Sabtu, 19 Ogos 2017

9. Tidak Ada Pada Panji-Panji Sebagai Panji Pentunjuk Selain Panji Al-Yamani:


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


9. Tidak Ada Pada Panji-Panji Sebagai Panji Pentunjuk Selain Panji Al-Yamani:

Al-Yamani sesuatu yang pasti dan tidak dapat dielakkan, kerana ia termaktub dalam riwayat-riwayat, oleh itu, ia tidak akan tertinggal atau terlambat, seperti yang berlaku pada Al-Sufyani. Maknanya terdapat dua barisan yang tidak dapat tidak menghadap satu sama lain, salah satu daripadanya mewakili kezaliman, kebencian dan kerusakan, yang merupakan barisan yang mewakili Al-Sufyani dan yang satu lagi mewakili barisan pengislahan, keadilan dan kejujuran yang diwakili oleh Al-Yamani.

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dari Abdullah bin Mas’ud (ra) dia berkata:

(أتينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فخرج إلينا مستبشراً يعرف السرور في وجهه ، فما سألناه ، عن شيء إلاّ أخبرنا : به ، ولا سكتنا إلاّ إبتدأنا ، حتى مر فتية من بني هاشم فيهم الحسن والحسين ، فلما رآهم التزمهم وانهملت عيناه ، فقلنا : يا رسول الله ما نزال نرى في وجهك شيئاً نكرهه ، فقال : إنا أهل بيت إختار الله : لنا الآخرة على الدنيا ، وإنه سيلقى أهل بيتي من بعدي تطريداً وتشريداً في البلاد ، حتى ترتفع رايات سود من المشرق ، فيسألون الحق فلا يعطونه ، ثم يسألونه فلا يعطونه ، ثم يسألونه فلا يعطونه ، فيقاتلون فينصرون ، فمن أدركه منكم أو من أعقابكم فليأت إمام أهل بيتي ولو حبواً على الثلج ، فإنها رايات  هدى يدفعونها إلى رجل من أهل بيتي يواطئ إسمه إسمي ، وإسم أبيه إسم أبي ، فيملك الأرض فيملؤها قسطاً وعدلاً كما ملئت جوراً وظلماً.

(Kami mendatangi Rasulullah (S) dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajah baginda. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah Al-Hasan dan Al-Husain. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, Allah telah pilihkan akhirat kami lebih dari dunia kami. Bahawa Ahlulbaitku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari Ahli Baitku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang memberi petunjuk. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari Ahli Baitku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kejujuran. Sebagaimana sebelumnya ianya dipenuhi dengan kezaliman dan kebencian.)

Hadits mengenai panji-panji dari Timur. Pembawa panji-panji dari Timur adalah pemilik (pembawa) yang memberi petunjuk. Panji-panji yang disebut secara sahih oleh Al-Baqir (as).

Maka telah dinyatakan dalam riwayat dari Al-Baqir (as):

(وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني، هي راية هدى؛ لأنه يدعو إلى صاحبكم، فإذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على الناس وكل مسلم، وإذا خرج اليماني فانهض إليه فإن رايته راية هدى، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه، فمن فعل ذلك فهو من أهل النار، لأنه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم)

(Tidak ada pada panji-panji sebagai panji pentunjuk selain panji Al-Yamani, ia adalah panji-panji petunjuk; kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Shohib kamu). Apabila Al-Yamani keluar diharamkan penjualan senjata kepada orang ramai dan kepada setiap muslim, dan apabila Al-Yamani keluar pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji-panji petunjuk. maka tidak halal bagi seorang Muslim berpaling darinya, Sesiapa yang berbuat demikian dia adalah dari ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus)

Riwayat Al-Yamani menunjukkan bahawa – ia Al-Yamani (orang kanan) - panjinya adalah panji-panji petunjuk. Ahl Al-Bait memerintahkan kita supaya menyertainya, dan juga dalam riwayat Rasulullah (S) menyeru manusia supaya menyertai seseorang dari Ahl Al-Bait baginda yang membawa panji-panji petunjuk, ia adalah panji-panji yang dikibar dari timur dan tidak ada panji yang dikibar dari timur melainkan panji-panji Al-Yamani, Kesimpulannya, kedua-dua riwayat itu bercakap tentang satu peribadi dan tidaklah ia panji petunjuk melainkan ia bersama dengan Imam maksum dan hujah daripada hujah-hujah Allah; kerana ia tidak akan mengeluarkan manusia dari kebenaran dan tidak akan membawa mereka kepada kesesatan.

Dan ungkapan: (walaupun terpaksa merangkak di atas salji) menunjukkan kepada tujuan yang sangat tepat supaya menyertai dengan melibatkan diri kepadanya tidak kira betapa sukarnya halangan itu

Diberitahu kepada kami Al-Walid, dari Yazid bin Sa’id, dari bin Abi ‘Atha’, dari Ka’ab, beliau berkata:

(فيظهر اليماني ويقتل قريش ببيت القدس وعلى يديه تكون الملاحم)

(Kemudian muncul Al-Yamani dan membunuh Quraish di Bait Al-Maqdis dan di tangannya terjadi pertempuran) [94]

Istilah Quraisy digunakan pada arah (aspek) yang bertentangan, yang penuh dengan kedengkian dan kebencian dan iri hati kepada Ahl Al-Bait (as) dan Syiah mereka, tetapi mereka (Quraisy) menunjukkan kasih mereka di hadapan manusia dan berpura-pura mengikuti jejak langkah dan pendekatan Ahl Al-Bait (as), dan Quraisy dahulunya ulamak Al-Ahnaf (agama Hanif) yang berkata kepada Rasulullah (S): Adakah engkau datangkan kepada kami untuk mengubah apa yang telah kami dapati dari nenek moyang kami sejak beribu-ribu tahun sebelumnya. Begitulah juga ulamak Quraisy hari ini, mereka mengatakan kepada Al-Qaim (Al-Yamani): Kami mengikuti jejak-jejak yang ditinggalkan oleh nenek moyang kami.

﴿وَكَذَٰلِكَ مَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِّن نَّذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِم مُّقْتَدُونَ﴾

Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka". (
     

-----------------
[94] Kitab Al-Fitan Nu’aim bin Hammad Al-Marwazi: J 1, hal 237
[95] Al-Zukhruf 43:23


Sebelum << Kandungan >> Selepas


Tiada ulasan: