Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Al-Al-Al-Yamani?
13. Al-Yamani bergerak dari Timur:
Pergerakan Al-Yamani berlaku dari Timur (Khurasan) dan bukan dari
Yaman, disebabkan dua perkara:
Pertama, riwayat
yang mengatakan bahawa pemuda Yaman datang dari timur, dan diketahui bahawa
pergerakan Al-Yamani bertujuan untuk sampai ke Kufah, Kerana telah diriwayatkan
(Al-Yamani dan Al-Sufyani berlumba-lumba ke Kufah bagaikan dua kuda pacu
yang bersaing), dan untuk pergi dari Yaman Kufah menjadi
ke arah timur baginya, dan akan mendatangi dari arah barat bukan dari arah
timur sebagaimana yang dinyatakan (nash) dalam riwayat itu, maka kesimpulannya bahawa
pemuda Yaman itu tidak datang dari negeri Yaman.
Dalam riwayat ini pergerakan itu juga merujuk
kepada satu perlumbaan bagaikan dua kuda pacu yang bersaing. Tidak mungkin
perlumbaan itu terjadi melainkan hanya jika mereka berada di satu tempat atau
yang begiitu dekat untuk mengesahkan perkataan mengenai keduanya adalah dua
kuda pacu yang bersaing.
Kedua, adalah
suatu pandangan yang mudah bagi sesiapa yang mengetahui pergerakan
tentera dan perjuangan mereka secara mutlak akan menolak bahawa Al-Yamani akan
berada di Yaman menuju Kufah; kerana satu-satunya jalan yang akan dilalui oleh tenteranya
adalah melalui wilayah Saudi (Wahabi, penyembelih Al-Sufyani) dia perlu merentasi
beribu-ribu kilometer untuk sampai ke Kufah bertempur dengan pejuang yang
dilengkapi senjata dan disokong oleh Amerika.
Dan juga dia akan berperang dengan lawannya di
Yaman, dan ini tidak akan berlaku dan hanyalah khayalan, dan kita bercakap
mengenai apa yang berlaku di bumi nyata saja dan bukannya andaian-andaian;.
Ada yang mengatakan bahawa dia akan melakukan
perjalanan dengan kapal laut, yang juga akan diberikan jawapan kepadanya (bagaimana)
untuk melepasi pemerintah di Yaman dan perlu menguasai pantai-pantainya, ini yang
pertama:
Dan yang kedua pula bahawa ia melintasi semua
armada tentera Amerika dan sekutu-sekutunya untuk sampai ke Iraq, dan juga ini adalah
mustahil.
Adapun riwayat yang menyebutkan bahawa nama Al-Yamani
adalah (Hussein atau Hasan), ia adalah memadai dengan jawapan bahawa ianya bukan
dari Ahl Al-Bait (as), tetapi dari seorang pendeta (Sathih Al-Kahin) telah binasa
sebelum diutus kenabian, dan mungkin pengulangan pada nama yang menunjukkan kebingungannya.
Merekalah yang memesongkan kata-kata dari
kedudukannya dengan menyebutkannya dalam ucapan dan buku mereka bahawa nama Al-Yamani
(Hussein atau Hassan), walaupun nama ini ditolak oleh Ahl Al-Bait (as); untuk
menipu manusia dan memesongkan mereka daripada menuju kebenaran yang diwakilkan
kepada Al-Qaim Al-Yamani Aali Muhammad (as).
Dan walaupun terdapat riwayat-riwayat bahawa Al-Yamani
itu dari Yaman maka ia adalah isyarat kepada asal-usulnya, Para Imam (as),
mereka menggunakannya untuk menjelaskan dan memberi petunjuk berkenaan dengan
kebangkitan Al-Qaim (as), untuk mengekalkan kejayaan kebangkitan dan tanpa mendedahkannya
kepada musuh-musuh, dan untuk mengisi jalan bagi para pendakwah, ini adalah
bertentangan dengan isyarat pergerakan Al-Sufyani yang diperinci urusannya yang
bertujuan mendedahkannya untuk (rujukan) Syiah mereka.
Tidak kira pandangan kebencian dari segala-galanya,
pada kata-kata Imam Al-Baqir (as) kata-kata yang menghurai kemungkinan
berlakunya Al-Bada’
(penetapan dan pemansuhan) dalam hadits (percakapan) mereka (as), dan pada Syiah
mereka tiada lain hanyalah penyerahan, dan tiada lain hanyalah kehinaan (rasa
malu) dan api neraka, semoga kita dilindungi Allah SWT.
Telah diriwayatkan dari Al-Baqir (as):
(... إذا حدثناكم الحديث فجاء على ما حدثناكم
به فقولوا: صدق الله، وإذا حدثناكم الحديث فجاء على خلاف ما حدثناكم به فقولوا:
صدق الله، تؤجروا مرتين).
(...“Bila kami
menyampaikan suatu hadits, selanjutnya benar-benar terjadi sebagaimana yang
kami khabarkan, maka hendaknya kalian mengucapkan: Maha Benar Allah. Dan Bila
kami menyampaikan suatu hadits, selanjutnya kejadiannya tidak seperti yang kami
khabarkan, maka hendaknya kalian mengucapkan: Maha Benar Allah, niscaya
kalian mendapatkan dua pahala.”). [115]
Saya katakan: Jika Al-Yamani membawakan dakwah
seperti yang terbukti (sahih), mengapa tidak diikuti oleh salah seorang penduduk
dari Yaman, jika dia berasal dari penduduk Yaman seperti yang mereka dakwakan?
Ya, ia tidak diikuti oleh salah seorang
penduduk Yaman; kerana ia tidak memulakan dakwah di persekitaran tersebut,
diriwayatkan Jabir Al-Ja’fi, katanya: Abu Jaafar (as) berkata:
(يبايع القائم بين الركن والمقام ثلاثمائة
ونيف عدة أهل بدر، فيهم النجباء من أهل مصر، والأبدال من أهل الشام، والأخيار من
أهل العراق، فيقيم ما شاء الله أن
يقيم)
(Al-Qaim akan
dibai’ah di antara Rukun dan Maqam seramai tiga ratus bilangan ganjil Ahl Badr,
termasuk Al-Nujaba’ (ketua-ketua) dari penduduk Mesir, Al-Abdal (yang silih
berganti) dari penduduk Syam, dan Al-Akhiar (yang baik-baik) dari penduduk
Iraq, maka akan ditegakkan apa yang dikehendaki Allah akan berlaku.) [116]
Adakah kamu melihat antara mereka yang berbai’ah
itu salah seorang daripada penduduk Yaman? Ya memang ada tetapi dakwahnya itu dilaksanakan
di Iraq.
Saya tidak tahu sama ada Al-Syeikh Al-Kurani
sedar kebuntuan di mana dia meletakkan dirinya ketika dia memainkan peranannya yang
lama dan meluas kepada penduduk Yaman? Adakah dia sedar berapa banyak rasa
tidak puas hati terhadap penanya menghadapi hakikat bahawa pergerakan Al-Yamani
yang berlaku di pentas Iraq selain daripadanya, yang mencipta jurang dalam yang
dibangkitkan, terutama selepas kekecewaannya kerana gagal menjelaskan cerita bagaimana
dia bergerak dengan tenteranya dari Yaman ke Iraq? Tambahan pula yang anehnya jika
kita tahu bahawa Al-Syeikh Al-Kurani dan yang setupa dengannya menentukan keluarnya
Al-Yamani iaitu empat bulan sebelum penampilan.
Saya ingin mengatakan bahawa beberapa riwayat
telah menunjukkan bahawa terdapat Al-Yamani yang keluar dari negeri Yaman, ini
mempunyai ciri-ciri menyeleweng dari yang digariskan oleh Ahl Al-Bait (as).
Telah diriwayatkan dari Abi Ja’far (as):.
(... ثم يسير إليهم منصور اليماني من صنعاء بجنوده،
وله فورة شديدة يستقبل الناس قتل الجاهلية ، فيلتقي هو والأخوص،
وراياتهم صفر ، وثيابهم ملونة،
فيكون بينهما قتال شديد، ثم يظهر الأخوص السفياني عليه).
(... dan kemudian Manshur
Al-Yamani berjalan kepada mereka dari Sana’a (Yaman) dengan tenteranya, dan ia
mencetuskan sesuatu yang teruk di mana manusia akan dibunuh secara jahiliyah, Maka
dia akan bertemu Al-Akhwas (yang bermata cengkung), dan panji-panji mereka berwarna
kuning, pakaian mereka berwarna-warni, dan akan berlaku antara keduanya
pertempuran yang dahsyat, kemudian muncul Al-Akhwas Al-Sufyani ke atasnya). [117]
Pada kata-kata: (manusia akan dibunuh secara
jahiliyah) menunjukkan bahawa Yamani Sana’a mengharungi darah manusia
tanpa rasa bersalah terhadap agama atau iman.
Al-Syeikh Haidar Al-Ziadi menulis dalam
bukunya (Al-Yamani Hujah Allah), salah satu Terbitan Ansar Imam Mahdi (as) dibawakan
dari (Syarah Ihqaq Al-Haq) pada riwayat yang berikut:
(ويخرج القحطاني من بلاد اليمن، قال كعب
الأحبار: وبينما هؤلاء الثلاثة قد تغلبوا على مواضعهم بالظلم، وإذ قد خرج السفياني
من دمشق.)
(dan akan keluar Al-Qahthani
dari negeri Yaman, berkata Ka’ab Al-Ahbar: sementara ketiga-tiga mereka telah menang
di tempat-tempat mereka secara zalim, dan ketika itu Al-Sufyani muncul dari
Damsyik.)
Dan disampaikan riwayat daripada sumber yang lain:
(لا بد من نزول عيسى (عليه السلام) إلى
الأرض، ولا بد أن يظهر بين يديه علامات وفتن، فأول ما يخرج ويغلب على البلاد
الأصهب، يخرج من بلاد الجزيرة، ثم يخرج من بعده الجرهمي من الشام، ويخرج القحطاني
من بلاد اليمن، قال كعب الأحبار: بينما هؤلاء الثلاثة قد تغلبوا على مواضعهم وإذا
قد خرج السفياني من دمشق من واد يقال له
اليابس... )
(Harus diketahui akan
turunnya Isa (as) ke bumi, dan harus diketahui akan ditunjukkan di tangannya
tanda-tanda dan fitnah, perkara pertama yang keluar adalah menguasai negara Al-Ashhab,
akan keluar dari Al-Jazirah (kepulauan Arab), dan kemudian keluar selepasnya Al-Jurhami
dari Syam, dan akan keluar Al-Qahthani dari negeri Yaman, berkata Ka’ab Al- Ahbar:
sementara ketiga-tiga mereka telah menang di tempat-tempat mereka secara zalim,
dan ketika itu Al-Sufyani muncul dari Damsyik dari Wadi yang mereka panggil
Al-Yabis...) [118]
Maka Yamani Yaman, atau Al-Qahthani, menurut riwayat
ini mengamalkan kezaliman dalam mencapai matlamatnya.
--------------------
[115] Al-Kafi: J 1, hal 416.
[116] Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) -
Al-Syeikh Al-Kurani: hal 349..
[117] Syarah Ihqaq Al-Haq: J 29, hal 515..
[118] Lawami3 Al-Anwar Al-Bahiyah: J 2, hal
79.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan