Al-Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?
2. Nama Al-Sufyani:
Sesungguhnya dengan menamakan Al-Sufyani dengan
nama ‘Utsman atau nama lain yang datang dari lembah kering (Al-Wadi Al-Yabis),
di Syam. dan keturunannya dari Abi Sufyan. Di tinggal di tempat ini dan kemudian tinggal di
tempat itu. Ada berbagai peranan dan berbagai panji seperti yang kita katakan
sebelum ini, perkara-perkara ini dan yang sepertinya tidak boleh menentukan
orang yang sebenarnya pada satu peribadi dan terus menerimanya. Pada hakikatnya
peribadi Al-Sufyani adalah perkara yang tersembunyi dari manusia. Kalau sekiranya mereka yang jauh dan yang dekat mengenalnya
mengapa pula mengikutnya. Oleh kerana semua mereka ini ramai dan ramai yang
bersamanya, mungkin sekali peribadi Al-Sufyani tersembunyi dari pemiliknya
sendiri, dan tidak akan kelihatan seperti tanda-tanda (alamat) itu melainkan di
tangan Imam Mahdi (as) sendiri.
Salah seorang daripada mereka telah menegaskan
dengan berkata: Semestinya bagi Al-Sufyani membawa nama yang sama dengan yang
disebut oleh Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as)!
Saya katakan: Penegasan ini tidak melampaui batas; kerana
nama itu sebenarnya tidak lebih daripada tajuk perbicaraan mengenai peribadi Al-Sufyani, terutamanya seperti yang kita tahu
bahawa ia adalah dari kemungkinan nama yang digunakan oleh Ahl Al-Bait (as) yang
telah digunakan untuk perkenalkan keluarganya
bukan untuk menjadikan ia tersebar dan tekenal.
Selain kemungkinan mengubah nama itu dengan mudah dapat
menyembunyikan hakikat peribadi itu yang berkisar di daerah ini daripada
tuduhan.
Terdapat beberapa riwayat yang dikumpulkan yang sebahagiannya
pada kita ada gambaran yang jelas tentang kepelbagaian watak-watak peribadi Al-Sufyani
dan juga pelbagai kelakuan buruknya.
Kebanyakan penyelidik tidak memperhatikannya dan tidak mempertimbangkan pergerakan Al-Sufyani atau pergerakan kezuhuran secara umum, dan tidak
dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai tanda-tanda (alamat) yang paling penting
dan paling menonjol yang terdapat di antara mereka (Al-Syeikh Al-Kurani) dan
penyelidik yang lain; Apabila mereka megambarkan kepada kita gambaran bagi
satu peribadi dari negara Al-Syam, mereka membuat kesilapan dalam riwayat itu
di antara mengguna pakai atau menggugurkannya dan ini membingungkan mereka dengan pertentangannya sendiri yang akan mencacatkan kesimpulan-kesimpulan yang janggal itu `sebagai
pengenalan, dan kami akan menerangkan nanti, Insya-Allah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan