Soalan 153: Antara
bertawakkal dan sebab musabab
Terdapat kekeliruan
yang kita alami, sebahagiannya bertawakkal kepada Allah dalam satu cara, dan bekerja
(melakukan sesuatu) bersama sebab musabab; sebagai satu cara yang lain . Apa yang
akan dikatakan mengenainya?
Abdul Razak Hashim
- Basrah
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الحمد لله رب العالمين
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Tidak terdapat percanggahan
antara bertawakkal kepada Allah, dari segi sebab musabab dengan sebab-sebab perlakuan.
Bagi orang mukmin, mereka melihat Allah adalah penyebab segala alasan sebelum
dan sesudah penyebab itu; kerana sesungguhnya tiada kekuatan melainkan dangan Allah.
Ini adalah alam
(perihal) sebab musabab, adalah dusta sesiapa yang mengatakan saya bertawakkal
kepada Allah kemudian dia tidak beramal (melakukan sesuatu); kerana Allah
menyuruh kita bekerja, Dia berfirman:
﴿هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولاً فَامْشُوا فِي
مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ﴾
Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di
segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya
kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. [297].
Allah SWT berfirman
berjalanlah di segala penjurunya, iaitu berkerjalah (beramallah) dengan apa jua
alasan yang dengannya kamu mengurus dengan jayanya.
والحمد لله وحده
dan pujian kepada
Allah semata-mata.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan utusan
Imam Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
___________________
[297] – Al-Mulk 67:15.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan