Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?
Simbol-simbol Dalam Riwayat Kezuhuran:
Sangat banyak riwayat-riwayat yang diriwayatkan
dari Ahl Al-Bait (as). Kata-kata yang mereka tunjukkan adalah sukar dan rumit. Ia
tidak dapat dibawa dan diterima kecuali oleh mereka yang benar-benar dari Syiah
mereka. Orang-orang yang kotor di dalam hatinya, iaitu yang memusuhi keluarga
Muhammad (as) akan melemahkannya kerana dibebani dengan kata-kata mereka dan merasa
jijik di hatinya lalu meingkarinya. bahkan sesetengah daripada mereka mengatakan
dengan jelas bahawa ianya kafir. Orang-orang yang mendustakan dan merasa jijik di
hati mereka dengan kata-kata mereka (as), mereka adalah musuh-musuh keluarga Muhammad
(as) di Alam pertama Al-Zhar jika mereka mendakwa untuk mengasihi mereka dan berwilyahkan
dengan wilayah mereka (as).
Dari Abi Ja’far (as):
(أما والله إن أحب أصحابي إلى أورعهم وأكتمهم
لحديثنا، وأن أسوأهم عندي حالا وأمقتهم إلى الذي إذا سمع الحديث ينسب إلينا ويروى
عنا فلم يعقله ولم يقبله قلبه إشمأز منه وجحده وكفر بمن دان به وهو لا يدري لعل
الحديث من عندنا خرج وإلينا أسند فيكون
بذلك خارج عن وليتنا)
(Demi Allah, mereka
yang paling buruk perlakuannya di sisiku dan paling dibenci adalah mereka yang
apabila mendengar sesuatu hadits yang dinisbahkan kepada kami dan diriwayatkan
daripada kami yang tidak bersesuaian dengan akalnya, maka dibencinya,
ditentangnya dan mengkafirkan mereka yang berpegang dengannya. Sedangkan dia
tidak mengetahui bahawa hadits itu memang dikeluarkan dari sisi kami dan
disandarkan kepada kami, maka dengan demikian dia telah terkeluar dari wilayah
kami.) [19].
Perkataan-perkataan Ahl Al-Bait (as), yang khusus
untuk masa kezuhuran yang suci pada keseluruhannya menunjukkan maksud yang
simbolik, kita tidak boleh membawa kebanyakannya mengikut zahirnya (luaran) sahaja;
ia atas sebab yang mudah, iaitu adakah ketua ketenteraan yang berpengalaman akan
memberi bayangan kepada musuhnya terhadap rancangannya
dan meletakkan pertolongan ke atas lawannya, dari
satu sudut. Dan dari sudut yang lain menyembunyikan sebahagian besar butiran
khusus pada lapangan dan waktunya agar tidak memberi sebarang peluang kepada
musuh untuk menerkam pergerakan dan mengetahui rahsia-rahsianya
Walau bagaimanapun, Ahl Al-Bait (as) tidak
meninggalkan kita tanpa isyarat untuk menunjukkan kepada kita untuk membuat
kesimpulan dan mengenal panji-panji kebenaran dan membimbing yang berkaitan
dengan mereka (as) daripada banyak panji-panji kesesatan yang berselisih
(menentang) dengan mereka termasuk panji-panji Sufyani itu.
Imam Al-Baqir (as) berkata:
(... إياك وشذاذ من آل محمد (عليهم السلام)
فإن لآل محمد وعلي راية ولغيرهم رايات فالزم الأرض ولا تتبع منهم أحدا أبدا حتى
ترى رجلا من ولد الحسين (عليه السلام) معه
عهد نبي الله ورايته وسلاحه، فإن عهد نبي الله صار عند علي بن الحسين، ثم صار عند
محمد بن علي، ويفعل الله ما يشاء، فالزم هؤلاء أبدا وإياك ومن ذكرت لك...)
(... Kepada kamu ada keganjilan
dari keluarga Muhammad (as), bahawa bagi keluarga Muhammad dan Ali ada panji dan
ada pula panji-panji yang lain yang diperlukan di bumi. Janganlah sekali-kali kamu
mengikuti salah satu daripada mereka sehingga kamu melihat seorang lelaki anak
Al-Hussein (as) kerana bersamanya ada janji, panji dan senjata Nabi Allah, Maka
janji Nabi Allah pergi kepada Ali bin Al Hussein, kemudian menjadi janji kepada
Muhammad bin Ali, dan Allah melakukan apa yang Dia kehendaki Maka sertailah mereka ini selamanya, dan kepada
engkau dan kepada yang mengingatkan engkau...) [20]
Ahl Al-Bait (as) telah menjelaskan melalui bentuk
gambaran yang memenuhi zaman kezuhuran dan membahagi-bahagi gambaran ini dalam beberapa riwayat dan ucapan terpencil dan
meletakkan simbol dan petunjuk-petunjuk, nama-nama bandar-bandar, pertempuran-pertempuran,
dan peristiwa-peristiwa yang dikaitkan berkait rapat dengan pergerakan kezuhuran.
Dan juga melalui semua riwayat dan ucapan ini dengan
peristiwa-peristiwa yang kelihatan kepada kita ada gambaran yang hampir sama
dengan apa sedang berlaku dalam era kezuhuran, dengan demikian kita akan dapat
membaca bahasa petunjuk-petunjuk, simbol-simbol dan peristiwa-peristiwa ini,
dengan cara yang berkaitan dengan kefahaman menguji hakikat kebenarannya. dari
satu sisi dan di sisi lain ia dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa semasa, dan
dari Allah kita peroleh bantuan.
-----------------------------
[19] Bihar Al-Anwar: J 65 hal 176..
[20] Ilzam Al-Nashib hal 296.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan