Rabu, 9 Ogos 2017

7 Bolehkah Kita Membezakan Al-Sufyani Jika Muncul?


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


7 Bolehkah Kita Membezakan Al-Sufyani Jika Muncul?


Banyak keterangan sifat-sifat Al-Sufyani boleh diketahui oleh orang mukmin untuk membezakannya. Terdapat petunjuk-petunjuk dan tanda-tanda yang tersendiri yang kita boleh bezakan bayangan di sekitar keperibadiannya. Ia menunjukkan kemunculannya bersifat keagamaan dan berada di bawah bayang-bayang panji Islam, yang menyeru kepada Islam dan memelihara Islam secara zahir. Sesungguhnya dia berambut perang (merah) biru, iaitu lambang-lambang warna yang tidak selamat sebagai simbol kelicikan tipu daya. Dia ejen pemimpin-pemimpin kafir Barat dan Yahudi. Mereka tidak lain hanyalah untuk membunuh dan memburu Syiah Ali (as), dan untuk meningkatkan pembunuhan dan kemusnahan di sepanjang kekuasaannya, dan menjadikan kuasa di tangannya untuk menarik dalam kekuasaannya , sebagai anak-anak zina dan pelacuran. Berikut dibawakan sebahagian dari apa yang disebut dalam riwayat Ahl Al-Bait (as).

A. Al-Sufyani dapat dibezakan dengan ciri-ciri kuasanya dan pengikutnya, kebanyakannya adalah dari anak-anak pelacuran dan zina, dan tujuan mereka hanyalah untuk membunuh Syiah Ali (as):

Dari Imam Al-Shadiq (as), beliau berkata:

(كأن بالسفياني (أو صاحب  السفياني) قد طرح رحله في رحبتكم بالكوفة، فنادى مناديه: من جاء برأس من شيعة علي فله ألف درهم، فيثب الجار على جاره ويقول: هذا منهم، فيضرب عنقه ويأخذ ألف درهم. أما إن إمارتكم لا تكون يومئذ إلا لأولاد البغايا. وكأن أنظر إلى صاحب البرقع، قلت (يعني الراوي): ومن صاحب البرقع ؟ فقال:  رجل منكم يقول بقولكم يلبس البرقع فيحوشكم فيعرفكم ولا تعرفونه، فيغمز بكم رجلا رجلا. أما إنه لا يكون إلا ابن بغي)

(Seolah-olah Al-Sufyani (atau Shohib Al-Sufyani) telah mengusahakan satu perjalanan di ruang terbuka di Kufah, maka si penyeru menyeru: Sesiapa yang membawakan kepala dari Syiah Ali ia akan mendapat seribu dirham, maka ia berlari sambil melompat dan mengatakan ini daripada mereka, maka yang memancung leher akan mengambil seribu dirham. Adapun pemerintah kamu tidak ada pada hari itu melainkan dari anak-anak Al-Baghaya (pelacur). Seolah-olah aku melihat Shohib Al-Burqa’, aku (perawi) bertanya: Siapakah Shohib Al-Burqa’? Lalu dia berkata: Seorang lelaki dari kamu yang berkata apa yang kamu katakan, yang memakai Al-Burqa’(kain tutup muka). Mereka mengumpulkan kamu mengenali kamu, sebagai seorang lelaki hanya seorang lelaki, Pada hal ia tidak lain hanyalah Ibn Baghy (pelacur)) [48].

B. Al-Sufyani dapat dibezakan dengan ciri-ciri sebagai seorang ejen bagi negara-negara kafir Barat dan Yahudi:

Dari Amirul Mukminin (as):

(وخروج  السفياني براية خضراء وصليب من ذهب)

(Al-Sufyanii akan keluar dengan panji hijau dan salib emas) [49].

Satu-satunya panji (bendera) hijau pada hari ini yang melambangkan ciri keIslaman adalah bendera Arab Saudi di mana padanya ada Kalimah La Ilaha Illa Allah dan juga mempunyai petunjuk Al-Sufyani, kerana mereka ini tidak memahami agama melainkan pedang dan pembunuhan. Merekalah pembekal utama keganasan dan pembiaya utama pada hari ini pengganas Jabhat Al-Nuṣhrah (Front Al-Nuṣra). Sementara lambang salib pula adalah satu tanda bahawa mereka menjalankan agenda Kristian dan tuan besarnya adalah Amerika. Allah jua Yang Maha Mengetahui.

C. Al-Sufyani dapat dibezakan dengan ciri-ciri banyaknya pembunuhan, pecah-belah, kerosakan dan menjadikan wanita tidak selamat di negaranya:

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman

: عن حذيفة بن اليمان: (إن النبي (صلى الله عليه وآله) ذكر فتنة تكون بين أهل المشرق والمغرب، قال: فبينا هم كذلك يخرج عليهم  السفياني من الوادي اليابس في فور ذلك حتى ينزل دمشق فيبعث جيشين جيشا إلى المشرق وآخر إلى المدينة حتى ينزلوا بأرض بابل من المدينة الملعونة (يعني بغداد) فيقتلون أكثر من ثلاثة الاف ويفضحون أكثر من مائة امرأة ويقتلون بها ثلاثمائة كبش من بني العباس ثم ينحدرون إلى الكوفة فيخربون ما حولها، ثم يخرجون متوجهين إلى الشام، فتخرج راية هدى من الكوفة فاتلحق ذلك الجيش فيقتلونهم لا يفلت منهم مخبر ويستنقذون ما في أيديهم من  السبي والغنائم، ويحل الجيش الثاني بالمدينة فينتهبونها ثلاثة أيام بلياليها، ثم يخرجون متوجهين إلى مكة   حتى إذا كانوا بالبيداء بعث الله جبرئيل....)


Bahawa Nabi (S) mengingatkan fitnah yang akan berlaku di antara orang-orang di Timur dan Barat, Baginda bersabda: (Sedang mereka begitu datanglah ke atas mereka Al-Sufyani secara tiba-tiba dari lembah kering (Al-Wadi Al-Yabis), sehingga menuju ke Damsyik. Lalu mengutus dua pasukan tentera, satu ke timur., dan satu lagi ke Madinah, sehingga sampai ke tanah Babylon, dari bandar yang terkutuk (iaitu Baghdad) dan membunuh seramai lebih daripada tiga ribu orang dan menjarah lebih daripada seratus orang wanita dan membunuh tiga ratus ekor kibasy (biri-biri) dari anak (fulan) Al-Abbas. kemudian datang ke Kufah menghancurkan di sekitarnya. lalu mereka keluar dalam perjalanan ke Syam kemudian keluar panji-panji petunjuk, lalu mereka ditangkap tentera tersebut, mereka dibunuh supaya tidak dapat melarikan diri untuk memberi maklumat, dan membebaskan apa yang ada di tangan mereka dari tawanan dan harta rampasan. Tentera kedua yang ditempatkan di Madinah menjarah tiga hari tiga malam. Kemudian dalam perjalanan mereka keluar ke Mekah sehinggalah mereka berada di Al-Baida’, Allah mengutus Jibrail,...) [50]
                                    
D Al-Sufyani Adalah Lelaki  Ganas Yang Sangat Besar Dengan Mukanya Ada Kesan Cacar:

Dalam kata-kata Amirul Mukminin mengenai akhir zaman, maka beliau berkata:

(يخرج ابن آكلة الأكباد من الوادي اليابس وهو رجل ربعة وحش الوجه ضخم الهامة بوجهه أثر جدري إذا رأيته حسبته أعور واسمه عثمان وأبوه عنبسة وهو من ولد أبي سفيان حتى يأتي أرضا ذات قرار ومعين فيستوي على منبرها)


(akan keluar anak dari pemakan jantung (anak Hindun) dari lembah kering (Al-Wadi Al-Yabis), Seorang lelaki dengan wajah yang besar, muka yang lebar dan ada kesan cacar. jika kamu melihatnya kamu fikir kamu telah buta, namanya ‘Utsman dan bapanya ‘Anbasah dia dri anak Abu Sufyan sehingga ia datang ke tanah padang rumput dan yang bermata air lalu naik ke atas mimbarnya) [51].

Banyak riwayat yang menunjukkan dia akan bertemu dengan Al-Mahdi (as) dari kezaliman dan keangkuhan kekuasaan Al-Sufyani dan mereka yang mengikutinya. Begitu juga ada isyarat jelas bahawa Mahdi (as) akan memusnahkan apa yang telah dibinanya, yang telah diterima, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah (S) di Mekah. Pada zaman ini Mekah adalah Najaf. Mereka adalah orang-orang yang berdiri menghadap Mahdi (as) dan yang memeranginya?

----------------
[48] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 215.
[49] Bihar Al-Anwar: J 53 hal 81.
[50] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 187.
[51] Bihar Al-Kharaij Wa Al-Jaraih: J 3 hal 1150.

Sebelum << Kandungan >> Selepas



Tiada ulasan: