(Dari
Ahl Al-Bait atau Dari Quraisy)
Berkata Al-Taftazani dalam
Syarah Al-Maqashid:
(... ألا ترى أنه (صلى الله عليه وآله) قرنهم
بكتاب الله في كون التمسك بهما منقذا من الضلالة ولا معني للتمسك بالكتاب ألا
الأخذ بما فيه من العلم والهداية فكذا العترة )
(...Tidakkah kamu melihat bahawa baginda (S) mendampingkan mereka Ahl Al-Bait dengan kitab Allah di mana berpegang teguh dengan keduanya
menyebabkan keselamatan dari kesesatan? Berpegang teguh dengan kitab Allah
tidak ada makna melainkan penerimaan ilmu dan hidayah dari dalamnya.
sebagaimana yang ada pada Al-‘Itrah (keluarga Rasulullah)) [35]
Ia adalah dari firman
Allah:
﴿إِنَّمَا
أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾
Sesungguhnya kamu adalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk [Al-Ra’d 13:7]
dan dari hadits:
من مات وليس له إمام مات ميتة جاهلية
Sesiapa yang mati dengan tidak mempunyai imam matinya adalah mati
jahiliyah,
dan dari hadits
Tsaqalain (dua perkara berat), hadits Safinah (bahtera Nuh), dan hadits Al-Aman
(pelindung), kita ketahui dengan pasti wujudnya Hadi (orang
yang memberi petunjuk) dan imam dari
‘itrah yang disucikan pada setiap zaman hingga datangnya Al-Sa’ah (kiamat).
Dan telah dibawakan
hadits-hadits yang menerangkan urusan khilafah dan Imamah di
tangan Quraisy walaupun manusia hanya tinggal dua orang, atau tinggal orang Quraisy hanya dua orang, sebenarnya tidak ada tafsiran sahih mengenai
hadits-hadits tersebut melainkan hanya digunakan kepada imam-imam Ahl Al-Bait (S),
disamping hadits Tsaqalain (dua perkara berat), hadits Al-Aman (pelindung), hadits
Safinah (bahtera Nuh) dan lain-lain, dan dengan dalil bahawa tidak wujud pada
masa sekarang ini firqah (golongan) yang mendakwa bahawa semua khalifah-khalifah
dan imam-imam yang ada di sisi mereka dari kalangan Quraisy sejak kewafatan Al-Rasul
Muhammad (S) dan hingga kini, dan hingga hari kiamat, selain
dari Syiah Ahl Al-Bait (as) yang
mengatakan bahawa Imamah para Imam dan Mahdi-mahdi dari keturunan Nabi Muhammad
(S), maka semata-mata yang mengesahkan hadits-hadits ini tidak lain selain mereka,
dan bahawa hanya merekalah kumpulan yang selamat (Al-Firqah Al-Najiyah).
Dikeluarkankan oleh
Bukhari dalam Shahihnya dari Ibn Umar, dari Nabi Muhammad (S), Baginda bersabda:
(لا يزال هذا الأمر في قريش ما بقي منهم اثنان)
(Urusan ini senantiasa ada di tangan Quraisy
walaupun daripada mereka hanya tinggal dua orang) [36]
Dan dikeluarkankan oleh
Muslim dalam Shahihnya dari Abdullah, Rasulullah (S)
bersabda:
(لا يزال هذا الأمر في قريش ما بقي من الناس اثنان)
Urusan ini senantiasa
ada di tangan Quraisy walaupun manusia hanya tinggal dua orang.» [37]
Hadits-hadits ini
telah memfitnah dengan menyinggungnya melalui tafsir yang memalukan dan melakukan kekacauan, Al-Nawawi
telah berkata dalam Syarah Shahih Muslim:
(“Hadis-hadis ini dan yang serupa dengannya
adalah dalil yang jelas bahawa kekhalifahan adalah khusus untuk Quraisy, tidak
boleh melantik sesiapapun selain mereka. Perkara ini dikuatkan oleh kesepakatan
para sahabat, begitu juga generasi berikutnya. Sesiapa yang menyalahi perkara
ini adalah dari kalangan ahli bid’ah, atau mendatangkan pendapat bertentangan
dengannya, maka mereka membantah dengan kesepakatan para sahabat dan tabi’ein
serta generasi berikutnya berdasarkan hadis-hadis sahih.
Al-Qadhi berkata syarat untuk keturunannya
haruslah dari Quraisy, ia adalah mazhab 'ulama seluruhnya. Katanya lagi: dan dengannya
Abu Bakar dan ‘Umar (ra) berhujjah ke atas kaum Ansar pada Hari Al-Saqifah,
maka tidak seorang pun menafikannya. Al-Qadhi berkata 'ulama telah menghitung sebagai masalah Ijma’. Dan
tidak ada seorang salaf-pun yang menukil mengenainya samada perkataan ataupun
perbuatan yang bertentangan dengan apa yang kita sebutkan." dan begitu juga
selepas meraka di semua zaman, Beliau juga berkata, "Dan tidaklah
dianggap pendapat orang-orang yang sepakat dengannya di kalangan khawarij dan
Ahl bid’ah yang membolehkan bukan keturunan Quraisy. Dan tidaklah dengan kebodohan
pendapat Dirar bin ‘Amru: bahawa bukan Keturunan Quraisy dari Al-Nabath dan
lain-lain, menawarkan Keturunan Quraisy baginya adalah untuk mengangkatnya jika
ianya diminta. Ini adalah apa yang dia katakan dari pendapat yang batil dan dihiasi
dengan apa yang bertentangan dengan kesepakatan umat Islam dan Allah lebih
mengetahui, "Adapun baginda (S) telah bersabda: Manusia mengikut
orang-orang Quraisy pada kebaikan dan kejahatan yang maknanya pada Islam dan jahiliyah
sebagaimana dinyatakan; dalam riwayat awal, kerana mereka berada dalam jahiliyah,
ketua-ketua orang-orang Arab dan penduduk (Tanah) Haram Allah dan berhaji di
Baitullah, orang-orang Arab telah melihat keislaman mereka apabila mereka masuk
Islam dan pembukaan Mekah, diikuti oleh datangnya perwakilan Arab pada setiap arah,
dan manusia masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong, dan begitu juga
dalam Islam, mereka pemilik Khilafah dan manusia mengikuti mereka dihadapan bagiinda
(S) bahawa pemerintahan ini telah berterusan ke dunia lain walaupun manusia
hanya tinggal dua orang. telah jelas apa yang dikatakan baginda (S), dari zaman
baginda (S) hingga kini Khilafah adalah pada kaum Quraisy yang bukan menjadi saingan
buat mereka dan akan kekal seperti itu walaupun hanya tinggal dua orang seperti
yang diucapkan oleh baginda (S)") [38]
Perhatikanlah bahawa Al-Nawawi mengiktiraf dan
mengakui bahawa hadits-hadits ini membawa makna bahawa khalifah terhad kepada Kaum
Quraisy dan bukan kepada selain mereka, dan bahawa ijma’ menetapkan syarat keturunan
Quraisy untuk menjadi khalifah, tidak boleh mengangkat khalifah selain dari Kaum
Quraisy, dan bahawa perkara ini seperti sabda Nabi (S), di mana berlangsungnya kekhalifahan pada Quraish dari wafatnya Rasulullah
(S) sehingga era kehidupan Al-Nawawi yang membuat ulasan (Syarah) kepada Shahih Muslim,
dan ini akan berterusan hingga ke akhir dunia.
-----------------------------
[35] Syarah Al-Maqashid – oleh Mas’ud bin ‘Umar bin Abdullah, yang terkenal dengan nama Sa’ad Al-Din Al-Taftazani (wafat 793 Hijrah.) ditahqiq oleh Dr. Abdul Rahman ‘Amirah, ‘Alam Al-Kitab, Beirut - Lubnan, cet 1, 1419 H-1998 M, J 5 hal 303
[36] Sahih Bukhari: J 4 hal 155, dan J 8 hal 105.
[37] Sahih Muslim: J 6 hal 2 - 3.
[38] Syarah Shahih Muslim, oleh Muhyiddin
Yahya bin Syarif Al-Nawawi (wafat. 676 H): J 12 hal 200-201.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan