Jumaat, 11 Ogos 2017

9. Tanda-tanda Al-Saah (Kezuhuran)


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


9. Tanda-tanda Al-Saah (Kezuhuran)

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah (S) memberikan tanda-tanda Al-Saah (Kezuhuran). Dia berkata:

(حججنا مع رسول الله (صلى إلى عليه وآله) حجة الوداع فجاء حتى أخذ بحلقة باب الكعبة ثم أقبل علينا بوجهه وهو كالشمس في الضحي ، ثم قال: ألا أخبركم بأشراط الساعة؟ فقلنا: بلى يا رسول الله فقال: إن من اشراط الساعة إضاعة الصلاة، واتباع الشهوات، وتعظيم المال، وبيع الدين بالدنيا فعندها يذوب قلب المؤمن في جوفه كما يذوب الملح في الماء، مما يرى من المنكر فلا يستطيع إنكاره!!! فقال سلمان: وكل هذا كائن يا رسول الله؟

فقال رسول الله (صلى إلى عليه وآله): إي والذي نفس محمد بيده، فعندها يليهم من الأمراء الجور والوزراء الفسق، والعرفاء الظلم، والأمناء الخيانة، فعندها يكون المنكر معروفا والمعروف منكرا، ويصدق الكاذب ويكذب الصادق، وتتأمر النساء وتشاور الإماء وتعلو الصبيان المنابر، ويكون الفجور طرفا، والزكاة مغرما والغي مغنما، ويجفو الرجل والديه ويبر صديقه، ويطلع الكوكب المذنب فعندها تشارك المرأة زوجها في التجارة، ويكون المطر قضا فإذا دخلت السوق فلا ترى إلا ذاما لربه، هذا يقول: لم أبع شيئا، وهذا يقول: لم أربح شيئا، فعندها يملكهم قوم إن تكلموا قتلوهم، وإن سكتوا استباحوهم، يسفكون دماءهم ويملؤون قلوبهم رعبا، فلا تراهم إلا خائفين مرعوبين، فعندها يؤتى بشيء من المشرق وشيء من المغرب، فالويل لضعفاء أمتي منهم والويل لهم من الله، لا يرحمون صغيرا ولا يوقرون كبيرا، قلوبهم قلوب الشياطين، فعندها يلتقي الرجال بالرجال، والنساء بالنساء،  ويغار على الغلام كما يغار على الجارية في بيت أهلها، وتشبه، الرجال بالنساء والنساء بالرجال، وتعلو الفروج السروج، فعلى أولئك من أمتي لعنه الله، فعندها تزخرف المساجد والصاحف، وتعلى المنابر وتكثر الصفوف، قلوب متباغضة ، وألسن مختلفة، فعندها تحلى ذكور أمتي بالذهب، ويلبسون الحرير والديباج ويظهر الربا ويتعاملون بالرشوة، ويستعملون الغيبة، فعندها يكثر الطلق، فلا يقام لله حد فعندها يحج ملوك أمتي للنزهة، وتحج أوساطهم للتجارة، وتحج فقراؤهم للرياء والسمعة، فعندها يتعلمون القرآن لغير الله ويتخذونه مزامير ويتفقهون للجدال، ويكثر أولاد الزنا ويعفون بالقرآن ويتهافتون على الدنيا، فإذا انتهكت المحارم، واكتسبت المآثم، سلط الأشرار على الأخيار، فهنالك يفشو الكذب، ويتهافتون في اللباس ويمطرون في غير أوان المطر، وينكرون الأمر بالمعروف في ذلك الزمان حتى يكون المؤمن أذل من الأمة وتظهر قراؤهم فيما بينهم التلاوة والعداوة، أولئك يدعون في ملكوت السماء الأرجاس والأنجاس فهناك يخشى الغنى من الفقير أن يسأله، ويسأل الناس في محافلهم فلا يضع أحد في يده شيئا فعندها يتكلم من لم يكن متكلما حتى فلم يلبثوا هناك إلا قليلا حتى تحور الأرض خورة حتى يظن كل قوم أنها خارت في ناحيتهم .... )

(Kami mengerjakan Haji bersama Rasulullah (S) Ia adalah Haji Wida; (Haji selamat tinggal). Ketika baginda pergi memegang gelang pintu Ka'bah, kemudian baginda berpaling menghadap kami, wajah baginda bak matahari di siang hari, dan kemudian baginda bersabda: Patutkah aku beritahu kamu tanda-tanda Al-Sa’ah? Kami menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Lalu baginda bersabda: Antara tanda-tanda Al-Sa’ah itu adalah mensia-siakan sholat, dan mengikut hawa nafsu, memagung-agungkan harta, dan menjual agama dengan dunia, maka yang ada di hati orang mukmin larut dalam rongganya seperti garam larut di dalam air, apabila melihat kemungkaran, tidak dapat dinafikan!!!, Lalu Salman berkata: semua ini wujud, ya Rasulullah?

Rasulullah (S) bersabda: Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya, kemudian diikuti oleh kezaliman pemerintah-pemerintah dan para menteri yang fasiq, orang-orang yang arif zalim, dan pemegang amanah berkhianat, yang mungkar dianggap makruf dan yang makruf dianggap mungkar, orang yang benar dianggap pendusta dan pendusta dianggap benar, perempuan menjadi pemimpin, hamba di ajak berunding, kanak-kanak di atas pentas, mengadakan parti hawa nafsu, zakat diangggap merugikan, harta diraih secara batil, lelaki dibenci ibu bapa rakannya dipenuhi (janji), keluar bintang Merah, wanita mengambil bahagian dalam perniagaan, hujan yang mencurah-curah. Jika kamu memasuki pasar akan melihat orang mencemuh Tuhannya. Kata-kata ini tidak apa-apa yang menguntungkan, orang yang bersuara akan dibunuh, dan mereka yang diam dianggap betul, mereka menumpahkan darah untuk menakut-nakutkan, mereka tidak kelihatan tetapi bersembunyi ketakutan, kemudian datang pula sesuatu dari timur dan sesuatu dari barat, maka akan celakalah umatku yang lemah, dan celakalah mereka dari Allah, Tiada belas kasihan pada yang kecil dan tidak menghormati yang tua, hati mereka hati syaitan, yang lelaki mencukupi dengan lelaki, wanita dengan wanita, cemburu (iri hati) dengan hamba lelaki atas hamba perempuan, sehingga walaupun di rumah keluarganya, dan lelaki menyerupai wanita, wanita menyerupai lelaki, berlaku sombong dan bersenang-senang, mereka itu dari umatku yang dilaknat Allah, masjid-masjid dan Al-Quran dihiasi, dan mimbar ditinggikan saf diperbanyak, hati-hati mereka saling membenci, bahasa yang berbeza beza, orang-orang lelaki umatiku berhias dengan emas, dan memakai sutera, mengamalkan riba dan rasuah dan mereka menggunakan dalih, penceraian semakin banyak, ia tidak ditentukan Allah dan haji raja-raja umatku sebagai melancung, dan haji orang pertengahan untuk perniagaan dan haji kepada orang-orang miskin dengan riya’ dan sam’ah, mereka belajar Al-Quran bukan kerana Allah, dan mereka mengutamakan lagu dan memahaminya untuk berdebat, dan banyak anak-anak zina, meringan-ringankan Al-Quran, mengejar dunia, Apabila muhrim dicabuli, dosa dicari, orang jahat menguasai yang baik, tersebarnya pendustaan, mengumpul pakaian, hujan turun tidak tentu masa, dan terhalang seruan kebaikan pada zaman itu sehingga orang mukmin adalah umat yang dihina, menguatkan bacaan antara mereka kerana permusuhan, merekalah yang dipanggil di dalam kerajaan Langit yang keji dan kotor, orang kaya takut golongan miskin yang meminta kepadanya, dan orang meminta atas kelebihan mereka tidak diletakkan sesuatu pun di dalam tangannya, mereka bercakap tentang sesutu yang tidak perlu dicakapkan, sehingga tiada yang tinggal kecuali sedikit sehingga bumi rusak teruk; sehingga semua orang menyangka bahawa mereka telah rusak semuanya ....) [54].



Riwayat ini merujuk kepada perkara-perkara penting dan amat berbahaya dan ianya berlaku pada akhir zaman, tetapi kita melihat manusia lalai dan tidak peduli bahawa mereka berada dalam akhir zaman, dan bahawa tanda-tanda Al-Saah (Kezuhuran) yang diberitakan kepada mereka oleh Rasulullah (S) benar-benar telah berlaku, Maka di sini manusia tetap berduyun-duyun mengejar dunia, dan mereka yang jahat telah menguasai ke atas diri hamba-hamba atas apa yang diusahakan oleh tangan-tangan manusia.

﴿ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). [55].

Hadits dari Rasulullah (S) ini dan hadits-hadits yang lain menerangkan kepada kita dalam bentuk yang tepat bahawa kita berada dalam akhir zaman, tetapi manusia lalai daripada semua tanda-tanda dan alamat-alamat yang diperingatkan kepada kita oleh Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as).

Dia SWT berfirman:

﴿مَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ ٢

Tidak datang kepada mereka suatu peringatan pun yang baru dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main, [56].

Jika manusia mengikuti kata-kata Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as) dan melarikan diri dari apa yang ditegah kepada mereka dan melarikan diri dari apa diwajibkan kepada mereka apabila datang keadaan ini, di mana mereka telah dikuasai oleh kejahatan-kejahatan ketika mereka diseru tetapi mereka tidak menyahut seruan tersebut!!!

Rasulullah (S) memberi petunjuk pada permulaan sabda baginda yang merupakan perkara yang penting yang telah berlaku pada hari ini pada kebanyakan negara di dunia ini, malahan apa yang berlaku di negara-negara Islam adalah lebih ketara lagi, dan perkara ini adalah gempa bumi yang tidak lelepas darinya bagi negara antara dua sungai (Mesopotamia), dan juga Semenanjung Arab yang diwakili oleh negara-negara Teluk. Rasulullah (as) telah memberi isyarat, di mana baginda bersabda: (tiada yang tinggal kecuali sedikit sehingga bumi rusak teruk; sehingga semua orang menyangka bahawa mereka telah rusak semuanya), kerusakan bumi ditunjukkan dengan gempa bumi dan kegoncangan, dan saya akan menyebut dalam tulisan buku ini sebilangan besar gempa bumi, pada zaman kezuhuran Al-Mahdi (as), walaupun terdapat kegoncangan dan gempa bumi akan terus meningkat bilangannya; Kerana manusia mendustakan orang yang diutuskan, dan Allah tidak menghukum sesuatu kaum kecuali selepas diutus kepada mereka seorang utusan.

Dia SWT berfirman:

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا﴾َ

dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang utusan. [57].

Ini adalah apa yang berlaku pada hari ini dan kegoncangan-kegoncangan ini adalah amaran dan peringatan kepada manusia supaya mereka kembali.
﴿وَكَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ وَلَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾
Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu, agar mereka kembali. [58].

Sesungguhnya manusia tidak menyeru kepada makruf dan tidak mencegah kemungkaran serta tidak berwilayahkan Wali Allah dan tidak memusuhi musuh-musuh Allah maka mereka layak menerima azab di mana sahaja mereka berada.

Mana-mana peribadi yang tidak sedar bahawa tanah semenanjung dan negara di antara dua sungai (Mesopotamia) adalah tanah yang mungkin mengalami kegoncangan-kegoncangan atau gempa bumi, kerana manusia tidak mengikuti jejak langkah Nabi Al-Ummi Al- Qurasyi (S). dan Ahl Bait baginda (as), dan mereka tidak membaca apa yang diberitakan kepada mereka dengan apa yang akan berlaku pada akhir zaman, bahkan mereka mengikuti jejak langkah syaitan.

Dia SWT berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ  

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [59].

Nanti kita akan mengikut kata-kata mereka (as), dan kita tahu dengan tepat apa yang diisyaratkan olehnya dan apa yang berlaku pada masa kezuhuran Al-Mahdi (as) dan akan diikuti oleh peristiwa-peristiwa yang berturut-turut, seperti yang telah ditunjukkan dalam halaman sebelumnya bahawa terdapat ramai Sufyani, kami juga akan membuktikan bahawa nama dan sifat Al-Mahdi (as) tidak hanya khusus pada peribadi Muhammad bin Al-Hasan (as), tetapi diperluaskan kepada anak-anaknya yang menjadi khalifah (penggantinya) di bumi ini, dan juga akan diterangkan melalui penyelidikan dan dalam mengikut kata-kata Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as) bahawa terdapat banyak bencana akan berlaku dengan kezaliman memerangi Al-Mahdi (as) akan diterangkan melalui penyelidikan ini, dan dengan izin-Allah, kita akan mendapat bantuan daripadaNya.

Kebanyakan umat Islam, walaupun dari mazhab-mazhab yang berbeza percaya kezuhuran Imam Al-Mahdi (as) dan bagi kezuhuran beliau yang mempunyai alamat-alamat.

Alamat-alamat ini dibahagikan kepada tanda-tanda yang bukan ditetapkan; yang boleh berlaku padanya Al-Bada’ (pemansuhan dan penetapan) yang boleh boleh berubah atau tidak berlaku sama sekali. Tidak disyaratkan berlaku sebelum kezuhuran Imam (as), tetapi ia adalah tanda-tanda apabila dicapai (menjadi kenyataan) yang menunjukkan kepada hampirnya faraj (kelapangan). Dan jika tidak dicapai (menjadi kenyataan) tidaklah ditunjukkan perkara seterusnya.

Tanda-tanda yang ditetapkan berubah daripada menghampiri janji yang benar akan tertegaknya Daulah Keadilan Ilahi, seperti dinyatakan oleh Imam-imam,

Dari Al-Shadiq (as):

)قبل قيام القائم (عليه السلام) خمس علامات محتومات؛ اليماني، والسفياني والصيحة وقتل النفس الزكية والخسف بالبيداء(

(Sebelum bangkitnya Al-Qaim (as) ada lima tanda-tanda yang tak terelakkan: Al-Yamani; Al-Sufyani, Al-Shaihah (Jeritan di langit), pembunuhan jiwa yang suci dan penenggelaman di Al-Baida’) [60].



---------------------------
[54] Bihar Al-Anwar: J 6 hal307 No 6.
[55] Al-Rum 30:41
[56] Al-Anbia’ 21: 2
[57] Al-Israa’ 17:15.
[58] Al-A’raf 7:174
[59] Al-Nur 24:21
[60] Ilzam Al-Nashib Fi Al-Itsbat Al-Hujah Al-Ghaib: J 2, hal 119





Sebelum << Kandungan >> Selepas

Tiada ulasan: