Selasa, 29 Ogos 2017

15. Ketentuan-Ketentuan Peribadi Al-Yamani:



Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


15. Ketentuan-Ketentuan Peribadi Al-Yamani:
                   
Dalam soalan yang ditujukan kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan  (as) mengenai peribadi Al-Yamani, beliau menjawab:

[[pertama sekali hendaklah diketahui bahawa Makkah adalah sebahagian dari Tuhama, dan Tuhama sebahagian dari Yaman. Sementara Muhammad dan Aali Muhammad (as) semuanya adalah Yamaniiyah (orang-orang Yaman). Maka Muhammad (S) adalah Yamani (orang Yaman), diikuti oleh Ali (as) adalah Yamani  dan Imam Mahdi (as) adalah Yamani  dan Dua Belas Mahdi-mahdi adalah Yamani, Mahdi pertama adalah Yamani, dan ini adalah yang diketahui oleh ulamak yang beramal yang awal (rahimahumu Allah),


Pertama sekali, hendaklah diketahui bahawa Mekah adalah dari Tuhamah dan ia satu tempat di Yaman. Oleh itu Muhammad (S) dan keseluruhan ahli keluarganya (as) adalah “Yamani”, Ali (as) adalah “Yamani”, Imam Al Mahdi (as) adalah “Yamani”, dua belas Mahdi adalah “Yamani”, dan begitu juga Mahdi pertama adalah “Yamani”. Inilah maksud “Yamani” yang difahami oleh ulama ‘Amilin (yang beramal dengan ilmunya) terawal (semoga Allah merahmati mereka). Firman Allah SWT:

﴿فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً﴾

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, [126]

Al-‘Alamah Al-Majlisi (rahmahu Allah) menamakan kata-kata Ahl Al-Bait (as) di dalam Al-Bihar bertajuk (Al-Hikmah Al-Yamaniiyah), bahkan ia telah diriwayatkan dari Rasulullah (S), sebagaimana Abdul Muttalib (as) memanggil Bait Allah Al-Haram Al-Ka'bah Al-Yamaniiyah.

Bagi ketentuan-ketentuan peribadi Al-Yamani:

:
Ia adalah berdasarkan riwayat yang diambil daripada riwayat Al-Baqir (as): (Tiada panji-panji yang merupakan panji Hidayah selain dari panji Al-Yamani, ia adalah panji-panji Hidayah; kerana ia menyeru kepada Pemilik Kamu, jika Al-Yamani keluar diharamkan penjualan senjata kepada orang ramai dan kepada semua muslim, dan jika Al-Yamani keluar pergilah kepadanya, kerana panjinya, adalah panji-panji Hidayah, maka adalah haram bagi seorang muslim berpaling darinya, sesiapa yang berbuat demikian dia adalah dari ahli neraka; kerana ia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus.)
                    




Butiran-butiran penting berkaitan riwayat ini, adalah seperti berikut:
Pertama / (maka adalah haram bagi seorang muslim berpaling darinya, sesiapaia berbuat demikian dia adalah dari ahli neraka): Ini bermakna bahawa Al-Yamani: (Pemegang Wilayah Ilahiyah - pemilik kekuasaan Ilahi). Seseorang itu tidak akan menjadi hujjah ke atas manusia sedangkan dalam masa yang sama berpaling daripadanya menyebabkan seseorang itu masuk neraka, walaupun mereka melakukan sholat dan berpuasa. Melainkan mereka adalah dari kalangan khalifah-khalifah Allah di bumiNya dan juga pemilik kekuasaan Ilahi dari kalangan nabi-nabi, rasul-rasul, para imam dan Mahdi-mahdi (as).
Kedua / (kerana ia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus): Dakwah kepada kebenaran dan jalan yang lurus bermakna peribadi ini tidak akan melakukan kesalahan iaitu tidak membawa manusia kepada kebatilan atau mengeluarkan mereka daripada kebenaran. Dengan kata lain, dia adalah Maksum berdasarkan peruntukkan teks (nas) Ilahi. Pembatasan sifat peribadi berdasarkan ciri-ciri ini adalah amat penting dalam menentukan peribadi Al-Yamani yang sebenar.

Ini kerana jika seseorang beranggapan selain dari maksud ini dalam memahami riwayat ini “kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus” akan menyebabkan kata-kata Imam (as) menjadi sia-sia dan tidak lagi terdapat sebarang batas atau had ke atas individu Al Yamani (iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi Al Yamani), dan semoga dijauhkan Allah para Imam (as) bersifat sepertimana yang mereka sangkakan.
Kesimpulan dari pertama dan kedua:

Dapat disimpulkan dari perbahasan di atas tentang hakikat sebenar Al-Yamani sebagai salah seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah di bumiNya dan dia adalah maksum bersandarkan peruntukan teks (nash) Ilahi. Ianya juga dibuktikan melalui riwayat-riwayat yang mutawatir dan nash-nash qath’ei bahawa khalifah-khalifah selepas Rasulullah (S) adalah duabelas Imam (as) dan duabelas Mahdi (as) selepas mereka (as). Tiada hujjah (khalifah) selain daripada mereka kerana melalui mereka lengkaplah nikmat, sempurnanya agama (Din) dan penutup risalah samawi.

Sebagaimana kita ketahui bahawa sebelas Imam (as) telah berlalu pergi meninggalkan kita dan sekarang hanya satu sahaja Imam yang masih kekal iaitu Imam Al Mahdi (as) dan duabelas Mahdi (.s). Al-Yamani mengajak kepada Imam Al Mahdi (as). Oleh itu, Al Yamani mestilah Mahdi Pertama kerana sebelas Mahdi selepasnya adalah dari zuriat keturunannya, firman Allah SWT:

﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

(sebagai) satu keturunan yang sebagiannya (turunan) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [127]



Mereka (sebelas Mahdi) ini akan datang selepas zaman kemunculan Imam Al Mahdi (as), malah mereka bakal berada dalam era “Daulah Keadilan Ilahi”. Manakala Mahdi Pertama (as) sebagaimana dibuktikan bahawa dia wujud di zaman kezuhuran Imam Al Mahdi (as) dan dia adalah orang yang pertama beriman dengan Imam Mahdi (as) di awal kezuhurannya. Matlamat utama Mahdi Pertama adalah untuk mempersiapkan segala keperluan bagi kebangkitan Imam Al Mahdi (as) sepertimana yang diriwayatkan dalam wasiat Rasulullah (S).

Dari sini dapat disimpulkankan bahawa Al Yamani adalah terbatas kepada individu Mahdi Pertama daripada duabelas Mahdi (as).

Ia juga berdasarkan penerangan dan gambaran terperinci yang diberikan oleh Ahl Al-Bait (as) tentang Mahdi Pertama berkaitan nama, sifat-sifat dan tempat tinggalnya. Namanya adalah Ahmad dan gelarannya adalah Abdullah (hamba Allah), Israel atau orang mengatakannya Israel secara terpaksa atau tanpa disedari sepertimana sabda Rasulullah (S):”Namaku Ahmad dan aku adalah Abdullah, namaku Israel, maka apa yang diperintahkan kepadanya telah juga diperintahkan kepadaku dan setiap apa yang ditujukan kepadanya telah juga ditujukan kepadaku.”

Mahdi Pertama adalah yang pertama dari 313 sahabat Imam Al Mahdi (a.s), dan dia berasal dari Basrah, terdapat tanda di pipi kanannya dan kelemumur di dahinya. Bentuk tubuh badannya mempunyai persamaan seperti tubuh Musa bin Imran (as), di belakang badannya terdapat tanda mohor kenabian dan di sisinya asa wasiat Rasulullah (S). Dia yang paling alim berkaitan Al Quran, Injil dan juga Taurat selepas daripada para Imam (as), dan dia akan tampil sebagai seorang pemuda di awal kemunculannya. Rasulullah (S) bersabda: “...kemudian baginda menyebutkan tentang seorang pemuda dan bersabda, “jikalau kamu melihatnya maka berilah taatsetia kepadanya kerana dia adalah khalifah Al-Mahdi.” [128]

Daripada Abi Abdillah (as), daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: “Rasulullah (S) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah (S) mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehinggalah sampai kepada sabda baginda,..dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman.” [129]

Dari Hudzaifah, beliau berkata, Aku mendengar Rasulullah (S) menyebut tentang Al-Mahdi, baginda bersabda: (dia akan dibai’ah di antara Rukun dan Maqam, namanya Ahmad, Abdullah dan Al-Mahdi, ini adalah ketiga-tiga nama-namanyaya)) [130]

Diriwayatkan daripada Imam Al Shadiq (as), dia berkata: “Sesungguhnya daripada kalangan kami (Ahlulbayt as) selepas Al Qa’im, duabelas Mahdi daripada anak keturunan Hussein (as).” [131]

Dan dalam riwayat yang lain daripada Imam Al Shadiq (as): “Sesungguhnya daripada kalangan kami (Ahlulbayt as) selepas Al Qa’im, sebelas Mahdi daripada anak keturunan Hussein (as).” [132] Al Qaim yang dimaksudkan dalam riwayat kedua adalah Mahdi Pertama dan bukannya Imam Mahdi (as) kerana selepas daripada Imam Mahdi (as) akan adanya duabelas Mahdi.

Telah berkata Imam Al Baqir (as) dalam menerangkan tentang Mahdi Pertama: “...Dialah yang mempunyai warna kulit seakan kemerah-merahan, mata berlekuk, bulu kening yang tidak bersambung, bahu yang luas, kelemumur di kepalanya dan tanda di pipinya, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Musa (as).” [133]

Juga diriwayatkan dari Amirul Mukminin Ali (as) dalam hadis yang panjang, dia berkata: “...yang pertama dari kalangan mereka adalah dari Basrah dan yang terakhir adalah dari Ibdaal.” [134]

Juga diriwayatkan dari Imam Al Shadiq (as) dalam hadis yang panjang, yang mana dia (as) menyebutkan tentang sahabat-sahabat Al Qaim (a.s): “...dan dari Basrah...Ahmad...) [135]

Juga diriwayatkan dari Imam Al Baqir (as), dia berkata: “Al Qa’im akan mempunyai dua nama; nama yang disembunyikan dan nama yang dihebahkan. Adapun nama yang disembunyikan adalah Ahmad dan nama yang dihebahkan adalah Muhammad.” Ahmad di sini adalah nama Mahdi Pertama dan Muhammad adalah nama Imam Mahdi (as) sepertimana dijelaskan dalam hadis wasiat Rasulullah (S). 

Juga di dalam riwayat lain daripada Imam Al Baqir (as): “Sesungguhnya Allah SWT mempunyai perbendaharaan yang bukan berupa emas atau perak di Thalikan, tetapi 12000 orang di Khurasan. Slogan mereka adalah Ahmad! Ahmad!, mereka dipimpin oleh seorang pemuda dari Bani Hashim yang menunggang keldai berwarna kelabu, dengan pengikat berwarna merah di kepalanya, seolah-olah aku sedang melihatnya merentasi sungai Furat. Bilamana kamu mendengar tentangnya, hendaklah kamu bersegera kepadanya, walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.” Ahmad yang dimaksudkan di sini adalah nama bagi Mahdi Pertama.

Di dalam kitab Al Malahim wa Al-Fitan karangan Al-Syed bin Tawoos Al Hasani menyebutkan: “Berkata Amir Al Ghadhab bukanlah ini dan bukan juga itu, bahkan mereka mendengar suara yang bukan dari kalangan Jin mahu pun manusia berseru supaya memberi taatsetia kepada si pulan yang namanya bukanlah ini dan bukan juga itu melainkan dia adalah Khalifah Al Yamani.”

Di dalam kitab yang sama juga disebutkan: “Mereka berkumpul dan melihat kepada orang yang mereka berikan bai’ah, dalam keadaan mereka seperti itu, mereka akan mendengar suara yang tidak diketahui dan tidak pernah disebutkan oleh manusia mahu pun jin, berilah taatsetia kamu kepada si Fulan dengan namanya bukan ini dan bukan itu tetapi dia adalah khalifah Al-Yamani.”

Al-Syeikh Ali Al-Kurani di dalam kitabnya Mu’jam Ahadits Al Imam Al Mahdi juga menyebutkan: “Mahdi itu adalah hanya dari Quraysh, dan khilafah itu hanyalah pada mereka, melainkan dia mempunyai asal usul dari Yaman”. Mahdi pertama adalah dari zuriat Imam Al Mahdi (as), maka perlu diketahui bahawa dia mempunyai jalur keturunan yang terputus disebabkan zuriat Imam Al Mahdi (as) yang tidak diketahui. Inilah sifat-sifat yang disifatkan kepada Al Yamani yang memperolehi kemenangan dan juga disifatkan kepada Mahdi Pertama kerana mereka sebetulnya adalah orang yang sama sepetimana yang dijelaskan. 

Jika kamu menginginkan maklumat lanjut, maka ditambah lagi bahawa Al Yamani adalah individu yang mempersiapkan lapangan untuk era kebangkitan yang suci. Dia adalah yang pertama dari kalangan tiga ratus tiga belas sahabat dan yang akan memberikan panji kepada Imam Al Mahdi (as). Manakala Mahdi pertama juga hadir di zaman kemunculan yang suci sebagai orang yang pertama mengimani Imam Al Mahdi (as) di zaman kemunculan dan sebelum kebangkitannya. Adalah amat penting salah seorang daripada mereka menjadi hujjah (khalifah) ke atas satu lagi, memandangkan mereka semua adalah hujjah-hujjah (khalifah Allah) ke atas semua makhluk, yang termasuk di dalamnya Mahdi Pertama. Jika kedua-dua karakter ini bukan individu yang sama, maka Mahdi pertama adalah hujjah (khalifah) ke atas Al Yamani. Oleh itu, Mahdi Pertama akan berperanan sebagai orang yang memimpin bagi mempersiapsediakan revolusi, manakala Al Yamani akan berperanan sebagai watak sampingan sahaja. Hal ini tidak benar sama sekali kerana Al Yamani adalah watak utama dalam persiapan dan pemimpin utama di era kemunculan yang suci.

Justeru adalah menjadi keperluan bahawa Mahdi Pertama adalah Al Yamani dan Al Yamani adalah Mahdi Pertama. Dengan ini Al Yamani, namanya adalah Ahmad daripada Basrah, mempunyai tanda di pipi kanannya, seorang pemuda di awal kemunculannya, mempunyai kelemumur di kepalanya, yang paling alim di kalangan manusia tetang Al Quran, Taurat dan Injil selepas daripada Imam (as), jalur keturunan yang terputus, mempunyai gelaran “Mahdi”, imam maksum yang wajib ditaati, tidak dibenarkan muslim berpaling daripadanya dan dijamin neraka bagi mereka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus, dia mengajak kepada Imam Mahdi (as) dan kesemua yang telah diriwayatkan daripada para Imam (as) berkaitan ciri-ciri Mahdi Pertama. Sila rujuk riwayat-riwayat dalam Kitab Al-Ghaibah Al-Nu3mani dan Al-Ghaibah Al-Thusi, Kamal Al-Din, dan Al-Bihar serta dari kitab-kitab hadits yang lain.
Seterusnya, baki pengikut Al Yamani yang terdiri daripada tiga ratus tiga belas orang sahabat Imam Al Mahdi (as) juga digelar dengan gelaran “Yamaniyyun” kerana mereka secara terus dikaitkan dengan ketua mereka Al Yamani dan termasuk di kalangan mereka adalah Yamani dari San’a serta Yamani dari Iraq. [136] Kata-kata Al-Syed Ahmed Al-Hassan tamat.

Ia semua kekal sebagai (pengikut Al-Yamani) daripada tiga ratus tiga belas orang sahabat Imam (as): ( (mereka Yamaniyun), dengan menganggap gabungan mereka (kepada pemimpin mereka Al-Yamani), termasuk Yamani Sana'a dan (Yamani Iraq).]] [136] Kata-kata Al-Syed Ahmed Al-Hassan tamat.

Jika kita melihat kumpulan riwayat di bawah, ia akan menjadi lebih jelas kepada kita:

Dari Al-Baqir (as): (Bahawa Allah Ta’ala mempunyai khazanah di Al-Thaliqan yang bukan emas atau perak, dua belas ribu di Khurasan, slogan mereka: (Ahmad! Ahmad!), dipimpin oleh seorang lelaki muda dari Bani Hasyim pada keldai Abu-abu, memakai cincin merah, seolah-olah saya melihat dia melalui Sungai Furat. Jika kamu mendengarnya, bersegeralah kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji). Ahmed adalah nama. Mahdi Pertama [137].
                 
Jika mereka menggunakan nama (Ahmed) sebagai slogan, ia menunjukkan bagawa mereka kenal kedudukan istimewanya. Dan mereka mengatakan: (dipimpin oleh seorang lelaki muda dari Bani Hasyim) menunjukkan bahawa (Ahmad) adalah orang yang sama seperti yang disebut dalam Wasiat Rasulullah (S) atau yang akan mewakili badinda dan menyokong urusan badinda, maka bersegera pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji, Maka kekuatan untuk melakukannya tidak akan terlepas dari orang-orang menyertainya melainkan jika pemuda,itu menunjukkan hujah ketaatan yang sepatutnya, tidak ada hujah melainkan Imam Mahdi (as) dan anaknya Ahmad. Imam Al-Baqir (as) telah meriwayatkan: (semua panji-panji yang berkibar sebelum panji Al-Qaim pemiliknya adalah taghut penzalim.) [138].

Ini bermakna semua panji-panji adalah panji-panji sesat kecuali panji Al-Qaim, walaupun ia dikaitkan dengan pihak tertentu, di mana panji kepada (seorang pemuda dari Bani Hashim) adalah terpuji dari orang-orang yang terlepas darinya, bahkan kita diperintahkan bersegera kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji, ia mestilah panji-panji Al-Qaim sendiri dan dengan menerima apa yang telah diperintahkan kepada kita oleh Ahl Al-Bayt (as) supaya bergabung dengan apa yang dibawa Al-Yamani, Jika berpaling darinya adalah dari ahli neraka, yang tiada mengeluarkannya dengan pelbagai sifat melainkan peribadi yang.satu ini.

Oleh itu, Al-Yamani, Mahdi Pertama dan Al-Qaim adalah sifat-sifat untuk satu peribadi yang disebut dalam Wasiat Rasulullah (S) yang namanya Ahmad.

Dari Imam Al-Baqir (as): (... dan kepada kamu keganjilan Aali Muhammad (as), Maka jika Aali Muhammad dan Ali ada panji, pada yang lain juga ada panji-panji, Maka berdiamlah di tempatmu dan janganlah mengikuti seorang lelaki pun dari mereka sehingga kamu melihat seorang lelaki dari anak Al-Hussein, padanya ada janji, panji dan senjata nabi Allah, janji nabi Allah itu telah pergi ke sisi Ali bin Al-Hussein dan kemudian pergi ke sisi Muhammad bin Ali, Allah berbuat apa yang dikehendakiNua. Maka sertailah mereka selamanya, dan kepada kamu adalah apa yang aku ingatkan, jika keluar seorang lelaki daripada mereka dan bersamanya tiga ratus dua belas orang membawa panji Rasulullah (S) secara umumnya adalah kepada agama Al-Madinah ...) [139].
                               
Dalam riwayat tersebut ada tiga warisan; janji, panji dan senjata:


A - Pada Janji Rasulullah (S):

Ia adalah Wasiat Rasulullah (S), yang menyebutkan nama anak Al-Mahdi (Ahmad), dia adalah anak pemilik wasiat, dan pemilik wasiat adalah Imam Mahdi (as).

Dari Abu Al-Hasan (as), beliau berkata: (seolah-olah akan ada pembuka panji-panji celupan hijau dari Mesir, sehingga akan datang orang-orang yang malang, maka ditunjukkan kepada anak Pemegang Wasiat) [140].

B - Pada Panji Rasulullah (S):

Ia adalah Bai’atu Lillah (persetiaan kepada Allah),, iaitu bai’ah yang ditentukan oleh Allah kepada (Pemilik Janji), yang bertentangan dengan konsep demokrasi, pilihan raya dan ikrar perlantikan manusia seperti yang diiktiraf (diakui) oleh Al-Sunnah, dengan mengatakan ia adalah syura, dan baru-baru ini ia telah diakui oleh kebanyakan ulama Syiah dan diikuti oleh orang-orang lain tanpa pertimbangan, lalu mereka sebenarnya telah menyesatkan orang-orang dari ajaran Ahl Al-Bait (as).

C. Pada Senjata Rasulullah (S):

Ia adalah Al-Quran, iaitu ilmu dan pengetahuannya, orang yang membawa senjata Rasulullah mesti mengenal yang muhkam (jelas) dari yang mutasyabih (tidak jelas) serta nasakh (nasikh) dari yang mansukh (dimansuhkan). Tiada yang membawa dan mengetahui apa yang ada dalam Al-Quran, melainkan Ahl Al-Bait nabi; kerana mereka sebagai ganti Al-Quran, kedua-duanya Al-Tsaqalan (dua yang berat) dan kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, ia adalah mereka (as) dan Al-Quran, sehingga akan bertemu kembali dengan Rasulullah (S) di Telaga (Al-Haudh) seperti yang disebutkan dalam hadits baginda (S).

------------------
[126] Maryam: 19:59
[127] Aali Imran 4:34.
[128] Bisyarah Al-Islam: hal 30
[129] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Thusi: hal  150; Dalam Bihar Al-Anwar: J 36 hal  260; ar Al-Anwar: J 53 hal  148; Mukhtashar Bashair Al-Darajat – Oleh Al-Hilli: hal 39; Makatib Al-Rasul - oleh Miyanji J 2, hal 96.
[130] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Thusi: hal  454
[131] - Bihar Al-Anwar: J 53 hal  148; Al-Burhan: J hal 310; Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Thusi: hal  385
[132] - Bihar Al-Anwar: J 53 hal 145; Mukhtashar Bashair Al-Darajat – Oleh Al-Hilli: hal 49.
[133] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 215 (AlHazaz (kelumomor) yang ada dalam rambut, seperti sekam padi); Bihar Al-Anwar: J 51 hal 40..
[134] Bisyarah Al-Islam: hal 148.
[135] Bisyarah Al-Islam: hal 181.
[136] Kitab Al-Mutasyabihat -  Al-Syed Ahmad Al-Hassan, Washi dan Utusan Imam Mahdi (as) 21 / Rabi3 Al-Tsani 1426: J 4 Soalan No. 144.
[137] Muntakhab Al-Anwar Al-Maghiah: hal 343
[138] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 115..
[139] Bihar Al-Anwar: J 52 hal  223.
[140] Al-Irasyad - Al-Syeikh Al-Mufid: J 2 hal 376

Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas




Tiada ulasan: