Ahad, 20 Ogos 2017

10. Keperluan Dikaburkan Peribadi Al-Yamani:



Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Al-Yamani?


10. Keperluan Dikaburkan Peribadi Al-Yamani:


Di dalam riwayat-riwayat peribadi Al-Yamani telah dikaburkan disebabkan oleh sekurang-kurangnya dua sebab utama:

1. Untuk melindungi pemiliknya dari ramai musuhn-musuhnya pada masa kezuhuran, Sekiranya mudah dibezakan akan mudah pula ia dihancurkan sebelum sempurna persediaannya, tetapi mereka tidak mempedulikannya pada peringkat permulaannya untuk mereka menafikannya sehingga mereka menjadi lebih kuat dan mampu melindungi diri mereka sendiri
.
2. Supaya tidak mudah bagi mana-mana pendakwa palsu membuat tuntutan, dan dengan itu ia akan mengelirukan manusia.

Dari Malik Al-Jahni, beliau berkata:

(قلت لأبي جعفر (عليه السلام): إنا نصف صاحب الأمر بالصفة التي ليس بها أحد من الناس، فقال: لا والله لا يكون ذلك أبدا حتى يكون هو الذي يحتج عليكم بذلك ويدعوكم إليه)  

(Aku berkata kepada Abi Ja’far (as): Sesungguhnya kami sifatkan Pemilik Urusan (Shohib AL-Amr) dengan sifat yang tidak sepadan dengan seorang manusia pun. Lalu beliau berkata: Tidak, Demi Allah, ia tidak begitu selamanya, sehingga berlaku dia orang yang menghujjah kamu, dengan demikian dia akan menyeru kamu) [96]

Riwayat ini menerangkan dengan jelas bahawa Pemilik Urusan Ilahi menghujjah ke atas manusia dengan memperkenalkan sendiri peribafinya dan menyeru manusia kepadanya dan bukanlah suatu hujjah atas manusia hanya kerana mereka mengingkarinya.

Seseorang telah menolak dengan mengatakan: bahawa riwayat ini dikhususkan kepada Pemilik Urusan (Shohib AL-Amr) itu adalah Imam Mahdi (as), bukannya Al-Yamani?

Kami katakan: perkataan Pemilik Urusan (Shohib AL-Amr) adalah berhubungan dan berkait rapat dengan Imam Al-Mahdi (as), dan yang menggantikannya serta yang  menegakkan urusan bersamanya. Kami akan membuktikan melalui penyelidikan (perbahasan) bahawa Al-Yamani akan menggantikan Imam Mahdi (as), bahkan dia adalah Mahdi Pertama dari Mahdi-mahdi, Ada dua belas orang khalifah-khalifah selepas Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (as), beliau adalah Pemilik Urusan (Shohib AL-Amr); kerana dia berdiri dengan perintah Allah dan mengambilnya dengan berhadapan langsung dari Imam Al-Mahdi (as), dan tidak mungkin Ahl Al-Bait (as) memerintahkan kita supaya menyertai Al-Yamani dan membantunya dan jika berpaling darinya adalah dari ahli neraka, melainkan akan menjadi pemilik panji-panji Ilahi dan hujah dari hujah-hujah Allah, yang akan dijelaskan nanti.

Untuk menegaskan bahawa Al-Yamani adalah seorang khalifah daripada khalifah-khalifah Allah Berikut adalah sebahafian daripada riwayat-riwayatnya:

Dibawakan dari Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad:

(على يدي ذلك الخليفة اليماني وفي ولايته تفتح رومية)

(Di tangan khalifah Al-Yamani itu akan dibuka Rom sebagai wilayahnya) [97]

Riwayat ini menjelaskan bahawa Al-Yamani adalah Khalifah (pengganti) Al-Mahdi (as). Bahkan dialah orang yang membuka Rom sebagai wilayahnya, dan jelas menunjukkan bahawa kepada dialah penguasa dan khalifah daripada khalifah-khalifah Allah di bumiNya.

Seperti yang disebut oleh Abu Shaleh Al-Salaili dalam buku Al-Fitan Min Futuh Al-Mahdi (as), katanya: Diberitahu kepada kami Muhammad bin Jarir, katanya: Diberitahu kepada kami ‘Isham bin Daud bin Al-Jarrah Al-‘Asqalani, katanya: Diberitahu kepada kami Sufian bin Sa’id Al-Tsuri, katanya: Diberitahu kepada kami Al-Manshur bin Al-Mu’taz, dari Rub’ei bin Kharash, katanya, Aku mendengar Hudzaifah bin Al-Yaman berkata:

(قال رسول الله (صلى الله عليه وآله): إذا كان رأس الخمسين والثلاثمائة - وذكر كلمة - نادى منادي من السماء ألا يا أيها الناس إن الله قد قطع مدة الجبارين والمنافقين وأتباعهم ووليكم الجابر خير أمة محمد (صلى الله عليه وآله) الحقوه بمكة فإنه المهدي واسمه أحمد بن عبد الله)

(Rasulullah (S) bersabda: Apabila tiga ratus lima puluh kepala - menyebut kata-kata - Penyeru menyeru dari langit, ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya Allah telah mengurangkan tempoh penguasa-penguasa, orang-orang munafik dan pengikut mereka, dan wilayah kekuasaan kamu adalah sebaik-baik umat Muhammad (S), yang akan mentadbir Mekah, maka dia adalah Al-Mahdi, bernama Ahmad bin Abdullah) [98]

Imran bin Al-Hashin:

(صف لنا يا رسول الله هذا الرجل وما حاله، فقال النبي (صلى الله عليه وآله): إنه رجل من ولدي، كأنه من رجال بني إسرائيل، يخرج عند جهد من أمتي وبلاء، عربي اللون ابن أربعين سنة ، كأن وجهه كوكب دري يملأ الأرض عدلا كما ملئت ظلما وجورا، يملك عشرين سنة ، وهو صاحب مدائن الكفر كلها قسطنطينية ورومية، يخرج إليه الأبدال من الشام وأشباههم، كأن قلوبهم زبر الحديد، رهبان بالليل، ليوث بالنهار، وأهل اليمن حتى يأتونه فيبايعونه بين الركن والمقام، فيخرج من مكة متوجها إلى الشام، يفرح به أهل السماء والأرض والطير في الهواء والحيتان في البحر) (

(Ya Rasulullah Sifatkanlah kepada kami orang ini dan apa keadaannya, maka baginda (S) bersabda: Dia adalah seorang lelaki dari anakku, ia seperti lelaki Bani Israel, dia akan keluar berjihad bersama umatku dan bencana itu, warna kulitnya seperti kulit orang Arab, dia berusia empat puluh tahun, wajahnya seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang aakan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, dia memerintah selama dua puluh tahun, dia adalah pemilik bandar-bandar kufur seperti konstantinopel dan Rom, akan datang kepadanya Al-Abdal dari Syam dan sebagainya, hati mereka seperti kepingan besi, mereka adalah seperti rahib-rahib pada waktu malam, singa di siang hari, dan penduduk Yaman akan datang kepadanya, maka dia dibai’ah di antara rukun dan maqam, lalu keluar dari Makkah menghadap ke Syam, bergembiralah penduduk langit dan bumi serta burung-burung di udara dan ikan-ikan paus di lautan) [99]

Di dalam Kitab Al-Malahim Wa AL-Fitan oleh AL-Syed bin Thawus Al-Hassani hal 37:.

قال: أمير الغضب ليس من ذي ولا ذهو لكنهم يسمعون صوتا ما قاله إنس ولا جان بايعوا فلانا باسمه ليس من ذي ولا ذهو ولكنه خليفة يماني)

Amir Al-Ghadab bukan dari “Zhi” atau “Zhahw” Tetapi mereka mendengar suara yang tidak diucapkan oleh bangsa manusia dan jin; “Berbaiahlah kepadanya dengan namanya yang tidak dari “Zhi” atau “Zhahw”. Tetapi dia adalah khalifah Yamani.”
                                     
Di dalam Kitab Al-Malahim Wa AL-Fitan oleh AL-Syed bin Thawus Al-Hassani hal 80:.

(فيجتمعون وينظرون لمن يبايعونه فبيناهم كذلك إذا سمعوا صوتا ما قال إنس ولا جان بايعوا فلانا باسمه ليس من ذي ولا ذه ولكنه خليفة يماني)

(Maka mereka berkumpul, dan menunggu-nunggu kepada siapa yang akan dibai’ah lalu membai’ahnya, yang demikian itu apabila mereka mendengar suara yang tidak akan diucapkan oleh bangsa manusia dan jin; “Berbaiahlah kepadanya dengan namanya yang tidak dari “Zhi” atau “Zhah”. Tetapi dia adalah khalifah Yamani.”
                

Diriwayatkan Al-Syeikh Ali Al-Kurani dalam Kitab Mu’jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) J 1, hal 299:

(ما المهدي إلا من فريش، وما الخلافة إلا فيهم غير أن له أصلا ونسبا في اليمن).
.
(Tiadalah Al-Mahdi itu melainkan dari Quraisy, dan tiadalah khalifah itu melainkan pada mereka yang asalnya dan nasabnya pada Yaman).

Dan pada ungkapan (tidak dari “Zhi” atau “Zhahw”) adalah sangat penting, yang merujuk kepada negeri Yaman, sebab penggunaan Zhi” atau “Zhah” adalat alat untuk memberitahu menggantikan perkataan tidak, oleh itu dalam riwayat ini ia menunjukkan bahawa Al-Yamani bukan (datang) dari Yaman, sebab ia dikatakan tidak dari yang itu atau tidak yang ini.


------------
[96] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 220..
[97] Kitab Al-Fitan Nu’aim bin Hammad hal 201 no 1155.
[98] Kitab Al-Malahim Wa Al-Fitan – oleh Ibn Thawus
[99] Kitab Al-Malahim Wa Al-Fitan, Sunan Abu Daud: J 4 hal 106-107 h 4282; Musnad Ahmad:.. hal 622 h 3063 dan hal 710 h 4087.


Sebelum << Kandungan >> Selepas



Tiada ulasan: