Soalan 323: Sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhannya
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
السلام عليكم سادتي ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu Tuan dan rahmat Allah serta
keberkatanNya
Saudara yang dihormati:
Bagi meringkaskan tulisan berkenaan soalan saya, saya berharap
seseorang yang mempunyai pengalaman untuk menjawab dengan jelas dan nyata yang
dipetik dari kata-kata mereka (as):
(من عرف
نفسه فقد عرف ربّه)
(Sesiapa yang mengenal
dirinya akan mengenal Tuhannya),
dan kata-kata mereka (as):
(أعرفكم بنفسه أعرفكم بربّه)
(orang yang paling kenal
dirinya adalah yang paling kenal Tuhannya),
dan petikan lain yang disebutkan dari Aali Muhammad,
yang menekankan – supaya mengenal diri, maka artikel kaedah-kaedah dalam kitab Irfan
(tasauf) di arenanya tidak dapat mengurangkan dahaga dan tidak mencapai pantai keyakinan,
yang tidak menunjukkan hanya riwayat-riwayat mereka yang saya nyatakan sebelum
ini dan menyeru kepada keinginan untuk mengenal diri tanpa sebarang kaedah-kaedah
atau pemerhatian untuk menerangkan jentera (alat) mengenal diri dengan tepat
sehingga memasuki Alam Malakut ... Maka apakah jentera (alat) yang dicari untuk
mengenal diri dan cara praktikal (yang boleh diamalkan) yang melibatkan kesan
jelasnya pada Makrifat AL-Rabb (mengenal Tuhan)? Terima kasih banyak pada tuan.
Dihantar oleh: Muhammad – Iraq
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Manusia adalah tajalli Al-Lahut (Penzahiran
Ketuhanan) Yang Maha Suci dalam alam penciptaan. Maka fitrah manusia
melayakkannya untuk menjadi Allah
dalam penciptaan, iaitu, Shurah Allah (imej Allah) atau wajah Allah atau
tangan Allah.
Dari Abi Shalt Harawiy, dari Imam Redha (as), dia
berkata:
((Rasulullah (S) menziarahi
ku dalam masa hidupku atau selepas kematian ku, maka telah menziarahi-lah Allah
Taala. Darjat Nabi (S) di dalam syurga adalah darjat-darjat tertinggi, sesiapa
yang telah menziarahi baginda di Syurga dari kedudukannya. Maka ia telah menziarahi
Allah TWT. Dia berkata: Aku berkata kepadanya: Wahai anak Rasulullah (S), apa
yang dimaksudkan dengan Khabar yang diriwayatkannya: Ganjaran لا
اله إلا الله - Tiada tuhan melainkan Allah - adalah
melihat wajah Allah Taala? Dan dia (as) berkata:
Wahai Aba Shalt, sesiapa yang menyifatkan Allah Taala dengan wajah-wajah ia
telah kafir, tetapi wajah Allah Taala adalah AnbiakNya dan Rasul-rasulNya dan Hujaj-hujajNya
(Shalawat Allah 3alaihim), mereka adalah orang-orang yang bertawajjuh (menghadap)
kepada Allah AWJ dan kepada agamaNya dan makrifahNya (mengenaliNya),
dan Allah berfirman:
﴿كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ @ وَيَبْقَى
وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ﴾
Semua yang ada di bumi itu
akan binasa. @ Dan yang tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan. [55],
dan Dia Allah AWJ berfirman:
﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ﴾
Tiap-tiap sesuatu pasti
binasa, kecuali WajahNya.)) [56] [57].
Dan manusia berusaha untuk mengenal dirinya itu melalui
setiap pergerakan untuk mengenal oleh suatu martabat Tuhan dan kemudian berakhlak
dengan akhlak Tuhan Yang Maha Suci dan menzahirkan dengan sifat-sifatNya
sehingga Al-Insan - yang ikhlas terpisah daripada Al-Ana (keakuan) - kepada
menjadi Allah dalam penciptaan, iaitu Shurah Al-Lahut dan wajah Al-Lahut (Imej Ketuhanan
dan Wajah Ketuhanan), dan pada peringkat dan maqam ini akan jadilah Manusia itu
mengenal dirinya, dan mengenal tentang dirinya adalah mengenal Tuhannya; kerana
dia adalah wajah Allah, dan Tuhan kenal dengan yang berwajah dengan wajahNya,
setiap orang pergi kepada Allah dengan ikhlas menjadi wajah Allah pada suatu
martabat, mengikut usaha dan keikhlasannya, iaitu ia menjadi wajah Allah, mengikut
kesesuaian dengan bawaan sifat-sifatnya seperti apa dan bagaimana samanya berbanding
sifat-sifat Allah dan seterusnya menjadi Wajah Allah dalam penciptaan bukan
pada martabat Keesaan (Wahidah-Tunggal),
Muhammad (S) wajah Allah,
Ali (as) wajah Allah,
Fatimah (as) wajah Allah,
Al-Hassan wajah Allah,
Al-Hussein wajah Allah,
para Imam (as) wajah Allah,
Mahdi-mahdi adalah wajah
Allah,
Nabi-nabi dan para rasul (as) adalah wajah Allah, dan
Nabi-nabi dan para rasul (as) adalah wajah Allah, dan
Salman Al-Farsi adalah wajah
Allah
tetapi mereka semua mengikut (martabat) masing-masing.
Wajah Tuhan yang hakiki dalam penciptaan adalah Muhammad (S) dan dengan itu
akan mengenal Tuhannya Yang Maha Suci adalah yang sempurna dalam penciptaan, kerana
dari ibarat mengenal dirinya, dan tidak ada satu pun dari Penciptaan yang lebih
mengenal dirinya - baginda (S), yang mencerminkan Shurah Al-Lahut (imej
ketuhanan) dengan Shurah yang sempurna dalam penciptaan dan dia adalah sempurna
dalam penciptaan.
Jika kita menganggap bahawa jiwa (diri) insan adalah cermin
yang menyimpan keupayaan untuk memantulkan Shurah Al-Lahut (imej ketuhanan).
Maka imej ketuhanan dalam cerminan ini akan menjadi lebih sempurna dan lebih
jelas sejauh mana mengarah ke cermin ini kepada Al-Lahut. Maka yang mengarahkan
dengan sepenuhnya cerminan akan memantulkan Shurah (imej) sepenuhnya Al-Lahut,
dan yang kurang mengarah ke cermin keseluruhan cermin, akan terbataslah Shurah Al-Lahut
yang dipantulkan dalam cermin kewujudannya mengikut kekurangannya.
Dan makrifah kepadaNya Al-Lahut dan kepada Tuhannya akan
mengikut sebanyak imej (Shurah) yang ditunjukkan dalam cerminan kewujudannya,
oleh itu sesiapa yang mengenal hakikat dirinya yang sama telah dikenalnya,
telah memberi jaminan (bukanlah masalah perkataan-perkataan atau makna makrifat)
akan mengenal Tuhannya sejauh mana ia mengenal dirinya.
Di sini diberikan satu contoh untuk anda untuk
menggambarkan peringkat-peringkat makrifat ini:
Katakanlah api sedang menyala dan membakar di hadapan
anda dan anda melihat dengan mata anda dan merasakan bahangnya terasa di muka
anda, tetapi anda tidak tahu kesannya pada anda sehinggalah anda menyentuh
dengan tangan anda, sebagai contoh, akan melecurkan tangan anda, ketika itu
anda akan tahu bahawa api yang membakar (melecurkan), tetapi pengetahuan anda (makrifah
anda) dengan hakikat api ini adalah melalui diri anda (tangan anda yang melecur
terbakar), Maka makrifah anda tentang kebakaran yang dihasilkan dari yang
dialami oleh tangan anda melalui pertamanya dengan makrifah awal tentang api
yang anda lihat dengan mata anda dan berasa panas, tetapi anda tidak kenal kesannya
untuk mengenal sesuatu pada hakikatnya, tetapi selepas menyentuhnya maka anda kenal
sesuatu pada hakikatnya, tetapi makrifah ini cerminan diri anda sendiri iaitu
mengenal melalui apa-apa yang diketahui berlaku pada tangan anda.
Sekarang untuk melengkapkan contoh dengan mengatakan: Bahawa
sejauh mana terbakarnya anda dari api dapat dikenal kesannya pada anda dan
mengenal hakikatnya melalui kesannya pada anda, sehingga apabila anda terbakar seluruhnya
dalam api dan anda menjadi api dan makrifah anda tentang api akan menjadi makrifah
anda sendiri, dan sekarang jika kita menganggap bahawa kebakaran (api) ini
adalah gambaran lengkap bagi api itu ia seolah-olah adalah api putih, sebagai
contoh, dan anda terbakar dan menjadi api, tetapi dalam bentuk (imej) yang lebih
rendah daripada api putih dan pindah kepada api merah akan menjadikan makrifah
anda pada api putih ini – yang merupakan makrifah diri anda sendiri - tanpa terbakar
dan menjadi api pada tingkat yang lebih tinggi dari anda (iaitu dalam darjat
antara merah dan putih).
Adapun jika permintaan anda mengenai kaedah amali (pendekatan
praktikal), maka Allah meletakkan cara-cara (minhaj) mengamalkan dan diturunkan
olehNya SWT dalam Al-Quran Al-Karim, dan sebagai contoh. Cubalah dan bacalah
Surah Al-Israa’ (ke 17) dan renungkanlah untuk mendapatkan minhaj (pendekatan -
cara-cara) ini yang telah dijelaskan Allah Subhanah (Yang Maha Suci).
Nabi Muhammad (S) baginda diutus bagi memantau dan menyempurnakan,
dengan sabda:
إنما بعثت لأتمم مكارم
الأخلاق
(Aku diutus untuk
menyempurnakan akhlak).
Jika anda mahu saya meringkaskanya untuk anda minhaj
(pendekatan - cara-cara) ini dalam satu kalimah, Saya katakan kepada anda:
(اقتل نفسك تعرف ربك)
(bunuhlah
diri kamu (nescaya) akan mengenal Tuhan mu),
Iblis telah binasa dengan berkata (Ana):
﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسْجُدَ إِذْ
أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَاْ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن
طِينٍ﴾
Allah berfirman:
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku
menyuruhmu?" Menjawab iblis "Aku (Ana) lebih baik daripadanya: Engkau
ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". [59]
Maka dia diberi amaran.
Ahmad Al-Hassan
Sya3ban Al-Khair 1430 H
__________________________
__________________________
[55] – Al-Rahman 55:26-27.
[56] – Al-Qashash 28:88.
[57] – 3uyun Akhbar Al-Redha (as): Jilid 2 halaman 106.
[58] – Al-Munajaat Al-Syu3baniyah.
[59]
– Al-A3raaf 7:12.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan