Rabu, 9 Ogos 2017

8. Al-Sufyani dan Pemerntah Iraq:



Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?

8. Al-Sufyani dan Pemerntah Iraq:


Dan kami menerangkan sebelum ini dari penyelidikan bahawa terdapat banyak peribadi-peribadi Al-Sufyani. Terdapat Sufyani Al-Sham, satu lagi di Iraq, dan peribadi-peribadi lain adalah kepada peribadi yang terpakai dengan gelaran Al-Sufyani. dan bagaimana keadaan bentuk pemerintah Iraq, yang menghadapi dakwah Al-Mahdi (as).

Sebahagian besar peristiwa kezuhuran dan kenyataan-kenyataan adalah memperkatakan tentang kota Al-Zaura; (Baghdad) dan Kufah (Najaf), Ia adalah petunjuk yang jelas kepada pihak berkuasa Bani Abbas, dan penduduk Iraq akan diuji dengan keganasan pihak berkuasa dan dengan pembunuhan dan peperangan di seluruh Iraq..

Dari Muhammad bin Muslim, dari Al-Shadiq (as) katanya:

(sebelum Al-Qaim (as) akan berlaku bala bencana dari Allah, Aku bertanya: Apakah dia? - semoga aku menjadi tebusan tuan. Dia (as) membaca:

﴿وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ﴾

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. [52]

kemudian dia (as) berkata: Takut kepada raja-raja dari Bani Fulan (Al-Abbas) (menandakzn adanya pemerintah Iraq pada keturunan Al-Abbas; kerana mereka memerintah di ibu negara dan mereka mengendalikan nyadengan sirah mereka) Dan kelaparan kerana harga yang tinggi dan kurangnya sumber kewangan oleh jual-beli yang meleset, dan sedikit yang bermurah hati, diri-diri yang lemah hingga cepat mati, kurangnya buah-buahan, kurangnya hasil tanaman dan kurangnya berkat. Kemudian dia (as) berkata, (Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar). Semua itu akan mempercepatkan keluarnya Al-Qaim (as) [53].

----------------------
[52] Al-Baqarah 2:155.
[53] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 203..


Sebelum << Kandungan >> Selepas


Tiada ulasan: