Pendahuluan
بسم الله الرحن الرحيم،
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما.
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.,
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga
Muhammad, para imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
Segala puji bagi Allah, seperti halnya dia
adalah ahli keluarganya yang pada kami adalah jalur keturunan yang disucikan
dan rahsia ibunya Fatimah (as) yang membukakan yang tersembunyi dan rahsia-rahsia,
dan rahsia-rahsia tersebut dibukakannya dengan jelas (Pergerakan Al-Sufyani)
dan yang berkaitan dengannya, selepas banyaknya kecelaruan, yang bertentengan
dengan Al-Kitab di mana ia terhenti di tengah-tengah jalan kebingungan, maka dimulai
menyediakan riwayat yang lain tanpa pertimbangan, bahkan memasukkan antara satu
sama lain dan diterima pakai tanpa kawalan yang boleh diterima, ini menambahkan
lagi kesilapan yang berlaku akibat daripada analisa yang berdasarkan prasangka,
hakikat bahawa Al-Yamani adalah dari Yaman, dan membatasi Al-Sufyani kepada seorang peribadi yang berasal dari lembah kering
(Al-Wadi Al-Yabis), dan keturunannya dari anak ‘Utbah bin Abu Sufyan dan
perkara-perkara separa lain yang dibina atas simbol rahsia (kod).
Sudah tentu penggunaan simbol bahasa adalah
bagi orang-orang mengentahuinya, maka pada lazimnya ia didatangkan untuk
menyembunyikan perkara itu pada pendengar atau pembaca, dan pada masa yang sama
ianya menjelaskan kepada mereka mengenainya, dan ini bermakna terdapat orang
yang berkenaan dengan simbol rahsia (kod).ini, tetapi yang terjadi kewujudannya
tidak difahami oleh manusia.
Sejak simbol rahsia ini telah muncul daripada sumber
tuan penciptaannya, adalah perlu mempunyai kefahaman (faqih) yang dihargai sebagaimana
yang mereka inginkan, iaitu Yamani mereka
dan Qaim mereka, Ahmad Al-Hassan (as).
Maka telah mengurangkan dan menggagalkan pena-pena tanpa
mencapai hakikat bahawa riwayat-riwayat ini dijelaskan secara tersusun dan memperlakukannya
dalam bentuk mendedahkan kehebatan dalam mengatakannya dan mereka adalah Aali Muhammad
(as), Demi umurku, bahawa telah diberitahu dalam penerangan dan penjelasan kebenaran
dalam bentuk yang cukup adil yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak dapat
keluar dari kebijaksanaan (hikmah) yang hanya bersumber daripada mereka, dengan
riwayat-riwayat yang berbeza pada sumber, zaman, perkataan, penceritaan dan bahasa.
Maka dengan semua penyatuan ini bagi petunjuk-petunjuk terhadap sesatu perkara,
tetapi berlakunya salah satu daripadanya menjelaskan kepada perkara yang lain
secara misteri dari aspek penjelasan dan pandangan, semua ini mendedahkan tanpa
ragu-ragu keabsahan seruan dakwah yang mulia ini, dan hakikat bahawa waris
sebenar bagi Aali (keluarga) Muhammad adalah Ahmad Al-Hassan (as).yang menjadi
makna pada simbol-simbol rahsia ini dan yang dibuka dan diterangkannya, bahkan
banyak yang lain-lain darinya.
Selepas ketidakupayaan masyarakat untuk
mendedahkan hakikat Al-Sufyani dan Al-Yamani dan lain-lain, dan kenyataan-kenyataan
beliau (as) bagi kedua-duanya itu adalah jelas menyokong apa yang diwarisi
daripada datuk-datuknya yang disucikan, adalah bodoh meletakkan keraguan bahawa
ia bukan pewaris keturunannya itu. Dengan semua yang diterangkannya tentang
kebenarannya selepas mengalahkan semua penjelasan terhadapnya, sepatutnyalah
dia yang berhak dan benar-benar memiliknya, tidak syak lagi dan itulah yang sepatutnya.
Apa yang disebutkan di dalam kitab ini adalah dengan kemurahan hati beliau (as). Kalaulah bukan dia siapa lagi yang boleh
menerangkan dan menggariskan pergerakan penampilan dan peranan watak-watak yang
disebut dalam riwayat-riwayat dan yang selain dari itu untuk apa yang telah
menjadi keistimewaan pada kitab ini dari kitab yang lain yang menyingkap Al-Sufyani
tanpa mengetahui identitinya.
Pembaca akan dapati apa yang diterangkan olehnya
adalah gambaran sebenar Al-Sufyani, dan sejauh mana ancamannya kepada umat
Islam, dan sebagai maklumat utama yang begitu banyak disertakan, juga menyingkap
sebahagian yang berkaitan dengan dua peribadi lain lagi yang mengiringi pergerakan
Al-Sufyani, Al-Yamani dan Al-Khurasani, dan yang berhadapan dengan Al-Yamani sebagai
pemelihara kesesatan dan pemilik panji-panji hidayah yang menjadi tempat
berlindung yang melindunginya, dan tidak kepada yang lain daripadanya berhubung
dengan zaman kezuhuran.
Sebelum mengakhirinya, saya bermohon kepada
Allah agar memberi taufik kepada Al-Ustaz Adil Al-Sa’idi bagi semua yang
terbaik, dan untuk menjadikan apa yang diusahakannya suatu syafaat kepadanya.
Dan hadiah amal yang berterusan bagi mereka yang mencari kebenaran,
sesungguhnya Dia Yang Maha Suci Pelindung orang-orang mukmin..
Abdul ‘Ali Al-Manshuri
Lima belas Sya’ban Al-Ma’dzam 1434 H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan