Khamis, 3 Ogos 2017

Siapakah orang-Orang Dari Pedalaman Kufah, Dan Siapakah Penduduk Basrah?



Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?

Siapakah orang-Orang Dari Pedalaman Kufah, Dan Siapakah Penduduk Basrah?

(Dan keluar kaum dari pedalaman Kufah, tidak ada senjata bersama mereka kecuali sebahagian kecil daripada mereka, sebahagian dari mereka adalah sekumpulan penduduk Basrah, lalu para sahabat Sufyani menyedari seorang tawanan di tangan mereka yang terselamat dari Kufah.).

Riwayat di bawah ini akan memberitahu dan membimbing kita kepadanya:

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman (ra) bahawa Nabi (S) mengingatkan fitnah yang akan berlaku di antara orang-orang di Timur dan Barat, Baginda bersabda: (Sedang mereka begitu datanglah ke atas mereka Al-Sufyani drcara tiba-tiba dari lembah kering (Al-Wadi Al-Yabis), sehingga menuju ke Damsyik. Lalu mengutus dua pasukan tentera, satu ke timur., dan satu lagi ke Madinah, sehingga sampai ke tanah Babylon, dari bandar yang terkutuk (iaitu Baghdad) dan membunuh seramai lebih daripada tiga ribu orang dan menjarah lebih daripada seratus orang wanita dan membunuh tiga ratus ekor kibasy (biri-biri) dari anak (fulan) Al-Abbas. kemudian datang ke Kufah menghancurkan di sekitarnya. lalu mereka keluar dalam perjalanan ke Syam kemudian keluar panji-panji petunjuk, lalu mereka ditangkap tentera tersebut, mereka dibunuh supaya tidak dapat melarikan diri untuk memberi maklumat, dan membebaskan apa yang ada di tangan mereka dari tawanan dan harta rampasan. Tentera kedua yang ditempatkan di Madinah menjarah tiga hari tiga malam. Kemudian dalam perjalanan mereka keluar ke Mekah sehinggalah mereka berada di Al-Baida’, Allah mengutus Jibrail, dengan firmanNya: Wahai Jibrail, pergi usir mereka, pukullah kakinya dengan pukulan bencana (khusuf) pada mereka di sana, dan mereka tidak dapat melarikan diri kecuali dua orang lelaki dari Juhainah (Suku pembawa berita)) [28]

Dan panji-panji petunjuk sahaja yang berperang melawan Al-Sufyani, ia adalah panji-panji Al-Yamani yang dikhabarkan mengenainya oleh Imam Al-Baqir (as), dan yang pasti golongan yang bersamanya adalah golongan yang sedikit bilangannya, sedikit yang beriman yang tidak mempunyai kekuatan melainkan dengan Allah yang menolong mereka dari Al-Sufyani yang terkutuk dan bala tenteranya yang mengikutnya.


-----------------------------
[28] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 186..


Sebelum << Kandungan >> Selepas



Tiada ulasan: