Soalan 312: Sistem Kewangan dan Ekonomi Negara Al-Mahdi
السلام عليكم، كل عام وأنتم بخير.
Al-Salamu
3alaiku, Semoga tuan selamat di sepanjang tahun.
Apakah wang yang digunakan di Negara Imam Mahdi (as) adakah
emas dan perak atau wang kertas seperti wujud di dunia sekarang?
Dihantar
oleh: Jafar - Arab Saudi
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Untuk soalan anda tentang alat pertukaran untuk urusan
nilai pengeluaran barangan dan perkhidmatan di Negara Al-Mahdi adalah - Allah
merahmati kamu - tidak hanya pada emas, perak dan beberapa jenis logam yang
tinggi nilainya dan sebagai alat pertukaran nilai yang lain, bahkan mungkin pertukaran
nilai saham (sekuriti) dan bon-bon kerajaan dan wang elektronik dan lain-lain cara
yang boleh diguna pakai untuk menyatakan pertukaran nilai barangan dan
perkhidmatan (pertukaran nilai pengeluaran dan nilai upah kerja), sehinggakan
emas, perak dan logam berharga jika telah digunakan untuk menyatakan nilai
keperluan pengeluaran untuk pertukaran nilai tertentu untuk pengeluaran barangan
dan perkhidmatan, Negara Al-Mahdi yang akan mengunjurkan apa yang dikehendaki Allah
SWT yang akan melampaui nilai pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam berbagai
cara yang tidak akan hanya tertakluk (terhenti) pada emas, perak dan sekuriti
yang diterima umum hari ini. Ya, perjalanan negara yang barkah ini menentukan
syarat-syarat pada tempoh-tempoh tertentu yang boleh mendorong mereka untuk
mengendalikan medium tertentu, tetapi ini tidak bermakna terhenti pada medium
yang mengendalikan nilai pengeluaran barangan dan perkhidmatan, dan apa yang
perlu kita tahu adalah keadilan manusia yang menyeluruh, yang akan disebarkan
di Negara Al-Mahdi adalah amalan utama dalam penyebaran Keadilan dan kesaksamaan,
dan dengan itu mencegah kemiskinan keperluan barangan dan perkhidmatan.
Di dalam
Negara Al-Mahdi manusia akan bersifat adil, walaupun sekadar apa yang ada pada
Tuhannya apabila dia bertawajjuh kepadaNya dengan keikhlasan beribadah dan bersyukur.
Manusia akan bersifat adil dengan masyarakat sekeliling apabila dia mengasihi
orang lain seperti dia mengasihi dirinya sendiri, iaitu dengan akhlak Ilahiyah yang
akan disebarkan Al-Mahdi yang dengannya akan menghasilkan masyarakat manusia yang
akan membawa kepada penafian kemiskinan kebendaan selepas menyempurnakan penghapusan
kemiskinan rohani, dan ini akan terlaksana di peringkat individu (peribadi) dan
masyarakat. Peribadi yang kaya rohaninya semestinya akan bersifat kaya kebendaan
dengan berpada (qanaah) yang merupakan harta yang tidak binasa, dan masyarakat
yang kaya rohani sudah semestinya akan menangkis kemiskinan kebendaan pada ahli-ahlinya
yang saling bergantung dari segi sosial dan ekonomi (ijtima3iy dan Iqtishadiy).
Ahmad
Al-Hassan
Zhu
Al-Qa3edah 1430 H
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan