Rabu, 9 Ogos 2017

6 Al-Sufyani berambut perang (merah) biru !!!


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


6 Al-Sufyani berambut perang (merah) biru !!!

Ramai penyelidik dan pengulas (pentafsir) ragu-ragu dengan apa yang dimaksudkan oleh Ahl Al-Bait bahawa Al-Sufyani berambut perang (merah) biru dan menilai riwayat ke kanan dan kiri (positif negatif), dan di kalangan penyelidik ini adalah (Al-Syeikh Al-Kurani) di mana beliau berkata dalam satu temu bual televisyen - di saluran Al-Kautsar - bahawa Al-Zarqawi, [44] dia disesahkan sebagai Al-Sufyani. Al-Zarqawi dari bandar Al Zarqa’, sebagaimana halnya merah menunjukkan darah, dan kuning menunjukkan fitnah!!!

Walau bagaimanapun, dengan kematian Al-Zarqawi, Al-Syeikh Ali Al-Kurani terpaksa membuat kenyataan susulan dengan mengatakan bahawa riwayat-riwayat yang merujuk kepadanya dan menunjukkan bahawa Al-Zarqawi bukanlah Al-Sufyanii!!! Dia tidak mengatakan bahawa dia memahami riwayat-riwayat dengan cara yang salah, atau sekurang-kurangnya mengatakan bahawa kita tidak dapat memahami riwayat-riwayat Ahl Al-Bait (as) pada masa kezuhurab; kerana kebanyakannya mempunyai petunjuk-petunjuk simbolik, bahkan boleh membawa ke arah yang salah, lalu akan membuat mereka berpaling dari jalan yang betul.

Perkara yang tidak disangka-sangka ini bukan kali pertama berlaku pada Al-Syeikh Al-Kurani, Tetapi dia telah menulis tentang panji-panji hitam dari timur atau Al-Khurasani adalah Al-Syed Al-Khomeini (rahimahu Allah) dan pengikut-pengikutnya, dan tidak lama kemudian dia menarik balik apa yang ditulisnya selepas kematian Al-Syed Al-Khomeini (rahimahu Allah)!!

Adalah aneh jika orang-orang masih mendengar kata-katanya dan menganggap dia di antara orang yang memahami riwayat-riwayat dari mereka yang disucikan (Al-Thahirin) walaupun segala kesilapan itu terletak di dalam huraian kajian dan tafsirannya bagi riwayat-riwayat tersebut.

Sekarang kita kembali ke titik persoalan dan menerangkan maksud kejadian Al-Sufyanii yang berambut perang (merah) biru itu.

Dari Hammad, dari ‘Umar bin Yazid, beliau berkata, Abu Abdillah Al-Shadiq (as) berkata kepadaku:

(إنك لو رأيت السفياني رأيت أخبث الناس أشقر أحمر أزرق يقول يا رب يا رب يا رب ثم للنار، ولقد بلغ من خبثه أنه يدفن أم ولد له وهي حية مخافة أن تدل عليه)

(jika kamu melihat Al-Sufyanii kamu melihat orang yang paling berbahaya berambut perang (merah) biru, dia mengatakan , Ya Tuhan, Ya Tuhan, Ya Tuhan, kemudian ke neraka, dan sesungguhnya telah sampai daripada kejahatannya, hendaklah ia dikebumikan atau terlahir atasnya seorang anak yang hidup kerana ketakutan yang akan diperlihatkan kepadanya) [45]

Berambut perang (merah) biru bermaksud, yang cepat berubah tidak selamat untuknya, yang licik dan menipu, dan dalil yang terbaik untuk riwayat tersebut adalah penekanan; Imam Al-Shadiq (as) pada katanya: (orang yang paling berbahaya) menunjukkan kelicikan dan penipuannya.

Dan Imam (as) sekali lagi menekankan, di mana beliau berkata: (dan sesungguhnya telah sampai daripada kejahatannya) Dalam ungkapan ini merujuk kepada kejahatan Al-Sufyanii, yang juga merujuk kepada tipu daya dan penipuan.

Dan juga perjalanan hidupnya akan berlakunya zaman berdarah akan menjadi zaman persengketaan (fitnah), dengan demikian sesiapa yang membawa sifat-sifat ini adalah Al-Sufyanii atau pengikut Al-Sufyanii. Maka boleh dipanggil Al-Zarqawi yang terbunuh itu Sufyanii Amerika, tetapi kita menekankan bahawa dia adalah salah seorang dari Al-Sufyanii yang disahkan merujuk kepada riwayat mereka Ahl Al-Bait (as).

Apa yang disebut di atas tidak menghalang untuk menyifatkan salah seorang dari Al-Sufyanii yang mempunyai sifat-sifat fizikal berambut merah biru.

Mari kita kembali kepada salah satu daripada ucapan (khutbah) Amirul Mukminin (as), beliau berkata:

(... فكيف إذا رأيتهم صاحب الشام ينشر بالمناشير، ويقطع بالمساطير، ثم لأذيقنه أليم العقاب، إلى فابشروا، فإلي يرد أمر الخلق غدا بأمر ربي، فلا يستعظم ما قلت،... )

(... Bagaimana jika kamu melihat pemilik (ketua) Syam yang menyebarkan gergaji, dan memotong dengan pisau, kemudian akan dirasakan kepadanya azab yang pedih, agar mereka tidak bergembira. maka kepadaku dikembalikan urusan penciptaan esok nanti dengan urusan Tuhanku,, maka janganlah besar-besarkan apa yang kamu katakan . .) [46]

Apa yang golongan Wahabi Naasibi lakukan hari ini, menjelaskan apa yang telah dikatakan oleh Amirul Mukminin (as), mereka membunuh orang dengan pedang, walaupun terdapat senjata terkini, dan Al-Zarqawi yang di belakangnya bin Laden (la3nahumu Allah) dan pengikut-pengikutnya adalah salah seorang dari Al-Sufyanii yang disahkan, dan pengikut-pengikutnya memotong kepala-kepala dengan pedang dan mengasingkan bahagian-bahagian badan yang terpotong-potong itu.

Oleh itu, kami membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang mempunyai sifati-sifat jahat, licik, tipu daya dan memerangi semua yang berwilayah- Ali dan keluarganya (as) adalah Sufyani, dan dipanggil dengan Al-Sufyani terhasil daripada persamaan sifati-sifat dengan sifat-sifat keluarga Abi Sufyan; iaitu Sufyani pada kelakuan dan kata-kata, maka dia adalah penipu yang licik yang mendakwa beragama padahal pendusta, lagi dajjal!!!

Makna ini telah disebut dalam manuskrip Ibn Hammad, hal 75:. (Kuning Teruk Kesan Dari Beribadah). Berikut adalah petunjuk yang jelas bahawa Al-Sufyani yang mendakwa beragama dan berada di bawah panji-panji yang mendakwa untuk memelihara Islam pada zahirnya, adalah untuk menipu manusia dengan kelicikannya sehingga diikuti oleh mereka yang sepertinya dan orang-orang yang membai’ahnya menyangka mereka itu sebagai Juruselamat yang menyelamatkan mereka dari kejahatan musuh-musuh mereka, lalu mereka ditarik ke dalam kemusnahan yang mereka ingin jauhkan, Maka jadilah perbuatan mereka pada hari kiamat penyesalan dan mereka ingin jika diberi peluang kedua agar dapat berlepas diri dari orang-orang yang mengikuti mereka. Dia SWT berfirman:

﴿وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا ۗ كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّـهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ ۖ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ﴾

Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti: "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami". Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka.) [47]

Contohnya pada hari ini ada pergerakan dan organisasi Jabhat Al-Nuṣhrah (Front Al-Nuṣra – pendokong barisan hadapan) dari golongan Salafi Wahabi (la3nahumu Allah) yang berbondong-bondong pada awal pengurusannya di bawah panji-panji Tentera Bebas yang yang memerangi rejim Bashar di Syria, tetapi hari ini ia adalah unik dengan keputusan dan tindakan pasukan ketenteraan yang telah meletakkan nama yang lebih ditakuti satu pasukan pejuang ketenteraan (Pasukan Tentera Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufyan), yang  benar-benar layak ​​dan dipercayai menjadi wakil Sufyani Al-Sham, yang memerangi Al-Mahdi (as).

Dan untuk melihat lebih dekat dengan apa yang dipanggil sebagai Jabhat Al-Nuṣhrah (Front Al-Nuṣra – pendokong barisan hadapan) dalam kedudukan rasmi dan dalam kenyataan yang ditunjukkannya atas sifat mengkafir, janji dan ugutan untuk membunuh Syiah dan mereka menghalalkannya dan menamakan Iran dengan jelas, dan mengangkat slogan negara Islam dari Syam, Iraq dan Iran. Dan mereka berjanji untuk membunuh tanaman dan ternakan dan tidak melarikan diri dari semangat kabilah mereka; dan membenci kepada orang yang berwilayahkan (pengikut setia) Ahl Al-Bait (as). Sehinggakan kanak-kanak, bayi dan wanita hamil mereka lebih baik dan mewakili nenek moyang mereka Al-Sufyani yang mr\emusuhi Muhammad dan keluarga Muhammad (as) pada masa dahulu dan salah seorang daripada mereka tidak berfikir, terutama Ibn ‘Ammah (Al-Sunnah) kerana mereka tidak faham apa-apa kecuali membunuh Syiah sahaja, bahkan semua yang tidak sependapat dengan mereka atas kekafirannya akan dipersiapkan untuk dibunuhnya, dan sebagai bukti atas perkara ini adalah pembunuhan mereka terhadap Al-Syeikh Al-Buthi seorang Doktor terkemuka Sunni dan ulamak yang paling menonjol pada masa kini dan yang berlaku di Syria.

Di manakah dia dibunuh?? Dia dibunuh di dalam sebuah masjid daripada masjid-masjid Allah!!!

Mereka tidak teragak-agak untuk menunjukkan kebencian dan permusuhan mereka yang tersembunyi dari warisan purba dalam darah Abi Sufyan, Muawiyah dan Yazid (la3nahumu Allah), terhadap agama Islam dan merosakkan serta memusnahkannya atas nama agama, mereka telah mengeluarkan suatu kenyataan yang menunjukkan permusuhan mereka mengisytiharkan bagi sesiapa yang tidak sealiran dengan akidah mereka.

Jabhat Al-Nuṣhrah bagi penduduk Al-Syam; adalah sebuah organisasi pengganas Salafi – yang disepakati oleh kebanyakan negara-negara Eropah dan Arab - telah ditubuhkan pada akhir tahun 2011- semasa peristiwa Syria dan tidak lama kemudian dalam beberapa bulan keupayaan mereka telah berkembang, selepas kuasa-kuasa yang membawa pembunuhan yang paling menonjol, Ia adalah seburuk-buruk perkara dimasukkan ke dalam amalan mereka terhadap pembunuhan dan pertempuran, organisasi ini telah membuat beberapa serangan pengeboman berani mati di Halib (Aleppo) dan Damsyik. Tidak diketahui apa asal-usulnya sistem ini, bagaimanapun, laporan perisikan Amerika mengaitkan mereka dengan Al-Qaeda di Iraq.

Al-Jabhat telah menyeru dalam kenyataan pertamanya yang dikeluarkan pada 24 Januari / bulan Januari 2012 kepada penduduk Syria untuk berjihad dan memikul senjata dalam menghadapi rejim Syria. Tertegaknya Jabhat Al-Nuṣhrah dengan penyebaran kenyataan dan penerbitan mereka seluas-luasnya secara eksklusif melalui Yayasan Media Al-Manaratul Baidha untuk penerbitan Media. Sebahagian besar daripada unsur-unsur (keahlian) Al-Jabhat ketika penubuhannya adalah terdiri dari penduduk Syria, yang telah berjuang sebelum ini di lapangan bunuh diri, seperti Iraq, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain yang mempunyai sejarah yang panjang dalam perang ketenteraan. Ia disemarakkan oleh penyertaan pejuang-pejuang Arab dan Turki Uzbek, Chechen dan Tajik dan sebahagian kecil orang-orang Eropah. Walaupun kerajaan Amerika Syarikat telah menyenaraikan Jabhat Al-Nuṣhrah sebagai kumpulan pengganas tetapi kerajaan Amerika dengan selamba (berani) memanggil mereka untuk didaftarkan sebagai kumpulan pengganas oleh Perisikan Amerika Syarikat. Merekalah yang menguruskan kewangan dan membekalkan senjata kepada kumpulan ini melalui landasan kapal terbang Arab Saudi Wahabi Al-Sufyani, penyembelih, dan ekornya Amir Qatar dan isterinya Muazah (Mozah) dan penaungnya Al-Sheikh Al-Qardhawi, yang uniknya pada hari ini tercetusnya hasutan (fitnah) di mana-mana dan dia menyokongnya.


---------------------               
[44] Abu Mus’ab Al-Zarqawi, atau Ahmad Fadhil Nazal Al-Khalayalah. (Memimpin kem latihan pemberontak di Afghanistan. Menjadi terkenal selepas dia pergi ke Iraq kerana dialah ysng bertanggungjawab kepada satu siri serangan dan pengeboman di Iraq. Asas organisasi yang dipanggil
"Tauhid dan Jihad" dalam tahun sembilan puluhan, yang kekal pimpinannya sehingga kematiannya pada Jun 2006. Al-Zarqawi mengaku bertanggungjawab melalui rakaman suara dan merakam mesej imej bagi beberapa serangan di Iraq, termasuk pengeboman bunuh diri, dan pelaksanaan tebusan. Kemudian dikenali sebagai pemimpin organisasi yang dipanggil "Pendekatan Jihad di negara Iraq," yang merupakan cabang Al-Qaedah di Iraq, selepas "membai’ah" kepada kumpulan "Tauhid dan Jihad")
[45] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 205 Bab 25 - tanda-tanda zuhur (as).
[46] Masharaq Anwar Al0yaqin – Al-Hafidz Rajab Al-Barsi: hal 264..
[47] Al-Baqarah, 2:167


Sebelum << Kandungan >> Selepas



Tiada ulasan: