Khamis, 17 Ogos 2017

7، Keluarnya Al-Yamani dan Al-Sufyani Suatu Kepastian:


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?

7، Keluarnya Al-Yamani dan Al-Sufyani Suatu Kepastian:

Diriwayatkan dari Ahl Al-Bait (as) sebagai berkata:

(النداء من المحتوم، و السفياني من المحتوم، واليماني من المحتوم، وقتل النفس الزكية من المحتوم، وكف يطلع من السماء من المحتوم ، قال وفزعة في شهر رمضان توقظ النائم، وتفزع اليقظان، وتخرج الفتاة من خدرها)[

(Seruan adalah suatu kepastian, Al-Sufyani, suatu kepastian, Al-Yamani, suatu kepastian, pembunuhan jiwa yang suci suatu kepastian, dan tangan yang muncul di langit adalah suatu kepastian. Katanya lagi, ketakutkan dalam bulan Ramadan yang menyedarkan orang-orang yang sedang tidur, dan yang sedang terjaga, dan keluar anak gadis dari dalam rumah) [83]

Dari Ziad Al-Qandi, dari lebih daripada salah seorang sahabatnya, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata:


(قلنا له:  السفياني من المحتوم؟ فقال: نعم، وقتل النفس الزكية من المحتوم، والقاةم من المحتوم ، وخسف البيداء من المحتوم، وكف تطلع من السماء من المحتوم، والنداء من السماء من المحتوم. فقلت: وأي  شيء يكون النداء؟ فقال: مناد ينادي باسم القائم واسم أبيه (عليه السلام).

(Kami bertanya kepadanya: Adakah Al-Sufyani suatu kepastian? Beliau berkata: Ya, dan pembunuhan jiwa yang suci suatu kepastian, Al-Qaim suatu kepastian, penenggelaman di Al-Baida’ suatu kepastian tangan yang muncul di langit suatu kepastian, dari seruan dari langit adalah suatu kepastian. Lalu aku bertanya: Apakan yang dberlaku pada seruan itu? Beliau menjawab:: Panyeru menyeru nama Al-Qaim dan nama bapanya (as) [84]

Riwayat ini menunjukkan bahawa perkara Al-Yamani (Al-Qaim) [85] sama seperti perkara Al-Sufyani  iaitu tidak dapat dielakkan (suatu kepastian). Kita telah menelusuri pergerakan Al-Sufyani dan kita mengetahuinya dari riwayat Ahl Al-Bait (as) sifat dan bentuk pergerakan Al-Sufyani dan pengikut-pengikutnya, dan kita dapati bahawa Rasulullah (S) dan Ahl Al-Bait baginda memperkenalkan kepada kita petunjuk-petunjuk dan tanda-tanda yang menjelaskan peribadi Al-Sufyani yang mewakili pusat kegelapan supaya kita berwaspada dari jatuh ke dalam perangkapnya dan tipu daya pengikutnya, kelak jadilah kita golongan orang yang zalim, dan dengan menerima Al-Yamani sebagai suatu kepastian yang mewakili pusat cahaya, yang diarahkan oleh Ahl Al-Bait (as) supaya menyertainya, bukankah mereka telah menerangkan kepada kita perkara-perkara itu? Bagaimana untuk menjadi ahli gerakannya? Siapakah  mengikutinya? Apakah hubungannya dengan Al-Mahdi (as)?

Imam Al-Baqir (as), telah berkata:

. (خروج  السفياني واليماني والخراساني في سنة واحدة في شهر واحدة في يوم واحدة، نظام كنظام الخرز، يتبع بعضه بعضا، فيكون البأس من كل وجه ويل لمن ناواهم، وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني، هي راية هدى؛ لأنه يدعو إلى صاحبكم، فإذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على الناس وكل مسلم، وإذا خرج اليماني فانهض إليه فإن رأيته راية هدى ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه فمن فعل ذلك فهو من أهل النار؛ لأنه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم)


(Keluarnya Al-Sufyani, Al-Yamani dan Al-Khurasani dalam satu tahun, satu bulan dan dalam satu hari yang sama, susunannya bagai susunan manik-manik (tasbih)n, yang satu diikuti oleh yang lain, maka akan menjadi kegerian-kengerian dari setiap arah, celakalah bagi sesiapa yang menentang mereka. tidakkah ia panji dari panji-panji hidayah dari panji Al-Yamani? Ia adalah panji-panji petunjuk (hidayah); kerana menyeru kepada pemilik kamu. Jika Al-Yamani telah keluar diharamkan penjualan senjata kepada orang ramai dan kepada setiap muslim, dan jika Al-Yamani keluar pergilah kepadanya, kerana sesungguhnya panjinya panji-panji petunjuk, tidak dibenarkan bagi seorang Muslim untuk berpaling darinya, maka sesiapa yang berbuat demikian dia adalah dari ahli neraka; kerana ia menyeru kepada kebenaran dan  jalan yang lurus) [86].

Riwayat ini merujuk kepada tiga panji (bendera) yang mempunyai peranan penting dalam peristiwa-peristiwa masa kezuhuran.

Tetapi panji (bendera) Al-Sufyani adalah panji-panji zalim, kebencian dan kesesatan seperti yang kita telah jelaskan, manakala dua panji-panji yang lain kedua-duanya adalah panji-panji islah (pembaikan), cuma salah satu daripadanya adalah panji-panji petunjuk Mahdawiyah yang diberkati, dan tidak didatangkan perintah menyertainya melainkan kepada panji yang satu iaitu panji hidayah, panji Al-Yamani.

Panji Al-Khurasani akan menyeru kepada Aimmah Al-Hadi (Imam petunjuk (as)) dan menyebarkan syiar Al-Tasyaiyu’ (Syiah), cuma ianya dilihat sebagai dakwah (seruan) untuk dirinya sendiri yang layak mendapatkan cita-cita tinggi ini, Panji Al-Khurasani menyeru kepada Ahl Al-Bait (as) dengan jalan dakwahnya (seruan) sendiri, manakala bendera yang satu lagi adalah panji-panji Al-Yamani, yang akan menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada pemilik kamu - Al-Imam Al-Mahdi (as) - tanpa sebarang campuraduk dalam seruan ini, oleh itu seruan para imam Ahl Al-Bait (as) supaya mengikutnya dan menyokongnya, bahkan melarang dari membiarkannya jatuh.

Panji-panji Al-Yamani adalah panji-panji petunjuk, kerana ia (menyeru kepada pemilik kamu), kenyataan ini memberikan penampilan yang sangat penting kepada Al-Yamani, di samping menjadi panduan kepada kebenaran, maka ia membina persediaan kepada Imam Mahdi (as) persediaan yang sebenar dan membawa kepada kenyataan .. dan ciri-ciri yang tersendiri ini menunjukkan bahawa semua panji-panji pada masa yang sama pergerakannya memerlukan penampilan ini - Jika dia mendakwanya - hasilnya, menunjukkan bahawa niatnya tidak lain selain berdakwah untuk Imam Mahdi (as) bukanlah niat yang tidak baik atau yang dicemari oleh kekotoran.

Ini menerangkan kepada kita bahawa ia akan membuat persediaan untuk Imam Mahdi (as), bukannya membuat persediaan secara lisan atau sceara memimpin sahaja, tetapi pertempuran yang semuanya berlaku pada tangannya dan ia dikembalikan langsung dari Imam Mahdi (as), dan tugas penting ini memberi keistimewaani padanya dari orang lain yang telah menyeru sebagai permulaan zaman kezuhuran .

Riwayat ini merujuk kepada urusan penting, ia adalah menyertai panji-panji Al-Yamani dan bahawa ia adalah panji-panji petunjuk dan yang berpaling darinya adalah dari ahli neraka!!!

Di sini kita dibenarkan bertanya:

Jika panji-panji ini begitu penting sehingga mereka yang jelas berpaling akan dimasukkan ke dalam neraka dan adalah jelas diajukan kepadanya, mengapa tidak diberikan jawapan yang terperinci? Kami tidak kenal Al-Yamani, mahupun namanya, sifatnya, tempat penampilannya dan perkara-perkara lain, tetapi apabila kami berpusing-pusing (terbelit) untuk mengenainya kami akan dimasukkan ke dalam neraka, manakala perbadi-perbadi lain pula masa kezuhuran mempunyai banyak penjelasannya, bukankah ini adalah kitab yang menceritakan tentang Imam Mahdi (as) yang terdapat pula banyak penjelasan-penjelasan yang penting mengenai perbadi-perbadi masa kezuhuran melainkan perbadi Al-Yamani, ia samar-samar pada hal ia yang paling penting!!! Tidakkah ini menyembunyikan peribadi tersebut?

Kami akan mula menghuraikan riwayat dan kemudian pergi ke peribadi Al-Yamani, kita katakan:

Riwayat di mana terdapat beberapa perkara yang perlu ditunda (berhenti dahulu) dan kemudian menghuraikannya dengan tepat supaya kita dapat mengenal pasti beberapa ketentuan atau pengenalan penting dalam gerakan Al-Yamani:

Sebelum mula menjelaskan butiran riwayat mestilah diberi perhatian kepada perkara penting, iaitu perbezaan antara keluar (


------------------
[83] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 262
[84] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 265..
[85] telah diduktikan oleh terbitan ansar Imam Mahdi (as) dan satu-satunya peribadi Al-Yaman dan Al-Qaim (as), sila r
[86] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 264.



Sebelum << Kandungan >> Selepas

Tiada ulasan: