Soalan
328: Mengatasi Al-Ana, Cara Berdakwah dan Amalan Waktu Maghrib
1. Dalam Surah Al-Shaaffaat Allah AWJ memberitahu kita
dengan memarahi kaum Luth di waktu pagi, dan di waktu malam
﴿وَإِنَّكُمْ لَتَمُرُّونَ عَلَيْهِم مُّصْبِحِينَ
@ وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ﴾
Dan sesungguhnya kamu benar-benar
akan melalui mereka di waktu pagi, @ dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak
memikirkan? [77],
Maka bagaimanakah petikan ini, kebendaan atau Malakut? Adakah ia perlu dilakukan dengan rasa kesedihan dan pilu dan pada waktu Maghrib?
Maka bagaimanakah petikan ini, kebendaan atau Malakut? Adakah ia perlu dilakukan dengan rasa kesedihan dan pilu dan pada waktu Maghrib?
2. Bagaimana saya boleh mengatasi Al-Ana (Aku)? Adakah
dengan berterusan berdoa (membaca) ayat Al-Kursiy dan ayat-ayat Al-Hasyr untuk berfungsi,
adakah tanda ia berfungsi? Tolong tunjukkan saya jalan yang paling singkat, dan
saya berharap doakan untuk saya dan untuk saudara-saudara yang mengharapkan taufiq.
3. Tunjukkan
wahai Maula kata pembuka yang utama untuk bercakap tentang dakwah Yamani supaya
disahut oleh hati-hati bukannya keengganan, saya dapati wahai Maula ramai orang
memberikan reaksi positif pada mulanya (sesi pertama) hampir suka dan kemudian
dalam sesi kedua tiada langsung?
Dihantar
oleh: Zainab
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Jawapan S 1: saya telah menjawab soalan ini sebelum
ini, dianggap bahawa mereka yang bertanggungjawab untuk laman web ini telah
mengutusnya kepada anda lama dahulu.
Ada pun waktu Maghrib adalah masa apabila Iblis (la3nahu
Allah) menyebarkan tenteranya dan lebih baik bagi orang mukmin mengucapkan
zikir berikut pada waktu ini
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ وَحْدَهُ لَا
شَرِيكَ لَه ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَيُمِيتُ وَيُحْيِي وَهُوَ حَيُّ لَا
يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرِ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(tidak ada Tuhan selain
Allah semata-mata (Esa) tiada sekutu bagiNya, padaNya pujian, Yang menghidupkan
yang mati, dan mematikan yang hidup, dan Dia Hidup tidak mati, di tanganNya kebaikan
dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu)
sepuluh kali.
Jawapan S 2: Ketika beribadat dan berdoa hakikatnya adalah
pada jalan (sedang) memerangi Al-Ana, tetapi bukanlah memerangi Al-Ana hanya dengan
beribadah dan berdoa, tetapi mestilah dengan ikhlas melakukannya, dan mestilah
mendahulukan kehendak Allah atas kehendak manusia bahkan sehingga tiada lagi kehendak
manusia dan tiada lagi yang tinggal pada manusia melainkan kehendak Allah dan beramal
dengannya.
Jawapan S 3: Anda bukanlah memberi petunjuk (hidayah)
kepada mereka tetapi menyampaikan kepada mereka dan anda mempunyai dalil-dalil (keterangan)
yang mencukupi untuk membuktikan (menegakkan) kebenaran kepada sesiapa sahaja dan
kepada mana-mana golongan (mazhab) pun, bahkan anda juga mempunyai dalil-dalil (keterangan)
untuk membuktikan (menegakkan) kebenaran anda walaupun kepada orang-orang Buddha
dan Hindu, lebih utama dari orang-orang Yahudi dan Kristian dan umumnya pada mazhab
umat Islam dan lain-lain, Tetapi biarkan ia menjadi asas urusan penciptaan bagi
tugas anda dengan manusia, mereka merosakkan diri mereka sendiri dan
menunjukkan apa yang ada dalam batin (dalaman) mereka.
Dan
juga kerana ikhlas dan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari redhaNya
adalah asas untuk kerja (amalan) anda dan anda menyampaikan kepada manusia
untuk mendapat keberkatan kerja (amalan) anda dan menjadikannya lebih baik. Semoga
Allah memberikan taufiq (kejayaan) pada anda dan meneguhkan langkah anda dan membantu
anda dalam menjayakan agamaNya.
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
______________________________
[77] – Al-Shaaffaat 37:137-138
Tiada ulasan:
Catat Ulasan