Soalan
311: Rahsia Tujuh
Mengapa
Tawaf, Sa’ei dan melontar Jamrah tujuh kali, hari-hari dalam seminggu ada
tujuh, dan langit serta bumi ada tujuh lapis, dan kehidupan kanak-kanak tujuh, anggota
sujud ada tujuh, bintang-bintang petunjuk ada tujuh kepentingan, tujuh ayat
berulang dan tujuh perjanjian Sulaimani.... dan mereka memberitahu saya
mengenai sesuatu dengan tujuh perkara, Saya harapkan jawapan dari Ahmad
Al-Hassan sepenuhnya dan, Insya-Allah, apabila dijawab oleh saya akan menjadi
ansas Ahmad Al-Hassan dengan dalil yang muktamad, terima kasih.
Dihantar
oleh: Alnorin - Arab Saudi
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Tujuh
langit, semuanya hendaklah dirujuk kepada langit-langit, Tawaf dan Sa’ei adalah
untuk beristighfar (mohon ampun) dan bertaubat dari dosa ingkar dan lalai dari mengingati
Perjanjian dan Persetiaan (3ahd wa Al-Mitsaq), dipadankan dengan Tawaf semua tujuh
langit dari ke tujuh-tujuh lapis langit-langit.
Manusia
wujud (tinggal) di Langit Dunia tubuhnya ada di Alam Jasmani atau langit Jasmani
ini dan ia mempunyai roh dan ia adalah pada bahagian terendah Langit Pertama. Roh
manusia mengendali (urus) tubuhnya, dan manusia itu wujud di Langit Dunia, dan dia
perlu berusaha meningkat (martabatnya) sehingga Langit Ketujuh menyempurnakan akalnya dan mengenal
Tuhannya, Allah SWT berfirman:
﴿هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ
مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ
لِتَكُونُوا شُيُوخاً وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّى مِن قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلاً
مُّسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ﴾
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari
setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu
sebagai seorang anak, kemudian (kamu hidup) supaya kamu sampai kepada masa
(dewasa), kemudian sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. supaya
kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [44],
Iaitu supaya kamu boleh naik ke Langit
Ketujuh Keseluruhan (Al-Samaa’ Al-Sabi3ah Al-Kulliyah); Langit Akal (Samaa’
Al-3aql).
Allah
SWT berfirman:
﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [45]
iaitu
supaya mereka mengenal-Ku, fitrah manusia layak untuk sampai ke Langit Ketujuh Keseluruhan
dan dengan itu maka Tawaf
dan Sa’ei adalah untuk mengumumkan (mengisytiharkan) taubat dan istighfar (mohon
ampun) serta kesanggupan untuk berlari (bersa’ei) ke jalan Allah dan kepada
jalan yang lurus untuk sampai ke Langit Ketujuh Keseluruhan, langit akal .. .
Anda boleh membaca dengan lebih terperinci dalam Kitab
Al-Mutasyabihaat.
Ahmad
Al-Hassan
Zhu
Al-Qa3edah 1430 H
✡✡✡✡✡
______________________________
[44] – Ghafir 40:67.
[45] – Al-Zhaariyat
51:56.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan