Ahad, 15 Mac 2015

Soalan 309: Pertanyaan besar dari Seorang Muslim




Soalan 309: Pertanyaan dari Seorang Muslim

Wahai Imam al-Fadil:
      
S 1: Apa pendapat tuan mengenai para sahabat?
S 2: Bolehkah seseorang itu menjadikan kuburan sesuatu yang diberkati dan berjalan di atas bara api, dan Ali pengurus (mengenai) hisab hari kiamat?
S 3: Mengapa tuan menentang Syiah seperti Sistani dan sebahagian ulama Syiah yang mana tuan sebahagian dari mereka, Saya demi Allah, Wahai Imam beriman kepada tuan, tetapi mengapa tuan tidak zahir dan menyeru (dakwah) manusia kepada kebenaran, dan mengapa tuan, wahai Imam tidak menunjukkan sebahagian dari mukjizat dan Saya demi Allah yang pertama membenarkan tuan, tetapi wahai Imam beberapa orang Syiah melaknat dan menghina para sahabat dan Umm Al-Mukminin Aisyah isteri Al-Rasul (Shala Allah 3aliahi Wa 3ala Aalihi Wa Shahbihi Ajma3in.) Maka adakah tuan, Wahai Imam dan dari orang-orang yang melaknat para sahabat? Wahai Imam Al-Fadhil, Saya minta maaf jika tuan dibebankan dengan soalan, tetapi saya berharap tuan menjawab soalan saya secepat mungkin.

Dihantar oleh: Abdullah - Arab Saudi

Jawapan:
      
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

J/S 1: Insya Allah, yang kamu maksudkan dengan soalan kamu adalah mereka yang beriman dengan Al-Rasul Muhammad (S), membantunya dan membantu agama Allah dengan segala apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, sehingga mereka disudahi dengan kesudahan yang baik dan meninggal dunia atas mandat (wilayah) Wali Allah serta Hujah Allah dan Khalifah Allah pada zaman mereka. Tidak diragu-ragukan lagi bahawa mereka adalah orang-orang yang terbaik di zaman mereka. Tetapi jika kamu maksudkan semua yang beriman dengan Al-Rasul Muhammad (S) dalam tempoh masa tersebut, maka ketahuilah bahawa ada di kalangan orang-orang yang beriman kepada Al-Rasul Muhammad (S) yang murtad pada masa hidup baginda dan sebahagian mereka pula murtad selepas kewafatannya. Sebahagian mereka menzahirkan kemurtadan mereka dan sebahagian mereka pula menyembunyikan ketidak imanan mereka. Di dalam Al-Quran menjelaskan tingkah laku orang-orang munafik, begitu juga di dalam kitab-kitab sirah di sisi Sunni dan Syiah yang menyebut golongan yang murtad.

Semoga Allah mengurniakan taufik ke atas kamu, ketahuilah bahawa dunia ini keseluruhannya adalah kejahilan melainkan tempat ilmu. Ilmu itu keseluruhannya adalah hujah melainkan apa yang diamalkannya. Amalan itu keseluruhannya adalah menunjuk-nunjuk (riya') melainkan apa yang dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas itu dalam keadaan yang amat getir sehinggalah seseorang itu melihat apakah kesudahan baginya.

Dituntut ke atas kamu, sekiranya kamu ingin mengenal kebenaran supaya mematuhi undang-undang Allah, yang diasaskanNya sejak hari pertama dicipta Adam (as) sebagai Khalifah Allah di muka bumiNya:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" [33]

Oleh itu, berimanlah dengan Khalifah-Khalifah Allah dan bantulah mereka dengan segala apa yang dikurniakan oleh Tuhan kamu. Adapun selain mereka (Khalifah-Khalifah Allah) ini, maka kamu tidak dipertanggungjawabkan untuk beriman dengan mereka, samada mereka sahabat Rasulullah Muhammad (S) ataupun selain mereka. Allah tidak akan bertanya kepada kamu melainkan keimanan kepada Khalifah-KhalifahNta di muka bumiNya. Sekiranya kesudahan kamu dengan baik dan beriman dengan Khalifah-Khalifah Allah di muka bumiNya pada zaman kamu, maka kamu telah terselamat. Jika tidak maka nerakalah balasannya, semoga Allah melindungi kamu daripadanya.

Undang-undang keimanan ini adalah sepertimana yang telah di
turunkan Allah Taala, adakah kamu dapati padanya beriman kepada para sahabat rasul-rasul iaitu Khalifah Allah di muka bumiNya, firman Allah Taala:

﴿آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ﴾

Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. [Mereka mengatakan]: "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun dari rasul rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami ta’at. Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali". [34]

Diwajibkan ke atas kamu untuk beriman kepada penutup segala rasul daripada Allah iaitu Muhammad. Para Imam adalah Khalifah-Khalifah Allah di muka bumiNYA, yang mana mereka adalah utusan Muhammad (sawas) kepada umat manusia. Mereka adalah 12 Imam dan 12 Mahdi sepertimana dalam wasiat Nabi kamu Muhammad (S) yang dipindahkan (diriwayat) oleh Syeikh Al-Thusi (ramahu Allah), dan tiada seorang pun memindahkan wasiat yang serupa di malam kewafatan baginda melainkan dia. Sedangkan Al-Quran mewajibkan wasiat di saat kedatangan maut:

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْراً الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقّاً عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. [35]

Oleh itu, kamu tidak dapat melarikan diri daripada menerima wasiat tunggal ini dan barangsiapa yang menolaknya samada Sunni atau Syiah, maka dia menuduh Nabi Muhammad (S) bertentangan dengan Al-Quran. Dijauhkan baginda daripada bertentangan dengan kata-kata Allah SWT.


Dan ucapan dalam Wasiat sangat panjang, tetapi tanya sajalah diri lamu dan tanyalah dengan segala keadilan dan kesaksamaan soalan yang sama yang tidak dapat dielakkan selepas mengetahui apa yang diriwayatkan di dalam kitab orang-orang Islam bahawa Rasulullah Muhammad (S) ketika sakit yang membawa kewafatan baginda meminta pena dan kertas untuk menuliskan sebuah tulisan yang disifatkan oleh Rasulullah Muhammad (S) melindungi umat yang berpegang teguh dengannya dari kesesatan sehingga hari kiamat, Maka dihalang oleh Omar dan sekumpulan yang bersamanya dari ditulis tulisan (wasiat) ini di dalam Hadits Bencana Hari Khamis yang terkenal itu (Rujuk Hadits Bencana Hari Khamis oleh Bukhari, sebagai contoh), Jadi soalannya adalah: Adakah diterima seseorang yang menuduh Rasulullah, Muhammad (S); bahawa baginda lalai (cuai) dalam penulisan tulisan yang penting ini untuk melindungi umat dari kesesatan selepas baginda. Bahawa ada pada baginda kesempatan untuk hari-hari sebelum kewafatan baginda pada hari Isnin untuk menuliskannya?

Kemudian jika kita tahu bahawa tulisan ini wajib ditulis oleh baginda dan pengabaiannya tidak dibenarkan; kerana Wasiat yang diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya untuk menuliskannya, dengan dirmanNya SWT:

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْراً الْوَصِيَّةُ﴾

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat

Adakah boleh untuk mengatakan bahawa Nabi meninggalkan penulisan tulisan atau wasiat ini yang diperintahkan Allah menulisnya kerana dibantah Umar dan sekumpulan yang bersama dengannya? Sehinggkan Nabi menderita kerana bantahan mereka dan mengusir merreka dari Majlis sebagaimana yang dinyatakan di dalam Hadits-hadits Bencana (Bencana Hari Khamis), saya berharap kamu dapat berlaku adil dan berbelas kasihan terhadap diri kamu dalam menjawab soalan ini untuk kita semua untuk menolak semua yang lain dan menerima Wasiat Rasulullah, Muhammad (S).


J/S 2: Adapun masalah mengambil berkat pada kuburan dengan anggapan tempat bersemadinya jasad Auliak Allah yang dengan demikian ia adalah tetingkap ruh-ruh suci mereka di alam dunia ini telah diperakui dan disarankan dalam Al-Quran, firman Allah Taala:

﴿وَكَذَلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا إِذْ يَتَنَازَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِم بُنْيَاناً رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِم مَّسْجِداً﴾

Dan demikian Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahawa janji Allah itu benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: "Dirikan sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka". Orang-orang yang berkuasa (menang) atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah masjid atas mereka".[36],

jika ia adalah kata-kata batil dari keinginan membina sebuah masjid di kuburan Penghuni Gua (Ashhab Al-Kahf) tentulah Allah telah menafikannya dan menerangkan kebatilannya. Maka mengabaikan perkara ini akan mendorong perkara yang batil dan dilarang daripada-Nya SWT untuk menarik dan menyesatkan hamba-hamba-Nya dengan perkara yang batil.

Maka diterangkan (ditegaskan) dengan kalimat:

﴿الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِم مَّسْجِداً﴾

Orang-orang yang berkuasa (menang) atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah masjid atas mereka"

Ia adalah kebenaran dari Allah, dan jika mengambil berkat pada kuburan dari agama Allah dan tidak dianggap oleh mana-mana hadits atau riwayat bertentangan dengan teks Al-Qur'an yang muhkam secara terang-terang bagi setiap hati yang bersih dan pemahaman yang lurus.


J/S 3: Adapun bagi sebab kutuk-mengutuk bukanlah sebahagian daripada akhlak kami dan saya bermohon kepada Allah untuk memberkati saya dan menjadikan saya orang yang memaafkan bagi mereka yang bermasalah, dan saya berlindung dengan Allah dari menjadikan saya seorang yang sombong lagi celaka. Bahawa telah ditegah orang yang beriman, lelaki dan wanita berakhlak buruk yang bermasalah kepada mereka.

Yang pertama bagi Islam, apa yang telah dibawa oleh Muhammad (S)
Yang kedua dengan menganggap mereka yang mempunyai prasangka-prasangka dengan baginda (S), dan meminta mereka mesti mempunyai akhlak Al-Quran, dan diketahui ramai di antara mereka telah beberapa kali diminta kepada mereka untuk membaca beberapa surah yang menerangkan Akhlak Ilahiyah dan beramal dengannya, maka cemuhan dan penghinaan, penyalahgunaan lisan dan perkataan bertikam lidah dan pendedahan kepada gejala manusia dan semua akhlak yang tidak diredhai Allah adalah yang terkutuk dan ditolak secara mutlak, yang menyeleweng dari kami, yang kami tidak menerimanya dan kami tidak menerima mereka yang berpura-pura berkelakuan seperti salah seorang daripada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya


      
Ahmad Al-Hassan

Zhu Al-Qa3edah 1430 H



✡✡✡✡✡
   
______________________________
[33] - Al-Baqarah 2:30.
[34] – Al-Baqarah 2:285.
[35] – Al-Baqarah 2:180.
[36] – Al-Kahf 18:21.




Tiada ulasan: