Khamis, 30 April 2015

Menguji Hujjah Allah Dengan Yang Lain Dari Dalil-Dalil

Menguji Hujjah Allah Dengan Yang Lain Dari Dalil-Dalil



Yamani Aali Muhammad, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata, dia telah menerangkan keadaannya di dalam menyampaikan riwayat Bapa-bapanya Al-Thahirin:

(Demi Allah! Rasulullah (S) dan bapa-bapaku para Imam (as) tidak meninggalkan sesuatu pada urusanku kecuali penjelasan mereka, kerana mereka telah menerangkan sifatku dengan tepat, mereka telah memberi nama padaku dan menerangkan kediamanku. Tidak ada lagi yang tertinggal mengenaiku, tiada keraguan mengenai keadaanku, selepas penjelasan ini. Dan urusanku adalah lebih jelas dari matahari di tengah hari. Dan sesungguhnya aku yang pertama dari Mahdi-mahdi dan Al-Yamani yang dijanjikan) [122]

Dan dia telah datang - Semoga Rohku menjadi tebusannya - seperti mana mereka, (shalawatu Allah 3laihim Ajma3in), telah jelaskan. Dan di hadapan sekumpulan tanda-tanda dan keterangan-keterangannya yang datang sebagai hujjahnya. Ia memberitahu kita dengan membawa dalil-dalil dakwah yang diberkati ini, yang ditulis oleh Abdus Soleh (as) dengan tangannya yang mulia atau dari usaha gigih ansar kanan beliau yang telah menulis puluhan buku dan penyelidikan yang menerangkan kebenaran; untuk memberitahu kita apa yang dia dapati dengan menghuraikannya, apakah tindakan untuk mencapai keterangannya yang mulia yang dinyatakannya.

Dan sememangnya sesiapa mendakwa bergabung dengan mereka – shalawatu Rabbi 3alaihim - akan bertambah keyakinannya,  untuk sesiapa yang mengikuti seorang darinya akan mencintainya, dan jika dia mencintainya maka ia harus mengikuti apa yang dikatakannya. Jika tidak, tiada yang kekal mengikutinya sama seperti hanya mengikut pada nama sahaja, dan itu tidak mengenyangkan dan tidak menghilang kelaparannya seperti yang telah diterangkan.

Sekarang apakah yang akan dikatakan oleh orang yang mendakwa mengikuti (Syi’ah) Aali Muhammad (as) selepas datangnya Ahmad Al-Hassan seperti yang mereka katakan? Adakah mereka tidak diwajibkan untuk taat dan beriman kepadanya selepas Aali Muhammad (as) mengesahkan beliau, bahkan, mereka telah menjelaskan segala apa yang berkaitan dengan urusannya sebelum ketibaannya beratus-ratus tahun dahulu. Dan dia betul-betul telah datang seperti yang mereka telah jelaskan!!

Ya. Ia sememangnya wajib. Tetapi kenyataannya hari ini adalah sebaliknya, hanya sedikit yang beriman kepadanya, ia seperti garam dalam makanan atau Kuhl (celak) di mata, atau jarang-jarang berlaku malah kadang-kdang berlaku (beriman), seperti yang dijelaskan Al-Thaharun (Keluarga Suci). Dan Allah telah mengesahkan kata-kata Al-Thahirin (as) ketika orang-orang yang mendakwa mempunyai pengetahuan dari kalangan alim ulama (fuqaha’) akhir zaman dan pengikut-pengikut mereka yang mendustakannya tanpa apa-apa dalil dan menuduh dan mengejek (menghina) beliau, bahkan menyerang dengan mengeluarkan fatwa untuk membunuh beliau dan ansar (penyokong) beliau, sama seperti nenek moyang mereka, yang menentang para khalifah Allah. Bahkan lagi, [ulama] mula mencadangkan cara-cara yang dikenal pasti untuk menentang seruan kebenaran itu, dan dengan itu mereka juga mengingatkan kita kepada kebiasaan (sunnah) orang-orang sebelum mereka.

Ada di antara mereka ingin mengenal Al-Qa'im dengan Ilmu Ushul, dan kedua pindah ke warna janggut, sama ada hitam atau putih, dan ketiga pula menyembunyikan sesuatu di dalam hatinya yang hitam. Dan yang keempat dan yang kelima, ...begitu dan begini sudah tentu, ini adalah perkataan fuqaha’ dan ulama’ mereka, dan saya tidak bercakap tentang pengikut mereka yang jahil. Saya tidak mengerti! Mengapa mereka ingin mengenal Al-Qa'im dengan perkara-perkara seperti itu, pada hal ada puluhan, bahkan beratus-ratus riwayat yang telah diriwayatkan mengenai Al-Qa'im dan cara untuk mengenalinya dan tanda-tanda kezuhurannya dan ... dan ... dan ... yang berkaitan dengannya. Bukankah semua ini perlu mereka pertimbangkan jika mereka ingin mengenalinya sesuai dengan apa yang mereka cadangkan?!

Walau apa pun, perkara ini tidak diselidik secara khusus untuk menjelaskan keadaan para ulama jahat dan dan betapa besar kejahatan mereka ke atas keluarga Muhammad (as) pada hari ini, tetapi ia adalah untuk menjelaskan kata-kata da3i (pendakwah) Allah yang diikat dengan dalil-dalil kebenaran. Oleh itu, saya akan menyebut soalan mengenainya dan akan dijawab oleh beliau (Abdus Soleh (as)). Dan saya memohon maaf kepada Allah dan kepada Muhammad dan keluarganya dan dia semoga roh saya menjadi tebusan bagi apa yang saya lakukan. Dan saya meminta daripada saudara-saudara yang mulia untuk melihat dan memahami, bagi orang mukmin itu tidak akan dipatuk dari lubang yang sama dua kali.

Pada suatu hari saya bertanya Abdus Soleh (as), dan saya katakan: Terdapai satu maklumat dari satu kumpulan di salah sebuah tempat, salah seorang saudara-saudara kita (ansar) menemui beliau dan mencadangkan perkara ini (Al-Yamani) kepadanya, tetapi dia berkeras [dan berkata dia akan percaya jika] "Sahabat kamu (Al-Yamani) menjawab dua soalan yang tidak diketahui jawapannya melainkan Allah". Dan saya memohon maaf, dari tuan, kerana menyampaikannya.


Jadi dia (as) menjawab:

(Ada banyak dalil-dalil yang mencukupi. Saya tidak mempunyai apa-apa lagi untuk mereka dan tiada barkah dan tiada karamah. Sesiapa yang mahu beriman, dan dia berdosa maka beristigfarlah mudah-mudahan Allah menerimanya.

Saya meminta dari anda untuk mengendalikan tanggungjawab apabila menyampaikan (dakwah). Maksud saya, saya tidak faham mengapa begini! Adakah anda orang-orang yang beriman! Adakah anda memahami iman? Adakah anda tahu tentang apa yang anda sampaikan? Adakah anda tahu tentang sesuatu yang anda sampaikan? Bukankah ini sepatut berakhir, sekurang-kurangnya dari anda? Adakah mungkin sehingga hari ini saya diminta untuk memberikan satu ayat untuk setiap individu, dan daripada anda atau anda adalah orang-orang yang menyampaikannya kepada saya?!

Maknanya, jika perkara itu adalah seperti permintaan orang-orang jahil - dan ia minta supaya didatangkan kepada mereka mukjizat bagi setiap seorang untuk menarik (memaksanya) beriman – Kalau begitu sekurang-kurangnya saya [patut] pergi dan menarik Presiden China atau Presiden Amerika, mengapa saya akan menarik orang-orang jahil ini? Adakan kerana lima atau enam orang yang mengikutinya seperti yang didakwa? Mengapa sehingga saya perlu memaksa pemimpin negara dan pemerintah mereka dan mereka adalah negara-negara yang kurang maju dari segi fizikal?

Saya minta dari anda, bahawa mulai hari ini, anda perlu tegas dengan mereka - saya maksudkan ansar - ansar yang telah sampaikan perkara ini kepada anda. Jika anda diberi kesempatan untuk kembali untuk meminta jadi mintalah, maka anda perlu membuat mereka tahu apa yang dimaksudkan dengan permintaan ini. Apakah faedah semua yang saya kata dan tuliskan jika anda akan datang dan menyampaikan perkara ini kepada saya?

Subhana Allah! (Maha Suci Allah) Saya akan ceritakan pada anda suatu mimpi (rukya) yang saya lihat dua hari lepas, dan ia adalah berkaitan dengan apa yang telah disampaikan kepada saya beberapa ketika yang lalu. Saya melihat diri saya di suatu tempat, saya dalam kesakitan, dan saya menjerit “3ammah!" (Mak Cik) dan saya mengulanginya dengan suara yang kuat, dan ia seolah-olah saya memanggil Al-Saidah Zainab (as), ibu musibah-musibah (Umm Al-Mashaib), maka saya mengadu kepadanya. Kemudian saya mula menjerit: "3ammah Zainab!" dan saya mengulanginya beberapa kali. Sehingga saya sampai ke makam yang sangat besar, maka saya meletakkan pipi saya pada makam sambil mengadu kepadanya dan menangis. Saya berkata kepadanya: Ya 3ammah! Puan disyaki Wahai ibu musibah-musibah (Umm Al-Mashaib), tetapi apa yang berlaku dengan saya membuatkan saya datang kepadamu supaya boleh mengadu kepada Puan. Lalu saya melihat selepas semua ini, ia berakhir dan hasilnya kemudian dilapangkan Allah.)

Lalu aku berkata: Ampunkanlah saya dengan hak 3ammah Tuan yang disucikan (Al-Thahirah), semoga Allah menolong tuan dan melapangkan tuan, maka matilah saya  - dan tuan lebih mengetahui – betapa hinanya saya daripada menjadi sebab untuk kesakitan tuan.

Jadi dia (a.s) berkata:

(Tidak, tidak sama sekali, saya khadam kamu, Allah bersaksi bahawa saya kasihkan kamu. Ia hanyalah kehendak Allah ia adalah perkara-perkara yang berjalan dalam laluannya [sendiri]. Saya memohon maaf kepada kamu jika saya menyebabkan kamu pedih atau pilu hati.

Saya memohon kepada Allah supaya Dia memberikan kamu kejayaan dan meneguhkan kamu dan menolong kamu. Dan ketahuilah bahawa menyeleweng dari kebenaran bermula dengan hanya satu langkah, mungkin orang yang mengambil langkah ini mendapat alasan yang dia akan menggunakannya di hadapan prinsip, akhlak dan agama Ilahi, tetapi pada akhirnya dia akan mendapati dirinya dipisahkan dari Agama dan dipisahkan dari Al-Hussein (as), dan tiada apa yang diambil (dipegang) daripada Al-Hussein (as) melainkan yang zahit (lahir). Allah telah memberitahukan orang yang telah mengambil langkah ini, dan anda telah melihat di mana mereka telah sampai hari ini. Para nabi dan aushiak tidak pernah melalui satu hari yang selesa di dunia ini kerana mereka adalah pencari (yang mengejar) akhirat. Bagi orang-orang yang mencari satu hari yang selesa atau bahawa mereka mengharapkan satu hari yang selesa pada yang tidak datang dari hari-hari mereka, maka mereka telah tersalah; kerana dengan yang demikian mereka mengejar dunia dan mengharapkan dunia. Apakah kamu tidak mendengar perkataan Amir Al-Mukminin dan guru kepada orang-orang yang beriman (as), beliau pernah berkata:.

(Aku telah dizalimi sejak hari aku dilahirkan. Apabila 3aqil mendapat sakit mata, dia akan berkata: "jangan sapu ubat [di mata ku] sehingga kamu sapu pada [mata] Ali") [123].

Ini berlaku ketika dia masih kecil, dan anda telah mendengar apa keadaannya ketika dia tua)



✡✡✡✡✡


______________________________
[122] Kitab Al-Mutasyabihat Jilid 4 Soalan 144, yang berkaitan dengan riwayat Al-Yamani.
[123] Bihar Al-Anwar: Jilid 27 halaman 62


01 05 2015

01 05 2015
KHUTBAH PERTAMA
                                                                                                 
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله،       يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 
       
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Imam Ahmad Al-Hassan (as) ditanya: - Tentang Adam dan Pohon Terlarang
     
Soalannya:

1)  Adalah diketahui bahawa Iblis telah diharamkan dari syurga kerana keengganannya sujud kepada Adam (as). Jadi bagaimana dia dapat masuk ke Syurga, dan berbisik kepada Adam, dan membuat Adam makan dari pohon yang dilarang ? Kata-kata iblis kepada Adam menunjukkan bahawa dia ada bersama dengan Adam di syurga, kerana dia menunjukkan pokok dengan menggunakan ganti nama "ini," Suara hati pembicara yang menunjukkan berkata-kata secara langsung kepada pembicara yang ada (hadir).?!

2 ) Apakah pokok yang Adam (as) makan?

3) Adakah aurat Adam dan Hawa itu kelihatan (terdedah) tanpa pakaian dan setelah apabila mereka memakan (buah) dari pohon itu yang menjadikan mereka sedar aurat mereka lalu mereka menutupinya dengan daun Syurga? Dan apakah daun yang mereka gunakan untuk menutupinya?


Untuk menjawab soalan-soalan ini beberapa pengenalan diperlukan iaitu:



Jika Adam (as) diciptakan daripada tanah, maknanya dari muka bumi ini. Walau bagaimanapun beliau tidak tinggal hanya di bumi ini, malahan dia naik sehingga ke langit rendah (Al-Sama’ Al-Dunya) iaitu dia naik ke langit pertama atau di pintu Langit Kedua di Syurga Malakut (Al-Jannah Al-Malakutiyah) atau seperti yang dinyatakan dalam riwayat Ahlul Bayt (as),

"Dia diletakkan di Pintu Syurga (iaitu Syurga Malakut) dibawa oleh malaikat. "

Dan kenaikan tanah Adam ini memerlukan tanah beliau disinar oleh cahaya Tuhan dan yang akan menyenangkannya. Oleh itu, apabila Allah meniupkan roh pada Adam buat kali pertama tubuhnya merasa senang, menikmati Syurga Kebendaan Jasmani, dan tidak ada kegelapan di syurga ini yang memerlukan pelepasan kekotoran dari tubuh Adam (as).



Bagi roh Adam (as), ia telah menikmati Syurga Kerajaan Langit (Al-Jannah AL-Malakutiyah), [39] atau Syurga-syurga Kerajaan Langit, kerana ia banyak:

﴿جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ﴾

{Syurga-syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawah}


Dan Syurga Jasmani dan Kerajaan Syurga adalah dua yang disebut dalam Surah Al- Rahman :

﴿وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ ... ذَوَاتَا أَفْنَانٍ﴾

{Tetapi orang yang takut Kedudukan Tuhannya hendaklah disediakan baginya dua syurga... yang berjenis-jenis (pohon dan buah-buahan)}
                                    
dan ia juga,

﴿وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ... مُدْهَامَّتَانِ﴾

{Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi ... kedua-dua hijau gelap (subur tanamannya)}
.
Dan kenaikan ini merupakan kenaikan tajalli (perwujudan) kezahiran dan bukan kenaikan kasar (tempat - lokasi).

Oleh itu Adam bukanlah tidak wujud di bumi jasmani (jisim-jisim) yang kita hidup di dalamnya, sebaliknya dia wujud di dalamnya , dan jika dia tidak wujud di dalamnya [bumi fizikal], dia telah mati.

Oleh itu , Adam (as) hidup di dunia ini dengan badan yang menyenangkan (Jisim Lathif – jisim halus) pada mulanya, tetapi dia kemudian kembali ke bumi yang padat setelah sebelumnye dia dinaikkan apabila dia mengingkari Tuhannya SWT.


2) Pokok yang Adam (as) makan darinya adalah gandum, epal, kurma, buah tin, dsb. dan ia adalah Pohon Pengetahuan Keluarga Muhammad (as).

Oleh itu, ini buah-buahan di alam-alam yang lebih tinggi yang melambangkan (ilmu) Pengetahuan. Dan pokok yang mulia ini yang disebutkan dalam al-Quran yang membawa Pengetahuan tertentu untuk Muhammad (S) dan keluarga Muhammad (as).

C) Allah swt berfirman,

﴿وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْر﴾

{dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya}[45]
.             
Pakaian yang telah tertanggal dari Adam dan Hawa adalah Pakaian Taqwa. Jadi, dalam alam-alam yang lebih tinggi yang mereka gunakan untuk kehidupan di dalamnya, aurat dilindungi dengan taqwa. Ini adalah kerana ketakwaan menjadi pakaian yang meliputi tubuh manusia di alam-alamnya).

Oleh itu, apabila Adam (as) dan Hawa (as) menderhaka dengan memakan dari pokok yang diberkati - Pohon Pengetahuan Keluarga Muhammad (as) yang menjadi sumpahan bagi sesiapa yang makan darinya tanpa izin Allah SWT - mereka kehilangan pakaian takwa dan aurat kedua mereka menjadi jelas.

Bagi daun syurga yang melindungi diri mereka, adalah agama mereka, di mana daun hijau di dalam alam-alam yang lebih tinggi mewakili agama. Dan daun-daun yang Adam (as) dan Hawa (as) gunakan sebagai penutup adalah dengan beristighfar dan meminta ampun kepada Allah dengan hak Ahl Al Kisa’ (as). (Ahli di bawah Jubah Rasulullah iaitu ahli Bait) itu, yang nama-namanya telah dibaca oleh Adam (as) seperti yang ditulis di tiang Arasy.

A) Syurga yang telah diharamkan pada Iblis (laknahu Allah) adalah Syurga Kerajaan Langit (Al Jannah Al Malakutiyah) dan juga Syurga Kerajaan Dunia (Al-Jannah Al-Mulkiyah (Al-Duniwiyah)), namun Adam (as) wujud di seluruh Alam-alam Kerajaan Duniawi (Al- ‘Awalam Al-Mulkiyah). Oleh itu, bisikan Iblis (laknahu Allah) adalah ke arah Adam ketika hadir di alam-alam duniawi yang di bawah Syurga Kerajaan Langit Dunia ini.


Dengan menunjuk ke arah pokok itu seolah-olah ia Iblis (laknahu Allah) ada, ia adalah buah-buahan bagi pohon-pohon yang ada di bumi ini tetapi hanya penampilan dan tajalli bagi  Pengetahuan Keluarga (Keluarga) Muhammad (as) sahaja. Ia adalah seperti  epal, gandum dan buah tin, dan lain-lain adalah berkat Ilmu Keluarga Muhammad (as). Seperti yang dinyatakan dalam wirid pada doa, "Dengan mereka kamu diberi rezeki." dalam riwayat dari mereka (as).






اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،:  وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ 
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا﴿٣



KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.


Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian


Adapun salah seorang ansar bertanyakan:

Soalan 1. Bagaimana saya boleh mengatasi Al-Ana (Aku)? Adakah dengan berterusan berdoa (membaca) ayat Al-Kursiy dan ayat-ayat Al-Hasyr untuk berfungsi, adakah tanda ia berfungsi? Tolong tunjukkan saya jalan yang paling singkat, dan saya berharap doakan untuk saya dan untuk saudara-saudara yang mengharapkan taufiq.

Jawapan Imam Ahmad Al-Hassan (as):
Ketika beribadat dan berdoa hakikatnya adalah sedang memerangi Al-Ana, tetapi bukanlah memerangi Al-Ana hanya dengan beribadah dan berdoa, tetapi mestilah dengan ikhlas melakukannya, dan mestilah mendahulukan kehendak Allah atas kehendak manusia bahkan sehingga tiada lagi kehendak manusia dan tiada lagi yang tinggal pada manusia melainkan kehendak Allah dan beramal dengannya.

Soalan 2. Tunjukkan wahai Maula kata pembuka yang utama untuk bercakap tentang dakwah Yamani supaya disahut oleh hati-hati manusia, bukannya keengganan, saya dapati wahai Maula ramai orang memberikan reaksi positif pada mulanya (sesi pertama) hampir suka dan kemudian dalam sesi kedua tiada minat langsung?

Jawapan Imam Ahmad Al-Hassan (as):
Anda bukanlah memberi petunjuk (hidayah) kepada mereka tetapi menyampaikan kepada mereka dan anda mempunyai dalil-dalil (keterangan) yang mencukupi untuk membuktikan (menegakkan) kebenaran kepada sesiapa sahaja dan kepada mana-mana golongan (mazhab) pun, bahkan anda juga mempunyai dalil-dalil (keterangan) untuk membuktikan (menegakkan) kebenaran anda walaupun kepada orang-orang Buddha dan Hindu, lebih utama dari orang-orang Yahudi dan Kristian dan umumnya pada mazhab umat Islam dan lain-lain, Tetapi biarkan ia menjadi asas urusan penciptaan bagi tugas anda dengan manusia, mereka merosakkan diri mereka sendiri dan menunjukkan apa yang ada dalam batin (dalaman) mereka.

Dan juga kerana ikhlas dan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari redhaNya adalah asas untuk kerja (amalan) anda dan anda menyampaikan kepada manusia untuk mendapat keberkatan kerja (amalan) anda dan menjadikannya lebih baik. Semoga Allah memberikan taufiq (kejayaan) pada anda dan meneguhkan langkah anda dan membantu anda dalam menjayakan agamaNya.

                                                        
 اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                                          
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ﴿١ مَلِكِ النَّاسِ ﴿٢ إِلَـٰهِ النَّاسِ ﴿٣مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ﴿٤ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ﴿٥ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ﴿٦







Khalifah Ilahiyah dan Pemerintahan

Khalifah Ilahiyah dan Pemerintahan


Ramai orang-orang yang cuba untuk meragui agama Allah dengan berkata: Jika Allah SWT mempunyai Khalifah-khalifah di BumiNya, Allah yang melantik dan menjadikan mereka, maka mengapakan hanya sedikit daripada mereka yang memerintah?

Jadi saya bertanya kepada Abdus Soleh (as) dan berkata: Mereka berkata: Bagaimana boleh menjadi Khalifah tetapi tidak memerintah dan hanya sebahagian kecil sahaja dari mereka yang dikatakan khalifah, oleh itu bagaimana boleh menjadi Khalifah tanpa memerintah?

Jadi dia (as) menjawab aku:

(Khalifah tidak bermakna pemerintahan sahaja, sebaliknya, pemerintahan adalah sesuatu yang lebih kecil daripadanya, Khalifah yang sebenar, apa maksudnya? Khalifah yang dimaksudkan di sini adalah Khalifah sebenar, bacalah imbasan penolakan Malaikat;. kerana mereka mengetahui apa yang dikehendaki Allah mengenai Khalifah)

Lalu aku berkata: Ya wahai tuan, saya belajar daripada tuan dengan nikmat Allah.

Jadi dia (as) berkata:

(Apakah yang dimaksudkan dengan Khalifah di sini adalah orang yang memegang maqam, iaitu dia yang dijadikan seorang Khalifah. Dan itulah mengapa anda dapati Malaikat mengucapkan dengan kalimah bertasbih, memuji, dan mensuci,
(نسبحك، نحمدك، نقدسك)
(kami bertasbih padaMu, kami memuji-Mu, kami mensucikan-Mu) [117] Tasbih bermakna Tanzih (penyucian), Al-Hamd (pujian) adalah Al-Tsanaa’ (sanjungan), Al-Taqdis adalah Al-Thahirah (pembersihan). Oleh itu, sesiapa yang bertasbih kepada Allah dia meminta supaya disucikan, dan sesiapa yang memuji Allah dia meminta supaya terpuji, dan sesiapa yang bertaqdis kepada Allah dia meminta supaya dibersihkan. Maka para malaikat berkata, mengapa Engkau tidak jadikan kami Khalifah-Mu, terutama kerana kami seperti Engkau, sekarang kamilah (makhluk-makhluk) yang bertasbih, yang memuji dan yang mensucikan, kerana kami telah bertasbih kepada Mu, memuji Mu dan mensucikan Mu.
            
Jadi, Khalifah bukan sahaja orang yang telah dipilih dengan sia-sia, Allah amat jauh dari itu semua! Sebaliknya, mereka perlu dipersiap dengan sifat-sifat asas untuk menjadi Shurah (Imej) Allah dalam penciptaan, jika dia bukan Shurah (Imej) Allah maka dia tidak akan menjadi Khalifah. Sekurang-kurangnya dia mesti mulia, terpuji, yang disucikan, atau katakan, dia mesti membawa tahap yang lebih rendah dari sifat-sifat ini. Dan itulah sebabnya Malaikat berkata: "Adakah dia ini yang ingin Engkau jadikan Khalifah, mereka
﴿يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء﴾
{yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah} Jadi dia tidak seperti Engkau, dia tidak semulia, terpuji dan tidak sesuci Engkau, jadi bagaimana Engkau mahu menjadikan dia seorang Khalifah?! "

Mereka menggunakan pengetahuan mereka mengenai peraturan Ilahiyah dalam membantah-Nya SWT dengan peraturan-Nya itu, tetapi mereka pula jatuh ke dalam kesilapan dalam meneliti kebenaran, bermakna mereka menyangka bahawa tiap-tiap roh yang menunggang jasad dari Alam Jasmani ini yang mempunyai keinginan (syahwaat) akan menjatuhkan dan merendahkannya, tetapi Allah memberi amaran kepada mereka: "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.".

Apakah yang diajarkan Allah SWT padanya dan yang menyerlahkan kejahilan Malaikat, dan yang menyebabkan para malaikat bertentangan dengan pengetahuan ini. Dan bahawa setiap roh makhluk yang berhubung dengan tubuh jasmani dan digiring bersamanya keinginan (syahwat) akan menyibukkannya. dan dia tidak akan menjadi mulia, terpuji atau menjadi suci? Yang mengetahuinya adalah Dia SWT
﴿قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ﴾
{Dia berfirman,Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”}
DijelaskanNya dalam ayat-ayat lain
﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاء كُلَّهَا﴾
{Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama, semuanya}
Kesemuanya, tidak ada di antara sebahagian mereka yang tidak jatuh kerana kejahilan mereka daripada sebahagian yang lain, kali ini kesemua dari mereka. Makhluk ini layak mengetahui semua nama-nama, makhluk ini layak menjadi Allah dalam penciptaan.

Jadi, makhluk ini - dan bukan selainnya - dialah sahaja yang boleh memaksa keinginan (syahawaat) walaupun telah menungganginya (membawanya), kerana dia adalah Roh Allah

﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي﴾

{dan Kutiupkan kepadanya rohKu; } [118]

Makhluk Ini layak menjadi Tuhan (Lahut) dalam penciptaan.

Dan itulah sebabnya anda dapati Dia SWT menjelaskan kepada malaikat mengenai kekeliruan mereka dan memaklumkan pengenalan makhluk ini supaya mereka mengetahui bahawa mereka telah tersalah anggap dalam membuat penelitian, dan disebabkan kesilapan mereka bahawa mereka tidak mengetahui atau mereka tidak mengenal makhluk yang mengetahui semua nama-nama.

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاء كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاء هَؤُلاء إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

{Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku semua nama-nama itu jika kamu orang-orang yang benar!"} [119]

Di sini, para Malaikat telah tergamam, dan mereka tahu bahawa mereka telah tersalah anggap dalam membuat penelitian dan dakwaan (penegasan) yang tersasar. Mereka seperti kata-kata Ahlul Bayt (as): Mereka melihat pada (unsur) tanah Adam [120] dan tidak memandang kepada Rohnya. Maknanya, mereka memandang kepada masuknya Roh ke dalam jasad jasmani, jadi mereka menyangka bahawa keadaan semua roh yang terkandung dalam sebuah jasad jasmani, yang akan menjadikannya sibuk dengan keinginan (syahawaat) dari bertasbih, bertahmid dan bertaqdis. Jadi bagaimana dia boleh menjadi Khalifah jika dia tidak mulia, terpuji atau suci?! Dan itulah sebabnya kenapa mereka membantah, jadi apabila mereka tahu bahawa mereka melakukan kesilapan dalam penelitian dan dakwaan (penegasan) dan bahawa Roh ini tidak seperti yang lain darinya, yang menyesal dan yang gagal.

﴿قَالُواْ سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ﴾

{Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."} [121]

Dan sebab itu Aku katakan kepadamu: Betapa pentingnya bagi manusia untuk mengambil masa untuk menentukan pendirian negatif atau positif (menentukan baik buruknya) mengenai sesuatu perkara, selagi tidak jelas kepadanya kebenaran perkara tersebut. Manusia perlu mengambil jalan keluar dengan kembali kepada Allah untuk mengetahui apa yang terlepas dan dengan itu mencapai keredhaan Allah.

Berapa kali anda memutuskan sesuatu perkara dan tidak lama selepas itu anda dapati bahawa anda telah membuat kesilapan dalam pertimbangan anda

﴿قَالُواْ سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ﴾

{Mereka berkata, "Maha Suci Engkau, kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami Sesungguhnya, ia adalah. Anda yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. "}


✡✡✡✡✡

______________________________
[117] Ini adalah petunjuk kepada apa yang dikatakan Malaikat dalam firman Allah SWT:
(وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ)
{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."} [Al-Baqarah 2:30]
[118] - Al-Hijr 15:29.
[119] - Al-Baqarah 2:31.
[120] - Dan hakikat bahawa dia adalah dari debu tanah, dan seterusnya keadaannya akan menjadi seperti keadaan orang-orang yang mendahuluinya. Dari Abi Ja'far (as) berkata tentang firman Allah SWT:
{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui?"}
Beliau (as) berkata:. (Dalam mengatakan hal ini adalah kebaikan atas Allah untuk peribadatan mereka, tetapi sebahagian daripada para malaikat berkata, sedangkan mereka mengetahui keadaan jin di bumi sebelum Adam, Allah SWT berpaling dari mereka, dan mencipta Adam (as) dan mengajarkannya nama-nama ...) - Mustadrak Al-Wasa'il Jilid 9 halaman 324.
[121] - Al-Baqarah 2:32.



Rabu, 29 April 2015

Adakah Dijadikan Khalifah Dan Imamah Perkara Syari’at Atau Perkara Alam Penciptaan (Takwini)?

Adakah Dijadikan Khalifah Dan Imamah Perkara Syari’at Atau Perkara Alam Penciptaan (Takwini)?



Bahawa Allah Yang Maha Suci menjadikan Khalifah di Bumi ini dan menetapkan mereka sebagai asas Agama Allah yang mereka tidak diperdebatkan padanya seorangpun. Dia SWT berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi".} [112],

dan Dia SWT berfirman:

﴿يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ﴾

{Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi,} [113].

Dan tiada tempat (peranan) yang disebutkan bagi manusia atau selainnya dari seluruh Penciptaan dalam menyengutukan (mensyirikkan) Tuhannya - dan aku berlindung kepada Allah (Wal3iyazha Billah) - dalam pelantikan, pememilihan dan pengangkatan Ilahiyah (ketuhanan) itu, Allah SWT berfirman:

﴿وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ﴾

{Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).} [114]

Dari 3amru ibn Al-Asy3ats berkata: Aku mendengar Aba Abdullah (as) berkata: (Adakah kamu fikir Washiy itu daripada kami yang diwasiatkan (dilantik) kepada sesiapa yang dikehendaki? Tidak demi Allah! Tetapi ia adalah janji dari Allah dan Rasul-Nya (S) daripada seorang lelaki kepada seorang lelaki sehingga perkara itu sampai ke Pemiliknya) [115]

Hakikat bahawa Agama Allah = Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah), adalah suatu perkara yang jelas dengan limpah kurnia dari Allah ke atas hamba-hambaNya. Tetapi ada di antara mereka yang dipanggil dengan nama Islam cuba untuk mewujudkan keraguan dalam perkara itu, sebagai usaha untuk mewajarkan penguasaan orang-orang munafik yang merampas Khalifah, walaupun ia menyebabkan kewajaran untuk mengetepikan asas agama.

Di antara apa yang biasa disoal kepada kita mengenai tajuk ini adalah: Apakah menjadikan Imamah dan Khalifah sebagai Hujaj Allah perkara Syari’at atau perkara Penciptaan (Takwini)? Maka saya bangun bertanya kepada Abdus Soleh (as) dan berkata: Sebahagian daripada saudara-saudara kita bertanya mengenai dijadikan Khalifah atau Imamah sebagai Hujaj Allah bagi sesetengah daripada mereka, mereka mengatakan bahawa ia di-Syari’at-kan (Tasyri3i) . Adakah ini betul?

Jadi dia (as) menjawab:

(Semoga Allah memberi kejayaan pada anda, anda tahu bahawa takrif ungkapan istilah yang anda gunakan, jadi apa yang dimaksudkan dengan dijadikan Syari’at (Al-Ja3al Al-Tasyri3i), anda perlu mengenalnya terlebih dahulu, dan apa yang kamu inginkan dengannya supaya saya katakan ya atau tidak, dan ini juga perlukan perbahasan, makna anda perlu bebaskan istilah sebelum menggunakannya untuk mengesahkan kebenarannya, jika tidak ucapan anda tidak mempunyai makna.)

Lalu aku berkata:

Dikatakan bahawa Dijadikan Syari’at adalah apa yang berkaitan dengan suruhan dan larangan, kepada hamba di satu pihak sebagai amal ibadah. Dan Dijadikan Sejak Penciptaan (Al-Ja3al Al-Takwini) ialah: apa yang hanya berkaitan dengan kehendak Allah, tanpa campur tangan manusia sama sekali. Dan saya gunakannya untuk mengenal bahawa Imamah dan Khalifah Ilahiyah dalam bentuk umum adalah yang dihimpun olehNya SWT untuk tugas ini.

Jadi dia (a.s) berkata:

(Semoga Allah memberi anda kejayaan, jadi jika takrif Dijadikan Syari’at adalah: suatu yang menjadi suruhan atau larangan kepada hamba di satu pihak dalam menerima atau tidak, maka Khalifah dalam hal Khalifah yang sama, bukankah ia perintah. Dan Khalifah bagi orang-orang yang taat kepada Khalifah (Pengganti), bukankah ia juga perintah?

Tidakkah kamu membaca firman Allah (swt):?

﴿آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ﴾

{Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya.}

Adakah tidak disedari apa yang diimani Rasul-rasul? Dan baginda (shalawatu Allah 3alaihi) adalah dari mereka, sehingga bagindalah yang pertama beriman bahawa baginda adalah Rasul Allah dan khalifah-Nya di bumi-Nya.

﴿آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ﴾

{Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali"."} [116].

Ini yang sesuai dengan khalifah. Kerana Khalifah adalah perintah dan dia menerimanya dan beriman dengannya. Jadi tidak akan menjadi perkara seperti ini untuk membenarkan takrif anda sebelum ini?

Adapun Khalifah yang sesuai dengan mereka yang taat kepada Khalifah, maka adalah jelas bahawa ia adalah perintah, dan mereka boleh menerimanya atau menafikannya, kerana jika mereka menerimanya, mereka akan diberi ganjaran, dan jika mereka menafikannya, mereka akan dihukum)

Lalu aku berkata: Jadi apa maknanya bahawa mereka (as) adalah Imam-imam yang sama ada penciptaan (makhluk) menerimanya atau tidak, sama ada penciptaan (makhluk) mengikuti mereka atau tidak, seperti yang telah disampaikan dalam banyak riwayat-riwayat

Jadi dia (a.s) berkata:
(Ya, mereka Imam-imam (as) sama sahaja penciptaan menerimanya atau tidak, mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi-Nya, sama ada manusia menerimanya atau tidak, di manakah percanggahannya dalam perkara ini?)

Lalu saya berkata: Maksudnya, mereka (as) dijadikan Imam-imam dengan kehendak Allah secara paksa (Al-Qahhariyah), dan ia adalah Dijadikan Sejak Penciptaan itu. Dan saya memohon maaf kerana menggunakan beberapa ungkapan (istilah) yang digunakan dalam bacaan kami yang diguna pakai dalam 'Ilm Al-Kalam (ilmu Ushuluddin).

Jadi dia (a.s) berkata:

(Apa yang kamu maksudkan secara paksa (Qahhariyah)?! Dan paksaan kepada siapa? Adakah Allah menjadikan mereka Imam-imam dan mereka adalah orang-orang yang dipaksa menjadi Imam-imam dan khalifah-khalifah Allah di bumiNya, sebagai contoh? Adakah manusia, orang-orang yang dipaksa taat kepada mereka, contohnya? Jika perkara itu adalah satu perkara paksaan, untuk menjadikan mereka Imam-imam dan khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya tetapi mereka tidak akan mempunyai apa-apa keutamaan dengannya dan mereka tidak akan diberi ganjaran untuk sesuatu yang mereka dipaksakan, juga di manakah keadilan Allah? Dan jika manusia dipaksa supaya taat kepada mereka maka tidak ada yang akan tidak mendengarkan mereka).

Lalu aku berkata: Jadi, ia adalah perkara Syari’at (Amr Tasyri3i).

Jadi dia (a.s) berkata:

(Pada saya, saya tidak mementingkan istilah, semoga Allah memberi anda kejayaan. Seperti yang saya katakan, apabila seseorang bercakap kepada saya menggunakan istilah, saya akan bertanya kepadanya takrif (difinasi), supaya tidak lari kepada akidah yang batil (sesat) bahawa yang dia perlukan adalah hujah yang haq (benar), maka akan diterangkan padanya dan bagi selain darinya adalah perkara palsu (batil) padanya dan dijelaskan kepadanya, setelah Ia mentakrifkan (mengetahui) istilahnya)



✡✡✡✡✡
_____________________
[112] - Al-Baqarah 2:30.
[113] - Shad 38:26
[114] - Al-Qashash 28:68
[115] - Al-Kafi Jilid 1 halaman 278 Hadits 2
[116] - Al-Baqarah 2:285.