Selasa, 1 Ogos 2017

4 Peristiwa-peristiwa Di Wilayah Al-Anbar


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


4  Peristiwa-peristiwa Di Wilayah Al-Anbar

Peristiwa-peristiwa semasa hari ini di wilayah Anbar Iraq dan wilayah-wilayah yang menyusulinya di rantau ini atau segi tiga Sunni, yang menuntut dikembalikan kekuasaan kepada mereka sebagaimana ia berada di tangan Saddam (laknahu Allah), Oleh itu lihatlah slogan mazhabnya yang bersangatan, hasil pengaruh arus luaran dan perkembangan yang penting yang berlaku di Syria. Majlis Wilayah Anbar mengesahkan melalui berita dan saluran satelit bahawa tahap keselamatan di Syria menurun dan keadaannya secara umum merosot, kesan secara langsung atas keadaan di Anbar.

Naib Presiden Majlis Anbar, Sa’doun ‘Ubaid Al-Sha’lan berkata sempadan Anbar berkongsi dengan Syria, sempadan yang luas dan besar dan apa yang berlaku di mana keselamatan dan kesan kekeliruan politik secara langsung pada keadaan keselamatan di Anbar, yang asalnya mengalami masalah kelompok kecil militan di padang pasir.

Beliau menambah, "Punca langsung daripada pelanggaran peraturan keselamatan merebak di Anbar disebabkan oleh kemerosotan keselamatan dan keadaan politik di Syria yang berdekatan. Apa yang sedang berlaku di Syria hari ini pasti akan mempunyai lanjutan dan kesan pada Iraq, dan kesannya jelas dengan ditembusi oleh organisasi Al-Qaedah bagi kebanyakan institusi keselamatan dan institusi politik di Iraq, dan organisasi Jabhat Al--Nuṣhrah (Front Al-Nuṣra – pendokong barisan hadapan) telah mengumumkan kepatuhan berikrar setia kepada organisasi Al-Qaedah di Iraq dan Jabhat Al-Nuṣhrah adalah dianggap barisan hadapan yang mewakili oleh lanjutan daripada organisasi pengganas Al-Qaedah yang menubuhkan struktur mereka di Syria dan Iraq dan akhirnya berusaha untuk menentang semua mereka yang tidak bersetuju dengan akidah mereka dan ia adalah dengan mereka untuk memerangi Syiah, cuma mereka mengikut realiti yang mengendalikan semua saluran antarabangsa dan kemanusiaan. Kumpulan dan gerakan-gerakan ini dianggap drbsgsi pergerakan Salafi Sufyani. Tidak ada masalah bagi mereka untuk menyembelih dan membunuh sesiapa sahaja yang berbeza dengan kepercayaan mereka yang batil itu, msks dengan kedudukan (status) gerakan (Front) ini ia telah digolongkan sebagai organisasi-organisasi pengganas Antarabangsa. Kerajaan Australia telah meletakkan Jabhat Al-Nuṣhrah sebagai pengikut kepada organisasi Al-Qaedah di Syria dalam senarai pengganas. Ia adalah langkah kedua seumpamanya di peringkat global terhadap organisasi ini selepas Amerika Syarikat. Ia perlukan rumusan semula, kata Senator Bob Carr, Menteri Luar Australia, bahawa "tidak ada tempat untuk kumpulan pelampau seperti Jabhat Al-Nuṣhrah ini, sama ada di Syria atau di tempat lain," ia menjelaskan bahawa Jabhat Al-Nuṣhrah "berhubungan langsung dengan organisasi Al-Qaedah di Iraq, yang membekalkan kepada pejuang tersebut, senjata dan peralatan."

Beliau menambah lagi, bahawa "Australia telah memutuskan untuk menggolongkan Jabhat Al-Nuṣhrah sebagai pertubuhan pengganas dan menghalang mereka daripada menerima bantuan kewangan,", menjelaskan bahawa "organisasi ini yang bilangan anggotanya lebih daripada lima ribu pejuang fundamentalis, yang menjalankan gerakan keganasan bukan sahaja terhadap tentera Syria, tetapi juga terhadap orang awam."

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memasukkan Jabhat Al-Nuṣhrah, yang sedang berperang menentang rejim di Syria dalam senarai pertubuhan yang dikaitkan dengan keganasan. Pemimpin Jabhat Al-Nuṣhrah iaitu Abu Muhammad Al-Jaulani telah mengumumkan pada bulan April 2012 yang berjanji setia kepada pemimpin Al-Qaedah, Aiman Al-Zawahiri, yang mengesahkan hubungan antara Jabhat Al-Nuṣhrah dengan Al-Qaedah.

Dari Amirul Mukminin (as), dalam suatu khabar yang panjang telah berkata:

(أي يوم للمخيبين بين الأنبار وهيت، ذلك يوم فيه صيلم الأكراد والشراة، وخراب دار الفراعنة، ومسكن الجبابرة، ومأوى الولاة الظلمة، وأم البلاء وأخت العار، تلك ورب علي يا عمرو بن سعد بغداد...)

(iaitu hari bagi orang-orang yang mengecewakan; antara Al-Anbar dan Hit [15], pada hari itu tipu daya (pedang) orang-orang Kurd dijual beli, kemusnahan negara Firaun, dan kediaman penguasa, tempat tinggal raja-raja zalim, ibu kepada kesusahan (bala) dan saudara kepada yang dimalukan, Itu, demi Tuhan Ali, Wahai ‘Amru bin Saad adalah di Baghdad ...) [16]

Maka riawayat ini berkaitan dengan Permulaan peristiwa di Al-Anbar diikuti dengan kemusnahan Baghdad, dan hari ini semua orang melihat dengan mata mereka sendiri kemusnahan Baghdad kerana peperangan, pembunuhan, letupan bom kereta, pengebom berani mati, dan kaum Wahabi Sufyani yang menyembelih dan mengakibatkan kemusnahan.

 Dan jika kita baca riawayat lain daripada riawayat mereka yang disucikan (Al-Thahirin (as)), kita dapati bahawa bangkitnya Al-Qaim dikaitkan dengan alamat pergerakan di Al-Anbar, dan di belakangnya ada tentera Sufyani menuju ke Baghdad dan Kufah walaupun meletupkan gerbang (jambatan) di Kufah dan merobohkan rumah-rumah di Kufah.

Dari Muhammad bin Basyir Al-Azdi, katanya: Diberitahu kepada kami Ahmad bin ‘Umar bin Musa Al-Katib, katanya: Diberitahu kepada kami Al-Hassan bin Muhammad bin Jumhur Al-Qumi, dari ayahnya Muhammad bin Jumhur, Yahya ibn Al-Fadhl Al-Naufili, beliau berkata:

(دخلت على أبي الحسن موسى بن جعفر (عليه السلام) ببغداد حين فرغ من صلاة العصر - فرفع يديه إلى السماء - وسمعته يقول: أنت الله لا إله إلا أنت - الأول والآخر والظاهر والباطن وأنت الله لا إله إلا أنت إليك زيادة الأخياء ونقصانها - وأنت الله لا إله إلا أنت - خلقت الخلق بغير معونة من غيرك ولا حاجة إليهم - أنت الله لا إله إلا أنت منك المشية وإليك البدء - أنت الله لا إله إلا أنت فبل القبل وخالق القبل - أنت الله لا إله إلا أنت بعد البعد وخالق البعد  أنت الله لا إله إلا أنت - تمحو ما تشاء وتثبت وعند أم الكتاب - أنت الله لا إله إلا أنت غاية كل شيء ووارثه - أنت الله لا إله إلا أنت لا يعزب عنك الدفيق ولا الجليل - أنت الله لا إله إلا أنت لا يخفى عليك اللغات - ولا تتشابه عليك الأصوات - كل يوم أنت في شأن لا يشغلك شأن عن شأن عالم الغيب وأخفى ديان الدين مدبر الأمور باعث من في القبور- محيي العظام وهي رميم - أسألك باسمك المكنون المخزون - الحي القيوم الذي لا يخيب من سألك به - أن تصلي على محمد وآله - وأن تعجل فرج المنتقم لك من أعدائك - وأنجز له ما وعدته يا ذا الجلام والإكرام - قال: قلت: من المدعو له ؟ قال: ذلك المهدي من آل محمد (صلى إلى عليه وآله). قال: بأب المنبدح المنفدح البطن - المقرون الحاجبين أحمش الساقين - بعيد ما بين المنكبين أسمر اللون - يعتاده مع سمرته صفرة من سهر الليل - بأبي من ليله يرعى النجوم ساجدا وراكعا – بأبي من لا يأخذه في الله لومة لائم - مصباح الدجى بأبي القائم بأمر الله - قلت: متى خروجه - قال: إذا رأيت العساكر بالأنبار على شاطئ الفرات والصراة ودجلة، وهدم قنطرة الكوفة ، وإحراق بعض بيوتات الكوفة ، فإذا رأيت ذلك فإن الله يفعل ما يشاء - لا غالب لأمر الله ولا معقب لحكمه)

(Aku masuk bertemu Abi Al-Hasan Musa bin Ja’far (as) di Baghdad apabila selesai menunaikan sholat ‘Ashar - dia mengangkat tangan ke langit - dan aku mendengar dia berkata: Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau - Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin. Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, kepada Engkau meningkatnya sesuatu dan yang berkurang - Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, - mencipta penciptaan tanpa bantuan, siapa lagi selain Engkau yang tidak memerlukannya - Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, dan Engkau terjadi cara berjalan dan kepada Engkau permulaan - Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, ada sejak sebelum dan mencipta yang sebelum - Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, melampaui dimensi (ukuran) dan pencipta ukuran - Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau,  - memadamkan yang Engkau kehendaki dan meneguhkan pada Umm Al-Kitab - Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau tujuan segala sesuatu dan mewarisnya - Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, Tiada melarikan diri dari Engkau yang hina dan yang mulia - Engkau ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, tidak tersembunyi bagi Engkau bahasa-bahasa - tidak menyerupai Engkau suara-suara – sentiasa Engkau berurusan tidak bimbangkan urusan alam ghaib dan menyembunyikan agamaMu, mengurus kebangkitan dari kubur - yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh, Aku bermohon kepadaMu dengan namaMu yang tersedia tersimpan baik - Yang hidup kekal Yang tidak mengecewakan sesiapa yang memintanya -. agar berselawat atas Muhammad dan keluarganya - dan untuk mempercepatkan Faraj penebus bagiMu dari musuh-musuhMu - dan mencapai apa yang dijanjikan kepadanya, Wahai Yang Agung lagi Mulia – Lalu ia berkata, Aku bertanya: Untuk siapa ia berdoa? Katanya: Untuk Al-Mahdi keluarga Muhammad (S). Ayahku menjadi tebusan seseorang yang perutnya kuat, badannya tegap memiliki alis bersambung, karena seringnya bangun di tengah malam, wajahnya terlihat pucat. Ayahku menjadi tebusan seseorang yang menanti tenggelamnya bintang pada malam dalam sujud dan ruku. – Ayahku menjadi tebusan seseorang yang di jalan-Nya, tak terpengaruh oleh cacian para pencaci. Dialah lentera hidayah dalam kegelapan nan pekat. Ayahku menjadi tebusan dengan perintah Allah.
- Aku berkata, bilakah dia keluar? - dia berkata: Jika engkau melihat tentera di Al-Anbar di tepi Sungau Furat, Al-Shirah dan Dajlah, perobohan gerbang (jambatan) Kufah, dan pembakaran sebahagian rumah di Kufah, jika engkau melihatnya, Allah melakukan apa yang Dia kehendaki - tidak akan dapat mengalahkan urusan Allah dan tidak dapat menolak ketentuanNya) [17].

Oleh itu, Al-Anbar akan sampai pada peristiwa penggugatan Al-Sufyani Al-Syam (Syria), mereka tidak ada arah lain melainkan pergi ke Iraq, Oleh itu kita melihat Ahl Bait Al-Rasul (S) yang boleh boleh kita gariskan ianya ada dalam riwayat mereka dan mengaitkan Al-Anbar dengan kezuhuran Imam Mahdi (as).

Saya tidak boleh gagal dalam menyampaikan berita dan membincangkan media yang boleh meluluskannya tanpa disedari oleh kebanyakan orang, tetapi sebab-sebab dan implikasinya mencadangkan sesuatu yang jauh dari semua itu, (Negeri Iraq telah sedaya upaya menggali parit untuk mengelakkan Al-Sufyani Al-Syam (Syria) dan pengikut-pengikutnya dari menyusup melalui parit Iraq sepanjang 146 km dan lebarnya dalam lingkungan tiga ke empat meter untuk mengelakkan Sefiani al-Syam dan kumpulannya dari menyusup ke Iraq. Penggerudian telah bermula dari titik sempadan di selatan kawasan Rabi’ah di Mosul, yang membawa kepada titik sempadan selatan Sinjar. dan tanah yang diekstrak daripada parit ini akan digunakan sebagai benteng kedua tambahsn kepada benteng sebelumnya. Serta dengan membina beberapa ibu pejabat pasukan dan ibu pejabat Am tentera pengawal sempadan di wilayah Mosul dan Anbar. Pemerintah Ger akan (Operasi) Al-Anbar mengumumkan pada mesyuarat ketua-ketua keselamatan daripada tentera, polis dan tentera Amerika. Ianya telah menggali parit sempadan antara Iraq dan Syria untuk menghalang aliran militan asing ke Iraq;

Adalah diketahui bahawa wilayah Anbar, dihubungkan oleh persempadanan Syria, Jordan dan Arab Saudi, manakala yang bersempadan dengan Republik Syria adalah sepanjang kira-kira 600 km) [18]

Ini adalah sebahagian kecil darinya dan banyak lagi tanda-tanda (alamat) lain yang kuat yang menunjukkan kepada kita bahawa kita berada di akhir zaman, bahkan kita berada dalam zaman kezuhuran Imam Mahdi (as).

Adakah satu demi satu kenyataan perbalahan pada zaman kita ini adalah zaman kezuhuran, dan bahawa semua yang dinyatakan dalam riwayat yang berkaitan dengan zaman kezuhuran ada kebenarannya di zaman kita ini?

Soalan Yang Memerlukan Jawapan:

Ada banyak persoalan yang dibangkitkan mengenai peribadi Sufyani:

• Adakah Sufyani seorang atau lebih dari seorang?
• Adakah terdapat lebih daripada satu konsep untuk memahami Sufyani itu?
• Adakah Sufyani Kufah sama Sufyani Al-Syam (Syria)?
• Bolehkah kita membezakan keadaan kemunculan Sufyani?
• Adakah gerombolan (konvoi) mereka terdiri dari pengikut Syi’ah yang menyertai kafilah Sufyani?
• Apakah hubungan Sufyani dengan Imam Mahdi (as)?
• Akan penenggelaman tentera Sufyani berlaku di Najaf atau di padang pasir Madinah?
• Apakah hubungan Sufyani dengan Yamani?
• Apakah hubungan Sufyani dengan Khurasani?
• Dan apa yang berlaku selepas kematian Sufyani itu?
                  
Kesemua soalan-soalan ini akan  dijawab di dalam perbahasan ini, dan kami mungkin tertinggal (lalai) pada sebahagian soalan yang berkaitan dengan kemunculan Sufyani tetapi sekurang-kurangnya apa yang tidak disedari keseluruhannya tidak pula ditinggalkan keseluruhannya, untuk semua orang bagi membahaskan tajuk ini, terutama mereka yang ingin mendokong Imam al-Mahdi (as) dan terselamat daripada fitnah Sufyani. Supaya dia tidak bertapak sehingga menjadi musuh kepada Imam dan menjadi penyokong kekuasaan Sufyani.. yang merupakan bencana besar sekarang ini.. Maka janganlah menjadi musuh Imam yang dinanti-nanti oleh orang-orang Islam kedatangannya sejak lebih daripada seribu empat ratus tahun!!!


-----------------------
[15] Al-Anbar: sebuah bandar yang terletak di Sungai Furat di barat Baghdad, dibina oleh Sabur Zhu Al-Aktaf, diperbaharui semula oleh Abu Al-Abbas Al-Saffah, dan tinggal di sana sehingga dia meninggal dunia, dan dinamakan Al-Anbar kerana di sana terdapat gandum anbar dan barli (Mu3jam Al-Buldan: J 1, hal 367).
Dan (Hit): sebuah bandar yang juga terletak di Sungai Furat di atas Al-Anbar (Mu3jam Al-Buldan: J 4, hal 997)
[16] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 150. Menurut Nota Kaki Kitab itu hal 150. Penjelasan sebahagian daripada perbendaharaan kata (Al-Shilam: tipu daya. Msknsnys dari jual beli Al-Khawarij yang mendakwa mereka menjual diri mereka untuk mendapat keredaan Allah)
[17] Bihar Al-Anwar: J 83 hal 81.
[18] Sila baca apa yang ada di pautan berikut:


Sebelum << Kandungan >> Selepas

        

Tiada ulasan: