Soalan 152: Dalam
Al-Quran menyebut langit-langit dengan kata ganda (secara jamak) dan menyebut
bumi secara tunggal! Kita tahu bahawa ada tujuh lapis langit-langit dan tujuh lapis
bumi-bumi (Al-Samawaat dan Al-Ardhiyin). Apakah rahsianya dan mengapa?
Mukhtar Yusuf -
Basrah
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الحمد لله رب العالمين
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Bumi-bumi
(Al-Ardhun) yang enam lagi (selebihnya) adalah di bawah bumi ini dan ia sangat gelap
dan sangat sedikit cahayanya. Apabila diberitahu:
(إنّ الله لا ينظر إلى عالم الأجسام منذ خلقه)
(Allah tidak melihat Alam Ajsam sejak Dia menciptanya)
Sepertimana Rasulullah
(S) bersabda, bagaimanakah ia di bawahnya?! Kerana di sana tidak ada sesuatu
yang dianggap mempunyai iktibar kepada kamu (Dunia yang tidak bernilai di sisi
Allah walaupun sehelai sayap nyamuk) dan hanya cukup menyebutnya secara menyeluruh,
dan saya tidak fikir anda akan mengatakannya secara terperinci.
Dan Al-Quran adalah
jalan hidayah bagi manusia untuk naik ke tingkatan yang lebih tinggi dan tidak menjunam
jatuh ke bawah, Maka langit-langit adalah jalan peningkatan, dan Al-Quran
menyebutnya secara terperinci, adapun jalan bumi-bumi menurun merendah bagi yang
menyalahi peraturan dari tingkah laku yang tidak diperlukan kenyataan secara terperinci
[296].
Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Washiy dan utusan
Imam Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
___________________
[296] - dan juga
kita dapati bahawa Allah menerangkan kisah-kisah para nabi dan orang-orang
sholeh lebih daripada kisah-kisah firaun penzalim dan taghut (pelampau), serta perihal
yang menerangkan syurga (Al-Jannah) dan syurga (Al-Naim) lebih banyak
bilangannya daripada keterangan tentang api neraka dan Al-Jahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan