Soalan 310: Kami turunkan
kepadamu Al Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu
Soalan 310:
السلام عليكم سيدنا الجليل
Al-Salamu 3alaikum Saiyidina Al-Jalil
Saya mendengar tuan lebih mengetahui dari
Al-Marji3iyah tentang Al-Quran. Saya mempunyai soalan tentang Al-Quran yang
tidak mendapat jawapannya dari Al-Marji3iyah sebelumnya. Saya inginkan jawapan
dari tuan; kerana lebih mengetahui dari mereka tentang Al-Quran.
Soalannya adalah: bahawa Allah Taala berfirman dalam
Al-Quran:
﴿وَنَزَّلْنَا
عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ﴾
Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab untuk menjelaskan
segala sesuatu. [37],
Ayat ini mengatakan bahawa Allah telah menurunkan
Al-Quran untuk menjelaskan segala sesuatu, dan saya tidak dapati segala-galanya
dalam Al-Quran, jika Al-Quran telah menjelaskan segala-galanya di manakah
bakteria dalam Al-Quran, atau di manakah kereta api dalam Al-Quran, atau di
manakah untuk mencari komponen kayu daripada Al-Quran dan Al-Quran, sesuatu
antara segala-galanya?
Saya minta tuan untuk menerangkan kepada saya
bagaimana Al-Quran menerangkan kepada daya segala sesuatu dari urusan agama dan
dunia, (Maaf terdapat banyak hadits-hadits yang tidak menyebutkan dan yang
menunjukkan kesempurnaan Al-Quran bagi semua hukum dan muamalat, dan sudah
tentu kita tidak menemuinya dalam Al-Quran yang boleh dirujuk penjelasannya).
Terima kasih tuan dan semoga Allah menjadikan kami
dari pengikut tuan.
Dihantar oleh: Hashim atas – Kuwait
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Dia SWT berfirman:
﴿وَيَوْمَ
نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيداً عَلَيْهِم مِّنْ أَنفُسِهِمْ وَجِئْنَا بِكَ
شَهِيداً عَلَى هَؤُلاء وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ
شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ﴾
(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada
tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan
kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan
kepadamu Al Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat
dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. [38].
Dia SWT berfirman:
﴿وَلَوْ
أَنَّ قُرْآناً سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الأَرْضُ أَوْ
كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى بَل لِّلّهِ الأَمْرُ جَمِيعاً أَفَلَمْ يَيْأَسِ
الَّذِينَ آمَنُواْ أَن لَّوْ يَشَاءُ اللّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعاً وَلاَ
يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُواْ تُصِيبُهُم بِمَا صَنَعُواْ قَارِعَةٌ أَوْ تَحُلُّ
قَرِيباً مِّن دَارِهِمْ حَتَّى يَأْتِيَ وَعْدُ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ
الْمِيعَادَ﴾
Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang
dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau
karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Quran
itulah dia). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah
orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki,
tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang
kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau
bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji
Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji. [39].
Sebelum melihat kepada Al-Quran dan menerangkan hal
bagaimana terjadibya semua perkara-perkara duniawi dan agama supaya memberi
perhatian kepada kenyataan bahawa seluruh undang-undang di bawahnya banyak
bahagian-bahagian atau sebahagian peraturan adalah kenyataan daripada
bahagian-bahagian atau sebahagian peraturan, dan seperti contoh kata-kata ini:
Jika saya katakan (semuanya bersih bagi anda sehingga
jelas kepada anda ia ternyata ada najis) Ini undang-undang syar3i am melibatkan
banyak peraturan di bawahnya, termasuk masalah air yang tidak diketahui dan
mengenai cara menyuci, sehingga masalah bekas yang tidak diketahui mengenainya
dan diletakkan di atas tanah yang bersih, sehingga masalah perkara yang tidak
diketahui kebersihannya di jalan laluan kenderaan atau bekas di halaman rumah,
dan ini semua boleh menjadi banyak pecahan-pecahan peraturan mengenai
undang-undang keseluruhannya.
Begitu juga dalam bidang ilmu jisim-jisim (fizik -
benda) yang dikenali jika dikatakan (bagi setiap perbuatan meninggalkan tindak
balas), undang-undang umum fizik (benda) ini terlalu banyak pecahan-pecahan
peraturannya, ia adalah dari tindak balas geseran zarrah dan bahagian-bahagiannya
kepada peraturan geseran, kepada peraturan pelepasan, kepada terlalu banyak
peraturan yang kesemuanya terletak di dalam peraturan umum ini iaitu (bagi
setiap perbuatan meninggalkan tindak balas).
Sekarang kita kembali kepada Al-Quran dan bagaimana
mengatakan Al-Quran menjelaskan segala sesuatu? Dan di mana Al-Quran menjelaskan
segala sesuatu itu?
Dan akan dibincangkan dalam dua arah (aspek)
sekurang-kurangnya kedua-dua aspek agama dan dunia, manakala aspek agama yang
dengannya Al-Quran telah memberikan keselamatan Akidah dan ia adalah Hakimiyah
Allah yang berhubung dengan KhalifahNya SWT, yang akan diuji penciptaannya di
muka bumi ini pada setiap zaman, dan agama melibatkan di bawah kesucian
Khalifah Allah pada setiap zaman, Maka keselamatan adalah dengan mengikutnya
dan melaksanakan sebagaimana yang diperintahkanNya
﴿وَإِذْ
قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi". [40],
Sebagaimana yang diterangkan Al-Quran cara-cara
beribadah keseluruhannya, seperti mendirikan solat diterangkan terdiri dari
membaca Al-Quran, rukuk dan sujud, berpuasa diterangkan sebagai meninggalkan
keinginan hawa nafsu di bulan Ramadan, dan semua ini diterangkan oleh Al-Quran
berkenaan dengan keseluruhan peraturan dan semuanya adalah ibadah yang
dikhaskan disebut dan diambil dari apa yang dikuatkuasakan oleh Khalifah Allah
di muka bumiNya.
Bagi yang dikhaskan pada dunia, Al-Quran menerangkan
contoh-contoh ketetapan umum (undang-undang umum) dan ia adalah alam jisim-jisim
(benda-benda dunia) keseluruhannya kembali kepada kekuasaan awal yang
dijadikannya dan tidak sentiasa kekal keteguhannya.
﴿وَهُوَ
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِالْحَقِّ وَيَوْمَ يَقُولُ كُن
فَيَكُونُ قَوْلُهُ الْحَقُّ وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّوَرِ
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ﴾
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan
benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu
terjadilah", dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala
ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha
Bijaksana lagi Maha Mengetahui. [41],
Dengan itu Al-Quran menerangkan bahawa Kebendaan
jisim-jisim kembali kepada kuasa atau tenaga sebagaimana mereka memanggilnya
kerana kebendaan hanya meningkatkan tenaga, dan perkara ini diterangkan kini,
selepas lebih daripada seribu tahun dari penerapan teori Einstein mengenai relatif
khas dan melalui ujikaji makmal dan menukar benda menjadi tenaga, dan juga
sebaliknya.
Undang-undang umum ini mengawal Alam Jasmani dan termaktub
di bawah peraturanNya.
Jadi segala sesuatu yang telah wujud diterangkan dalam
Al-Quran, sama ada diterangkan Alam Jasmani ini dan apa yang ada di dalamnya
atau agama. Ada pun apa yang masih merangkumi soalan kamu adalah dari contoh
jasmani (kebendaan) dan adalah termaktub seperti bahagian-bahagian yang merangkumi
kenyataan keseluruhan dan secara umum di dalam Al-Quran kepada Alam Jasmani
ini, maka kenyataan undang-undang keseluruhan, yang mengtadbir kewujudan dan
kekekalan kelangsungan binaannya, dan diharap tidak terjadi di sana percampuran
di antara disebut secara terperinci dengan kenyataan yang kita hadapi, maka
diingatkan urusan benda-benda jisim ini yang dinyatakan pada kamu secara khusus
tidak ada di dalam Al-Quran, kerana Al-Quran bukan kitab huraian dan catatan
bagi kewujudan dalam Alam Jasmani dan Malakut kerana terdapat kitab catatan
yang bukan Al-Quran, Allah Taala SWT berfirman:
﴿إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا
وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ﴾
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan
Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka
tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata
(Imamin Mubin). [42],
Seterusnya pada perbezaan di dalam ayat ini dari ayat
yang dihadapkan kepada kita
﴿وَنَزَّلْنَا
عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ﴾
Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab untuk menjelaskan
segala sesuatu.
Di sini terdapat perbezaan yang besar di antara catatan
segala sesuatu dengan kenyataan segala sesuatu. Pada kenyataan kewujudan dalam
Al-Quran merangkumi dalam satu kenyataan am bagi alam-alam penciptaan dan
hakikatnya, dan kurangnya kesedaran manusia terhadap kenyataan keseluruhan ini
adalah tidak sama, tetapi kekurangan mereka pada kesedaran, dan kekurangan ini
juga adalah disebabkan oleh dengan cara lain memiliki kefahaman pada keupayaan
fitrah mereka untuk menyedari kenyataan ini.
Pemahaman mengenai hakikat iman mereka dicemari dengan
syak dan keraguan yang menjadikan sekurang-kurangnya mereka menjauhi takdir
dari pengambilan dari sumber walaupun mendakwa beriman kepada sumber itu,
sebagai contoh, apabila mereka melaungkan Al-Quran sejak lebih seribu tahun,
dengan firman Allah SWT:
﴿وَمَا
هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ
لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ﴾
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau
dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau
mereka mengetahui. [43],
dan ketika dikatakan kepada mereka oleh nabi-nabi dan
aushiak, bahawa kamu hidup di dunia ini dalam ilusi (waham) dan hakikatnya
adalah kehidupan yang lain (satu lagi – akhirat) mereka mentertawakannya.
Ya, orang-orang yang ada di zaman mereka sentiasa
mentertawakan mereka dan bersifat angkuh terhadap mereka; mereka asalnya dengan
mendustakannya, dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka
mendustakan riwayat-riwayat mereka atas alasan yang tidak munasabah dan tidak
boleh diterima akal, sehinggalah manusia tidak menerima yang ghaib; kerana
mereka tidak beriman kepada yang ghaib, tetapi hanya beriman dengan benda-benda
ini sahaja, jadi kamu dapati mereka tidak membenarkan apa yang diberikan dan
disampaikan anbiak, aushiak dan Al-Quran dari laluan kediaman dunia (yang
rendah), dan kebendaan yang bersifat jasmani hanyalah sebuah ilusi (waham -
terkaan), dan akhirat adalah hakikat yang utuh, manakala apabila diberitahu tentang
makmal perintis, sebagai contoh, makmal Eropah bahawa kebendaan adalah ilusi
(waham) dan ianya tidak wujud dan yang wujud hanyalah satu kekuatan dan
kebendaan menjadi (lebih) kuat atau kukuh kembali pada asal kekuatan, satu
faham yang akan diterima dari perkhabaran ini dan dengan senang hati
membenarkannya, walaupun mereka tidak boleh memahami atau mengetahuinya, mereka
mempercayai ahli sains fizik dan dengan kata-kata mereka, misalnya, kerana
mereka telah menyentuh pembelaan dunia jasmani ini dengan perkataan mereka pada
masa lalu, manakala kata-kata para anbiak dan aushiak adalah yang tidak dapat
dilihat dan kadangkala lebih jauh dari alam jasmani ini, dan memerlukan manusia
mempercayai yang ghaib dan hakikat kekuatan ghaib untuk menyentuh kesannya,
iaitu, keyakinan di sini mendahului kesan, sementara mereka telah disentuh oleh
kesan secara jasmani, jisim-jisim kebendaan, dan kemudian mempercayainya, dan disebabkan
semua orang memberi tumpuan kepada alam (dunia) ini
Kita kerapkali melihat orang lain yang hasilnya sama
sahaja, iaitu mereka beriman kepada benda-benda jasmani dan tidak beriman
kepada yang ghaib, atau beriman dengan iman yang lemah mudah goyah, hasil
usahanya yang terdapat di dalam diri mereka atau keyakinannya juga melalui
kesan sentuhan jasmani yang ketara, iaitu beriman separuh atau suku, atau
sepersepuluh daripada iman, pasti dan selamanya, imannya tidak akan sempurna
kepada yang ghaib, dalam hal ini adalah kerana ia dicemari oleh kesan sentuhan
ketara sifat jasmani atau mukjizat atau karamah seperti apa yang mereka gelarkan.
Malangnya, ia menjadi pilihan kebanyakan manusia yang
tidak akan berubah, ia adalah Alam Jasmani ini dan apa yang ada di dalamnya,
sehinggakan jika mereka mahu memilih beriman kepada yang ghaib maka mereka akan
meletakkan dasar iman ini melalui Alam Jasmani ini dan mereka ditarik ke dalam
percanggahan besar, apabila mereka mencarinya akan menjadi beban untuk mengenal
kepada yang ghaib dan ia merupakan keajaipan jasmani. Malah mereka sering terbeban
dan terpaksa tidak menerima tafsiran atau ragu-ragu, mereka mahu menjadikan
yang ghaib menjadi jasmani semata-mata, lalu jadilah iman mereka pada yang
ghaib kosong di halaman seruan iman mereka. Bagaimanapun, mereka menganggap
tuntutan mereka itu adalah benar dan sah untuk beriman kepada yang ghaib.
Tidakkah kamu lihat betapa jelas perbezaannya apa yang mereka tuntut ini dengan
apa yang dikehendaki Allah daripada mereka, adakah ia beriman kepada yang
ghaib? Jika kita tahu bahawa Allah SWT hakikatNya adalah Yang Maha Ghaib dan jika
kita menguruskan hal itu untuk melihat mereka benar-benar menyembah berhala
seratus peratus, mereka telah mengabdikan diri mereka kepada berhala yang
paling besar atau Alam Jasmani ini.
Ya, terdapat pengecualian ia adalah beberapa contoh
kecil yang membantu yang ghaib dan hakikat mereka melihat kesan dalam diri
mereka dan dalam jangkaan, sehingga seolah-oleh mereka semua mendengar
kata-kata:
يَا لَيْتَ قَوْمِي
يَعْلَمُونَ
(Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui),
maka pada hakikatnya keupayaan yang mesti dikenal oleh manusia yang mengaku
beriman, pertamanya dengan menghadapi dirinya untuk mengenal hakikat bahawa dia
tidak memiliki iman yang tulen dan ikhlas, tetapi jika imannya - apabila dia
mempunyai bahagian iman kepada yang ghaib - dicemari dengan syak dan keraguan,
dan manakala ada syak yang terbit itu tidak boleh meningkatkan kesempatan dan
manfaat.
Ya, ini adalah hakikat yang melibatkan hati ramai
manusia yang mengaku beriman, dan tidak peduli jika mengakuinya atau
menafikannya secara umum, lalu mereka beriman kepada kewujudan makanan dan
minuman, dan dengan kewujudan Amerika, dan kewujudan bom nuklear, dan kewujudan
Alam Jasmani ini seribu kali lebih daripada keimanan mereka terhadap kewujudan
Allah SWT, ini adalah hakikat dan itu adalah penyakit dan ia tidak menghadapkan
diri mereka denganNya, dan jika tidak mengesan kewujudan dan untuk menyatakan
kebenaran diri mereka denganNya, maka tidak menemui ubat yang akan menyembuhkan
penyakit yang tidak boleh diubati selamanya.
Ahmad Al-Hassan
Zhu Al-Qa3edah 1430 H
✡✡✡✡✡
______________________________
[37] – Al-Nahl 16:89.
[38] – Al-Nahl16:89.
[39] – Al-Ra3d 13:31.
[40] – Al-Baqarah 2:30.
[41] – AL-An3aam 6:73.
[42] – Yaa Sin 36:12.
[43] – Al-3ankabut 29:64.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan