Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Penolakan keraguan-keraguan terhadapn hadits:
Keraguab Pertama:
Dikatakan bahawa dalam sanad hadits (Abu
Qilabah Al-Jurami) ini, disebut oleh Al-Zhahabi dan yang lainnya bahawa ia ada
Mudallis (pengabur) kerana terdapat Sufian Al-Tsauri, yang terkenal dengan
Tadlis (mengaburkan hadits) pada ‘An’an (rantaian perawi) dimana salah seorang
daripada mereka dan tidak mengumumkan telah mendengar secara langsung dan ini
tidak diterima.
Jawapannya
Bercakap dari sudut pandangan:
1. Maksud bertadlis di sini: Bahawa pada Abu
Qilabah dan Sufian Al-Tsauri dalam ‘An’an (rantaian perawi) tidak mengumumkan
telah mendengar hadits secara langsung, ia adalah kerana Abu Qilabah tidak
mendengar daripada Abi Asmaa’ Al-Rahbi secara langsung, tetapi mendengar
tentang perpindahannya dari Al-Rahbi Dan tidak mengisytiharkan perantara antara
dia dan Al-Rahbi dan ini dianggap tadlis (dikaburkan), dan begitu juga
Al-Tsauri tidak mendengar terus dari Khalid Al-Khazha’.
[77b]
Saya (Penulis) katakan: Ya, ia telah dikatakan
bahawa Abu Qilabah dan Al-Tsauri dari para mudallis (pengabur hadits), dan dengan
pengiktirafan begitu, tidak semua Mudallis ditolak haditsnya, Ibn Hajar Al-‘Asqalani telah
membahagikan para mudallis kepada lima peringkat
(martabat), peringkat pertama dan kedua tidak mencemarkan tsiqah perawinya dan peringkat yang lain barada
pada peringkat mencemarkan (hadits). .
Abu Qilabah dikira oleh Ibn Hajar menduduki peringkat
pertama nombor 10, (lihat Kitab Thabaqat Al-Mudallisin oleh Ibn Hajar:. hal 21).
Adapun Sufian Al-Tsauri disebut oleh Ibn Hajar
di peringkat kedua, nombor 51, dan berikut adalah teks kata-kata Ibn Hajar:
Thabaqat Al-Mudallisin hal 32:. (Sufian bin Sa’id,
Al-Tsauri adalah seorang Imam besar terkenal yang Faqih, ‘Abid lagi Hafiz, diterangkan
Al-Nasa’ei dan yang lainnya tentang Tadlis dengan kata Bukhari tidak membawa kepada
men-tadlis-kannya).
Hasilnya adalah bahawa Abu Qilabah dan Sufian Al-Tsauri
telah dimasukkan ke dalam barisan para mudallis yang berhujjah dengan riwayat
mereka dan Tadlis mereka tidak memudaratkan, maka masalah kekeliruan ini selesai.
2. Dan yang menyokong apa yang dikemukakan dari sudut pandangan pertama, bahawa Bukhari
dan Muslim telah meriwayatkan dari Abu Qilabah dan Sufian Al-Tsauri dengan ‘An’annya
(rantaian perawinya) tidak diumumkan telah mendengar secara langsung, maka
patutkan mereka mengatakan bahawa riwayat-riwayat dalam kedua-dua kitab sahih ini
lemah? Atau adakah kalian mempunyai piawai yang berat sebelah?!
3. Kemudian, ‘An’an (rantaian perawi) Sufian Al-Tsauri
dan Abu Qilabah An’an-nya dalam kedua-dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim) sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Ibn Majah pada hadits (Khalifah Allah Al-Mahdi), iaitu An’an
Sufian Al-Tsauri dari Khalid Al-Khazha’ dalam kedua-dua kitab sahih itu tidak
diumumkan telah mendengar secara langsung dan Abu Qilabah An’an-nya dari Abi
Asmaa’ Al-Rahbi dalam Sahih Muslim seperti itu juga, sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Ibn Majah yang menjadi tajuk perbincangan kita sekarang.
Berikut adalah beberapa sumber di mana An’an
Sufian Al-Tsauri dari Khalid Al-Khazha’ di dalam kedua-dua kitab sahih (Bukhari
dan Muslim):
- Sahih Bukhari J 2 hal 73:
حدثنا يحيى بن موسى حدثنا وكيع عن سفيان عن خالد
الخذاء عن حفصة بنت سيرين... الخ.
Diceritakan kepada kami
Yahya bin Musa, diceritakan kepada kami Waki’ dari Sufian dari Khalid
Al-Khazha’ dari Hafshah binti Sirin ... hingga akhir
[78]
- Sahih Muslim J 1 hal 73:
وحدثنا محمد بن رافع عن عبد الرزاق عن الثوري
عن خالد الخذاء عن أبي قلابة عن
ثابت بن الضحاك قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم... الخ .
Diceritakan kepada kami
Muhammad bin Rafi’ dari Abd Razaq dari Al-Tsauri dari Khalid Al-Khazha’
dari Abu Qilabah dari Tsabit bin Al-Dhahak katanya: Rasulullah (S) bersabda,
... hingga akhir.
. - Sahih Muslim J 5 hal 44:
حدثنا وكيع حدثنا سفيان عن خالد
الخذاء عن أبي قلابة عن أبي الأشعث
عن عبادة بن الصامت قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ... الخ.
Diceritakan kepada kami
Waki’, diceritakan kepada kami Sufian dari Khalid Al-Khazha’ dari
Abi Qilabah dari Abi Al-Asy’ats dari ‘Ibadah bin Al-Shimat katanya: Rasulullah (S)
bersabda... hingga akhir.
Bagi Abu Qilabah akan dibawakan beberapa riwayat
di sini di mana ‘An’an padanya dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi dalam Sahih Muslim
tanpa diumumkan telah mendengar secara langsung:
- Sahih Muslim J 3 hal 78:
(حدثنا) أبو الربيع الزهراني وقتيبة بن سعيد
كلاهما عن حماد بن زيد قال أبو الربيع حدثنا حماد حدثنا أيوب عن أبي قلابة عن أبي أسماء عن ثوبان قال: قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم ... الخ.
(Diceritakan kepada
kami) Abu Al-Rabi’ Al-Zahrani dan Qutaibah bin Sa’id kedua-duanya dari Hammad
bin Zaid berkata Abu Al-Rabi’ diceritakan kepada kami Hammad diceritakan kepada
kami Ayub dari Abu Qilabah dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah
(S) bersabda... hingga akhir.
- Sahih Muslim J 6 hal 52:
حدثنا سعيد بن منصور وأبو الربيع العتكي وقتيبة بن
سعيد قالوا حدثنا حماد (وهو ابن زيد) عن أيوب عن أبي قلابة عن
أبي أسماء عن ثوبان قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال طائفة
من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم كذلك.
Diceritakan kepada
kami Sa’id Bin Manshur dan Abu Al-Rabi’ Al-‘Atki dan Qutaibah bin Sa’id berkata
diceritakan kepada kami Hammad (iaitu Ibn Zaid) dari Ayub dari Abi Qilabah
dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda: Ada segolongan
dari umatku, mereka tetap berada pada kebenaran, mereka tidak akan terpengaruh
oleh orang yang menghinanya, sampai datang keputusan Allah, dan mereka tetap
dalam keadaan seperti itu.
- Sahih Muslim J 8 hal 12:
(Diceritakan kepada kami)
Sa’id bin Manshur dan Abu Al-Rabi’ Al-‘Zahran berkata diceritakan kepada kami
Hammad (iaitu Ibn Zaid) dari Ayub dari Abi Qilabah dari Abi Asmaa’ dari Tsauban
katanya: Rasulullah (S) bersabda... hingga akhir.
- Sahih Muslim J 8 hal 17 - 18:.
(Diceritakan kepada kami)
Ishak Ibn Ibrahim dan Muhammad bin Al-Mutsanni, kedua-duanya dari Abdul Samad
bin Abdul Warits diceritakan kepada kami Hammam diceritakan kepada kami Qatadah
dari Abu Qilabah dari Abi Asmaa’ dari Abu Zhar katanya: Rasulullah
(S) bersabda... hingga akhir..
- Sahih Muslim J 8 hal 171:
(Diceritakan kepada
kami Abu Al-Rabi’ Al-‘Atki dan Qutaibah bin Sa’id kedua-duanya dari Hammad (lafaz
oleh Qutaibah) diceritakan kepada kami Hammad dari Ayub dari Abi Qilabah dari
Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda... hingga
akhir
[79]
Jika kalian katakan mengenai ‘An’anah (rantaian
perawi) ini - yang diriwayatkan oleh Ibn Majah - bahawa ia tidak diterima dan mencemarkan
hadits ini, maka kalianlah yang pertama untuk mengisytiharkan hadits-hadits Bukhari
dan Muslim adalah lemah di mana ‘An’annya Abu Qilabah dan Al-Tsauri, kemudiannys
kami terpaksa bercakap dengan kalian.
Sufian Al-Tsauri cukup dengan apa yang diperkatakan
padanya oleh Bukhari sendiri: (tidak membawa kepada men-tadlis-kannya)
sebagai mana dinaqal oleh Ibn Hajar di dalam Kitab Thabaqat Al-Mudallisin hal 32..
Dalam apa jua keadaan, walaupun kita katakan terdapar
tadlis, maka tadlis Abu Qilabah dan Al-Tsauri tidak memudharatkan (hadits)
kerana Abu Qilabah menduduki peringkat pertama dari Thabaqat Al-Mudallisin (peringkat-peringkat
Mudallis) dan Al-Tsauri pada peringkat kedua, dan kedua-dua peringkat membawa hujah
tersendiri seperti yang dikemukakan oleh Ibn
Hajar.
Bukhari dan Muslim sendiri telah meriwayatkan ‘An’anah
(rantaian perawi) bagi Sufyan Al-Tsauri dan ‘An’an darinya, dan Muslim sendiri telah
meriwayatkan An’anah (rantaian perawi) bagi Abu Qilabah dan ‘An’an darinya, Maka
ini merupakan satu perkara (tajuk) dalam kedua-dua kitab sahih (Bukhari dan
Muslim) dan dalam Sunan Ibn Majah, dan selagi merupakan satu perkara dan ia adalah
tergolong dalam satu hukum, iaitu hukumnya sahih untuk bersandarkan dengannya.
[80a]