Jumaat, 13 Mac 2015

Soalan 306: Hakikat harapan Rasulullah (S) adalah Kehendak Allah SWT




Soalan 306: Hakikat harapan Rasulullah (S) adalah Kehendak Allah SWT

Apakah tafsiran ayat yang berkat ini;

﴿أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِباً فَإِن يَشَأِ اللَّهُ يَخْتِمْ عَلَى قَلْبِكَ وَيَمْحُ اللَّهُ الْبَاطِلَ وَيُحِقُّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ﴾

Bahkan mereka mengatakan: "Dia (Muhammad) telah mengada-adakan dusta terhadap Allah". Maka jika Allah menghendaki niscaya Dia mengunci mati hatimu; dan Allah menghapuskan yang batil dan membenarkan yang hak dengan kalimat-kalimat-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. [17].

Penghantar: Abu Ali - Qum Al-Muqaddasah

Jawapan:

Ayat ini mempunyai kaitan dengan ayat sebelumnya. Dia SWT berfirman:


﴿ذَلِكَ الَّذِي يُبَشِّرُ اللَّهُ عِبَادَهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَنْ يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْناً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ* أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِباً فَإِنْ يَشَأِ اللَّهُ يَخْتِمْ عَلَى قَلْبِكَ وَيَمْحُ اللَّهُ الْبَاطِلَ وَيُحِقُّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ﴾

Itulah (kurnia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada keluarga". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. * Bahkan mereka mengatakan: "Dia (Muhammad) telah mengada-adakan dusta terhadap Allah". Maka jika Allah menghendaki niscaya Dia mengunci mati hatimu; dan Allah menghapuskan yang batil dan membenarkan yang hak dengan kalimat-kalimat-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. [18])

Maka firmanNya SWT:

﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَنْ يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْناً﴾
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada keluarga". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu.
Maksudnya Aali Muhammad (as), Wilayah mereka sangat baik, dan ditingkatkan dari Wilayah terdahulu, maka sesiapa yang berwaliykan Hujah Allah pada zaman Aali Muhammad (as) akan diberikan kepadanya ganjaran amal bersama dengan Pemilik Wilayah para nabi dan aushiak yang diutus (as), demikian juga sesiapa yang mendustakan Hujah Allah pada zamannya akan ditulis dari golongan yang mendustakan para hujaj terdahulu.

Dia SWT berfirman:

﴿وَقَوْمَ نُوحٍ لَمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ أَغْرَقْنَاهُمْ وَجَعَلْنَاهُمْ لِلنَّاسِ آيَةً وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَاباً أَلِيماً﴾

Dan kaum Nuh tatkala mereka mendustakan rasul-rasul. Kami tenggelamkan mereka dan kami jadikan (cerita) mereka itu pelajaran bagi manusia. Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang zalim azab yang pedih; [19],

Dengan mereka mendustakan Nuh, pada pihak yang lain Allah telah memberi iktibar kepada mereka yang mendustakan setiap Rasul (as), dan orang-orang munafik telah menuduh Rasulullah (S) ingin memonopoli (membolot) kedudukan Imamah (kerana orang-orang munafik hanya menyetujui peraturan duniawi) diperuntukkan kepada Ahl Al-Bait baginda dan dengan itu mereka memfitnah Rasulullah (S) dalam majlis-majlis mereka dan mereka menuduh baginda (shalawat Allah 3alaih) bahawa bagindalah yang mahukan Ahl Al-Bait baginda dan memalsukan dan berdusta terhadap Allah ayat-ayat ini adalah hak mereka, atau bahawa baginda mengkhususnya pada Ali dan Fatimah dan anak-anak mereka para ma'sum (ma3shumin) dari sisi baginda (S), seperti firmanNya SWT:

﴿إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً﴾

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [20],

Itulah perkara yang dijangka oleh orang-orang munafik apabila mereka melihat Rasulullah (S) berdiri setiap hari di hadapan pintu rumah Ali dan Fatimah (as) dengan membaca Ayat ini, dan apabila mereka mendengar Rasulullah (S) bersabda: (Bahawa kedudukan Ali di sisiku seperti Harun di sisi Musa).

Ini adalah kata-kata suci dari Al-Quran Al-Karim sebagai menolak kepada gerakan orang-orang munafik dan kata-kata dusta mereka, ayat-ayat ini yang mempertahankan redha (kesenangan) Nabi, kesyukuran Nabi dan cinta kasih Nabi (S) dengan mengasihi Ahl Al-Bait baginda (as),
﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى﴾.
Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada keluarga".

Kemudian menerangkan hal orang-orang munafik, mereka tidak beriman pada mulanya bahawa Muhammad itu rasul dari Allah SWT, bagaimana pada zahirnya mendakwa beriman dengan Muhammad (S) dan kemudian menuduh baginda berdusta terhadap Allah SWT dengan sesuatu yang tidak diredhaiNya, sedangkan mereka menyangka bahawa Allah SWT tidak mampu membuktikan kebenaran dan membenarkan yang batil, dan menuduh Allah SWT Yang Mengetahui isi hati secara jahil (Maha Tinggi Allah ketinggianNya Maha Besar) dalam apa-apa yang diutusNya kepada mereka,
﴿أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِباً فَإِنْ يَشَأِ اللَّهُ يَخْتِمْ عَلَى قَلْبِكَ وَيَمْحُ اللَّهُ الْبَاطِلَ وَيُحِقُّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ﴾
Bahkan mereka mengatakan: "Dia (Muhammad) telah mengada-adakan dusta terhadap Allah". Maka jika Allah menghendaki niscaya Dia mengunci mati hatimu; dan Allah menghapuskan yang batil dan membenarkan yang hak dengan kalimat-kalimat-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati)

﴿إِنْ يَشَأِ اللَّهُ يَخْتِمْ عَلَى قَلْبِكَ﴾
jika Allah menghendaki niscaya Dia mengunci mati hatimu:
mengunci mati hati ada dua jenis, jenis sekatan penerimaan seperti firmanNya SWT:

﴿خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ﴾

Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. [21].

Dan jenis sekatan yang menghasilkan satu tujuan tertentu atau semua arah (aspek), yang bermaksud:
﴿فَإِنْ يَشَأِ اللَّهُ يَخْتِمْ عَلَى قَلْبِكَ﴾
Maka jika Allah menghendaki niscaya Dia mengunci mati hatimu:
Di sini, bertujuan menghalangnya daripada menghasilkan tujuan tertentu, mereka adalah orang-orang yang mengerumuninya, dan dari mereka yang mengikut untuk menolak Ahl Al-Bait baginda (as) dan menolak kedudukan (maqam) dan perwakilan mereka bahawa mereka dilantik oleh Allah, Ini dicapai dengan menggerakkan baginda (S) kepada AL-Mala’ Al-A3la sebagai penebus rohaninya.
﴿وَيَمْحُ اللَّهُ الْبَاطِلَ وَيُحِقُّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ﴾
dan Allah menghapuskan yang batil dan membenarkan yang hak dengan kalimat-kalimat-Nya:
iaitu Aali Muhammad (as) mereka adalah kalimat-kalimat Allah, penhapus kebatilan dan membenarkan yang hak walaupun perancangan, tipu daya dan penarikan kamu terhadap perlantikan Ilahii pada mereka, Samada kamu suka atau tidak suka, wahai yang menghalang-halangi perlantikan Allah, Allah akan menghapuskan yang batil dan membenarkan yang hak melalui Aali Muhammad (as) (kalimat-kalimat-Nya)
dan melalui Qaim mereka, Dia SWT berfirman:

﴿وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ﴾

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. [22],

Maka kemurtadan mereka dan percubaan untuk menghapuskan kebenaran dan memperkukuh kebatilan,
﴿لَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئاً﴾
(tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun); kerana Allah SWT telah menulis bahawa Dia akan menghapuskan yang batil dan membenarkan yang hak dengan Aali Muhammad (as) selepas Muhammad (S)
﴿وَيَمْحُ اللَّهُ الْبَاطِلَ وَيُحِقُّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ﴾
dan Allah menghapuskan yang batil dan membenarkan yang hak dengan kalimat-kalimat-Nya

tiada kesan kepada kerja-kerja orang-orang munafik, ia berakhir dengan yang dikehendaki Allah SWT (merealisasikan yang hak pada akhirnya) tidak kira berapa besar dan liciknya tipu daya mereka,

﴿وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِنْدَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِنْ كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ﴾

Dan sesungguhnya mereka telah membuat tipu daya yang besar padahal di sisi Allah-lah (balasan) tipu daya mereka itu. Dan sesungguhnya tipu daya mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap karenanya. [23].

Dari Jamil bin Daraj, berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah (as) berkata:

(﴿إِنْ كانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبالُ﴾
Dan sesungguhnya tipu daya mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap karenanya, Dan sesungguhnya tipu daya Bani Abbas terhadap Al-Qaim untuk menghilangkannya dari hati manusia) [24].

﴿إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ﴾
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati:

Berpalinglah (kembalilah) mudah-mudahan kamu ingat, dan jadikanlah hujah atas kamu sempurna dan menerima bahawa yang melantik mestilah yang bersifat Mengetahui apa yang ada di dalam dada, Dia-lah Allah SWT bukan manusia, dan ketahuilah bahawa Muhammad (S) tidak berkata-kata dari (kemahuan) dirinya sendiri dan bukanlah baginda yang membuat perlantikan:

﴿إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى﴾

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). [25].


         
Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡

______________________________
[17] – Al-Syuraa 42:24.
[18] - Al-Syuraa 42:23-24.
[19] - Al-Furqan 25:37.
[20] – Al-Ahzab 33:33.
[21] – Al-Baqarah 2:7.
[22] – Aali Imran 3:144.
[23] – Ibrahim 14:46.
[24] - penjelasan Ayashi: c 02:00 235.
[25] – Al-Najm 53:4.


Tiada ulasan: