Pengenalan:
بسم الله الرحن الرحيم،
والحمد لله رب العالمين، وصلى
الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para imam dan Mahdi-mahdi
serta salam pengiktirafan.
عن الصادق (عليه السلام): (قبل
قيام القائم (عليه السلام) خمس علامات محتومات؛ اليماني، والسفياني والصيحة وقتل النفس الزكية والخسف بالبيداء)
Dari Al-Shadiq (as):
(Sebelum bangkitnya Al-Qaim (as) ada lima tanda-tanda yang tak terelakkan: Al-Yamani; Al-Sufyani, Al-Shaihah (Jeritan di
langit), pembunuhan jiwa yang suci dan penenggelaman di
Al-Baida’) [1].
Al-Shadiq Al-‘Itrah (as) menjelaskan dalam
bentuk yang muktamad bahawa sebelum Al-Qaim - Muhammad ibn Al-Hasan (as) – ada tanda-tanda yang tak terelakkan, bermula dengan Al-Yamani, kemudian Al-Sufyani dan
baki tanda-tanda yang seterusnya. Walaupun ansar Imam
al-Mahdi (as) telah menulis dan membincangkan kepentingan dan kandungan Al-Shaihah
(Jeritan di langit) dan mereka menunjukkan kepada betapa banyak ulama yang
berbeza pendapat dalam kandungannya dan kadang-kadang pada waktu-waktu yang berlainan
pula, tetapi kita dapati ada kaum yang selama bertahun-tahun bergantung kepada
tanda Al-Shaihah sebagai tanda petunjuk kezuhuran Imam Mahdi (as); kerana terdapat
orang yang menjerit pada kaum itu bahawa ada yang terikat yang tidak dapat
dielakkan dan tidak dapat menerima selainnya, kerana Al-Shaihah (Jeritan di
langit) – dengan kefahaman luaran (fizikal) - yang menunjukkan kepada kita kedatangan
Imam Mahdi (as) !!!
Riwayat yang disebut di atas mengesahkan dengan
kuat dan muktamad bahawa Al-Shaihah (Jeritan di langit) adalah sebelum Al-Qaim,
Al-Yamani adalah sebelum Al-Qaim, dan Al-Sufyani (laknahu Allah) adalah sebelum
Al-Qaim, bagaimana pula mereka ini tidak faham hadits tersebut, seperti seolah-olah
saya sedang duduk di hadapan minbar Ali bin Abi Talib (as), yang berkhutbah dengan
suatu khutbah yang panjang:
( .... Maka sungguh
pelik, apakah tidak pelik dengan kesilapan perbezaan ini pada hujah-hujah yang
berbeza (khilaf) dalam agama mereka, Adakah kesan dari Nabi tidak menceritakannya,
atau tidak menurut amalan washi, atau tidak beriman pada yang ghaib, atau tidak
dikecualikan daripada yang aib. Perkara makruf pada mereka adalah apa yang
mereka ketahui, dan perkara yang mungkar pada mereka telah mereka dustakan, dan
setiap seorang daripada mereka adalah Imam pada dirinya sendiri yang mengambil darinya
apa yang dilihat dengan menanggalkan kepercayaan (tsiqat) dan sebab-sebab yang
muhkam. Mereka masih mengganas dan tidak rasa bersalah malah mereka menambah
kesalahan yang lain, mereka tidak akan sampai dan tidak akan bertambah dekat, melainkan
mereka semakin jauh dari Allah AWJ, mereka lupa antara satu sama lain, dan
sebahagian daripada mereka membenarkan yang lain, semua itu jauh dari apa yang
diwarisi dari Nabi Al-Ummi (kepada yang buta huruf) (S), dan kegembiraan yang
dibawa kepada mereka adalah berita-berita dari Pencipta langit dan bumi, orang-orang yang penuh kesengsaraan dan (serkup) gua-gua
yang mencurigakan dan penduduk yang suram dan sesat dan penuh
syak wasangka, ... apa yang lebihnya mereka ini selain serupa dengan binatang ternak yang telah terlepas dari grmbalanya.. Kembali berduka-cita dari perbuatan syi’ahku selepas begitu hampir
dangan kasih sayang pada hari ini, betapa membencinya antara satu sama lain
selepasku dan membunuh antara satu sama lain. Esok berseraklah dari kelompok asal,
menurun ke cabang-cabang, Matlamat pembukaan (penaklukan) bukanlah sebahagian
arah tujuannya, setiap pihak daripada mereka mengambil cawangan, di mana sahaja
wang, harta ada bersamanya ... Sehinggalah dia (as) berkata, tetapi mereka telah
tertarik sebagaimana tertariknya Bani Israel pada zaman Musa (bin Imran as), Demi
umurku, akan lebih berganda kesesatan (dibelantara) atas kamu selepasku berlipat
kali ganda dari Bani Israel ...) [2].
Ya, Matlamat pembukaan (penaklukan) bukanlah
sebahagian arah tujuannya, maka sebahagian yang mendakwa berilmu, mereka menunggu
dan meninggalkan pemikiran mengenal Al-Sufyani sebelum Al-Yamani, dan pada hari
ini semua orang bercakap tentang Al-Sufyani di ambang-ambang pintu, dan
pertempuran di dareah Syam adalah tanda yang jelas wujudnya tentera Al-Sufyani (laknahu
Allah) yang menyediakan kelengkapan dan ketenteraan untuk membunuh Imam Mahdi (as),
dan mereka tidak membicarakan tentang pemegang panji Imam Mahdi, Yamani Aali Muhammad
(as).
Dari sini saya fikir saya boleh menulis dalam meneliti Al-Sufyani dengan pertolongan
Allah setelah saya mengenal Al-Imam Ahmad Al-Hassan, Yamani Aali Muhammad (as).
Beliau menunjukkan kepada saya kepada beberapa riwayat
Al-‘Itrah Al-Thahirah (Keturunan ysng disucikan (sholawatu Rabbi ‘alaihim ajma’ein))
yang membicarakan tentang Al-Sufyani dan bala tenteranya.
Saya bertawakkal kepada Allah dan bermohon
kepadaNya agar menjayakan saya untuk memperkenalkan kepada manusia hakikat permusuhan
peribadi ini di sepanjang perjalanan garisan sejarah, yang membawa bentuk-bentuk
dan sifat-sifat yang berbeza. Sesungguhnya pendekatan mereka adalah salah satu pendekatan
permusuhan terhadap ilahi, yang diwakili oleh Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) menghadap
pendekatan Iblis, pada Ketuanan manusia.
Dan saya bermohon kepada Allah agar memaafkan kesilapan
dan kekurangan saya dalam memahami dan menjelaskan sebahagian riwayat-riwayat, atas
apa yang tidak disedari keseluruhannya dan tidak meninggalkan keseluruhannya.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dan kepadaNya kita memohon pertolongan.
Adil Al-Sa’idi
----------------------
[1] Ilzam Al-Nashib Fi Itsbat Al-Hujjah
Al-Ghaib: J 2, hal 119
[2] Raudhah Al-Kafi: hal 22 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan