Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Perkataan
Sufyani Dan Mengapa Ia Diberikan Gelaran Ini Secara Khusus?
Hakikat diberikan gelaran ini bermakna bahawa ia keturunan Abi
Sufyan, atau perjalanan kehidupannya sama dengan Aali (keluarga) Abi (Aba -
Abu) Sufyan kerana telah memerangi Islam yang haqiqi. Mungkin sangat terang dan
jelas kedudukan Abi Sufyan yang menentang Rasulullah Muhammad (S) dan kemudian
kedudukan anaknya Muawiyah (laknahu Allah) yang menentang Imam Ali (as), dan
yang paling jelas adalah kedudukan Yazid bin Muawiyah (laknahu Allah) kerana
membunuh Imam Al-Hussein (as) Penghulu Pemuda Penghuni Syurga sebagaimana diberitahu
mengenainya oleh Rasulullah (S). Sementara kedudukan keluarga itu dengan Al-Rasul
Muhammad (S) dan Aali Muhammad (as) adalah dengan sikap permusuhan, kebencian
dan penentangan, dan jika Muhammad dan Aali Muhammad (as) mewakili kebenaran di
sisi orang-orang Islam, maka Abi Sufyan dan keluarga Abi Sufyan adalah sangat
jelas, tepat dan sempurna mewakili kebatilan., dan ini dibuktikan dengan apa
yang diriwayatkan bahawa Imam Hussein (as) menjerit kepada penduduk Kufah dan yang
lain dengan laungan:
(ويلكم يا شيعة آل أبي سفيان)
(celakalah kamu, wahai
pengikut keluarga Abi Sufyan) [21]
Ini adalah isyarat yang jelas dari Al-Hussein
(as) kepada orang-orang yang memeranginya dan mereka adalah pengikut keluarga
Abi Sufyan, Sebaliknya, mereka yang bersama dengan Al-Hussein (as) adalah Syiah
(pengikut) Ali (as) dan bilangan mereka sangat sedikit, kerana ia adalah jelas
kepada sesiapa yang tahu kisah pembunuhan Al-Hussein (as) dan para sahabatnya. Firman
Allah Ta’ala:
﴿مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ
عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن
يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا﴾
Di antara orang-orang
mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada
Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula)
yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya), [22]
Dan akan berulang sunnah (perjalanan) yang
sama ini kepada Al-Mahdi (as) apabila dia zuhur, di mana para ulamak yang tidak
beramal dan pengikut mereka di Kufah berkata kepadanya: Kembalilah wahai anak
Fatimah, kami tidak memerlukan kamu, bahawa agama ini dalam keadaan baik!!! Allah
berfirman:
﴿اسْتِكْبَارًا فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ
السَّيِّئِ ۚ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا
بِأَهْلِهِ ۚ فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ
الْأَوَّلِينَ ۚ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّـهِ
تَبْدِيلًا ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّـهِ تَحْوِيلًا﴾
(karena kesombongan
(mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang
jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan
mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak akan menemui
penyimpangan bagi sunnah Allah itu.) [23]
Diriwayatkan oleh Abu Jarud, dari Abi Ja’far (as)
dalam hadits yang panjang, iaitu:
(إذا قام القائم (عليه السلام)
سار إلى الكوفة، فيخرج منها بضعة عشر ألف نفس يدعون البترية عليهم السلاح،
فيقولون له: ارجع من حيث جئت فلا حاجة لنا في بني فاطمة ، فيضع فيهم السيف حتى
يأتي على آخرهم، ويدخل الكوفة فيقتل بها كل منافق مرتاب، ويهدم فصورها، ويقتل
مقاتلتها حتى يرضى الله عز وعلا)
(Ketika Al-Qaim (as) bangkit,
ia akan berangkat ke Kufah dan orang-orang akan keluar dari kota itu seramai
sepuluh ribu orang yang menyeru Al-Batriyah (pemotongan) dan mereka memiliki
senjata, Mereka berkata kepadanya: kembalilah dari mana engkau datang. Kami
tidak memerlukan Anak-anak Fatimah, maka dia mula menghunuskan pedangnya
sehingga dia menyelesaikan yang terakhir dari mereka, Kemudian dia memasuki
kota Kufah dan membunuh semua orang munafik dan akan menghancurkan istananya
dan membunuh tenteranya sehinggalah mendapat redha Allah AWJ.) [24]
Adakah wujud penerangan yang yang lebih jelas
daripada isyarat ini, bahawa yang pertama memerangi Imam Al-Mahdi (as) adalah pengikut
keluarga Abi Sufyan yang juga memerangi bapanya Al-Hussein (as) sebagaimana mereka
yang terdahulu yang memerangi semua nabi-nabi dan rasul-rasul. Allah telah berfirman.
﴿ سُنَّةَ
اللَّـهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ
اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾
(Sebagai sunnah Allah
yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu
sekali-kali tidak akan dapati peubahan pada sunnah Allah.) [25]
FirmanNys lagi:
﴿سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن
قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾
Sebagai suatu
sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan
menemukan perubahan bagi sunnatullah itu. [26]
Jika anda menyambung riwayat di atas dengan
apa yang ada dalam manuskrip Ibn Hammad, gambarannya sksn mrnjadi lebih jelas
lagi.
Dalam manuskrip Ibn Hammad:
(Sufyani masuk Kota Kufah
lalu tinggal selama tiga hari, dan membunuh penduduknya seramai enam puluh ribu
orang, kemudian tinggal selama dua belas malam. Dan kemudian datang panji-panji
hitam sehingga turun ke air, lalu mereka yang sampai di Kufah dari para sahabat
Sufyani keluar melarikan diri dan keluar kaum dari pedalaman Kufah, tidak ada senjata
bersama mereka kecuali sebahagian kecil daripada mereka, sebahagian dari mereka adalah sekumpulan penduduk
Basrah, lalu para sahabat Sufyani menyedari seorang tawanan di tangan mereka
yang terselamat dari Kufah. dan panji-panji hitam mengutus utusan untuk membai’ah
Al-Mahdi) [27].
Maka kita baca dengan tepat sekali ungkapan: (lalu
mereka yang sampai di Kufah dari para sahabat Sufyani keluar melarikan diri),
ini adalah isyarat yang jelas bahawa para sahabat Sufyani tinggal di Kufah, ia
adalah sunnatullah, kamu sekali-kali tidak akan dapati perubahan bagi sunnatullah
itu,
dan sekali-kali tidak akan ditemui
penyimpangan bagi sunnah Allah itu, sebagaimana ‘Ubaidillah bin Ziyad (laknahu
Allah) sanggup mengupul lebih daripada tiga puluh ribu orang penduduk Kufah
untuk memerangi Imam Al-Hussein (as) Sufyani pula akan membawa bersamanya
jumlah yang berlipat kali ganda untuk memerangi Al-Mahdi (as).
----------------------------
[21] Bihar Al-Anwar: J 45 hal 51..
[22] Al-Ahzab:33:23
[23] Al-Fathir 35:43
[24] Al-Irsyad - Al-Syeikh Al-Mufid: J 2, hal
384
[25]:Al-Ahzab:33:62
[26] Al-Fath 48:23
[27] 3ashar Al-Dzuhur- Al-Syeikh Al-Kurani:. hal
125.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan