Ahad, 30 Julai 2017

Tanda-tanda Akhir Zaman:






Tanda-tanda Akhir Zaman:

Sangat sedikit orang yang mengambil berat tentang akhirat mereka berbanding dunia mereka dan begitu cepat berlalu penantian kezuhuran Imam Mahdi (as) (Penebus dan Penyelamat Dunia) dan melihat datangnya realiti peristiwa bagi apa jua tanda atau isyarat (petunjuk) yang berhubung dengan kezuhurannya!!! Dengan menyelidik semua yang berkaitan dengan tanda-tanda yang menunjukkan kezuhurannya!!! Dan akan terus mencari apa jua tanda atau petunjuk yang dinyatakan dalam riwayat Nabi Muhammad (S) dan Ahl Al-Bait (as) yang menandakan kezuhurannya!!! Mungkin di kalangan mereka tanda-tandanya adalah kemunculan (Al-Sufyani), sehingga menyatakan bahawa tiada Mahdi kecuali Sufyani!!! dan Imam Mahdi (as)-lah yang menghapuskan Sufyani dan negerinya dan membebaskan Iraq dari pengaruhnya dan dari segala pengkhianatan dan kezaliman dan menjadikan Kufah, ibu negeri Al-Daulah Al-Mahdawiyah dan bermulanya Pusat permulaan baru bagi agama Allah sebagai jalan kebenaran ke seluruh dunia; Allah telah berfirman:

    
﴿هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ﴾

Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik. [3]

Tuhan bermaksud untuk mengatakan: Kamu bercakap tentang akhir zaman dan mungkin pada hari-hari ini tidak dimaksudkan, tetapi selepas beratus-ratus tahun nanti.

Kita katakan: Bahawa Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as) menggambarkan kepada kita - dengan tepat dan tidak memberi ruang kepada kekeliruan atau keraguan - nama-nama raja-raja di Semenanjung Arab. Mereka memberitahu kita ketika pemerintahan mereka ini, Al-Qaim akan muncul dalam tempoh pemerintahan mereka, bahkan kemunculannya akan berlaku semasa kewujudan mereka, dan berikut ini dibawakan kepada tuan-tuan riwayat-riwayatnys:



1. Kematian Raja Abdullah:



عن الإمام  الصادق (عليه السلام): (من يضمن لي موت عبد الله (أي يأتيني بخبر موته) أضمن له القائم. ثم قال: إذا مات عبد الله لم يجتمع الناس بعده على أحد ولم يتناه هذا الأمر دون صاحبكم إن شاء الله، ويذهب ملك السنين ويصير ملك الشهور والأيام، فقلت: يطول ذلك ؟ فال: كلا )

Dari Imam Al-Shadiq (as):. (Siapa yang boleh memberi jaminan kepadaku kematian Abdullah (iaitu, membawa kepadaku berita kematiannys), Aku memberi jaminan kepadanya Al-Qaim. Kemudian berkata: “Apabila Abdullah meninggal dunia, manusia tidak akan bersatu untuk menyetujui seorang pun sebagai raja yang menggantikannya. Urusan ini tidak akan boleh diselesaikan oleh orang selain Pemilik kamu (Al-Mahdi) Insya Allah. Raja yang memerintah bertahun-tahun akan pergi, dan akan digantikan oleh raja yang memerintah dalam hitungan bulan dan hari.” Aku (Abu Bashir) bertanya, “Apakah itu akan berlangsung lama?” Al-Imam Ash-Shadiq menjawab, “Tidak akan lama.”).[4]
     
Riwayat ini menunjukkan bahawa raja-raja akhir Hijaz adalah Raja Abdullah, dan pemerintahan raja ini lama, yang berlangsung selama bertahun-tahun dan berbulan-bulan, dan dalam riwayat-riwayat Abdullah telah mati dan disembunyikan berita kematiannya, tetapi ia tersebar dengan cepat.

Diriwayatkan dari Imam Al-Baqir (as):

(يكون سبب موته أنه ينكح خصيا له فيقوم فيذبحه ويكتم موته أربعين يوما، فإذا سارت الركبان في طلب الخصي لم يرجع أول من يخرج حتى يذهب ملكهم)

(yang menjadi punca kematiannya adalah kerana hubungan seksual beliau dengan seorang Sida (lelaki yang dikasi- dikembiri). Sida itu bangkit dan membunuhnya dan kematiannya akan disembunyikan selama 40 hari. Dan apabila penunggang kuda keluar mencari sida itu, yang pertama dari mereka tidak akan pulang melainkan mendapati pemerintahan mereka sudah hilang.) [5]

Juga dari beliau (as) katanya:

(بينا الناس وقوفا بعرفات إذ أتاهم راكب على ناقة ذعلبة، ويخبرهم بموت خليفة، عند موته فرج آل محمد وفرج الناس جميعا)

(Kami telah menjelaskan orang-orang yang wuquf di Arafah apabila mereka datang dengan menunggang unta Zi’libah (berlari cepat) dan diberitahu kepada mereka kematian Khalifah, pada kematiannya Faraj (melapangkan) Aali Muhammad dan melapangkan manusia seluruhnya) [6]

Perhatikanlah tanda ini dan tanda dalam riwayat sebelumnya ia adalah dari tanda-tanda penting yang menunjukkan pemerintahan Imam Mahdi (as) dan bukan sebagaimana kefahaman sebahagian mereka akan zuhurnya Imam Mahdi (as). Kebanyakan penyelidik menunjukkan bahawa selepas kematian Raja Abdullah akan zuhur Al-Mahdi, ini bertentangan dengan kata-kata beliau (as) tidak akan tertegak urusan ini (maknanya khalifah) tanpa Pemilik kamu (bermaksud Al-Mahdi (as)),

Dan bagi orang-orang yang sengaja mengatakan bahawa kita tidak berada di akhir zaman, saya katakan kepada meraka hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah (S), yang di dalamnya mengatakan:

(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد، وإذا اقتربت منه لا ترى في عينه شيئا، يخلفه أخ له اسه عبد الله ويل لشيعتنا منه، أعادها ثلاثا، بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة)

(“Hijaz akan diperintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama binatang, ketika kamu melihatnya dari jauh, kamu kira ia memiliki mata juling, dan jika kamu mendekatinya, kamu tidak melihat ada masalah dengan matanya. Dia akan digantikan oleh saudara lelakinya yang bernama Abdullah. Celakalah mengikutinya! Baginda mengulanginya tiga kali – Beri aku khabar baik tentang kematiannya, maka aku akan berikan kabar baik tentang munculnya Al-Hujjah (Al-Mahdi). [7]
                 
Pemerintah Hijaz, yang namanya adalah nama haiwan (Fahd) adalah seorang raja Arab Saudi, dan kamu semua boleh melihat gambar Fahd untuk menentukan tanda juling di matanya. Beliau telah digantikan oleh saudaranya Abdullah yang telah disebut dalam riwayat beri aku khabar baik tentang kematian Fahd dan bukannya seperti sebahagian sangkaan iaitu matinya Abdullah, tetapi riwayat tersebut memperkatakan tentang pemerintah Hijaz (Fahd) maka apabila dia mati, zuhur pula Imam Mahdi (as) diwakili oleh seorang utusan daripadanya, dan dia adalah washinya, seperti yang akan dilihat melalui perbahasan.

Dua keraguan:     

Di sini dibangkitkan dua keraguan:

Pertama: Sebahagiannya mencabar sanad riwayat.

Sebagai jawapan saya katakan: Jika diperiksa kandungan riwayat atas daerah yang dinyatakan akan menggugurkan seluruhnya atas sebarang cabaran pada sanadnya. Selagi diperiksa kandungannya maka sumber-sumbernya sekaligus digugurkan padanya, walaupun diriwayatkan oleh orang-orang berdusta; kerana semakan (penelitian) kandungan tidak dapat tidak menunjukkan mereka telah membenarkan riwayat ini sekurang-kurangnya.

Kedua: untuk mencabar adalah tersilap dalam pengesahan itu, dengan mengatakan mungkin pemerintah lain yang bukan Fahd akan datang pada masa yang lain.

Sebagai jawapan saya katakan: Bantahan ini semestinya gagal; Ia adalah riwayat tanda yang diletakkan oleh Al-Rasul yang mulia (S) untuk menunjukkan kepada manusia tentang hampirnya kezuhuran, seperti tanda-tanda lain, ia mesti menjadikannya pengesahan yang unggul; kerana kepelbagaian tanda mustahil ia tidak berguna, semoga dilindungi Allah; kerana kita tidak boleh - dalam masalah ini - untuk menentukan pengesahan asalnya; untuk memungkinkan ia tidak menjadi matlamat pengesahan. Sebagai contoh, jika seseorang meminta anda untuk meletakkan tanda yang menunjukan sebuah rumah, dan anda mengatakan kepadanya bahawa di hadapan rumah itu ada sebatang pohon kurma, dan apabila dia pergi ke tempat yang tepat dia menemui banyak rumah yang di hadapannya ada pohon kurma, adakah akan menjadi tanda yang ditetapkan itu berguna kepadanya, dan adakah ia telah benar-benar membimbingnya, atau anda menambahkan kekeliruan demi kekeliruan?

Tidak syak lagi bahawa jika anda mahu membimbing dia untuk menentukan tanda (alamat) mana yang dipilih yang tidak akan berulang, dan anda tahu bahawa Rasulullah (S) mahu membimbing umatnya mengetahui masa kezuhuran dan baginda tidak boleh memilihkan untuk mereka tanda yang boleh berulang.

Dan riwayat dari Imam Al-Baqir (as) berikut akan menunjukkan kepada kita bahawa sebahagian yang melampaui batas dari pemerintahan Abdullah, berlaku dalam tempoh pertumpahan darah atau pertempuran yang membuka jalan kepada kezuhuran Al-Qaim (as). Dan banyak lagi akan mengekalkan pemerintahan Abdullah berterusan sehingga selepas masuknya tentera Al-Sufyani ke Iraq , berikut adalah riwayatnya:


(إذا ظهر السفياني على الأبقع وعلى المنصور والكندي والترك والروم، خرج وصار إلى العراق، ثم يطلع القرن ذو الشفا، فعند ذلك هلاك عبد الله)

(Jika muncul Al-Sufyani ke atas Al-Abqa’ dan ke atas Al-Manshur, Kanada, Turki dan Rom, ia keluar dan mendatangi Iraq, dan kemudian datang kurun yang meruncing (Zhu Al-Syafa), pada masa itulah binasanya Abdullah) [8]

--------------------
[3] Al-Taubat: 33.
[4] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 210
[5] Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah:. hal 655
[6] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 240
[7] Mi’atan Wa Khamsun 3alamah:. hal 122.
[8] Kitab Al-Fiyan – oleh Naim bin Hamad: hal 184, Kanz Al-3ammal – oleh Al-Muttaqi Al-Hindi:. J 11, hal 277 nombor 31511, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): J 3. hal 275


Sebelum << Kandungan >> Selepas


Tiada ulasan: