Ahad, 30 Julai 2017

2. Al-Mahdi (as) Menjadikan Mesir Sebagai Mimbar.


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


2. Al-Mahdi (as) Menjadikan Mesir Sebagai Mimbar.

                                   
Telah dinyatakan bahawa dalam riwayat 3abaya Al-Asadi, Dari Ali (as), beliau berkata:

(سمعت أمير المؤمنين (عليه السلام) وهو مشتكي (منك) وأنا قائم عليه قال:  لأبنين بمصر منبرا، ولأنقضن دمشق حجرا حجرا، قال: ، ولأخرجن اليهود والنصارى من كل كور العرب، ولأسوقن العرب بعصاي هذه! قال: قلت: كأنك تخبر أنك تحيا بعد ما تموت ؟ فقال: هيهات يا عباية قد ذهبت في غير مذهب. يفعله رجل مني)

(Aku mendengar Amirul Mukminin (as), membuat aduan (mengenai kamu) dan aku berdiri di sisinya, dia berkata akan dibina mimbar di Mesir, dan Damsyik akan diserang batu demi batu, katanya, dan akan menghambat keluar Yahudi dan Kristian yang melingkari semua orang-orang Arab dan memuatkan dengan tongkat kebesaran orang-orang Arab ini, katanya, aku berkata: Seolah-seolah engkau memberitahu bahawa engkau hidup kembali selepas engkau mati? Maka beliau berkata, betapa mustahil! Wahai 3abaya aku telah pergi ke lapisan (golongan) lain. Seorang lelaki dari padaku yang melakukannya.) [9]

Dari Ali (as) mengenai Al-Mahdi dan para sahabatnya, beliau berkata:


(ثم يسيرون إلى مصر فيصعد منبره فيخطب الناس، فتستبشر الأرض بالعدل، وتعطي السماء قطرها، والشجر ثمرها، والأرض نباتها، وتتزين لأهلها، وتأمن الوحوش حتى ترتعي في طرق الأرض كالأنعام، ويقذف في قلوب المؤمنين العلم، فلا يحتاج مؤمن إلى ما عند أخيه من العلم، فيومئذ تأويل الأية : " يُغْنِ اللَّـهُ كُلًّا مِّن سَعَتِهِ")

(kemudian mereka berjalan ke Mesir lalu menaiki mimbarnya dan berkhutbah kepada manusia, maka tersebarlah bumi dengan keadilan dan langit memberi curahannya, dan pokok-pokok berbuah, bumi dengan tumbuh-tumbuhannya, menghiasi penduduknya, dan selamat dari binatang-binatang liar hinggakan bersenang-senang ketika berjalan di bumi seperti binatang ternak, dan tertanam dalam hati orang-orang mukmin dengan ilmu, orang yang beriman tidak perlukan ilmu dari saudaranya, maka ini adalah tafsiran dari ayat: "Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan karunia-Nya" [Al-Nisa’ 4:130]) [10]

Difahamkan daripada kedua-dua riwayat bahawa akan dijadikan Mesir dalam peranan media, terutama dengan memerhatikan ungkapan (akan dibina mimbar di Mesir), Telah diadakan perbahasan-perbahasan pertama oleh ansar Imam Mahdi di Mesir, dan telah disaksikan oleh berjuta-juta orang, maka adalah benar satu minbar untuk menyatakan panji-panji kebenaran, dan ungkapan (kemudian mereka berjalan ke Mesir lalu menaiki mimbarnya.) iaitu perjalanan Al-Mahdi (as) dan para sahabatnya ke Mesir, dan dalam usaha untuk menaiki mimbar yang telah membawa ke dalamnya seperti janji datuknya Amir Al-Mukminin (as).


Riwayat ini juga merujuk kepada Damsyik (Syria) dan apa yang berlaku dari runtuhan-runtuhan, hinggakan ungkapam ini merujuk kepada kemusnahan batu-batu, dan ini adalah apa yang berlaku pada hari ini dengan robohnya bangunan-bangunan dan masjid-masjid dan yang mengasaskannya adalah bala tentera pembunuh Al- Sufyani di Damsyik.


 ---------------------
[  9] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 59-60.
[10] Basyarah Al-Islami:. hal 71.


Sebelum << Kandungan >> Selepas


Tiada ulasan: