ruman, dari Ali (as) berkata:
(Apabila berselisih
pemegang panji-panji hitam maka ditenggelamkan di daerah dari daerah Iram dan tenggelam
di sebelah barat masjidnya. dan kemudian kembali ke Syam tiga panji-panji:
Panji Al-Ashhab, panji Al-Abqa’ dan panji Al-Sufyani. Al-Sufyani keluar dari Syam,
Al-Abqa’ dari Mesir, dan Al-Sufyani mengalahkan mereka.)
Dikeluarkankan oleh Al-Syeikh Al-Thusi dalam
Al-Ghaibah, hal 463: dari Ammar ibn Yasir bahawa dia berkata:
(... Akan muncul tiga
golongan di Syam kesemuanya ingin menjadi raja, seorang lelaki Abqa’, seorang lelaki
Ashhab, dan seorang lelaki dari Ahl Bait Abi Sufyan yang keluar di Kilab ...,
Dari riwayat-riwayat ini dan lain-lain riwayat
akan mengesahkan kepada kita pertamanya, bahawa pertempuran Qirqisiya adalah
pertempuran yang sama dengan pertempuran khazanah Furat, dan kedua ia juga
pertempuran khazanah yang sama yang berperang secara tiga penjuru yang kesemuanya
anak-anak Khalifah.
Ketiga-tiga mereka anak-anak bagi khalifah-khalifah
pemilik tiga panji-panji yang keluar ke Syam; Al-Abqa’ Al-Mishr (Mesir),
Al-Ashhab dan Al-Sufyani, tetapi terdapat khabar yang menyebut bahawa Al-Sufyani
memerangi Turki dan Rom, dan nampaknya mereka berperang di Qirqisiya, maka
ia mestilah mengikut tafsiran atau kecenderungannya, dan Allah lebih
mengetahui.
Sekarang kita menyebutkan riwayat-riwayat khazanah
Kaabah:
Dikeluarkankan oleh Abu Daud, Ahmad bin Hanbal
dan Al-Hakim
Al-Naisaburi, dan lafaz yang pertama dari Abu Amamah bin
Sahl bin Hanif, dari Abdullah bin ‘Amaraz, dari Nabi (S), baginda bersabda:
(اتركوا الحبشة ما تركوكم، فإنه لا يستخرج كنز الكعبة إلا ذو
السويقتين من الحبشة)
(Biarkanlah bangsa
Habasyah selama mereka membiarkan kalian, kerana tidak akan dikeluarkan khazanah
Ka’bah melainkan akan hancur oleh Suwaiqatain dari Habasyah) [204]
Dikeluarkankan oleh Abdul Razaq Al-Shan’ani, dengan
sanad dari Abu Hurairah:
-----------------------
[204] Sunan Abu Daud: J 2, hal 316 bab 19 h
4309, Musnad Ahmad: J 5, hal 371, Al-Mustadrak: J 4, hal 453, Mujma’ Al-Zawaid – oleh
Al-Haitsami:: J 5, hal 303-304, dan berkata kepadanya:
"Diriwayatkan oleh Ahmad dan rijal-rijalnya rijal yang sahih selain Musa
bin Jabir, dia tsiqah ": dianggap hasan oleh Al-Albani dalam Shahih
Al-Jami’: J 1, hal 80 No. 90..
[132]
Abdul Razaq dari Ibn Juraij, dari Saleh - Maula
Al-Tauwamah - bahawa dia mendengar Aba Hurairah secara marfu’ - Saya fikir baginda
bersabda:
(Biarkanlah bangsa
Habasyah selama mereka membiarkan kalian, kerana tidak akan dikeluarkan
khazanah Ka’bah melainkan akan hancur oleh Suwaiqatain dari Habasyah.)[204].
Dan Dikeluarkankan oleh Muslim dalam Sahihnya dari
‘Aisyah:
Abdullah ibn Umar, dari ‘Aisyah, isteri Nabi (S),
dia berkata, Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda:
(لولا أن قومك حديثو عهد بجاهلية (أو قال بكفر) لأنفقت كنز الكعبة
في سبيل الله ولجعلت بابها بالأرض ولأدخلت فيها من الحجر(
Sekiranya tidaklah
kaummu itu baru sahaja (keluar) dari zaman Jahiliyah (atau baginda kata;
kekafiran) nescaya sudah tentu aku infaqkan khazanah Ka’bah di jalan Allah, dan
akan kujadikan pintunya sejajar dengan tanah, dan akan kuperluas bangunannya
sampai ke Al-Hijr (Isma’il).) [205]
Dan Dikeluarkankan oleh Al-Thayalisi, Ibn Abi
Shaibah, Al-Hakim dan Ahmad bin Hanbal dari Abu Hurairah, dan kata-kata yang
kedua:
Diceritakan kepada kami Abdullah; diceritakan
kepadaku oleh bapaku, dari Yazid, dari Ibn Abi Zhaib dari Sa’id bin Sam’aan
katanya: Aku mendengar Abu Hurairah memberi khabar pada Aba Qatadah bahawa
Rasulullah, (S) bersabda:
(يبايع لرجل ما بين الركن والمقام ولن يستحل البيت الا أهله فإذا
استحلوه فلا يسأل عن هلكة العرب ثم تأتى الحبشة فيخربونه خرابا يعمر بعده أبدا وهم
الذين يستخرجون كنزه(
Seseorang dibai’ah di
antara Rukun (Yamani) dan Maqam (Ibrahim), tidak akan ada yang menghalalkan Al-Bait
(Al-Haram) kecuali kaum muslimin; apabila mereka telah menghalalkannya, maka
jangan ditanya tentang kehancuran orang Arab. Kemudian datang orang Habasyah,
lalu mereka menghancurkannya sehingga Ka’bah tidak dimakmurkan lagi setelah itu
untuk selamanya, dan merekalah nanti akan mengeluarkan khazanahnya.).[206]
Al-Syed Al-Mar’asyi menyatakan bahawa khazanah
yang berlaku perang atasnya adalah khazanah Ka’bah, di mana katanya
(Dia mengatakannya pada hadits Ibn Majah
"Ada tiga pihak akan berperang pada khazanah kamu" yang
dimaksudkannya adalah khazanah Ka'bah, seperti yang dinyatakan dalam hadits lain
bahawa Al-Mahdi akan membuka khazanah Ka’bah selepas berhasil memerangi untuknya.)
[207]
Tetapi saya tidak melihat keutamaan bagi pemakaian
kata khazanah dalam riwayat Ibn Majah (Ada tiga pihak akan berperang pada
khazanah kamu) pada khazanah Ka'bah, tetapi saya melihat keutamaan
pemakaiannya adalah lebih besar bagi khazanah Furat.
------------------------
[204] Al-Mushannaif - Abdul Razaq Al-Shan’ani
J 5 hsl 136 No. 9177.
[205] Sahih Muslim: J 4 hsl 98.
[206] Musnad Ahmad: J 2 hsl 291, Al-Mustadrak – oleh Al-Hakim
Al-Naisaburi: J 4 hsl 452-453, Musnad Abi Daud Al-Thayalisi:.
hal 312-313, Al-Mushannaif - oleh Ibn
Abi Syaibah Al-Kufu: J 8 hsl 612 Shahih Ibn Hiban: J 15 hsl 239, Al-Fitan oleh
Nu’aim bin Hammad hal 408
[207] Syarah Iheats Al-Haq J 29 hsl 416
[133]
Maka telah dikemukakan lebih banyak kaitan
antara pertempuran yang berlaku pada khazanah Furat dan peperangan tiga penjuru
pada khazanah itu seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah. Adapun riwayat-riwayat
khazanah Ka’bah seperti yang ditunjukkan bahawa seorang lelaki dari Habasyah
akan mengeluarkan khazanah Kaabah (oleh Suwaiqatain), selepas menghancurkan Baitullah
Al-Haram. Wa Allahu A’lam.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
13 / Zhu Al-Qa'idah
/ 1434 H
19/9/2013
M
[134]
[122-127a]
✡ [127b-134] ✡ [Tamat]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan