Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah
Al-Yamani?
4. Al-Sufyani sepupu kepada Al-Mahdi
(as):
Dalam riwayat yang
diterima daripada Ahl Al-Bait (as) bahawa Al-Sufyani adalah anak Fatimah (as).
Dari Abi Ja’far (as):
(إذا بلغ السفياني أن
القائم فد توجه إليه من ناحية الكوفة فيتجرد بخيله حتى يلقى القائم فيخرج فيقول اخرجوا لي ابن عمي... )
(Apabila Al-Sufyani tiba, Al-Qaim akan mrnghadap kepadanya di Kufah. Dia
menunggang kuda sehingga bertemu Al-Qaim: yang akan keluar dan berkata keluarlah padaku sepupuku (anak bapa saudaraku)...) [35]
Dan di dalam riwayat bahawa berakhirnya Al-Sufyani
adalah di Al-Hairah, maka yang terbunuh di Al-Hairah [36] bukanlah
Al-Sufyani yang terbunuh di negara Al-Syam!!!
Dari Abi Ja’far (as):
(يهزم المهدي (عليه السلام) السفياني تحت
شجرة أغصانها مدلاة في الحيرة طويلة)
Mahdi (as) mengalahkan Al-Sufyani makan masa yang lama di bawah dahan pokok
Al-Hairah) [37]
Ada pelbagai pengakhiran
yang disebut dalam riwayat-riwayat mengenai peribadi Al-Sufyani juga menunjukkan pengakuan
yang sama mengenai berbilang-bilangnya
Al-Sufyani. Berbagai-bagai
panji yang dibawa oleh Sufyani juga menunjukkan pengakuan yang sama, iaitu wujudnya lebih daripada seorang
Sufyani.
عن أمير المؤمنين (عليه السلام): (وخروج السفياني براية حمراء وأميرها رجل من بن كلب)
Dari Amirul Mukminin (as): (keluar Sufyani dengan panji merah dan amirnya
seorang lelaki dari Bin Kilab) [38]
عن أمير المؤمنين (عليه السلام): (وخروج السفياني براية خضراء وصليب من ذهب)
Dari Amirul Mukminin (as): (keluar Sufyani dengan panji hijau dan palangnya
dari emas) [39]
Kedua-dua riwayat ini menunjukkan
panji merah dan panji hijau. Ini membuktikan berbilang-bilangnya Al-Sufyani dan berbilang-bilangnya
panji-panji dan
peribadi-peribadi mereka.
Secara ringkasnya
riwayat-riwayat yang memberi penekanan yang terang ini memudahkan kita menentukan
bahawa terdapat lebih daripada seorang Sufyani. Ia menerangkan tiada lagi
sebarang keraguan dan ia bermaksud bahawa Al-Sufyani bukanlah seorang sahaja, tetapi mereka
adalah sebilangan Sufyani, dan mungkin yang boleh menghapus keraguan dengan
pasti ialah apa yang disebut dalam Al-Malahim wa Al-Fitan oleh Ibn Thawus hal
50 seperti yang dinyatakan oleh Nu3aim, katanya diberitahu keoada kami Al-Hakim
bin Nafi3, dari Jarah, dari Arthah, beliau berkata:
(في زمان
السفياني الثاني تكون الهدة حتى يظن كل فوم انه ضرب ما يليهم).
(Pada zaman Sufyani kedua berlakunya kehancuran sehingga semua kaum menyangka yang berikutnya dia yang dipancung).
Petunjuk yang terang
dan jelas ini tidak syak lagi ada Sufyani kedua yang berbeza syakhsiyah dan
tempatnya, yang juga banyak riwayat yang menunjukkan makna ini, kami tidak akan menyebutnya dengan
tujuan untuk
meringkaskannya.
Dan dari Hazlam bin Basyir, katanya:
وعن حذلم بن بشير، قال: قلت لعلي بن الحسين (عليه
السلام): صف لي خروج المهدي وعرفني دلائله وعلاماته. فقال: (يكون قبل خروجه خروج
رجل يقال له عوف السلمي بأرض الجزيرة ويكون مأواه تكريت وقتله بمسجد دمشق ثم يكون
خروج شعيب بن صالح من سمرقند ثم يخرج
السفياني الملعون من الوادي اليابس وهو من ولد عنب بن أبي سفيان فإذا
ظهر السفياني إخافى المهدي ثم يخرج بعد
ذلك ) [40]
Aku berkata pada Ali Bin
Al-Hussein (as): Jelaskan padaku kemunculan Al-Mahdi supaya aku mengetahui petunjuk-petunjuk
dan alamat-alamatnya. Beliau berkata: "Sebelum
kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah ‘Auf Al-Silmi di
bumi Al Jazirah (Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di
masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Syuaib bin Saleh dari Samarqand, dan
kemudian Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Al-Wadi Al-Yabis dan beliau
adalah anak kepada ‘Utbah Bin Abi Sufyan,apabila Al-Sufyani muncul, Mahdi akan
menghilang dan akan muncul pula selepas itu. [40]
Kata-kata Imam Sajjad
(as) pada akhir riwayat: (Apabila Al-Sufyani muncul, Mahdi
akan menghilang dan akan muncul pula selepas itu) semua ulamak dan para penyelidik bingung dalam mentafsirkannya. ia tidak dapat digunakan kepada
Imam Al-Mahdi (as). Ia adalah kerana riwayat ini menyatakan bahawa berlaku kemunculan
Imam Mahdi (as) sebelum muncul Al-Sufyani, ini bertentangan dengan banyak riwayat
yang menyatakan bahawa Al-Sufyani keluar lima belas bulan sebelum bangkitnya Imam
Al-Mahdi (as), atau sekurang-kurangnya lapan bulan, di mana Al-Sufyani adalah
suatu tanda dari tanda-tanda bangkitnya Imam Al-Mahdi (as), iaitu sebelum dia (as)
bangkit, maka bagaimana boleh berlaku Imam Al-Mahdi keluar sebelum munculnya
Al-Sufyani dan kemudian selepas kelihatan menghilang lagi selepas munculnya dan
kemudian muncul pula selepas itu?
Sebenarnya
perkara-perkara ini disyembunyikan oleh para Imam (as) dalam lipatan kata-kata
mereka kepada manusia untuk menjadi dalil bahawa apa yang dimaksudkan dengan (Al-Mahdi)
dalam riwayat ini dan riwayat yang seumpamanya bukanlah Al-Imam Al-Hujah Muhammad
bin Al-Hasan (as); kerana ia muncul selepas Al-Sufyani bukan sebelumnya.
Sesungguhnya yang dimaksudkannya adalah Al-Mahdi Pertama dari keturunan Imam
Mahdi (as) yang disebut oleh Rasulullah (S) dalam wasiat baginda, yang menggambarkan
orang pertama yang beriman dan yang pertama dari Mahdi-mahdi yang menerima wasiat
dari Imam Mahdi (as) sebelum dia mati.
Dari Hudzaifah bin Yaman,
beliau berkata:
(سمعت رسول الله (صلى الله عليه وآله) يقول وذكر
المهدي: إنه يبايع بين الركن والمقام اسمه أحمد وعبد الله والمهدي فهذه أسماء
ثلاثتها)
(Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda dan menyebut Al-Mahdi: Ia akan
dibai’ah di antara Rukun dan Maqam, namanya Ahmad, Abdullah dan Al-Mahdi.
Inilah ketiga-tiga namanya). [41]
Dengan ini tersingkaplah
yang tersembunyi dan terlerailah perselisihan yang
timbul di antara riwayat-riwayat ini dengan riwayat-riwayat yang lain dan yang dimaksudkan
adalah washi kepada Imam Mahdi (as) dan yang pertama dari Mahdi-mahdi dari
keturunannya, iaitu Imam Ahmad Al-Hassan (as) yang zahir sebelum Al-Sufyani kemudian
menghilang apabila keluar Al-Sufyani kemudian muncul pula selepas itu dan yang
akan memerangi Al-Sufyani dan yang akan menolong dan membuka jalan bagi bapanya
Al-Imam Al-Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as).
-----------------
[36] Basyarah Al-Islam: hal335
[37] Bandar kota
Najaf- di Iraq.
[38] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 386.
[39] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 372.
[40] Bihar Al-Anwar: J 53 hal 81.
[41] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Thusi: hal 264
[41] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Thusi: hal 305, 299,
454, dan 470; Bihar Al-Anwar: J 52 hal 291; Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi - Al-Sheikh
Al-Kurani: J 1 hal 452; Al-Kharaij wa Al-Jaraih - Qutb Al-Din Al-Rawandi: hal 1149.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan