Isnin, 3 Julai 2017

[33] [34] ( (Di Manakah Khalifah Quraisy)

Di Manakah Khalifah Quraisy

Tetapi di manakah khalifah Quraisy pada masa kehidupan Al-Nawawi?! Tidakkah Mamluk (mamālīk – budak (hamba belian)) itu semuanya dari penjelmaan berkedudukan khalifah Islam dan kamu memanggilnya dengan panggilan (Amir Al-Mu’minin), dan memerintah ke atas penduduk dan negara umat yang membinasa dan merusakkan tanah air umat Islam, dan Khalifah Abbasiyah pada masa itu hanya tinggal nama yang tidak mempunyai sebarang perbezaan, bahkan khalifah Abbasiyah ini adalah ibarat orang-orangan (pepatung) yang berpakaian buruk dan lusuh, Mamluk mengutuk mereka dan mereka dibiarkan menakluk dan menguasai umat, maka di manakah khalifah ini!

Di manakah khalifah Quraisy dalam era Khilafah Utsmaniyah, yang berjalan selama beberapa abad?!

Di manakan khalifah Quraisy dalam era pemerintahan selepas Khilafah Utsmaniyah hingga waktu kita sekarang ini?

Ini menunjukkan kekhalifahan, Imamah dan semua kepimpinan ini adalah batil (tidak sah) selama beberapa abad, dan bahawa kekhalifahan telah  keluar dari Quraish, bahkan ia telah menyebar-luaskan kejahatan terhadap makhluk Allah, daripada yang keji dan hina dalam lembah tidak berakhlak, adakah ini buah dari agama penutup dari semua semua agama-agama?!

Maka di manakah kedudukan ulama Al-Sunnah khalifah-khalifah yang merampas kuasa khalifah-khalifah Allah dan Rasul-Nya! Ya, kedudukan mereka adalah penjelmaan dari ketaatan dan seruan mereka untuk membina khalifah dan raja mereka, petaka buruk yang tidak dapat dijadikan bahan tertawa!

Jadi, Al-Firqah Al-Najiyah (mazhab yang selamat) yang terangkum dalam aqidah mereka berwalikan (wala’) dengan khalfah Quraisy sejak kewafatan Al-Rasul Muhammad (S) dan hingga hari kiamat, tidak berwalikan kepada orang lain selamanya, selaras dengan khabar baginda (Al-Shadiq Al-Amin) bahawa khilafah adalah pada Quraisy walaupun manusia hanya tinggal dua orang yang bermakna hingga hari kiamat.

Al-Nawawi tidak terlepas dari terbatal dakwaannya bahawa khalifah pada zamannya dari Quraisy seperti ysng disebut oleh Ibn Hajar:

(Dan telah dinyatakan olehnya bahawa kaum Khawarij pada zaman Khilafah Bani Umayyah menamakan seorang demi seorang khalifah yang bukan daripada kaum Quraisy dan juga mendakwa khalifah keturunan hamba dan khatb di Mesir, Syam, Hijaz, dan sebahagian daripada mereka di Iraq, juga khalifah di Baghdad selama satu tahun dan tempoh dari keturunan hamba di Mesir, sama seperti mereka di Maghribi, selama lebih daripada dua ratus tahun dan mendakwa khalifah Abd Al-Mu’min, Shohib bin Tumarat bukan dari Quraisy serta semua yang datang selepasnya di Maghribi hingga ke hari ini) [39]

sekarang mari kita dengar dari Ibn Hajar untuk melihat berapa banyak kecacatan (Jarh) berlaku apabila ia menyentuh untuk menjelaskan (syarah) hadits-hadits ini, di mana beliau berkata:

(Hadits ketiga hadits Ibn 'Umar
لا يزال هذا الامر في قريش ما بقي منهم اثنان
Akan tetap urusan ini di tangan Quraisy, hingga manusia tinggal tersisa dua orang.

Al-Kirmani berkata, Tiada kerajaan pada masa kami dari orang-orang Quraisy, maka bagaimana pula ia berlawanan dengan hadits? Dan jawapannya adalah di negara sebelah barat para khalifah dari Quraish dan juga di Mesir dan dikesan di negara sebelah Barat adalah Al-Hafshani Pemerintah Tunisia dan yang lain-lain yang dikaitkan dengan Abu Hafsh hamba Abd Al-Mu’min, Shohib bin Tumarat, yang menjadi pemerintah pada abad keenam mendakwa menjadi Al-Mahdi menewaskan pengikutnya di banyak tempat di Barat dan menamakan diri mereka sebagai khalifah dan mereka adalah Abd Al-Mu’min dan keturunannya kemudian berpindah kepada keturunan Abu Hafsh, Abd Al-Mu’min bukan dari Quraisy dan telah dipanggil sebagai Khalifah, dia dan keluarganya, tetapi Abu Hafsh tidak mendakwa ia dari kaum Quraisy pada zamannya, tetapi mendakwa sebahagian dari anak-anaknya dan apabila melampaui urusan ini lalu mereka mendakwa mereka adalah keturunan Abu Hafsh, Umar bin Al-Khattab dan bukan lagi di tangan mereka kini melainkan Maghribi yang berhampiran dengannya, dan yang lain bersama Bani Al-Ahmar mereka mempunyai kaitan dengan Al-Ansar dan bahagian Timur bersama Bani Marrain, dan mereka ini dari Barbar. Dan pada pendapat yang mengatakan khalifah dari Mesir ia adalah benar, tetapi tiada penyelesaian padanya dan tiada kaitannya tetapi jika ianya hanyalah nama khilafah sahaja dan ia kemudiannya adalah khabar yang membawa makna pada perkara ini, jika tidak, perkara ini telah terkeluar dari Quraish pada kebanyakan negara dan ianya hanya dibawa pada zahirnya dan mereka yang mengatasinya atas pertimbangan urusan rakyat di kebanyakan negara, walaupun mereka bukan dari kalangan Quraish tetapi mereka mengetahui kedudukan kekhalifahan pada kaum Quraisy dan menjadikan tujuan perkara itu akan hanya dinamakan dengan khilafah yang tidak bebas dari pemerintahan dan yang pertama ditunjukkan. dan
Allah lebih mengetahui) [40]

Maka Al-Kirmani cuba untuk memperbaiki kecacatan ini, tetapi kecacatan telah berkembang luas untuk ditutupnya, Ianya ditutup dengan menjauhkan kecacatan daripada beberapa aspek, maka telah terbuktilah bahawa kekhalifahan telah keluar dari Quraish yang diakui oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani,


--------------------------
[39] Fath Al-Bari - Ibn Hajar: J 13, hal 104..
[40] Fath Al-Bari - Ibn Hajar: J 6, hal 390.



[31] [32]  [33] [34] [35] [36]


Tiada ulasan: