Soalan 232: Keakuan (al-Ananiah) dan kehinaan (malu)
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وآله الطيبين الطاهرين الأئمة والمهديين
وسلم تسليماً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad yang baik dan
disucikan, para Imam dan Mahdi-mahdi dan
limpahan salam pengiktirafan.
Salam atas tuan, Saidi dan Maulai, Wahai Utusan Imam Mahdi (as) kepada
kamu, wahai Nabi Allah, Salam atas kamu wahai yang memberi kepada manusia lain
kelebihannya, Salam atas kamu wahai yang membuat dirinya di hina di bumi
kerana pembinaannya, Salam atas kamu wahai yang menjadi penebus Isa, Salam atas
kamu wahai anak Nabi Al-Mustafa, anak Ali Al-Murtada dan anak Fatimah Al-Zahraa’,
aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dari dosa dan kesalahan
yang besar yang menghitamkan wajahku di sisimu wahai tuan pemilik kedudukan,
dan dari dosa yang sangat besar yang melemahkan hak tuan, maka ampunilah aku.
Saidi, Ya Yusuf Aali Muhammad, Allah menunjukkan kepada saya rukya dan tuan
bercakap dengan saya Ya Maulai dan memberitahu saya sesuatu apakah maksudnya:
daripada kami kepada tuan dan betapa senangnya kami melihat tuan, seperti
rukyanya orang-orang mukmin, singkirkanlah saya dari Ananiah.
Saidi dan Maulai, saya tahu bahawa tidak ada di muka bumi ini pesuruh
yang berani atas tuannya, kerana saya terlalu banyak dosa dan saya tidak layak
untuk bercakap dengan tuan, tetapi saya sentiasa berharap agar Allah mengampuni
saya, dan saya menyeruNya melimpahkan ketenangan di hati saya, dan yang
membuatkan saya ikhlas menjadi pengikut dan khadam-khadam tuan yang taat.
Saidi, saya ingin tahu bagaimanakah saya boleh menyingkirkan dari sifat
Ananiah (keakuan)?
Saya bertawassul kepada tuan, Maulai, menjadi umat yang paling mulia
dan menahan diri daripada tidak berwaliykan Dia Yang Sempurna. Maulai,Ya Maulai,
tuan adalah Maula dan saya seorang hamba, tidak berbelas kasihan pada hamba
melainkan maulanya, dan segala puji bagi Allah sahaja, semata-mata dan
keesaanNya
Dihantar oleh: YA MAHDI
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah
atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan
salam pengiktirafan.
Manusia boleh menyingkirkan Al-Ana (Aku) apabila mereka tidak melihat
dirinya dan tidak melihat selain Tuhannya yang mendahului segala suatu, pada
segala suatu dan melepasi segala suatu. Dan sentiasa berwaspada kepada syaitan
dan kejahatan yang mempengaruhi dalaman kita, supaya kita melakukan dengan
segala daya upaya kita untuk membunuhnya kerana yang menjadi musuh kita adalah
diri kita yang ada di sisi kita [46]. Diri jenis ini yang berdiri
dengan keangkuhan dan malu untuk memperakui bahawa kewujudannya di hadapan
kewujudan Allah SWT, mungkin pergerakan manusia ke arah ini dengan mengawasi dan
menentang musuhnya tetapi musuh ketatnya adalah dirinya sendiri untuk sampai kepada
Allah dari makrifah yang dikehendaki Allah pada manusia.
Tetapi jika anda mahukan kebenaran seluruhnya, maka kebenarannya, aku katakan
kepadamu bahawa kita perlu malu dengan apa yang kita ada, apa yang kita mahu
lagi?? Kita mahukan akhirat, kita mahukan syurga, kita mahukan kekal dan kekal abadi
dan kesempurnaan dan ...dan ...... .., tetapi siapakah dari kalangan kita yang
malu dengan Kemuliaan Allah, dan apabila melihat kepada kewujudannya tidak mahu
dan tidak redha menjadikan kewujudannya itu di hadapan Allah SWT, maka janganlah
memilih untuk tinggal dan kekal abadi begitu juga di akhirat dan syurga, tetapi
carilah (mintalah) tenggelamya malu (fana') dari Allah??
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
_________________
[46] - petikan (as) dengan kata-kata datuknya Rasulullah (as): (Yang
menjadi musuh kamu adalah diri kamu yang ada di sisi kamu) 3awali Al-Litsaliy: Jilid
4, halaman 118, Bihar Al-Anwar: Jilid 67, halaman 36..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan