Ahad, 30 Julai 2017

3. Perpecahan Orang Arab Yang Mendatangkan kesulitan:



Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


 3. Perpecahan Orang Arab Yang Mendatangkan kesulitan:

Dari Ya3kub bin Al-Siraj, katanya:

قلت: لأبي عبد الله (عليه السلام): متى فرج شيعتكم؟ فقال:  إذا اختلف ولد العباس، ووهى سلطانهم، وطمع فيهم من لم يكن يطمع، وخلعت العرب  أعنتها،.....)

Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): Bilakah Faraj (lapangnya) Syi’ah kamu? Beliau berkata: Apabila berselisih anak Al-Abbas, dan kuasa mereka melemah, dan ketamakan pada mereka yang tidak menginginkannya, dan perpecahan orang-orang Arab yang mendatangkan kesulitan.....) [11]

Ia adalah bayangan (metafora) bagi revolusi yang kini berlaku di beberapa buah negara Arab, dan keadaan ini unik dalam sejarah yang disebut sebagai mercu tanda daripada tanda-tanda kezuhuran.

Berikut ini adalah sebahagian daripada riwayat yang juga menyebut tanda-tanda (alamat) tersebut:

Kata Ali bin Abi Talib:

(وسيأتي اليهود من الغرب لإنشاء دولتهم بفلسطين، قال الناس: يا أبا الحسن، أين تكون العرب آنذاك؟ قال: تكون مفككة القوي مفككة العرى غير متكاتفة وغير ٍ مترادفة .... حتى إذا أطلقت العرب أعنتها ورجعت إليها عوازم أحلامها عندئذ يفتح على يدهم فلسطين وتخرج العرب ظافرة وموحدة)

(dan akan datang Yahudi dari Barat untuk mewujudkan negara mereka di Palestin, orang-orang berkata: Wahai Aba Al-Hasan, 'Di mana orang-orang Arab pada masa itu? Dia berkata, Kekuatan dan kekasaran kamu menjadi longgar dan tidak saling bahu membahu dan tidak saling mengerti.... Sehinggalah orang-orang Arab membiarkan kesulitan dan kembali kepadanya tekad impiannya
kemudian Palestin dibuka dengan tangan mereka dan orang-orang Arab keluar, berjaya dan bersatu) [12]

Imam Ali (as) dalam khutbah beliau tentang Al-Mahdi dan peristiwa-peristiwa Bahrain:

(علامة خروجه، تختلف ثلاث رايات: راية العرب، فيا ويل لمصر وما يحل بها منهم، وراية من البحرين من جزيرة (أوال) من أرض فارس، وراية من الشام فتدوم الفتنة بينهم سنة)

(Alamat (tanda) keluarnya, ada tiga panji-panji yang berselisih, panji bangsa Arab. aduhai celakalah Mesir dan yang menggantikan mereka dengannya, panji dari Bahrain, dari kepulauan (pertama) dari tanah Farsi, dan panji dari Syam yang menghasut di antara mereka akan berlangsung bertahun) [14]

Imam Ali (as) telah menyatakan banyak peristiwa yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa Bahrain [15].

------------------
[11] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 278..
[12] Mi’atan Wa Khamsun 3alamah:. hal 115
[13] –Al-Mushdiru Ilzam Al-Nashib J 2, hal 171.
[14] Apakah yang dikatakan Imam Ali bin Abi Talib (as) mengenai akhir zaman – Al-Syed Ali 3asyur. Yanaabi3 Al-Mawaddah: J 1, hal 213 No 17.


Sebelum << Kandungan >> Selepas



Tiada ulasan: