Sabtu, 26 Ogos 2017

14. Keluar Al-Sufyani Al-Yamani dan Al-Khurasani dalam satu tahun dan satu bulan yang sama:



Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Al-Al-Al-Al-Yamani?

14. Keluar Al-Sufyani Al-Yamani dan Al-Khurasani dalam satu tahun dan satu bulan yang sama:

Dalam perkara ini - kata-kata untuk mereka – adalah apabila Al-Yamani muncul, Al-Sufyani dan Al-Khurasani juga mesti muncul, tidakkah itu yang hendak kamu tunjukkan kepada kami mengenai mereka??

Ini adalah keraguan atau kesamaran yang pada hakikatnya tidak terjadi melainkan dengan dua andaian berikut:

1. Mestilah mengandaikan bahawa makna keluar (Al-Khuruj) yang dperkatakan mengenai riwayat itu adalah muncul (Al-Dzuhur). Maknnya mereka keluar adalah mereka muncul. Adapun jika makna keluar adalah sesuatu yang lain dari muncul, seolah-olah yang dimaksudkan dengan keluar adalah kenyataan pergerakan ketenteraan, sebagai contoh, maka kesamaran akan hilang, sebab ia adalah jelas bahawa keraguan membina kesamaran atas alasan bahawa Al-Yamani wujud semata-mata sebagai khabar utama atau sebagai seruan (dakwah). Oleh itu, pada kemunculan orang lain mesti disertai dengannya atau yang muncul sebagaimana kemunculannya.

2. Mestilah mengandaikan bahawa yang keluar ini (atau yang muncul menurut anggapan mereka) adalah yang pertama daripada tiga pihak itu, maknanya ia keluar tidak didahului oleh keluar atau muncul mana-mana satu daripada mereka; kerana jika terbukti pada Al-Sufyani - sebagai contoh - keluar mendahului keluarnya (yang lain) ini menjadi suatu kemungkinan untuk yang lain samada Al-Yamani Al-Khurasani juga keluar walaupun tidak disebut dalam riwayat-riwayat.

Mengapa tidak disebut dalam riwayat-riwayat, Ini adalah perbahasan lain yang tidak ada kaitan dengan kemungkinan yang sama kewujudannya, tetapi ia berkaitan dengan hikmah tidak menyebutkannya, adalah jelas bahawa Al-Sufyani, sebagai contoh, di pihak yang sesat dan perlu didedahkan dan dikenalkan kepada orang ramai agar mereka tidak menjadi mangsa kepada kesesatan.

Al-Yamani, ia di pihak yang benar dan dari pintu-pintu untuk memastikan kejayaan pergerakannya dilengkapi dengan perincian yang tersembunyi.

Untuk perkara pertama: keluar dilakukan oleh sesiapa yang meninggalkan mana-mana tempat atau keadaan dan datang kepada yang lain, dikatakan keluar dari rumah iaitu berada di dalam rumah dan kemudiannnya berada di tempat yang lain daripada rumah itu. Dikatakan juga keluar dari ketenangannya iaitu dalam keadaan tenang dan menjadi kepada keadaan marah. Jika kita melihat riwayat ini kita tahu bahawa keluar padanya tidak bermakna muncul, tetapi bertujuan untuk pergi bertempur atau menggerakkan ketenteraan. Maka riwayat itu menggambarkan mereka keluar dengan bentuk berikut: (Al-Sufyani, Al-Yamani dan Al-Khurasani keluar dalam satu tahun, satu bulan, dan satu hari yang sama, tersusun seperti susunan manik-manik yang satu diikuti oleh yang lain. Akan berlaku kesengsaraan di segala penjuru, celakalah orang-orang yang menentang mereka. (Dan dalam riwayat ini juga) harus diketahui bagi Bani Fulan yang memerintah, Maka ketika mereka memerintah kemudian berselisih memecah-belahkan pemerintahan mereka, dan membubarkan pemerintahan mereka. sehingga keluar pada mereka Al-Khurasani dan Al-Sufyani, yang ini dari timur, dan yang itu dari arah barat, Mereka akan berlumba-lumba ke Kufah umpama kuda pacu yang bersaing, yang satu dari sini, yang satu dari sana, sehingga binasa Bani Fulan di tangan mereka, atau tidak ada yang tinggal daripada mereka) [119]
                                      
Adalah jelas bahawa suasana ini adalah suasana perang dan pertempuran, oleh itu keluar yang disebut dalam riwayat bermaksud gerakan ketenteraan dan bukan bermaksud muncul. Tetapi kemunculan mestilah sebelum gerakan ketenteraan yang perlu pula tentera itu dilengkapi dengan persediaan mental, kelengkapan ketenteraan, dan sebagainya..

Dan dengan ini dapat menghilangkan kesamaran, maka gerakan ketenteraan ini tidak meletakkan kepada kita untuk mencari pemilik yang samar dengan mengenal pasti Fulan atau ‘Ilan (siapa orangnya).

Perkara kedua: Ia adalah andaian yang urusan keluarya itu adalah yang pertama keluar daripada tiga pihak, dan ridak didahului mana-mana pihak yang lain. Maka sudah cukup untuk terbatalnya urusan keluar atau gerakan ketenteraan jika riwayat menggambarkan gerakan ke arah Kufah. Maka riwayat yang panjang dan gambaran terperincinya banyak perkara, dia berkata: (Diceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Sa’id bin-‘Uqdah, katanya, Diceritakan padaku Ahmad bin Yusuf bin Ya’kub Abu Al-Hassan Al-Ja’fi dari kitabnya, dia berkata: Diceritakan kepada kami Isma’il bin Mehran, katanya: Diceritakan kepada kami Al-Hassan bin Ali bin Abi Hamzah, daripada bapanya dan Wahib bin Hafsh, dari Abu Bashir, dari Abi Ja’far Muhammad bin Ali (as), dia berkata:

(إذا رأيتم نارا من المشرق شبه الهردي العظيم تطلع ثلاثة أيام أو سبعة فتوقعوا فرج آل محمد (عليهم السلام) إن شاء الله عز وجل إن الله عزيز حكيم ... إلى أن يقول: ولن يخرج القائم ولا ترون ما تحبون حتى يختلف بنو فلان فيما بينهم، فإذا كان كذلك طمع الناس فيهم واختلفت الكلمة وخرج  السفياني. وقال: لا بد لبني فلان من أن يملكوا، فإذا ملكوا ثم اختلفوا تفرق ملكهم، وتشتت أمرهم، حتى يخرج عليهم الخراساني و السفياني، هذا من المشرق، وهذا من المغرب، يستبقان إلى الكوفة كفرسي رهان، هذا من هنا، وهذا من هنا، حتى يكون هلاك بني فلان على أيديهما، أما إنهم لا يبقون منهم أحدا. ثم قال: عليه... )

(Jika kamu melihat api dari timur seperti Piramid Besar (terang kelihatan hebat) tiga atau tujuh hari maka dijangka Faraj (kelapangan) Aali Muhammad (as), Insya-Allah AWJ, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana... hingga sampai pada kata-kata: tidak akan keluar Al-Qaim dan kamu tidak melihat apa yang kamu sukai sehinggalah Banu Fulan berselisih di antara mereka, itu kerana ketamakan manusia di dalamnya, dan berbeza-bezanys kata-kata dan keluanya Al-Sufyani. Dan dia berkata lagi, Harus diketahui pada pemerintahan Bani Fulan, sedang mereka memerintah kemudian berselisih dan berpecah belah pemerintahan mereka, dan membubarkan pemerintahan mereka ,sehingga keluar pada mereka Al-Khurasani dan Al-Sufyani, yang ini dari timur, dan yang itu dari arah barat, Mereka akan berlumba-lumba ke Kufah umpama kuda pacu yang bersaing, yang satu dari sini, yang satu dari sana, sehingga binasa Bani Fulan di tangan mereka, atau tidak ada yang tinggal daripada mereka. Kemudian dia berkata kepadanya ...) [120]

Oleh itu, gerakan ketenteraan ini menuju ke Kufah, maka ke tiga-tiga akan bergersk atau saling berlumba menuju ke Kufah. Dan apakah kita tahu bahawa Al-Sufyani tidak menuju ke Iraq pada hal Kufah di Iraq, kerana ia hanya diketahui selepas menguasai lima kawasan dan berjuang dalam pertempuran lain yang menjelaskan kepada kita bahawa gerakan ketenteraan atau keluarnya Al-Sufyani sebelum pergerakan ini, di mana dia menghadap dan menuju Kufah, dan dengan itu boleh juga berlaku kepada Al-Yamani dan Al-Khurasani yang mempunyai pergerakan-pergerakan sebelum pergerakan menuju ke Kufah, dengan itu hilanglah kesamaran secara amnya dan tidak ada lagi kesan yang tinggal.

Sekarang, mari kita buktikan bahawa Al-Sufyani mempunyai pergerakan ketenteraan sebelum menuju Iraq. Saya akan membacakan riwayat-riwayatmua:

Dari Imam Al-Baqir (as):

(ثم يختلفون عند ذلك على ثلاث رايات: راية الأصهب، وراية الأبقع، وراية السفياني، فيلتقي  السفياني بالأبقع فيقتتلون فيقتله  السفياني ومن تبعه، ثم يقتل الأصهب، ثم لا يكون له همة إلا الإقبال نحو العراق، ويمر جيشه بقرقيسياء، فيقتتلون بها فيقتل بها  من الجبارين مائة ألف، ويبعث السفياني جيشا إلى الكوفة وعدتهم سبعون ألفا، فيصيبون من أهل الكوفة فتلا وصلبا وسبيا ...)

(Kemudian berselisih mengenainya antara tiga panji-panji: Panji Al-Ashhab, panji Al-Abqa’, dan panji Al-Sufyani, akan bertemu Al-Sufyani dengan Al-Abqa’ lalu mereka saling membunuh, Al-Sufyani lalu membunuhnya dan para pengikutnya, kemudian dia membunuh Al-Ashhab, Dan kemudian tidak ada kepentingan lain kecuali menuju ke Iraq, Tenteranya melalui Qirqisiya, lalu mereka bertempur hingga membunuh satu ratus ribu orang-orang yang gagah perkasa, dan Al-Sufyani menghantar tentera ke Kufah dan tujuh puluh ribu orang mereka yang berikrar, lalu mereka menyerang penduduk Kufah dengan membunuh, menyalib dan menangkap mereka ...) [121]

Al-Abqa’ dan Al-Ashhab, terbunuh di Syam; diriwayatkan dariJabir Al-Ja’fi, dari Abi Ja’afar (as), beliau berkata:

(الزم الأرض ولا تحرك يدا ولا رجلا حتى ترى علامات أذكرها لك، وما أراك تدرك ذلك: اختلاف بني العباس، ومناد ينادي من السماء، وخسف قرية من قرى الشام تسمى الجابية، ونزول الترك الجزيرة، ونزول الروم الرملة . واختلاف كثير عند ذلك في كل أرض، حتى تخرب الشام ويكون  سبب خرابها اجتماع ثلاث رايات فيها: راية الأصهب، وراية الأبقع، وراية السفياني)

("Berdirilah (Diamlah), jangan gerakkan tangan dan kakimu sehingga kamu melihat tanda-tanda yang akan aku sebutkan padamu: Dan apa yang kamu lihat, akan menyedarkamu, iaitu perselisihan Bani Al-Abbas, penyeru yang menyeru dari langit, penenggelaman sebuah kampung dari kampung-kampung Syam  yang dipanggil Al-Jabiah, orang-orang Turki akan datang ke Al-Jazirah, kemudian datang orang-=orang Rom ke Al-Ramlah, akan ada banyak perselisihan di mana-mana, hingga memusnahkan Syam, dan yang menjadi punca kehancurannya adalah tiga panji-panji: panji Al-Ashhab, panji Al-Abqa’, dan panji Al-Sufyani.) [122]

Dan dari Jabir, dari Abi Ja’afar (as):

(Jika muncul Al-Sufyani pada Al-Abqa’, Al-Manshur, Kanada Turki, Rom, keluar dan dia akan keluar pergi ke Iraq) [123]


Dan dari Jabir, dari Abi Ja’afar (as):, beliau berkata:

 (إذا ظهر الأبقع مع قوم ذوي أجسام فتكون بينهم ملحمة عظيمة، ثم يظهر الأخوص السفياني الملعون فيقاتلها جميعا فيظهر عليهما جميعا ... ثم يسير إلى العراق وترفع قبل ذلك اثنتا عشرة راية بالكوفة معروفة منسوبة )

(Jika Al-Abqa’ muncul bersama kaum yang bertubuh akan menjadi pertumpahan darah yang besar, Kemudian muncul Al-Akhwas Al-Sufyani terkutuk yang membunuh semuanya. Maka muncul ke atas keduanya kesemuanya ... dan kemudian berarak ke Iraq dan meningkat lebih banyak panji-panji dari sebelumnya iaitu dua belas panji-panji di Kufah yang dikenal berkaitannya) [124]

Dan Ali bin Abi Talib (as) berkata:

(... فيفاجئهم  السفياني في عصائب أهل الشام، فتختلف الثلاث رايات، رجال ولد العباس هم الترك والعجم، وراياتهم سوداء، فيقتل فيما بينهم ستون ألفا، فيغلب السفياني وإنه ليعدل فيهم حتى يقول القائل والله ما كان يقال فيه إلا كذب، والله إنهم لكاذبون، لو يعلمون ما تلقى أمة محمد منه ما قالوا ذلك ... فيجيش جيشين: جيش إلى المدينة وجيش إلى المشرق، قأما جيش المشرق فيقتلون بالزوراء سبعين ألفا، ويبقرون بطون ثلاثمائة امرأة، ويخرج الجيش إلى الكوفة، فيقتل بها خلقا)

(...Maka Al-Sufyani mengejutkan kumpulan-kumpulan penduduk Syam, perselisihan tiga panji-panji, anak-anak Al-Abbas mereka adalah orang-orang Turki dan bukan Arab (Al-‘Ajam), panji-panji mereka berwarna hitam, terbunuh antara mereka enam puluh ribu orang, Al-Sufyani mengadili mereka walaupun sebahagian mengatakan: Demi Allah apa yang dikatakan tidak lain hanya dusta, dan Demi Allah mereka adalah pendusta, jika mereka tahu apa yang ditemui oleh umat Muhammad daripadanya bukanlah apa yang mereka katakan itu ... tenteranya ada dua pasukan: tentera bandar dan tentera timur. Tentera timur yang membunuh orang-orang di Zaura’ (Baghdad) tujuh puluh ribu orang, dan mereka membuatkan tiga ratus perut perut wanita mengandung, dan tentera itu keluar ke Kufah, menyebabkan mereka terbunuh di sana) [124]


-------------------------
[119] Basyarah Al-Islam: hal 93, disalin dari Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: Bihar Al-Anwar: J 52 hal 210.
[120] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani hal 262-265
[121] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani hal 288-289..
 [122] Irsyad – Al-Syeikh Al-Mufid: J 2, hal 372-373
[123] Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) hal: 275 c 03:00
[124] Kitab Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad: hal 372-374; Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as)::J 3 hal 275-225.
[125] Syarah Ihqaq Al-Haq: J 29, hal kanan – oleh Al-Syed Al-Mur3asyi: J 29 hal 566-572


Sebelum << Kandungan >>  Selepas



Tiada ulasan: