Rabu, 4 Mac 2015

06 03 2015

06 03 2015


KHUTBAH PERTAMA
                                                                                                 
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 
       
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Ketika Allah SWT melantik Adam (as) dijadikan seorang Khalifah di bumiNya para malaikat mempersoalkan keburukan manusia yang akan melakukan kerosakan di muka bumi. Adam sebagai Khalifah Allah memiliki ilmu dan hikmah, pengetahuan dan kebijaksaan dari Allah seperti
firmanNya SWT

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" [Al-Baqarah 2:31]

Apakah dia nama-nama yang Allah SWT ajarkan kepada Adam (as)?

Imam Ahmad Al Hassan dalam Kitab al-Mutasyabihat, jilid 1, Soalan 12:

Diajarkan kepada Adam (as) akan Nama-Nama Allah, bermaksud dia (Adam as) dikenalkan dengan sesuatu daripada hakikat Nama-Nama Allah itu, yang mana para Malaikat tidak mampu mengenalnya dan dia dikenalkan juga dengan hakikat Nama-Nama Allah pada makhluk. Oleh itu, Muhammad (S) dan Keluarga Muhammad (alaihimus-salam), para anbiya' dan para rasul (alaihimus-salam) adalah Nama-Nama Allah pada makhluk, atau tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah SWT.

Sebagaimana seluruh kewujudan atau makhluk itu adalah tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah, hattakan hamparan permaidani yang kita duduk di atasnya. Fitrah Adam atau manusia secara umumnya menjadikan dia layak untuk mengenal Nama-Nama Allah pada kedudukan yang lebih tinggi, lebih banyak dan tersangat jauh berbanding kedudukan para Malaikat. Ini adalah kelebihan Adam (as) ke atas para Malaikat, bahkan buat setiap insan jua yang berjalan kepada Allah menuju dan menghadap Allah dan sampai kepada makrifat Nama-Nama Allah SWT.

Ketundukan Malaikat dan kepatuhan mereka kepada Adam, serta menganggapnya sebagai kiblat dengan bersujud yang memungkinkan mereka mengetahui Nama-Nama Allah secara pasti adalah disebabkan kelebihan-kelebihan (fitrah) Adam yang tidak berubah, melainkan jika insan itu sendiri menanggalkannya (fitrah itu). firmanNya SWT

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ 

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Rum: 30)

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Apabila DIA SWT menciptakan Penciptaan. Ianya (penciptaan) menghadapi Nama-nama dan Sifat-sifat, dan ini adalah Kota Kesempurnaan Ilahiyah, atau Zat, atau Allah. Dan nama-nama ini bebas dari tajalli dan Kemunculan Hakikat bagi Penciptaan, ia bukan Hakikat, sebaliknya, ia adalah tabir (hijab) pada Hakikat. Kerana Hakikat adalah: Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung, dan nama ini hampir dengan Nama Yang Maha Agung (Al-Ism Al-A’dzam) seperti dekatnya mata hitam dan mata putih, seperti yang telah diriwayatkan dari Imam (as) di dalam Hadits.

Dan nama (Allah) ini, adalah nama yang menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, oleh itu bertawajjuh (menghadap) kepadaNya adalah tawajjuh kepada semua Sifat-sifat atau Nama-nama Kesempurnaan. Dan tawajjuh ini tidak bebas dari syirik dalam martabat tertentu; kerana, Tauhid yang penuh ikhlas adalah MENAFIKAN Nama-nama dan Sifat-sifat, seperti apa yang dikatakan oleh Amirul Mukminin (as):

(“...permulaan agama adalah mengenal-Nya (makrifatuh), dan kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan membuat pengakuan kepada-Nya, dan kesempurnaan pengakuan kepada-Nya adalah dengan mentauhidkanNya, dan kesempurnaan Tauhid kepada-Nya adalah dengan ikhlas kepada-Nya, dan kesempurnaan ikhlas kepada-Nya adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah berbeza dari yang disifatkan.") 

Jadi, nama (Allah) ini yang menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, dan yang dirujukkan kepada Zat, adalah hijab yang mesti (wajib) bagi hamba berusaha untuk mengangkatnya (membukanya), dengan menampilkan Sifat-sifat Kesempurnaan Ketuhanan (Ilahiyah), dan apabila dibukakan penutup pada hamba itu agar dia boleh mengenal hakikat (Kebenaran). Dan mengenal Kebenaran sepenuhnya adalah ketidak mampuan (ketidakupayaan) untuk mencapai makrifah. Pada ganti nama (kata ganti ketiga) yang tidak hadir (ghaib) yang menerangkan hakikat (Kebenaran) atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Dia - Huwa-هو), pada Huruf Haa' - هاء  mengisbatkan (mengiyakan) Kewujudan, dan huruf Wau – واو  adalah untuk menerangkan Zat-Nya, dan juga adalah hadir Saksi Yang Ghaib SWT.


.
اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،:  وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).

اعود بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّـهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤


KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Seorang wanita Kristian bernama Rita George telah mengirim soalan kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as). Soalannya berbunyi

Apakah sifat-sifat yang menjadikan anda layak untuk tugasan ini? Atau apakah sifat-sifat yang membezakan anda dengan Syiah yang lain, yang membuatkan Mahdi anda memilih anda sebagai wakilnya?

Imam Ahmad Al-Hassan (as). menjawab: 

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Apabila Allah berfirman kepada Musa (as): Jika kamu datang untuk bermunajat (berdoa), maka datanglah bersama dengan seseorang yang lebih rendah darjatnya untuk menemani kamu.

Jadi apabila Musa (as) melihat seseorang, beliau tidak berani untuk mengatakan dirinya lebih baik dari orang tersebut, lalu beliau mula mempertimbangkan jenis yang lebih rendah dan apabila beliau melihat seekor anjing liar, beliau  memutuskan untuk membawa anjing itu menemani beliau. Lalu beliau melilitkan tali di leher anjing tersebut, namun di pertengahan jalan, Musa melihat kepada anjing tersebut dan berkata: Aku tidak tahu dalam bahasa apa kamu memuji Allah, jadi bagaimana aku lebih baik dari kamu? Maka Musa (as) melepaskan anjing tersebut dan pergi bermunajat.

Allah berfirman: Wahai Musa, apa yang telah Aku perintahkan pada mu? Maka Musa menjawab: Ya Allah, aku tidak menjumpai sesiapapun (yang lebih rendah darjatnya).  Lalu Allah berfirman: Wahai anak Imran, jika kamu tidak melepaskan anjing tersebut, maka akan Ku padamkan nama mu dari senarai kenabian.”

Akhirnya Imam Ahmad Al-Hassan (as) mengatakan.

Dan saya, hamba yang hina, tidak terlintas di hati kecil saya bahawa saya lebih baik dari anjing liar itu, dan saya melihat diri saya mempunya dosa yang besar, di tangan Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


 اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                                           
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.


اعود بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ 
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا﴿٣






Tiada ulasan: