Rabu, 23 Ogos 2017

12. Kenapa dipanggil Al-Yamani? Adakah dari Yaman? Di manakah tumpuan pergerakannya?


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Al-Al-Yamani?


12. Kenapa dipanggil Al-Yamani? Adakah dari Yaman? Di manakah tumpuan pergerakannya?


Al-Syeikh Al-Sanad berkata dalam menggambarkan keluarnya Al-Yamani dari Yaman: (seolah-olah ada tanda lain pada riwayat yang menunjukkan bahawa dia keluar dari negeri Yaman, dialah tokoh yang dipanggil Al-Yamani) [105]

Kata Al-Syeikh Al-Kurani: (Di rantau Teluk, biasanya orang-orang Yaman mempunyai peranan penting, apa lagi di Hijaz, walaupun ia tidak disebut di dalam riwayat) [106]

Nampaknya dari kedua-dua hadits syeikh ini- mereka menyamakan sebab dinisbahkan Al-Yamani kepada negeri Yaman adalah dua perkara; pertama dari segi bahasa iaitu nisbah pemilikan Al-Yamani kepada negeri Yaman, dan kedua penulis rlwayat mencontohi kenyataan ayat dari riwayat-riwayat yang mengulas tentang kemunculan seorang lelaki dari Yaman dalam tempoh sebelum kezuhuran.

Dalam membincangkan perkara pertama saya katakan: perkataan Al-Yamani dapat dinisbahkan kepada Yaman dan boleh juga dirujuk ke Al-Yuman (bermaksud berkah), dan juga boleh dirujuk kepada yang kanan atas kedudukannya, Jadi adakah kemungkinan dirujuk pada yang lain? Dan dengan mengandaikan nisbahnya dipulangkan kepada negeri Yaman, maka tidaklah ia semestinya bermakna hanya penduduk (yang tinggal) di negara ini sahaja, kerana diketahui bahawa seseorang tidak menafikan yang ramai orang yang dinisbahkan (dikaitkan) sesuatu tempat, pada hal tempat kediaman mereka di tempat lain, seperti Shuhaib Al-Rumi, Bilal Al-Habashi. Kedua-dua mereka hidup dan mati di negara Arab, dan begitu juga dengan Al-Syed Al-Khoei, yang berasal dari bandar Kho’, dan ramai lagi. Seperti yang dinyatakan dalam kamus negara-negara bahawa Makkah sebahagian dari Tuhamah, dan Tuhamah sebahagian dari Yaman.

Saya katakan: Mekah (Makkah) adalah rumah (watan) kepada Ahl Al-Bait (as), mereka semua orang-orang Yaman. Diriwayatkan dari Ibn Hammad (Al-Mahdi mesti dari Quraisy dan Khalifah hanya (mesti) dari mereka, pada sisi lain, asal-usulnya dan nasabnya di Yaman) [107]

Mengenai perkara kedua; bahawa telah dinyatakan sebahagian riwayat yang mempunyai kesan yang menimbulkan keraguan bagi ramai pihak. Al-Thusi telah meriwayatkan dalam Al-Ghaibah, dari Muhammad bin Muslim:

(يخرج قبل  السفياني مصري ويماني)

(Akan keluar sebelum Al-Sufyani Mishri dan Yamani (orang Mesir dan orang Yaman) [108]

Dan dari ‘Ubaid bin Zararah, berkata:

(ذكر عند أبي عبد الله  السفياني، فقال: أنى يخرج ذلك ولما يخرج كاسر عينيه في صنعاء)

(Abi Abdillah menyebut tentang Al-Sufyani, katanya: di mana akan keluar dari sana apabila matanya dipecahkan di Sana'a (Yaman)) [109]

Dan dari Abi Ja’far (as):

(... وخرج  السفياني من الشام واليماني من اليمن)

(... dan akan keluar Al-Sufyani dari Syam dan Al-Al-Yamani dari Yaman) [110]

Di dalam Bihar Al-Anwar, dari Sathih Al-Kahin:

(... ثم يخرج ملك من صنعاء اليمن، أبيض كالقطن،  إسمه حسين أو حسن)

(... kemudian keluar raja dari Sana’a Yaman, putih seperti kapas, namanya Hussein atau Hassan) [111]

Dengan merenung riwayat-riwayat ini dapat disimpulkan kesan yang pasti adanya berbagai peribadi Al-Yamani; makna terdapat lebih daripada satu orang yang menggunakan panggilan Al-Yamani. Kita telah mengetahui lebih dahulu bahawa akan keluar Al-Yamani dan Al-Sufyani pada hari yang sama, bulan yang sama dan tahun yang sama. manakala nash riwayat yang dibawa oleh Al-Thusi mwnunjukkan Al-Mishri dan Al-Yamani keluar sebelum Al-Sufyani. Ini menunjukkan bahawa Al-Yamani yang disebutkannya itu adalah seseorang yang lain dari Al-Yamani yang dijanjikan (Al-Yamani Al-Mah’ud). Perkara yang sama dikatakan menurut riwayat yang diterima daripada ‘Ubaid bin Zararah, ia menekankan bahawa keluarnya Al-Sufyani mesti didahului oleh seorang lelaki yang keluar dari Sana’a.

Al-Sheikh Al-Kurani mengulas dalam Kitab ’Ashar Al-Dzuhur (Zaman Kezuhuran) hal 115 mengenai riwayat ini, dengan katanya: (Ada kemungkinan bahawa ini adalah kemunculan sebelum zaman Al-Sufyani-Yamani untuk membuka jalan Al-Yamani yang dijanjikan.)

Sekarang jika terdapat lebih daripada satu Yamani, apa pula maksudnya riwayat (dan akan keluar Al-Sufyani dari Syam dan Al-Al-Yamani dari Yaman)? Maka isyarat untuk Yaman tidak bermakna dia akan keluar dari negeri Yaman.

Dan dari Ibn 'Umar katanya: Rasulullah (S) ada bersama sekumpulan Muhajirin dan Ainsar ..... hinggalah sampai kepada kata-kata: Nabi (S) telah memegang tangan Al-Abbas dan tangan Ali, lalu baginda bersabda, akan keluar dari sulbi orang ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi dengan kebencian dan kezaliman, dan akan keluar dari orang ini (iaitu Ali (as)) seorang pemuda yang akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan, jika kamu melihatnya hendaklah kamu bersama pemuda Yaman itu kerana dia datang dari timur, dan dia adalah pemilik (pembawa) panji-panji Al-Mahdi) [112]

Hadits ini telah menyatakan dengan jelas bahawa kedatangan pemuda Yaman (Al-Yamani) dari timur dan bukan dari Yaman, dan hendaklah tetap kekal bersama pemuda ini yang telah diperintahkan oleh Rasulullah (S) untuk taat kepadanya dan baginda (S) menerangkan bahawa beliau sebagai pemilik panji-panji Al-Mahdi, oleh karena itu mestilah ia Al-Yamani yang sama yang diperintahkan oleh para Imam (as) wajib memtaatinya dan haram membelakangkannya, dan bahawa dia adalah panji-panji hidayah iaitu pemilik panji-panji Al-Mahdi seperti yang dinashkan dalam riwayat-riwayat sebelumnya.

Ibn Hajar telah selewengkan hadits ini dan mengubah (pemuda Al-Yaman) kepada pemuda Al-Tamimi dan diikuti oleh Al-Syeikh Al-Kurani dalam (Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi), walaupun sebahagian sumber menyebut bahawa ia adalah pemuda Al-Tamimi, tetapi melalui pendamping-pendamping yang jelas dan petunjuk-petunjuk yang disebutkannya menerangkan ia sebagai pemuda Huseini dan Yamani bukannya Tamimi:

Pemilik panji-panji Al-Mahdi (as) dan pembantu-pembantu yang mengikutinya tidak pada yang lain selain orang yang sama yang bernasabkan Huseini seperti yang disebutkan dalam beberapa riwayat: (dan janganlah kamu mengikuti salah seorang daripada mereka selamanya sehingga engkau melihat seorang lelaki dari anak Al-Hussein), (Allah mengizinkan seorang lelaki dari kami, Ahl Al-Bait), (akan keluar seorang lelaki dari anak Al-Hussein (as) yang datang dari timur) [113], dan dari Amirul Mukminin (as) beliau berkata: (Al-Mahdi keriting (ikal) rambutnya, bertahi lalat di pipinya, terjadi permulaannya dari arah timur dan apabila berlaku demikian akan keluarlah Al-Sufyani [114], (kemudian diangkat panji-panji urusan anak Al-Hussein (as) padanya), manakala Syu’aib bin  Shaleh seorang lelaki Tamimi iaitu yang tidak tinggi asal-usulnya dan dengan itu tidak mungkin menjadi pemilik panji-panji hidayah atau yang menyediakan jalan utama kepada Al-Mahdi (as).



--------------
[105] Fiqh 3alaim Al-Dzuhur: hal 28.
[106] 3ashar Al-Dzuhur: hal 113.
[107] Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) - Al-Syeikh Al-Kurani: hal 616..
[108] Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) - Al-Syeikh Al-Kurani: hal 620
[109] Kitab Al-Ghaibah - Al-Nu3mani: hal 277.
[110] Kamal al-Din - Al-Syeikh Al-Shaduq: hal 331.
[111] Bihar Al-Anwar: J 51 hal  162.
[112] Al-Mahdi Al-Muntadzar Al-Mau3ud: Bab 2 hal 107.
[113] Dan Abdullah bin Umar, beliau berkata: (Akan keluar seorang lelaki dari anak Al-Hussein dari arah timur, sekiranya bertemu gunung-gunung akan dirintuhkannya untuk dibina jalan-jalan) - Al-Malahim Wa Al-Fitan: Bab 75
[114] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 306.


Sebelum << Kandungan >> Selepas


Tiada ulasan: