Rabu, 2 Ogos 2017

1- Adakah Sufyani seorang atau lebih dari seorang?


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


1- Adakah Sufyani seorang atau lebih dari seorang?



Sebelum kita masuk untuk memperinci butiran peribadi Sufyani kita mesti mengetahui mengapa ianya dipanggil Al-Sufyani? -


Sebahagian riwayat menunjukkan nasabnya kepada keluarga yang jahat dan keji, keluarga Abi Sufyan.. dan sebahagian kecil mengatakan bahawa namanya ‘Utsman, sebahagian kecil mengatakan Abdullah dan datuknya yang lebih atas adalah Abu Sufyan. Dengan itu dinamakan dengan Al-Sufyani dinisbahkan kepada datuknya yang lebih atas sebagaimana dinisbahkan oleh sebahagian gelaran untuk Al-Alawiyun atau Al-Abbasiyun atau lain-lainnya, dan semuanya membawa pendekatan kepada jalan Abi Sufyan (laknahu Allah) yang memusuhi Rasulullah dan Ahl Al-Bait baginda (as), digelarkan dengan Al-Sufyani walaupun mendakwa berwilayahkan mereka .. Gerakan Al-Sufyani adalah gerakan yang menyeleweng dan luas pengaruhnya di kalangan masyarakat Islam dan mewakili barisan yang menyeleweng yang memusuhi dan memerangi Imam Mahdi (as), Maka semua pergerakan dan akidah-akidah yang menyeleweng yang mendakwa dinisbahkan kepada Islam jatuh di bawahnya, dan kemunculannya menjadikan penyerahan negara Bani Al-Abbas yang berkuasa di Iraq diserahkan tampuk pengurusan Kufah dan Baghdad, seperti yang dinyatakan oleh sebahagian besar riwayat.


Sebelum << Kandungan >> Selepas





Tiada ulasan: