Soalan 228: Nasihatilah Saya
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Selawat dan salam atas
Saidina Muhammad dan keluarga yang disucikan, para Imam dan Mahdi-mahdi dan
limpahan salam pengiktirafan
Dan lagi ...
seluruh cahaya Allah di muka bumiNya, kepada keturunan ‘Itrah yang sholeh.
Saidi wa Maulai, semoga
ibu dan bapa ku menjadi tebusan tuan, saya berharap bahawa Yang Maha Tinggi
lagi Maha Kuasa tidak memberatkan tuan membaca dan memberi maklum balas kepada
surat ini, tuan lebih utama dari diri saya sendiri, dan saya tidak punyai
sesuatu melainkan kerendahan dan penyerahan atas urusan (perintah) tuan. Saya
inginkan dari tuan, Saidi, supaya menasihati saya, ibu dan saudara-saudara saya
dalam iman yang tingga dengan saya, tuan lebih berpengetahuan daripada kami mengenai
keadaan kami dan tuan lebih tahu apa yang lebih baik bagi kami dalam urusan
kami.
Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad,
para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu
rahmat Allah serta keberkatanNya
.
Dihantar oleh: Yusuf
bin Mohammad, Maghribi
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Anda berkata anda
tinggal dengan ibu bapa anda dan ini adalah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah
kepada anda. Maka saya nasihatkan berbuat baiklah kepada ibu bapa anda dan senangkan
hati mereka dalam redha Allah Yang Maha Suci, dan saya memberi nasihat dan
mencadangkan dengan kata-kata saya supaya berjuang melawan diri dari dijangkiti
musuh-musuh manusia, berjuang melawan diri sendiri dan menolong Tuhan mu, dan menjadikan
ia jihad anda dalam kerja-kerja (amalan) yang diredhai Tuhan mu Yang Maha Suci.
Ia tidak akan memudharatkan dan memberi manfaat kepada anda dengan kebencian dan
keredhaan penciptaan (makhluk) penduduk bumi walaupun mereka berkumpul melainkan
iradahNya Yang Maha Suci.
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan